.

10/7/13 KE MANA DAN DI MANA JAIS DAN JAKIM...?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 27, 2013

Share

& Comment

Dulu, dulu-dulu, sekitar 40 tahun dahulu, bila disebut saja perkataan jakun dan sakai, apa lagi bila seseorang Melayu digelar dengan istilah tersebut, pasti melentingnya tidak kepalang. Saya seumuran 13 tahun bersahabat akrab dengan puak-puak Semong, Semai, dan Negrito samaada dari Ulu Kelantan dan atau pedalaman Pahang dan Perak. Sehingga kerananya saya sering digelar jakun dan atau sakai. Apa lagi pada awal 1970an, semasa saya berangkat dari Simunjan hanya berseluar pendek, dan bapa saya hanya membelikan saya seluar panjang bila kami berkumpul di Pusat Belia Pending (kerana untuk membunuh nostalgia tersebut, di tangan saya ianya kini sedang terbangun sebagai colorful I-con) sedang semua rakan-rakan lain berseluar panjang berkemeja panjang amat segak, sebelum kami berangkat ke Kuala Krai, Kelantan. Bukan untuk menghina asal usulnya istilah jakun dan tau sakai itu, itulah istilah yang sering digunakan bila seseorang seperti rusa masuk kampung. Ukuran sosialisasi pada masa itu, sebegitulah tanggapannya, sedang hakikatnya, mereka, Kelompok Melayu Asli ini adalah tersangat hebat dalam soal paling tidak ethno-botany. Jika di Jerman, mereka pasti menjadi laksawan kerana pharmaceutical significancenya mereka.

(2) Hari ini, selepas memberikan arahan-arahan kepada para kontraktor yang melakukan sedikit ubahsuaian kepada MyStore Restro di Kampung, saya memecut kembali ke Kota. Saya berkira, sekitar jam 1830 petang, pasti saya sudah berada di Pizza Hut Satok. Saya terlalu kepingin untuk berIfta dengan Pizza Hut. Namun, bila sampai di sana, semua tempat telah penuh sesak. Sayapun ke Cawangan Pizza di sebelah Hotel Magharita. Juga penuh sesak. Lantas saya ke Masjid India untuk bersholat dulu. Selepas itu saya kembali ke Pizza Hut Satok, juga masih penuh sesak dengan anak-anak serta pasangan-pasangan muda cukup santai Ifta mereka. Sekitar jam 1940 baru saya dapat tempat duduk dan dengan cepat makan. Memang, saya rasa biarpun dengan menu paling saya gemari, Pizza paling tidak sesuai untuk berIfta. Tidak membuka selera langsung. Di tambah dengan suasana hiruk pikuk hilai dan celoteh anak-anak muda Melayu, saya sedikit menjadi seperti rusa masuk kampung. Dan dalam kepala saya, menyoal di mana dan kemana JAIS dan JAKIM?

(3) Sebelumnya, semasa hendak masuk ke Masjid India di Jalan Gambier, saya sempat memerhati di sekitaran Tebing Sungai Sarawak. Banyak anak-anak muda Melayu masih santai di sana, biarpun azan Maghrib sudahpun berkumandang. Di Masjid India, hanya saya dan seorang saja yang bersholat pada masa itu, lalu saya bubar secepatnya kerana tekak saya terasa amat pahit, kerana berIfta sekadar menegok air pili semasa wudhu. Sebetulnya, keadaan di Masjid India, sering saja sepi. Begitu juga anak-anak muda Melayu dan bahkan orang-orang dewasa Melayu di hari-hari lain juga sama sifat dan telatah mereka di Tebingan Sungai Sarawak di waktu Maghrib. Allah, Rumah Allah di saat Maghrib di Jalan Gambir sepertinya "sering kesepian". Kenapa? Sekali lagi kepala saya bersoal di mana dan ke mana JAIS dan JAKIM. Juga sekali lagi saya terteleng-teleng menjadi seperti rusa masuk kampung.

(4) Sesungguhnya, terlalu banyak orang Melayu Sarawak tidak faham akan muslihat Taib Mahmud dalam apa juga perkara. Sebabnya mudah, khusus di kalangan Penjawat Awam, GLC, serta para ahli politik Negeri dan para pemimpin masyarakat dalam masyarakat Melayu, mereka terlalu takutkan Taib sehingga antara antah dan beraspun mereka tidak terlihat bahkan sering keliru. Kenapa terlalu banyak takutkan Taib, sayapun tidak faham dan tidak hendak faham. Sesungguhnya, memahami Taib bukanlah sesuatu perkara yang terlalu sukar. Dia orang Politik. Pemimpin Politik Negeri. Itu saja. Dan baca, analisa, serta hayati sifat ahli politik, khusus jika seseorang itu duduk di kedudukan paling atas. Sama sahaja, sesiapapun. Biar Samy Velu, biar Mahathir, biar Lee Lam Thye, biar Nik Aziz Nik Mat, biar Obama, biar Sadam Husein, biar Mobutu, biar Golda Mier, semuanya sama sahaja dalam perhitungan kepentingan politik mereka. Namun, biarlah orang politik dengan politik mereka. Penjawat Awam Muslim dan atau Melayu khususnya, harus ada keberanian pengurusan "politik" tersendiri. Bukan untuk mengugat, tetapi cerdik membaca sehingga berani mengambil langkah memantap yang tersirat dan menepati kehendak syariat. Khusus dalam JAIS, Jabatan Agama Islam Sarawak, juga JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, di mana dan ke mana sebenarnya letak dan arah pembinaan mereka?

(5) Untuk JAIS dan JAKIM bahkan MUIS (MAIS), mungkin "kesilapan terbesar" mereka adalah pada nama iaitu bila huruf I dalam singkatan nama institusi-institusi tersebut adalah merujuk kepada Islam. Setakat yang saya faham, Islam adalah Agama milik Allah. Ianya untuk semua umat manusia, dan penganutnya dinamakan Muslim. Maka, apakah hak milik Allah perlukan sebuah Jabatan atau Majlis untuk mengurusnya? Saya berkira Islam aakn tetap terpelihara sebagai mana fitrahnya. Islam tidak perlu diurus. Mungkin ada yang ingin memperbetulkan saya, silakan. Jika betul dan tepat, saya terima. Namun sebelumnya, biar kita sandarkan pertamanya kepada satu peristiwa. Kitapun tahu, Mutahlib, datuk kepada Muhammad SAW, dulunya adalah penjaga Ka'abah. Saat kelahiran Muhammad SAW, iaitu di Tahun Gajah, Abrahah, MahaRaja Yaman datang menyerang untuk memusnahkan Ka'abah agar tidak menjadi saingan kepada Candinya di Sana'a. Siapa berani melawan Abrahah? Kaum Quraish memang kecut. Dia tidak datang berkuda atau mengenderai unta, Dia datang dengan bala tentera bergajah. Gajah adalah mamalia daratan paling besar. Tiada tandingan. Unta atau kuda pasti bertempiaran saat melihat gajah mengamuk. Begitu juga Pak Belang biar MahaRaja Rimba sekalipun. Tidak siapa berani menantang Pak Belalai. Abrahah di zaman dulu, sekitar 1,400 tahun dahulu adalah ibarat gandingan NATO-Israel, dalam menganyang Palestin, jika tidak Somalia. Maka, bila Abrahah mendekati Ka'abah, dan merampas unta-unta Muthalib, lalu kemudian mengepung Ka'abah, maka Muthalib datang kepada Abrahah. Muthalib hanya meminta diserahkan kembali unta-untanya, dan tidakpun berusaha merayu apa lagi bermatian mahu mempertahankan Ka'abah. Apa soal Abrahah yang dalam kehairan tersangat hebat melihat telatah Muthalib? Muthalib menjawab mudah: Unta-unta itu milik hamba, Ka'abah milik Allah. Biar Allah mempertahankan HakNya. Hamba hanya mampu mempertahankan hak hamba. Kesudahannya, Mutahlib dapat semua unta-untanya (200 ekor?) dan Abrahah lumat terbakar menjadi arang, dan Ka'abah kekal sehingga kini. Apakah peristiwa ini bukan muslihat Grand Plan Allah tentang bagaimana seharusnya kita melihat Islam? Ringkasnya, apakah kita harus memajukan Islam atau apanya? Jika Islam yang hendak kita majukan, maka "belum sempurnalah Islam" itu sebetulnya. Apakah itu benar dan betul? Sesungguhnya, seperti saya katakan LKIM tidak akan dapat memajukan para nelayan, kerana Lembaga itu hendak memajukan Ikan, bukan nelayan. Sama juga dengan Maju Ternak, FELDA, FELCRA, dsb. Kita tidak meletakkan sasaran sebenar pada mission kita. Samalah puak-puak Semang, Senoi, Negrito, Jakun, Sakai, Penan, dsb yang masih dirimba pedalaman pasti belum punya terangan tenaga lestrik selagi TEN terus TEN, juga Lembah Kelang dan Kelantan tetap akan menghadapi masalah air selagi Lembaga Air kekal sebagai Lembaga Air. Makanya over time para pemegang tampuk kepimpinan institusi ini kian kabur dan lari natijah asalnya mereka.

(6) Keduanya, saat roh Allah tanamkan ke dalam kalbu Adam AS, tidakkkah Allah memerintah semua untuk sujud kepada baginda? Apa maksudnya? Juga tidakkah di saat Adam AS hendak dibangunkan, telah ditetapkan tanggungjawabnya adalah untuk bertindak sebagai Khalifah. Khalifah untuk siapa? Kenapa khalifah? Di dalam Al Quran, jelas Allah menegaskan betapa Islam lewat Al Quran, Sunnah dan Hadiths adalah Ad Deen. Apa maksudnya? Islam adalah bukan mahluk. Islam adalah peraturan dan hukum lengkap hidup. Apakah logik, seseorang menjadi ketua kepada peraturan?

(7) Juga, bila Muhammad SAW dan para sahabah besar baginda sanggup bermatian dan zuhud dalam perjuangan mereka, apakah mereka sedang membina mengurus Islam, atau menebar Islam agar manusia Jahilliah serta manusia-manusia lemah menjadi kuat gagah dan tidak pupus? Apakah natijah perjuangan Muhammad SAW dan para sahabah besar itu? Islam atau menyelamatkan membangun Ummah? Saya yakin, tidak lain dan tidak bukan agar manusia menjadi Insaniah. Mungkin, agar mission JAIS, JAKIM, MUIS (MAIS) itu menjadi lebih menjurus kepada Ummah, maka huruf I pada singakatan nama mereka seharusnya bermaksud Insaniah. Muhammad SAW tidak membina mengurus Islam, baginda menebar Islam agar sifat Insaniah manusia kembali kepada fitrah sepatutnya mereka. Maka dengan sebab itu saya yakin, Allah terus-menerus memperingati banginda betapa baginda hanyalah persuruh Allah. Apa maksud persuruh, messenger?

(8) Kembali kepada JAIS dan Taib Mahmud, saya berkeyakinan besar, bila sejak sekitar 10-15 tahun lepas Taib Mahmud meletakkan mereka yang berkelulusan Political Science, Jurutera, Agriculture Economist, serta Social Science menjawat Ketua JAIS, MUIS, bahkan Baitul Mal Sarawak, juga Menteri Muda yang berkaitan juga punya kelulusan tidak tradisional spiritual pasti dia punya matlamat terselindung yang dia mahu mereka ini terokai secara bijak. Dalam banyak perkara, saya nampak Taib bersikap Syifu Politik tidak mahu terlalu campur tangan. Saya berkira itu cara bijaknya dia. Politic is an art not a science. Dia memberikan peluang kepada yang berkaitan untuk meneroka, berkreatif, berani mencuba merobah. Jika baik, politically acceptable, Taib selalunya tersenyum manis, jika tidak, maka ibarat prinsip Mahathir, tahu-tahulah membaca keadaan dan mengambil sikap berani dan tegas. Sesungguhnya jika para Ketua Institusi Awam serta GLC dan bahkan pemimpin politik dan masyarakat berani dan tekun meneliti sikap dan sifat di antaranya tiga manusia ini iaitu Iman Bukhari, Iman Ghazali serta Ibn Khaldum pasti akan lain sifat mereka. Apa lagi jika berani dan tegas keras seperti Umar Al Khataab dan Umar Ibnu Aziz. Saya juga sarankan, perlu juga difahami sifat redha Khaleed al Waleed, serta sesal Yunus AS dan sabar kental bijaksana Khaidir AS.

(9) Sesungguhnya apa yang saya perhatikan petang tadi, menguncang jiwa saya dengan persoalan  di mana dan kemana JAIS dan JAKIM?. Perumpamaan Melayu berbunyi: Musang berbulu ayam: Lain padang lain belalang; Ikut tari dengan rentaknya; Ukur baju ke badan sendiri; Bulat air kerana pembentung...; Kerak nasi, ditiskan air, lama-lama lembut juga; dsb sepertinya tidak dimengertikan bahkan telah terlalu dipersempitakan. Jika nama-nama seperti saya sebutkan terdahulu di atas adalah terlalu besar serta terlalu historical buat kita, maka saya usulkan cara pencarian dan pendekatan antaranya mereka yang berikut: Azhar Idrus (AI), Ahmad Deedat, Khalid Yasin, Zakir Naik, Yusuf Estes, Abdur-Rahman Green, Husein Ye, bahkan Maher Zain dsb wajar pihak JAIS dan JAKIM lihat secara terperinci dalam usaha pendakwahan mereka. Saya melihat kini banyak yang lebih cenderung untuk menjadi Nik Aziz Nik Mat, bahkan banyak sedang menuju menjadi Hadi Hj Awang. Tidak kurang yang sudah berjiwa Larry King.

(10) Sesungguhnya JAIS dan JAKIM dari masa saya keluar dari Universiti dalam tahun 1984 sehingga kini, mereka masih seperti rusa masuk kampung. Cara mereka, tetap sama dengan pemerhatian saya sejak saya masih pelajar lagi Tetap pondok oriented. Tetap sekadar ngomongan saja. Buat saya, JAIS dan JAKIM sedang dianggotai mereka yang sedang bergelut untuk hidup dari bergelumang untuk Insaniah. Kenapa? Jikapun mereka menjurus kepada Insaniah mereka hanya menari di Kampung sendiri. Mereka tetap terus bermain gasing dari mula mendongkel prihal gasing serta kepengunaan gasing. Tidak mereka merentas sempadan luas. Kenapa? Saya tidak tahu apakah mereka benar-benar faham serta mengerti, kenapa Muhammad SAW menerjah ke seluruh Arabia, sedang Allah telah memberikan baginda comfortable protection of the Al Ansar Madinah juga Kristian Koptik Ethopia. Alangkah sedihnya Muhammad SAW, jika baginda punya kesempatan melihat cara dan julatnya dakwah kita kini. Juga paling meraung tidak terhingga pastinya para pujangga Melayu yang mencipta perumpamaan Musang berbulu ayam dalam cara kita bekerja. Saya setuju, yang sedang menuju nur Ilahi, terus saja dibimbing, namun apa jadi dengan yang belum tampak akan nur ilahi, atau pandangannya masih samar-samar. Saya bersyukur anak-anak muda tadinya, sudah mahu "berpuasa", apa lagi sudah "semuanya berkerudung" namun pasti perlunya mereka yang boleh bersikap sepertinya Maher Zain dalam Pasti Ada Jalan biarpun itu sekadar lakunan idealisma buat lebih mendekati dan follow through dengan mereka sebegini, agar mereka terus dalam sinar taufik dan hidayah Allah. Sesungguhnya, tidak Allah menjadikan kerbau secara spontan mahu menenggala sawah, melainkan dipimpin tekun ulet. Tidak berbiri masuk ke kandang jika tidak digiring kemas. Juga bebek apa mungkin akan pulang anak-anaknya, jika siibu tidak membimbing mereka di jalan lurus? Lihat kepada alam, dan belajarlah dari sana.

(10) Sesungguhnya, keliaran tidak bermula dengan banyak. Juga api tidak membakar total seperti Neraka, selalunya, segalanya bermula secara kecil-kecilan. Al Quran tidak turun secara blek-blekan pukal sekali, melainkan selama hampir 23 tahun lamanya. Islam tidak terbangun sempurna dalam ketemaddunan singkat manusia, Islam terus berkembang sejak dari Adam AS sehingga ke Muhammad SAW, dan itu mungkin pulohan ribuan tahunan lamanya. Jika saat kecil tiada yang hemah mengurusnya, pasti kebakaran meluas akan menjelma. Begitu juga, saat kecambah tengah menaik jika tiada yang menyiram dan menjaganya pasti akan mati kekeringan. Kajilah, kenapa gejala dadah, bosia, mat rempit, sex bebas, dan segala kelainan sosial terus berleluasa di kalangan Umat Melayu? Juga, kaji kenapa soal rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, sifat malas, hasad, kedekut, penakut, dsb terus berakar menunjang subur di kalangan Umat Melayu. Maka, Taib Mahmud saya yakin, itulah yang mahu dia agar JAIS, MUIS, dan JAKIM serta mereka yang non-traditional spiritual dia amanahkan menerajui institusi-institusi ini untuk robah dan perbaiki. Pokonya, seperti saya katakan tadinya, sesungguhnya terlalu banyak Ketua Institusi Awam dan GLC Negeri yang "takutkan" Taib Mahmud tanpa mengerti jelas apa sebenarnya ketakutan mereka. Saya yakin the ant biting menjadikan banyak penjawat awam dan GLC di Negeri ini, jadi bisu dan kaku. Dan ant biting sesunggut itu adalah kerana tidak lain tidak bukan mereka belum jelas apa ertinya berbuat sujud hanya kerana Allah. Jiwa dan fikiran kebanyakan dari mereka tidak atau masih kurang sifat merdeka berdaulat.

(11) Pernahkah JAIS dan JAKIM jadi "memerang" jika tidak sebagai musang berbulu ayam masuk ke kampung-kampung juga masjid-masjid, surau-surau serta penempatan-penempatan "hitam" atau terpencil di seluruh Negeri untuk menghidu apa "jenis ikan yang boleh dilahap makan". Saya kini punya banyak kesempatan untuk sholat dan iktitaf di mana-mana, saya dapati rumah-rumah Allah "sedang sepi, kian sepi, semakin tua".  Tidakkkah ini menunjukkan ketidak cekapan kecapaian natijah keberadaan JAIS dan JAKIM? Bukan sekadar golongan muda samar-samar hadirnya mereka, malah golongan dewasa juga kian "memuda meliat mengelat". Jiwa Abu Bakar As-Siddique RA dan Umar Al-Khataab RA sudah kian lenyap dari amalan walaupun di kalangan "Islamis". Kenapa?

Nota:
Gambar-gambar hiasan adalah capaian dalam Internet atas tajuk: Photo of OMG, Line of Duckling back to the barn. Terima kasih kepada yang memapark gambar-gambar tersebut di Internet.

Kuching, Sarawak
27 Julai, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.