Bila membaca atau mendengar Menifesto BN PRU13, saya yakin tidak banyak yang cuba membandingkan Menifesto tersebut dengan Rangka Rancangan Malaysia 10 (RM10) bagi 2011-2015. Hakikatnya, kini adalah 2013, bermaksud, seharusnya pada Mei, 2013 maka Semakan Separuh Penggal RM10 harus telah dibentangkan ke Parlimen. Sesungguhnya, Menifesto BN PRU13 pada tanggapan saya adalah bentangan semakan RM10. Najib membentangkan keseluruhan semakan tersebut untuk kelulusan rakyat, bukan lagi Parlimen, yang selepas ini jika BN menang besar, Parlimen akan lebih merupakan rubber stamping.
(2) Pertama, perjuangan Najib adalah to win the battle ie memperolehi tidak kurang dari dua pertiga kerusi di Parlimen. Keduanya untuk, to go to war Najib butuhkan; sengaja saya gunakan perkataan Indonesia tersebut untuk menekankan keutamaannya, para hulubalang perang yang baik bukan sepertinya general atas kerusi yang termengah-mengah biar hanya menjelaskan 'majlis' berperang dengan askar-askar kampung. Najib perlu punya hulubalang-hulubalang hebat untuk memenangi PRU13 dengan kemenangan besar, bahkan dia juga perlukan hulubalang untuk melonjakkan ekonomi negara selepas kemenangan besar tersebut. Untuk menang besar, Najib perlu mengambil kembali sekurang-kurangnya Kedah dan Selangor dan bertahan di negeri-negeri lain yang sedang BN kuasai. Untuk itu, Najib sebagai Panglima Tertinggi, harus didokong oleh para hulubalang yang hebat-hebat. Saya cuba memberi pandangan akan gendang perang yang mungkin boleh diambil kira.
(3) Bagi Sabah dan Sarawak, saya berkira, Najib telah menang besar dengan AkuJanji untuk membuka luas dua negeri tersebut dengan LebuhRaya Persekutuan. Sebetulnya Sarawak dan Sabah tidak perlukan terlalu banyak lapangan terbang. Yang diperlukan adalah jalan dan jambatan yang cekap. Sejak merdeka, sehingga kini, Sarawak dan Sabah belum mempunyai LebuhRaya, yang ada hanyalan jeraya terputus-putus. Apalagi dengan Faktur Lahad Datu, Najib sudah memperolehi keyakinan rakyat Sabah yang agak baik. Saya telah mengusul kemungkinan jalan baik bagi pengembalian Kedah, begitu juga dengan Kelantan. Bagi Selangor, saya berkira, Faktur Perumahan, Sistem Pengangkutan, Bekalan Air, dan Limpahan Kerja Baru akan dapat memancing pengundi dari negeri tersebut. Cuma, saya belum nampak orang seganas Harun Idris atau Mick Tyson Muhammad Taib dari kalangan pemimpin yang ada. Mungkin Faktur Hassan Ali dan Siddique Baba boleh dicuba untuk berganding dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, dengan meletakkan pembangunan semula Kg Baru Kuala Lumpur untuk menjadi Pusat Kecermerlangan Melayu dan Islam serantau, pasti akan memberikan harapan yang lebih menguja bagi seluruh warga Lembah Kelang dan Selangor.
(3) Najib harus berhati-hati di Perak, kerana pembunuhan yang dilakukan oleh regim Abdullah Ahmad Badawi dalam PRU12 dulu masih bernanah lukanya. Saya tidak nampak adanya kepimpinan berwibawa dari negeri tersebut, melainkan Rafidah Aziz yang sudah tegas berundur. MB yang ada terlalu ikut arus, reactive dari terus focus strategic for development. Sesungguhnya sejak dulu sehingga kini, Perak kian menjadi Backyard State. Aziz Shamsuddin, mungkin seorang politikus yang baik, namun ketokohan pentadbiran beliau semasa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat goyah, atau mungkin kerana dia tersekat. Bagi negeri Johor, Captain negeri tersebut perlu kepada yang lebih dinamik. Kesabaran anak Johor yang banyaknya adalah Rhiau-Jawa-Bugis harus tidak dipandang ringan. Setahu saya, Jawa-Bugis, dalam diam mereka banyak berkira. Azalinya, mereka diam tanda setuju, juga boleh tidak setuju, cuma dari segi lakunya, mereka akan membuat keputusan secara pribadi. Konsepnya, ngak usah okeh ngoceh. Muhyiddin Yassin pasti tahu maksudnya. Begitu juga Najib, jika dia masih ingat asal usul darahnya. Bagi Johor saya berkira, negeri tersebut perlukan gandingan pribadi Ajib Ahmad (MB sebelum Muhyiddin) dan Ghani. Ajib kuat bekerja untuk rakyat, cuma Ghani lebih lembut kepada Istana. Siapa paling layak untuk menduduki kerusi MB Johor, saya kurang pasti, namun Najib punya seorang sahabat paling setia serta gentleman di sana iatu Datuk Sharir Samad. Suatu ketika dulupun, Mahathir terpaksa mengakui sikap gentleman Sharir, dan saya kira selepas PRU12, beliau juga sangat bersikap gentleman dengan mengundur diri tanpa dipinta. Namun, dalam keadaan apapun, beliau adalah survivor. Mungkin Shahrir adalah yang terbaik untuk menjadi MB Johor.
(4) Negeri Sembilan, akan sedikit goyang. Saya tidak nampak pembangunan berkesan di negeri tersebut. Mungkin MBnya tidak mampu untuk mengurus sembilan negeri maka masih banyak keadaan seperti dulu-dulu tetap kekal azali. MB sekarang saya kira agak konervatif, biarpun saya tidak mengenali dan tidak mengikuti perkembangan beliau. Namun yang pasti, ruang pekerjaan dan pertumbuhan Negeri Sembilan telah agak perlahan sejak ketiadaan Isa Samad. Anih, Melaka kini jauh meninggalkan Negeri Sembilan biarpun negeri tersebut lebih dekat kepada Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Sepang. Pokoknya, mungkin faktor pengalaman. Saya melihat Rais Yatim sudah terlalu tua untuk memikul tugas di Kerajaan Persekutuan. Mungkin elok dia kembali ke Negori, dan bolehlah membujuk banyak para pesara di kampuing-kampuing untuk meneroka tanah mambajak sawah. Juga, mungkin wajar bagi beliau membanguin sektor perlancungan dan Pusat Adat Istiadat Minang kek sano.
(5) Ringkasnya, jika Najib ingin menang besar, banyak kalangan sekarang dalam baris pasukan tempurnya perlu dirombak semula. Soalnya, dia mesti menang perang, dan untuk itu dia butuhkan hulubalang terbilang yang rakyat hormati. Jika tidak, apa bedanya BN dan Alternatif? Juga gendang perang najib harus tidak sama dengan gendang PRU12. Ingat sih adatnya Bugis-Jawa, jangan rusuh, usah berantem, jangan keliwatan kebangetan.
Kuching, Sarawak
9 April, 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment