Melihat kepada gelagat body language para pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN semasa pelancaran Manifesto PRU13 BN seperti yang dibentangkan oleh Najib pada Malam tadi 6 April, 2013 ada sesuatu yang belum kemas sepertinya. Jelas, masih wujud isyarat-isyarat body language belum serasinya banyak pihak kepada pihak yang lain. Dalam kelompok MCA masih ada bayang-bayang distancing. Gerakan seperti terasing. Begitu juga dalam MIC. Di Sabah, sama saja. Sama juga bagi kelompok dari Sarawak. Saya tidak melihat kemesraan, saling bersenyum, saling berganding, saling memberi laluan. Ada seperti berebut mahu terpampang, namun ada juga meminggir dan mengundur terpaksa. Jabat tangan Najib juga kelihatan biasa-biasa seperti dia sering melawat ke Pasar-pasar Minggu. Pemerhatian saya tertumpu pada gelagat mereka di atas pentas utama. UMNO jelas masih bersikap sebagai big brother.
(2) Seperti tulisan-tulisan saya terdahulu, saya tidak sangat berharap Najib akan dapat menyelesaikan pertelanggahan di dalam MCA, MIC, Gerakan dsb. Bagi saya tumpuan Najib, seharusnya tidak untuk menyelesaikan soal-soal rumahtangga mereka. Mereka punya ayah ibu sendiri, maka biarkan mereka mencari jalan masing-masing. Saya hanya ingin melihat Melayu bersatu. Melayu berdiri, Islam terus berkembang. Itu saja. Sebabnya mudah, kalau Melayu bersatu, kuat dan punya kebijaksanaan, namakan saja parti apa, mereka akhirnya akan mahu bersatu bersama Melayu. Tidak kira yang mendokong Melayu itu adalah UMNO, PAS, PKR atau PBB.
(3) Dari imbasan-imbasan liputan ke atas hadirin, saya dapat melihat dan merasa, betapa bala tentera UMNO khususnya sudah amat bersatu. Syukur, sekurang-kurangnya di peringkat itu mereka telah bersatu. Soal mampu atau tidak mereka menyatukan sokongan pengundi Melayu itu soal lain. Setidak-tidaknya, UMNO telah kelihatan bersatu. Cuma sedikit cacatnya, Abdullah Ahmad Badawi, seperti absent di saat Najib harus menyampaian message penting kepada seluruh Umat Melayu. Pun begitu nada dan cara Najib berpolitik mengenai Parti Altenatif PR, saya kira baik, dia kelihatan tidak terlalu menghentam. Saya berharap, sifat itu dapat diteruskan, dan UMNO sebagai big brother tidak perlu bermain kasar untuk menibai PAS dan PKR khususnya akan mungkinnya gelagat Nik Aziz Nik Mat. Sesungguhnya, sifat orang Melayu, mereka mudah simpati dan menghormati yang rendah diri tetaqpi jujur. Jika Najib, dalam rayuannnya menyebut: Saya, Najib dengan rasa rendah diri....menawarkan untuk jadi PM, maka semangat itu harus dirteuskan. InsyaAllah kejayaan akan ada di pihak UMNO. Cuma, saya lihat di atas pentas utama, Khairi Jamaluddin, masih belum mematangkan diri gaya body languangenya.
(4) Soal intipati Manifesto PRU13 BN, tidaklah perkara baru. Angka-angka yang dibentangkan, secara relatifnya tidak luar biasa. Biasa-biasa pada tahap sememangnya kemampuan kita. Saya berkata sebegitu, kerana membangunkan Negara dan mensejahterakan Rakyat itu adalah tugas mereka yang mahu menyandang kerusi kepemimpinan. Apa lagi, kalau kita bandingkan Negara kita dengan negara-negara lain setara, contohnya Taiwan dan Korea Selatan, kita seharusnya sudah sebaris dan bahkan jauh lebih ke depan dari mereka lantaran kekayaan azali kita adalah jauh lebih hebat dari mereka. Kita tidak harus membandingkan kita dengan Thailand, Kemboja, dan Indonesia, Singapura yang dulu adalah anak kita, kini sudah menjadi little big brother kepada kita harus kita iri dan lepasi batas ke depannya.
(5) Cuma, saya berharap akan ada Manifesto BN bagi setiap negeri, khususnya bagi Kelantan, Trengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Saya tidak khuatir tentang Sarawak dan Sabah kerana keperluan kita adalah jelas dan mudah jalan, jambatan, elektrik, air, dan prasarana asas lainnya. Namun bagi masyarakat Melayu di Kelantan, Trengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang mereka sangat memerlukan tangan panjang lebar agar himpitan hidup yang kian melanda mereka dapat diselesaikan secepatnya. Saya merasa, jika Najib ingin menjadi lebih hebat dari Abdul Razak Husein dia kena lebih terbuka, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membela Melayu di negeri-negeri seperti yang saya sebutkan tadi. Sesungguhnya, tidak Melayu derhaka kepada pemimpin, selagi mereka boleh bersabar. Namun saat Melayu telah hilanmg sabar, darah dan nyawa akan mereka pertaruhkan. Kebetulan filem Puteri Gunung Ledang tersiar tadi petang di TV3, adalah sikap jelas Melayu. Biar rakyat telah tersiksa parah akibat Sultan gila sendiri, tamak sendiri, saat dia kembali sadar, Melayu tetap mengekalnya sebagai Sultan. Sesungguhnya, samaada sengajha atau tidak TV3 sebetulnya sedang memperingatkan Najib.
(6) Saya ingin menyarankan kepada UMNO-PAS dan Najib-Nik Aziz khususnya, agar dapat melihat secara mendalam dan meluas akan kemungkinan hidayah yang Allah ingin sampaikan bilamana Dia meletakkan DYMM dan Timbalan DYMM yang kedua-duanya datang dari negeri-negeri, Kedah dan Kelantan, yang ditadbir oleh PAS. Saya yakin, tidak Allah menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia.
Kuching, Sarawak
7 April, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment