.

1/8/13 HARGA YANG PERLU KITA BAYAR BILA KITA TERPESONG....Najib, bila dia hendak bijak membaca dan mula bekerja keras terbuka?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 02, 2013

Share

& Comment

Tanpa melihat kepada Perangkaan Perdagangan serta Butiran Terperinci Pertumbuhan Ekonomi Negara, di suku ke tiga pada tahun 2012, saya telah menduga 2013 merupakan tahun yang tidak begitu gahirah dalam perkembangan ekonomi Negara. Asas telahan saya adalah bersandarkan kepada rasa hati bila saya mengikuti keadaan keliling kita. Pertama, Amerika terus dengan perlaksanaan Master Plan Zionis yang sedang kerusuhan untuk menguasai dunia. Sikap Yahudi-Zionis adalah suka menanguk di air keruh. Itu bukan janggal, kerana sememangnya itulah cara Yahudi biar diketika Temaddun Babylon lagi. Sesungguhnya di sana, 500BC, Yahudi sudah bermain dengan riba untuk menguasai pribumi lainnya. Begitu jugalah mereka sehingga menumbuhkan Hitler di Eropah sekitar awal abad ke 20. Di Eropah pula, khususnya di rantau EU, sememangnya mereka sedang menghadapi kegawatan silih berganti berteteran antara Negara ke Negara. Bermula dengan Greece, membawa sehingga ke Britain, mereka menghadapi kecelaruan matawang dan perbankan. Itu, saya kira juga adalah permainan Yahudi-Zionis agar Jerman tidak mudah bangkit menjadi kuasa besar di Eropah amnya dan EU khususnya. Zionis tahu, tapaknya iaitu Amerika akan menghadapi masalah, maka EU harus digoncang agar tidak sekali-kali bisa ke depan dari Amerika si buah jantung hati Yahudi-Zionis. Dendam Yahudi-Zionis tidak akan pernah terpadam. Asas utama falsafah hidup Yahudi-Zionis adalah memilik bangsa segala, biar yang lain sekadar pariah gentile.

(2) Russia, setelah kejatuhan USSR, belum pulih sehingga kini. Nasib baik, manusia sepertinya Putin ada di sana, jika tidak Yahudi-Zionis lewat kuda tunggangan mereka para Anglo di Amerika pasti telah meranapkan terus ekonomi Russia. Kucar kacir terus meledak di Commonwealt Russia apa lagi di Asia Tengah, rantau Negara Islam baru merdeka. Perlagaan ideologi Barat dan Russia bertembung secara terangan di sana. Akibatnya, mereka terus lemah dan terkurung.

(3) Di Tanah Arab, semua tahu. Akibat leka dengan kemewahan sejak kemerdekaan para pemimpin buta, tuli, pekak Arab, saya kira sedang disiksa Allah atas kelalaian dan kebodohan mereka. Saat berkuasa, semua, tanpa pengecualian, berlumba-lumba memewahkan diri dan keluarga, sedang rakyat terbiar sepertinya zaman Jahilliah kembali mendatang. Yaman paling mula bergolak, sepertinya Bebola Api Neraka  sudah muncul di sana, lalu satu persatu Negara Arab terbakar dalam kesesatan. Sesungguhnya filem 2012, serta ramalan-ramalan Akhir Zaman pada 2012 tidak lain adalah deception tentang kebakaran yang sedang berlanjutan di Timur Tengah. Akibatnya, harga bahan bakar melambung dan menjadi tidak menentu. Itulah habuan Yahudi-Zionis yang menguasai industri minyak dunia. Mereka mengaut untung lewat kegawatan bekalan di Timur Tengah. Perushaan minyak di Amerika dan Kanada lalu mengambialih mengaut untung dan semua itu milik siapa? Sedang wang petro di Timur Tengah kini sedang menumbuh subur military industry di Amerika, juga milik siapa? Yahudi-Zionis, sorong makan, tarikpun makan. Sikap manusia-manusia pengasas ribasebagitulah. Maka sebab itu Allah haramkan riba? Najib dan Mahathir, apakah perbankan di Malaysia sudah bersih dari riba? Saya yakin belum kerana dalam pengubalan sistem tersebut, landasannya tetap kepada perbankan konvesyenal Yahudi.Kita sepertinya hendak ke Syurga, tetapi jalan Yahudi kita pilih. Akan berjayakah kita ke Syurga akhirnya?

(4) 2010 adalah tahun tanpa had bagi perkembanagn ekonomi Asia Selatan (India) dan Timur Jauh (China). Yahudi-Zionis tetap Yahudi-Zionis. Haloba mereka tidak akan pernah terhenti. Maka, pergolakkan di Timur Tengah adalah alat bagi mengekang perkembanagn pesat ekonomi India dan China. Juga sememang sudah menjadi darah daging Indo-Pakistani, kerja mereka tidak lain melainkan bergaduh, maka mereka mudah dilagakan. Bekalan bahan bakar ke negara-negra ini dapat dikekang hebat. Jika tidak pasti dengan pasaran dalam negeri yang besar, India dan China sudah menjadi gergasi ekonomi dunia. Sekali-kali Yahudi-Zionis tidak akan mahu itu terjadi, biarpun kini China sudah menjadi kuasa ekonomi nombor dua dunia. Jika Timur Tengah tidak bergolak (sejak 1992) pasti kini, Amerika sudah menjadi hanya kuasa ekonomi ke empat di dunia selepas India atau Jepun. Begitu juga Latin Amerika terus saja dikucar kacirkan. Tidakkah Latin Amerika itu adik-beradik Amerika. Negara-negara di sana "diasas" dan dijajah oleh pendatang yang sama sepertinya di Ameriak. Ini bukan soal adik beradik, ini soal Yahudi. Inilah buktinya Yahudi tidak melihat batas agama dan bangsa, mereka hanya mahu segalanya hanya untuk mereka. Itu asasnya. Latin Amerika tidak akan pernah bangkit. Brazil punya upaya untuk menjadi gergasi ekonomi dunia. Itu dipastikan tidak akan terjadi. Tidak juga Kanada. Yahudi hanya mahukan Amerika, atas sebab sebatinya Kristo-Zionis-Kapitalis, maka Amerika menjadi ayam laga Yahudi di sana.

(5) Licik sekali Yahudi-Zionis, namun kita tidak pernah membuat pencerakinan mendalam tentang licik gaya pemikiran dan tindakan mereka. Di selatan, Australia, hanyalah anjing Yahudi-Zionis yang diperalatkan sebagai American Sheriff buat mengekang Asia Tengara. Kita juga tahu, dalam tahun 1997, George Sorros, telah dengan jayanya lewat alat globalisasi telah meranapkan ekonomi ASEAN, sehingga semua negara menjadi terhutang, kepada IMF. Filipina, Indonesia dan Thailand khususnya kini sedang bukan setakat memerah keringat, bahkan ditambah-tambah dengan air kencing masih juga terkial-kial untuk membayar hutang. Malaysia, Mahathir boleh berbanga tidak terhutang kepada IMF, namun kita terhutang di dalam negeri. Di negara-negara lain di ASEAN, sengaja kancah ideologi terus dipermainkan agar tidak wujud kestabilan. Burma, Laos, Kambodia, mereka adu domba sesiapa saja. Vietnam sengaja dimain sorong tarik agar China tidak mendapat manafaat dari pertumbuhan di sana. Si dunggu bangsa Korea, terus diadu domba sepertinya Vietnam dahulunya. Semua ini adalah Zionist Grand Plan untuk kekal di tampuk kuasa ekonomi dunia. Asas mereka adalah agama Yahudi yang terpesong betapa mereka adalah manusia terpilih, sedang yang lain adalah "pariah" yang hanya layak jadi hamba abdi.

(6) Najib sebelum dan semasa kempen PRU13 cuba menjadi Shaik Arab 1960an sepertinya dalam lakunan filem P Ramlee, menabur wang dinar keliling kota, sepertinya anugerah Allah turun bersama hujan dari langit, tanpa sadar, hujanpun boleh berhenti apa lagi wang dinar. Fenomena kini, apa yang saya lihat adalah ibarat, awan berarak, mendung berlalu, hujan tidak pernah menetes. Hanya halilitar sekuat teriakan Najib saja terdengar. Najib jika dia mengumpul semua pakar budayawan Melayu di dalam PWTC beserta semua pakar-pakar ekonomi dan kewangan Melayu yang hebat-hebat keluaraan biar dari mana, menonton dengan asyik lalu berlab membincang kisah Penyamun Ali Baba dengan meneliti watak Sudin dan Aziz Satar jika mereka punya firasat dalam, pasti sedar betapa P Ramlee sifatnya dalam prihal pengurusan harta saya kira 'setaraf' Yusuf AS di zaman Firaun. Sesungguhnya Najib, saya lihat sepertinya, guntur di langit, air di tempayan dicurahkan dalam keyakinan beliau terhadap nasihat para "pakar" betapa ekonomi dunia dan serantau pada 2012/13 akan menjadi baik lalu mengambil sikap mahaEhsan menabur wang Negara untuk perkara-perkara Non-Productive Growth. Akibatnya, kini, Taraf Kedudukan Kewangan Negara di paras Negatif dan ini dari sudut Kapitalisma adalah sangat merisaukan. Najib dan Negara kini sedang terperangkap dalam illusi Kapitalisma. Maka kita, seluruh pakar kita akan mencari jalan reverse speculative untuk mencari imej semu bagi memperbaiki Penarafan Kewangan kita. Saya berkira, cara Najib dan sikap kita, adalah ibarat menghias sundal bolong, untuk kembali jadi perawan angun. Kalau sudah bolong, dihias bagaimana sekalipun tetap sudah bolong. Tetap sundal jugalah dia, biar dia boleh menang tahta Ratu Universe sekalipun. Najib, kegemarannya sepertinya adalah kepada illusi. Kenapa?

(7) Sesunguhnya, inilah bahananya bila kita terus saja berpolitik. Seperti saya katakan, politik asasnya bukan Islam. Ianya terlahir oleh pemikiran rational Yunani dan Roman di saat kekacauan ekonomi dan moral sedang melanda mereka. Mereka menidakkan agama bawaan Isa AS sebagai panduan, lantas cuba mencipta asas moral hasil logika fikiran. Agama Isa AS adalah agama zuhud, lantas tidak sesuai dengan haloba budaya Yunani dan Roman. Maka, hanya bila Kristian mahu tunduk kepada tuntutan perubahan Istana, apa lagi dibauri Kapitalis Yahudi, baru kemudian Kristian menjadi Roman Christian atau Roman Catholic,  pastinya berbeda dengan Coptic Chritian di Mesir, Iraq dan bahkan Yaman dan Ethopia. Lihat penambahan perkataan Roman kepada agama tersebut, barulah Kristian boleh diterima menjadi agama rasmi Roman. Itulah asas politik. Namun kini sudah dibauri Yahudi-Kristo-Kapitalis maka jadilah ianya sebegini seperti kita amalkan sekarang ini. Sesungguhnya sahadah kita kini harus telah diubah kepada: Sengaja aku.... kerana Allah dan bersekutu dengan..... Sesungguhnya sahadah Muhammad SAW telah jauh kita pesongkan. Kapan kita akan kembali ke pangkal jalan?  Segalanya di Malaysia kini sedang dipolitikan. Sesungguhnya kebanyakan dari kita, dari kepala hingga ke buntut sedang dalam sindrom takut hilang kuasa dan atau kepentingan diri jika tidak sedang gila kuasa dan atau kepentingan diri. Kita sedang beralih kepada politik untuk menyelesaikan segalanya. Kita sudah beralih kepada tuntutan hakiki keyakinan diri. Keyakinan kita kepada Allah, hanya kepada Allah sudah kian jauh memudar.

(8) Saya menduga, Belanjawan 2014 yang Najib akan bentangkan sekitar beberapa bulan lagi akan lebih berupa mendorong kepada Belanjawan Spekulatif. Dia akan menaburkan bayangan kekukuhan ekonomi hanya sebagai Invitation to Treat untuk semua berkeyakinan sedang apa tindakan fizik beliau sebenarnya masih belum ketara. Saya tidak nampak di tahun 2013, ekonomi Malaysia akan rancak seperti dijanjikan dalam AkuJanjiPRU13, yang saya yakin dalam sedikit masa lagi akan digembur baurkan sebagai AkuTipuPRU13 atau AkuLawakPRU13. Apa sangat pertumbuhan 4-5 peratus? Negara tumbuh pada 4-5 peratus, pendapatan rakyat bagaimana? Dulu dalam tahun 1982, graduan keluar dapat gaji RM880.00/bulan (Sarawak). Kini, mereka dapat RM800.00 juga sebagai Intern. Ada beza? Kenapa perlu jadi dan adanya Program Intern? Gaduan juga masih ramai terkial-kial untuk dapat kerja. Gaji pula, tidak selaras dengan Negara Berpendapatan Tinggi. Saya tidak yakin pertumbuhan 4-5 peratus akan dapat off set pull back kelembapan ekonomi semasa gandingan Abdullah-Najib dulunya. Berapa jauhkah kita dari titik asal 2002? Sesungguhnya, Najib tidak pernah menganalisa juga jujur tentang kemerosotan lampau dalam bercakap soal pertumbuhan kecil kini, yang saya lihat adalah sekadar penunasan, bukan pertumbuhan sebenarnya. Dalam istilah Melayu Sarawak, Najib baru setakat mampu menyulikkan ekonomi Negara. Ekonomi kita belum tumbuh lagi, baru hendak keluar mata tunas.

(9) Apakah pilihan yang ada kepada Najib agar kita dapat bangkit cepat? Allah itu MahaBijaksana. PAS tetap menang di Kelantan. Kenapa? Adanya PAS di Kelantan, apa Kelantan itu bersih dan tetap bersih? Namun tumbang di Kedah. Lembah Kelang pula sudah terlalu mahal untuk dibangunkan. Juga saya difahamkan Khalid Ibrahim di Selangor sedang mengamalkan satu model Corporate Government di mana dia sedang melaburkan kekayaan pribadinya untuk membantu Kerajaan Negeri dalam membiayai pelbagai proses pembangunan di sana. Alhamdulliah, setidak-tidaknya semangat Abu Bakr As-Siddiqque, Umar Al Khataab dan Usman Affan akan kembali subur di Selangor. Mudah-mudahan Khalid Ibrahim terus menghalusi perkara ini dan terus subur bersamanya. Saya berkira, Mukriz Mahathir boleh melihat akan model ini bersama-sama Daim Zainuddin, Syeb Mokthar, serta abangnya Mokzani (?) yang dikatakan berlimpah harta untuk memartabatkan bangsa Melayu Kedah yang belum boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Orang Sarawak, 30 tahun dahulu seangkatan dengan Kedah, Pahang, Kelantan dan Trengganu sebagai negeri-negeri termiskin, namun kini sudah memasuki antara negeri-negeri terkaya. Tidak pernah Sarawak melahirkan Perdana Menteri. Kedah sudah dua kali. Tidakkan Kedah terus hendak tunggu Mukriz jadi PM baru boleh hendak keluar jadi negeri kaya? Juga orang Sarawak tak pernah jadi DYMM. Juga Sarawak tidak pernah melahirkan Menteri Kewangan Persekutuan, namun kenapa Sarawak boleh berjalan tegap keluar dari kemiskinan?

(10) Seperti saya usulkan sedikit waktu dulu, sesungguhnya Kedah, Perlis dan Kelantan adalah medan pertumbuhan baru Negara. Cuma, jika Najib mahu terus berpolitik, dia akan terus hanya sibuk mempolitikkan Lembah Kelang bergelut berebut pili air dengan Khalid Ibrahim macam budak-budak kecil dekat laman rumah. Muhyiddin Yasin pun, yag sering membuat ulasan tanpa penelitian sendiri pasti akan ikut sama. Akhirnya, kedua-duanya kena kencing Karpal, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Jika kita bijak dan dapat berfikir jauh ke depan, TPPA yang sedang Mustapha Mohammed gelutkan harus dapat melihat bagaimana Segi Tiga Perlis, Kedah, Kelantan dan Nara-Thani boleh dibangunkan bagi membentuk kerjasama erat Siam-Malaysia dalam industri automotif, kreatif, bahan binaan dan pengeluaran makanan halal. Jika Najib bekerja keras dan jujur membangunkan Kelantan, pasti kemarahan anak negeri tersebut yang sering ditidakkan pasti lega. Rakyat Kelantan di luar negeri mereka pasti akan kembali jika negeri mereka dapat menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada mereka. Sudah pasti jika ini terjadi, kekosongan yang mereka tinggalkan akan dapat diambilalih oleh anak-anak negeri asal tadinya. Di Sarawak, biar Taib Mahmud terus dengan agendanya. Saya dapat perhatikan dia sedang membuat beberapa adjustment untuk lebih kesaksamaan. Taib cuma perlu lebih terbuka dan besrsungguh-sungguh kepada golongan kecil yang ingin hidup membesar sama. Cuma saya lihat Negeri Sembilan kian malap. Begitu juga keghairahan Melaka kian melembek. Johor masih enak berzapin dengan kekalahan Ghani Othman barang kali? Iskandar Johor, biar maju, berapa peratus agaknya akan menguntungkan masyarakat Melayu-Banjar di sana? Apa tidak mungkin ianya akan menjadi Tambak Johor lagi?  Sabah, Aduh. Kami masih sebuk anik bah. IC kami dia orang cakap palsu bah. Orang Sulu jahat bah, mau ambil pulang Sabah. Bingung kami anik bah. Jadi askar saja bagus bah. Dapat timbak dan makan free bah. Indak usah tunggu BRIM bah. Pahang dan Trengganu, biasalah, hanya sebok bila PRU sudah mengetuk pintu. Inilah, akibatnya, bila Najib dilihat hanya bisa bertempek melaung membingitkan dari bersingsing lengan, menetes keringat, membanting tulang bergelumang dengan hakikat sebenar rakyat. Najib sedang terlena dalam Ilusi Nujum Negara Idris Jala yang hanya menyebut Ketola jadi Petola; Kacang Panjang jadi Kasang Panjan; Terung jadi Turun; Papaya jadi Payapa sedang segalanya tetap serupa bolong juga tetapnya.

(11) Tengku Rezaleigh Hamzah, cukup berpengalaman. Dia punya hubungan dengan para hartawan Negara. Pasti dia boleh membantu untuk membangunkan Kelantan. Allah, menurunkan Nik Aziz Nik Mat dari menjadi MB bukan tanpa sebab. MB Kelantan sekarang lebih terbuka. Husam Musa sudah tidak boleh berkokok lagi. Semua ini adalah rencana Allah agar dengan cepat Najib dapat berganding dengan rakyat Kelantan demi Islam dan Melayu. Juga Allah menjadikan Sultan Mohammed Sultan Kelantan sedia ada seperti sekarang sifatnya, bukan tanpa sebab. Juga Rezaleigh Hamzah terus sihat dan bertenaga, juga Allah jadikan bukan tanpa sebab. Bahkan paling ketera, Rosmah Mansur, isteri
Najib sendiri kelihatan lebih jelas lebih bijak lebih berani bukan tanpa sebabnya, Sesungguhnya, Najib kena bermunajat untuk bermuhasabah diri, bertanya kenapa semua ini sebegini, apa maksud Allah tentang semua ini, dan apa jalan harus dia ambil agar dia punya HighWay jelas ke Syurga Firdaus, sedang Negara menjadi makmur dan sejahtera? Cukup sudah kita terpesong, kembalilah kita ke pangkal jalan.

(12) Cuba fikirkan baik-baik, biar Mohd Najib Abdul Razk, biar sesiapa. Yahudi dan Nasrani, mereka selewengkan ajaran Musa AS dan Isa AS, dan mereka dapat menguasai dunia. TETAPI, Melayu (dan Arab), kita selewengkan Islam, namun Yahudi dan Nasrani menguasai kita, kenapa? Lihat, puak Yunnan di China, betapa mereka telah tertindas kuat, kenapa mereka masih mampu bertahan dan sedang berkembang mantap. Apa maksud Allah atas semua ini?

Somewhere on earth
2 August, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.