.

6/4/13 KEDAH DAN KELANTAN, NAJIB PERLUKAN FAKTUR M DAN R....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 08, 2013

Share

& Comment

Saya berada di Kelantan semasa saya masih umuran 13 tahun. Saya belajar di Kuala Krai, Ulu Kelantan dari 1973-75. Kemudian saya ke Jitra, Kedah untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 sehingga Matrikulasi pada 1976-79.  Kelantan pada masa itu ditadbir oleh PAS, kemudian kerana tumbangnya Dato' Asri Hj Muda, Muhamed Yacob dari UMNOpun mula memerintah. Kuala Krai pada masa itu, tiada beda ketara berbanding dengan Simunjan, daerah di Sarawak di mana saya datang. Sama juga Jitra pada pertengahan 1970an juga masih jauh ke belakang. Panggung wayang di Simunjan jauh lebih baik dari satu-satunya panggung wayang di Jitra serta pekan Simunjan juga jauh lebih tersusun dan bersih dari Jitra. Kedua-dua Jitra dan Kuala Kria adalah ibarat pekan Cow Boy dalam siri Wild Wild West.

(2) Pada 1970an, Kelantan dan Kedah, kedua-duannya bersama Sarawak dan Sabah tergolong dalam lima negeri termiskin di Negara ini, dan kedudukan itu sangat tidak berubah sehingga kini, sedang Sarawak dan Sabah sudah melangkah di antara lima dan sepuloh negeri terkaya di Malaysia. Kelemahan ketara yang saya lihat dalam cara Kelantan dan Kedah membangun adalah ketergantungan penuh dua Kerajaan Negeri ini kepada dana awam. Dari 1970an sehingga ke 2000an, pemimpin-pemimpin negeri di kedua negeri ini sangat bersifat konsevatif. Di awal 1980an-1990an, saya berkira Mahathir Mohammed punya masalah besar dalam cuba merombak kepemimpinan di Kedah, kerana pengaruh Syed yang sangat bertunjang kuat serta sifat konservatif mereka. Biar Sanusi Junid telah dihantar ke Kedah, namun cara Sanusi yang terlalu dinamik dan progressif menyebabkan sukar uintuk diterima oleh jentera pentadbiran negeri yang sudah berkurun terbiasa dengan cara kerja konservatif dan public oriented. Pertelingkahan Sanusi dan Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah TPM juga menyumbang kepada keterbiaran Kedah. Cuma Faktor M telah merombak Kedah dengan caranya tersendiri. Di Kelantan, bila Mohammad Yacob tumbang dan Nik Aziz mengambilalih kuasa, keadaan Khazanah Negeri yang sememangnya sentiasa kosong terus mengekang pembangunan ekonomi di negeri ini sehingga kini. Apa lagi sifat menghukum UMNO telah menyebabkan Kelantan juga turut terbiar. Sesungguhnya pertelingkahan Musa Hitam-Rezaleigh Hamzah, yang akhirnya menyeret kepada peretingkahan Mahathir-Rezaleigh juga telah lebih menghukum Kelantan.

(3) Di dalam PRU13 ini serta jika Najib ingin terus dapat menjadi PM, dia harus punya karisma tersendiri.  Dia harus mulai keluar dari bayangan Razak-Mahathir. Mahathir Mohammed boleh dilihat akan segala nasihatnya, namun Najib mesti memupuk kewibawaan tersendiri kerana, pastinya Mahathir Mohammed tidak akan terus berada bersama kita selamanya. Beliau kini sudah berumur 87 tahun.

(4) Berasaskan itu, serta pengamatan saya terhadap beberapa kepimpinan di peringkat kebangsaan, serta simpati mendalam saya kepada dua Negeri Melayu, iaitu Kedah dan Kelantan, maka saya berkira wajar Najib memberikan peluang kepada anak didik bapanya, iaitu Tengku Rezaleigh Hamzah (Ku Li) untuk memimpin Kelantan. Ku Li harus diberi peluang untuk menerajui kepemimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Dia perlu bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN. Saya yakin, jika Najib berani untuk mencuba kewibawaan Ku Li, dia sebetulnya telah memperguna bankyak kekuatan dalam Ku Li dalam nenawan Kelantan, paling tidak memaksa PAS akhirnya nuntuk membentuk Kerajaan Campuran. Dengan cara itu Najib boleh memberikan tumpuan penuh untuk bertarung di Selangor dan Pulau Pinang dan membiarkan Ku nLi dasn Mustapha Mohammed bekerja keras menawan Kelantan.. Pada saya Ku Li, R Factor  mempunyai banyak kelebihan. Pertama dia akrab dengan Istana Kelantan. Di Kelantan, ini adalah penting. Sikap hormat kepada Raja sangat dijunjung di Kelantan. Kedua, saya yakin Nik Aziz punya hormat kepadanya, sebegitu juga Ku Li. Ini adalah juga faktur petnig dalam Budaya Melayu Kelantan, iaitu menghormati Tok Guru. Ketiganya, pada usia 76 tahun, Ku Li boleh dilihat sebagai orang lama. Maka faktur pribadi sebagai seorang kerabat DiRaja, hormat akan Tok Guru, serta dia sendiri adalah orang lama, Ku Li  sangat bertepatan dengan kehendak am Budaya Melayu Kelantan. Saya ada mendapat khabar betapa Awang Adek sedang diaju untuk menjadi MB Kelantan jika UMNO dapat menawan kembali negeri itu, saya berfikir agak payah serta perhitungan paling besar saya adalah 51:49 PAS:UMNO.

(5) Paling menjadi asset besar Najib, jika BN menang besar di dalam PRU13 ini, maka dia memerlukan dana yang sangat besar untuk mengkotakan AkuJanjinya. Untuk itu, dia sangat memerlukan semua yang bijak untuk mengumpul dana ke arah itu. Untuk itu, saya yakin dengan wibawa Ku Li, dia boleh mengerakkan dana swasta untuk mengempur dalam membangunkan ekonomi Kelantan. Itulah kelebihan Ku Li, kekuatan sebenar Rezaleigh Hamzah R Factor dan saya yakin pada usia (76 tahun) sebegitu, dia sudah lebih sadar akan keperluannya untuk menyumbang untuk Melayu dan Islam. Sesungguhnya sangat banyak Melayu Kelantan yang berjaya di Kuala Lumpur, mereka hanya perlukan seorang yang berwibawa untuk memimpin mereka kembali berbakti di Kelantan. Manifesto Ku Li dan BN di Kelantan akan sangat menjadi mudah "Bawok kelek tokey-tokey ore kito untuk berbakti di Negeri kito ini". Najib harus melihat peluang kini sebagai masa keemasan bagi kebangkitan Melayu. Nik Aziz kena memberi laluan demi kemakmuran Islam dan bersamalah Ku li dalam membina Serambi Mekah. Kejujuran Nik Aziz, kebijaksanaan dan pengaruh Ku Li, pasti akan merobah Kelantan, jika itu dapat kita lihat dengan bijaknya. Rakyat Kelantan tidak harus khuatir tentang takut ore luar pakak mari gomo negeri kito kerena itu adalah agak payah dengan sikap jelas Sultan yang tidak condong kepada mengikis Melayu.

(6) Bagi Kedah, saya berkira Negeri itu sudah terlalu lama tidak mempunyai kepemimpinan yang berwibawa besar. Saya berkira kedua-dua Sanusi Junid dan Aizizan telah dapat melonggarkan pengaruh syed di dalam politik Kedah. Pentadbiran awam Kedah juga saya kira sudah agak bersedia untuk dapat lebih menerima coperate governance dalam segala urusan mereka. Bak kata perumpamaan Melayu, Di mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi; Bapa borek, anak rintik saya yakin Mukriz Mahathir (49) boleh memberikan sumbangan yang sangat besar. Sesungguhnya, dengan tombangnya Sanusi Junid (UMNO) di Kedah, lantaran biadapnya UMNO kepada MM dalam PRU12, kini Kedah dipimpin oleh pemimpin yang jujur namun tidak berupaya. Mukriz, bairpun beliau masih muda dalam politik, namun saya perhatikan watak hati-hati dan tertib yang ada pada beliau pasti boleh menjadi wadah yang baik untuk dia dapat mengembelingkan seluruh kekuatan awam dan swasta dalam memajukan Kedah. Pengaruh Mahathir pasti memberikan Mukriz segala kekuatan untuk menunjang Kedah keluar dari the Club of Five kemiskinan. Najib harus mempertaruhkan Mukriz Mahathir untuk mendapatkan Kedah. Dia harus bijak mempergunakan M Factor dalam langkah Perangnya kali ini di Kedah.

(7) Saya melihat, jika Kedah dan Kelantan dapat dikeluarkan dari the Club of Five, Malaysia akan punya kekuatan yang lebih untuk jauh lebih maju. Dua negei ini ibarat mendokong biawak hidup bagi Malaysia. Sebabnya, kedua-dua negeri ini belum pernah menikmati kepimpinan berwibawa. Saya yakin dengan DYMM adalah dari Kedah, juga Mukriz di mana ayahnya Mahathir adalah sangat dihormati di Kedah, Allah sesungguhnya telah memberikan kita peluang paling keemasan untuk memungkinkan Kedah bebas dari Kemiskinan. Jika Kedah dapat bergerak pantas berani  ke arah itu, pasti Perlis, Sebarang Prai dan Utara Perak, wilayah apa yang saya sebutkan sebagai Northern Triangle of the Malays' Misery juga akan mendapat limpahan rahmat pembebasan kemiskinan bersama. Saya yakin, Malaysia secara tidak langsung akan dapat merancakkan pembangunan ekonomi bagi umat Islam di Selatan Thai seterusnya.

(8) Pun begitu bagi Kelantan. Jika kemiskinan di Kelantan dapat dihapuskan, ini pasti akan berjangkit ke Utara Trengganu,  Utara Pahang dan bahagian Barat Perak akhirnya. Wilayah Eastern Triangle of the Malays' Misery mesti kita padamkan cepat. Pastinya dengan membangunnya Kelantan, wilayah Pattani di Siam akan turut terpengaruh. Timbalan DYMM yang kini dari Kelantan, dan dalam sedikit waktu lagi InsyaAllah akan menjadi DYMM pasti memberikan maksud yang tersendiri tentang kudrat Allah ke atas nasib Melayu Kelantan. Cuma adakah kita telah bijak untuk membaca itu sereta mengambil langkah pantas ke arah itu?

(9) Apa beranikah Najib untuk melihat segalanya menjurus kepada sebenar-benarnya jalan rahmat yang Allah sediakan dalam membina Melayu dan Islam bersama dua anak didik bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Rezaleighn Hamzah (oleh Tun Abdul Razak iaitu bapanya) dan Mukriz (pasti oleh Tun Dr Mahathir Mohammed yang juga bapanya yang telah meletakkan Najib pada ke dudukan sekarang ini).  Dalam masa yang sama juga, saya juga ingin melihat Najib melakar lagenda Pemimpin Islam selepas Umar Abdul Aziz, Khalifah Umaiyah, yang dapat menghapuskan kemiskinan meskipun baginda memerintah Empayar Islam hanya dalam lingkungan tiga tahun. Sesungguhnya DYMM dan Timbalan DYMM adalah dua Sultan dari dua Negeri Melayu, namun mereka adalah dari Negeri Melayu yang teramat miskin, pasti ada sebab Allah mengujudkan keadaan sebegitu.Tiba masanya Najib berjuang benar-benar di luar dari batas perkauman UMNO. Jika tidak, apa maksud ungkapan beliau yang berkata: "Saya sudah bosan dengan kepimpinan UMNO yang autokratik".

Kuching, Sarawak
8 April, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.