Pertama, bila kalangan bukan Islam hendak menggunakan nama Allah sebagai gantian terhadap sebutan Tuhan, atau My Lord dalam kitab mereka, kitapun bergegak gempita melahirkan rasa marah. Paling anih, kita lebih marah sesama sendiri dari kepada pihak yang berkehendakan. PAS maki UMNO, UMNO maki PKR dan berputar-putar dalam lingkungan Segi Tiga Gelangan Makian PAS-UMNO-PKR. Mungkin itulah sebabnya UMNO-PAS-PKR seakan-akan parti laknat kerana sesama Melayu-Islam melaknati sesama mereka. Mereka menjadi kelompok yang tidak boleh berfikir secara tenang, terbuka, menyeluruh dan mengambil sikap serta tindakan yang tegas, berani, dan bijak demi kepentingan Rakyat. Segala tindakan mereka adalah bersifat politik. Kenapa? Itulah budaya berpolitik Melayu. Kerana hendak berpolitik, perrtimbangan akademik, moral dan akidah menjadi disiplin sampingan dalam cara kita membincangkan menimbang sesuatu.
(2) Kedua, saat kebanyakan sedang khusyuk hendak beribadat Ramadhan, heboh pula soal Islam dihina bila ada sepasang bukan Islam berbuka puasa dengan daging babi bertanda halal. Kalau mereka bukan Islam, apakah hukum daging babi kepada mereka? Kitapun heboh. Kitapun kecik hati. Kitapun marah. Saya fikir, apakah isunya Islam atau penjelasan dan penguatkuasaan tanda Halal? Sama halnya, Ramadhan belum habis, sudah ada yang beria-ia berhari raya bersama anjing. Sekali lagi jadi heboh. Sekali lagi jadi keributan sehingga ada yang mnengeluarkan kata-kata yang dia sendiri tidak pasti. Sayang, kedudukan tinggi, dikeliling oleh para penasihat pengkaji yang baik-baik, tetapi telinga jadi pekak, mata jadi buta, hati jadi keras untuk terlebih dahulu menyelidik sebelum berkata-kata. Akibatnya, kita seperti meludah ke langit. Soalnya lagi, adakah ini soal Islam atau soal keterbabalasan akidah individu? Hanya kerana nila, susu selautan kita busukan. Maka di mana hikmahnya Islam. Juga sekali lagi apakah ini soal hikmah Islam atau kebodohan kejahilan Melayu tertentu itu sendiri?
(3) Kini timbul soal Syiah. Syiah Iran. Apakah ini berbeda dengan masalah yang dihadapi saat kebangkitan Ayatollah Khomeni dulu di sekitar 1980 an dulu. UMNO, PAS, dan PKR adalah parti politik. Dalam hal-hal lain mereka cukup bijak politik mereka. Dalam soal ini, mereka lupa pula pasal politik. Inilah akibatnya, bila kita terlalu hebat berpolitik sehingga kita gila lupa jalan sebenar. Buat saya, kebangkitan Syiah di Malaysia kini, adalah sebahagian dari jalan perjuangan Iran untuk membela dirinya. Iran sedang dikepung oleh Amerika dan seluruh sekutu Barat agar Negara itu tunduk kepada kehendak Barat. Kita sudah tahu sejak 1,400 tahun dahulu, Iran atau Farsi adalah bangsa besar, setaraf Roman kuasa besar Barat pada waktu itu. Mereka sememangnya sering hendak melanyak Arab juga tidak pernah berhenti saling berperang. Konflik Farsi-Barat belum pernah reda. Kini, apa lagi bila Arab sedang bersekongkol dengan Barat untuk memusnahkan Iran (Farsi), apakah mereka tidak hendak mencari jalan seluasnya mempertahankan diri. Apakah ini juga tidak sama dengan perluasan Komnunis di rantau ASEAN di saat Indo-China dan China sedang digempur Barat di sekitar 1970an dulu. Soalnya, kebodohan segelintir pemimpin Melayu, sepertinya menjadikan seluruh Negara jadi buta, pekak dan beku hati akan prihal sebenar, atau ada di kalangan mereka sudah menjadi anjing Amerika dan Israel di bumi ini?
(4) Di zaman Khomeni, Iran cuba mempertahankan serangan Amerika bukan atas jenama Syiah, tetapi jenama Islam untuk meraih pengaruh yang jauh lebih luas. Pada 1980an, bukan hanya UMNO dan PAS bertelingkah hebat atas bayangan Islam tetapi rakyat biasapun terheret sama. Pada masa itu, saya tidak mendengar atau membaca analisis sebagaimana saya perbuat ini. Semua sibuk kafir mengkafir sehingga anjing dan babipun jadi keliru bengong. Maka kini, kejadian babi dan anjing kembali menjelma saat wayang Iran kembali berlabuh sepertinya sedang berlaku kini. Kitapun berpolitik bodoh singkat akal keranannya.
(5) Sifat kita bangsa Melayu adalah ibarat gajah depan mata, kita tidak nampak, kuman di seberang lautan kita nampak. Mungkin kerana dosa dan atau kebodohan kita adalah terlalu besar, maka kita tidak nampak akan kebijaksanaan dalam neneliti persoalan yang sedang kita hadapi. Apa yang kita hadapi bukan soal bukan Islam tidak menghormati Muslimin apa lagi Islam juga bukan soal Syiah hendak menguasai Negara soalnya adalah kita tidak bekerja pada keperluan pekerjaan dan tanggungjawap kita sebenarnya. Pernahkah kita mengkaji keberkesanan dakwah kita? Pernahkan kita melihat pembinaan budaya kita agar bukan hanya subur tetapi betemaddun hebat agar semua menghargainya? Pernahkah kita mengkaji apakah sistem pendidikan kita benar-benar melahirkan profesional Islam di kalangan yang beragama Islam. Tidakkah kita hakikatnya sedang melahirkan pulohan dan munkin ratusan ribu graduan Islam, yang sedang ketandusan Islam mereka? Jadi jika Syiah dapat mengisi kekosongan dan atau ket6andusan ini salahnya letak di mana?
(6) Juga pergilah ke mana-mana outlet makanan segera semasa berbuka puasa ini, lihatlah di mana-mana, apakah betul caranya ibadah Ramadhan itu di amalkan oleh muda-mudi Melayu. Apakah mereka benar-benar faham akan tertib dan segala rukun turutan ibadah tersebut. Kenapa jadi begitu? Jangan berhenti di situ, teruskan berjalan dan lihatlah ke mana sahaja. Di Kampung-kampung sekalipun. Lihat akan apa sudah jadi dengan muda mudi Melayu. Di mana keIslaman mereka? Di mana kesan perbelanjaan besar dakwah kita? Hakikatnya, seperti saya katakan, mereka yang ditugaskan untuk mengurus halehwal Islam dan Masyarakat Islam mereka sebetulnya lebih sebok untuk hidup dari sebenar-benar menjalani tanggungjawap mebina Insani Ummah. Sebabnya, Islam sudah jadi bahan dagangan. Islam kita sudah dicemari oleh bangsa kita sendiri, maka, jika kita sendiri tidak faham bulat akan Islam, bagaimana mungkin bukan Islam hendak menghormati kita.
(6) Juga pergilah ke mana-mana outlet makanan segera semasa berbuka puasa ini, lihatlah di mana-mana, apakah betul caranya ibadah Ramadhan itu di amalkan oleh muda-mudi Melayu. Apakah mereka benar-benar faham akan tertib dan segala rukun turutan ibadah tersebut. Kenapa jadi begitu? Jangan berhenti di situ, teruskan berjalan dan lihatlah ke mana sahaja. Di Kampung-kampung sekalipun. Lihat akan apa sudah jadi dengan muda mudi Melayu. Di mana keIslaman mereka? Di mana kesan perbelanjaan besar dakwah kita? Hakikatnya, seperti saya katakan, mereka yang ditugaskan untuk mengurus halehwal Islam dan Masyarakat Islam mereka sebetulnya lebih sebok untuk hidup dari sebenar-benar menjalani tanggungjawap mebina Insani Ummah. Sebabnya, Islam sudah jadi bahan dagangan. Islam kita sudah dicemari oleh bangsa kita sendiri, maka, jika kita sendiri tidak faham bulat akan Islam, bagaimana mungkin bukan Islam hendak menghormati kita.
(7) Kita hakikatnya sedang meludah ke langit juga menepuk air di dulang serta bersaksi ke lutut dalam banyak hal tindakan kita. Kita kian jadi tengelam punca dalam banyak hal. Kenapa? Sesungguhnya inilah bukti jelas ketulahan pada sanggah Allah, bila kita berbuat tidak dan bukan hanya keranaNya. Kita berbuat kerana harta, pangkat, kedudukan, pujian, nama, kemashuran, segala bukan atas Bismillah, selain dari Bismillah.
Somewhere On Earth
3 August, 2013
0 comments:
Post a Comment