Suatu ketika dulu, saat kekalutan politik juga membantai Negara, Mahathir Mohammed keliling Negara bertemu rakyat khususnya bercakap dengan penjawat awam secara tertutup. Kehebatan Mahathir adalah dia bersemuka dengan rakyat menjelas dan mendengar dari mereka. Sedikit berbeda dengan Najib yang berjalan, bersalaman, berucap dan ketika-ketikanya menabur. Kebetulan, pada Christmas (?) 1998 loji SMDS di Bintulu baru saja meledak mengegarkan seluruh Bintulu, akibat masalah sumbatan oleh debu-debu jerubu yang melanda Sarawak kesan kebakaran hebat di Kalimantan pada masa itu. Saya pada Sept, 1999 telah diarahkan bertukar tempat kerja menjawat Jawatan Residen Bintulu. Pastinya, ledakan SMDS menjadi sebahagian minat utama saya. Apa lagi pada masa itu, Bintulu sedang dikuasai oleh DAP, satu-satunya kawasan Pembangkang di Negeri ini, dan salah satu mission saya adalah untuk memenangi hati rakyat.
(2) Sesungguhnya selama tempoh dua tahun mentadbir Bintulu, juga atas latarbelakang saya yang ada latihan ketenteraan biar hanya lewat program ROTU, namun itu cukup baik untuk saya to appreciate security matters di sana. Kebetulan juga pada tahun 2000, seluruh Negara dan bahkan dunia sedang tertipu kuat dengan kegusaran Millennium Virus Crisis, serta pada 2001 berlaku pula ledakan NY Twin Tower, maka isu keselamatan menjadi begitu menekan di Bintulu. Dalam masa yang sama juga Projek MLNG III(?) juga sedang bermula, dan Bintulu pada masa itu sedang mengalami ledakan Perkembangan Ekonomi yang sangat kuat. Pertembungan hebat juga sedang terjadi di antara penduduk tempatan yang mengakui Tanah NCR ke atas tanah-tanah perladangan yang telah Kerajaan Negeri peruntukan kepada syarikat-syarikat besar. Sebetulnya, masalah keselamatan menjadi isu yang mata penting buat Bintulu pada masa itu.
(3) Saya meneliti, Khemah Tentera di Tanjung Kidurung, Bintulu yang berfungsi sebagai Forward Security Base pada masa itu berada dalam keadaan amat dhaif. Kerana kedhaifan itu, maka saya gunakan istilah khemah dari Kem seperti biasa digunakan dalam istilah umum. Khemah itu berupa beberapa deret bangunan kayu separuh berdinding. Bayangkan saat hujan, dan serangan nyamuk di waktu malam, betapa dhaifnya para wira Negara dalam kehidupan harian mereka. Stor persenjataan tidak senonoh. Jalan masuk hanya batu kelikir dan sebahagian jalan tanah berlubang-lubang. Tempat letak kenderaan ketenteraan juga tidak teratur. Sesungguhnya base itu sangat dalam kedudukan tidak siap siaga dan hanyalah borrowed facility. Herannya, ianya menyediakan forward base bagi Komplek Gas dan Minyak terbesar dan pertama di dunia. Ianya berfungsi untuk mempertahankan salah satu Nadi Ekonomi Negara. Sayapun tidak faham, Lautan China Selatan yang luas yang menempatkan Pelantar dan Saluran Minyak dan Gas Negera di kawal dari Labuan dan Sibu. Sibu pula letaknya mungkin sekitar 100 KM ke pedalaman Laut China Selatan dan 120 KM perjalanan jalanraya dari Bintulu. Perancangan pertahanan Bintulu adalah diagak dapat ditampung dari Kuching (300 KM), Sibu (120 KM) dan Labuan (100 KM). Soal saya, saat malpetaka terjadi di Bintulu, apa mungkin semua base di Kuching, Sibu, dan Labuan sedang berada dalam siap siaga. Saya dikhabarkan saat SMDS meledak, bantuan segera adalah didatangkan dari Singapura.
(4) Saya sebagaimana sifatnya saya yang lain dan anih, bila Panglima ATM Wilayah I datang berkunjung ke Bintulu sekitar 2001, saya menyediakan Peruntukan Jamuan Makan Tengahari di Khemah tersebut dan membuat slow talk dengan beliau apa tidak mungkin perlunya dibangunkan Pangkalan Tentera Lengkap di Bintulu. Begitu juga saya meminta pihak Shell, MLNG dan BDA untuk menyumbang sepatutnya untuk menambah baik keadaan jalan masuk ke khemah tersebut agar military deployment akan menjadi agak pantas jika berlaku sesuatu di luar jangka. Juga mendukacitakan pada masa itu, kuarters kediaman bagi anggota Polis juga tidak mencukupi. Kerana ledakan ekonomi sedang berlaku, kadar sewa rumah di Bintulu pada masa itu amat tidak tertanggung oleh para anggota pengaman yang bergaji sekadar cukup untuk menampung supaya tidak lapar ini. Sesungguhnya dalam Dialoq bersama Mahathir Mohammed pada 1999, saya bangkitkan perkara ini, juga dalam dialoq bersama Musa Hitam pada 2001 (?) khusus dalam soal rasuah di kalangan Perkhidmatan Strategik Negara saya menimbulkan double treatment dalam Sistem Pentadbiran Negara. Penjawat Awam dalam bidang pentadbiran mendapt layanan dan keistimewaan yang jauh lebih baik berbanding dengan mereka yang berada di sektor keselamatan dan strategik.
(5) Soalnya, sehingga kini, saya tidak pernah mendengar dan melihat KSN bernar-benar bersifat sebagai KSN. Semua lebih bersifat sebagai pegawai heraki PTD. Kepentingan PTD dan PTN menjadi perhatian mesti. Sedang kalangan dalam Perkhidmatan Teknikal, Tektikal, Sosial dsb tidak banyak kajian dan perincian mengenainya. Sepertinya mereka ini samaada terbiar kecicir dan atau bebas kesendiri. Soalnya, bila dunia sudah berubah, sedang dalam Sektor Pentadbiran berubah cepat, namun di Sektor Tektikal, Teknikal, Sosial, dsb tidak berubah, maka timbul maasalah dyfunction yang akhirnya memungkinkan cemburu dan dengki. Sesungguhnya, bila saya mengikuti YouTube keterlibatan para bekas anggota tertinggi tentera dan polis negara ke dalam kancah politik semasa, jika diikuti suara-suara mereka secara saksama dan bebas, sepertinya, mendengar nyanyian S.G Beng mengalun Rintihan Anak Tiri. Atau mungkin Najib dan ahli kabinetnya perlu menonton dan mengkaji filem Bawang Merah, Bawang Putih. Buat saya GTP Najib, belum sampai ke tahap membongkar kelemahan Sistem Pertahanan dan Keselamatan Negara. Kejadian di Lahad Datu dan kemungkinan pergolakan di Laut China Selatan adalah Wake Up Call yang memerlukan mereka yang pakar dalam melakukan GTP di sektor tersebut. Saya berkira kedua-dua Hishamuddin Husein dan Zahid Hamidi perlu dilihat semula akan kewibawaan mereka yang sebenar. Saya juga yakin Idris Jala tidak sampai ke sana kewibawaannya.
(6) Kasihan. Saat kecelakaan melanda Tentera dan Polis, baru banyak tangan dan hati 'terbuka' sedang ianya apakah akan bersifat kekal, menyeluruh dan berkesan dalam penyampaian tugas dan tanggungjawap mereka serta kehidupan harian mereka? Buatlah kajian tentang keadaan kehidupan golongan enforcement personnel dan keluarga mereka dan rumuskan suatu skim perkhidmatan dan kehidupan yang lebih rewarding buat mereka. Janganlah, bakti sepertinya dituai perah, budi entah di mana tercicirnya? Buat saya, setidak-tidaknya Sultan Johor, ada kebajikannya buat para Tentera Setia Rajanya.
nota:
Semua gambar hiasan adalah hasil capaian dari internet.
Kuching, Sarawak
16 April, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment