Maimunah Jusuh itulah nama sebenarnya Tok Mon. Digelar Tok, sebagai kebiasaan adat Trengganu, lantaran usianya sudah menjangkau 94 tahun. Mahathir Muhammed (87) adalah adiknya. Najib (60) hanya setaraf anaknya. Khairy Jamalludin (KJ, 37), adalah cucunya. Nurul Izzah Anwar (33) adalah cicitnya. Mon itu, biasalah orang Melayu meringkaskan nama sesiapapun, dari singkatan Maimunah (mungkin juga sering di sebut Maimon) kepada Mon bila sudah berumur dan mungkin di zaman perawan bergetahnya dulu sering dipanggil Memon.
(2) Tanpa mengenali siapa Tok Mon, biar hanya secuilpun, ada tiga perkara menarik yang ingin saya perkongsikan bersama pembaca mengenai fenomena Tok Mon ini. Pertama, dia InsyaAllah akan berdiri pada PRU13 pada usia 94 tahun, mula dulu pada PRU12 pada usia 89 (?) tahun. Keduanya, InsyaAllah dia akan turut berdiri di Kuala Trengganu, kubu kuat bersama UMNO dan PAS. Ketiganya, dia terus berdiri atas sifat merdeka berdaulat. Buat saya Tok Mon menyertai PRU adalah fenomena. Kerana saya percaya, kehadiran seseorang seumur itu, pada latarbelakang miskin, tidak berpelajaran, sepertinya seseorang mahu bertarung mengadai jasad dan nyawa menantang singa ganas lapar. Dia menantang perumpamaan Melayu Kail sejengkal, lautan dalam dia duga, pasti di sebaliknya ada hikmah Allah untuk berkhabar sesuatu untuk kita renung secara lebih jauh dan halus. Sesungguhnya, seperti peringatanNya, ....pada waktu-waktunya, tiada apa terjadi tanpa sebabnya, segalanya ada aturan musababnya...
(3) Seperti yang saya katakan terdahulu, pemimpin-pemimpin samaada dalam Kerajaan (BN) atau Alternatif (PR) yang ada, semua mereka hanya layak bergelar adik, anak, cucu dan cicit kepadanya jika ditinjau dari segi usia. Kiralah: 2013-94 = 1919. Dia lahir di tahun 1919 suatu angka yang sangat menarik, sama menariknya dengan 3 April, 2013 bagi Najib. Pada tarikh keramat 3 April, 2013 Najib jadi PM, sedang Tok Mon lahir pada 1919 disambut tangan rakus serakah penjajah. Lihat pula 94/25=+-4. Bermaksud, Tok Mon telah melewati empat generasi manusia di Negara ini. Saya yakin dia ada anak, cucu, cicit dan piut. Dia telah melewati lima generasi hidupnya sebetulnya. Dalam WWI, dia adalah anak-anak munggil kecil berlari-lari di Pantai Rantau Abang mungkinnya. Saat Jepun mengamuk, dalam WWII, dia sudah berusia 26 tahun, anak gadis segar bungar bergetah bermadu siap digilai para bujangan, mungkin juga jika tidak tersorok baik, pasti dia menjadi Geisha Melayu buat ratahan Si Bagero Si Pendek Perut Bulat. Saat Negara menjunjung kemerdekaan dia sudah berusia 38 tahun, pastinya telah benar-benar dewasa matang beranak pinak.
(4) Jika kita sanggup menghayati sejarah budaya bangsa dan perkembanagn Islam di Negara ini sejak 1919-2013, pasti banyak perbandingan buruk baik yang dapat kita kaji. Namun buat Tok Mon, dia tidak perlu mengkaji, dia melalui, dia merasa, dia adalah sebahagiann darinya. Dia adalah ibarat Al Quran Buruk. Dia boleh menjadi sumber rujukan. Dia melalui dan menjiwai kekuatan dan kelemahan bangkit rebahnya bangsa dan Islam. Dia merasa dan melihat perbedaannya. Sesungguhnya, sepertinya seorang Tok sepertinya juga Mahathir, kerana ada yang tidak kena, dia turut mahu bersuara. Seperti dakwaannnya, asas untuk dia terus degil mahu berdiri kerana tanggungjawabnya sebagai seorang tua. Dia tidak mahu di Akhirat nanti tertulis sebagai seorang yang bersubahat tentang yang tidak betul. Suatu ungkapan yang banyak boleh memperlekehkan dan pandang ringan bahkan tertawakan. Sesungguhnya, tertawalah, kerana saatnya akan sampai, bila kita sendiri sudah mencapai taraf Tok baru kita sadar apa maksudnya, namun adakah kita akan berani kental tekad seperti Tok Mon untuk memperjuangkannya. Seumur itu, sesiapapun akibat pengalamannya, pasti firasat rasa jiwa halusnya memandunya. Tidak lagi dia berpandu kepada akal dan nafsu semata-mata. Dia merdeka berdaulat menyatakan pendiriannya semahunya.
(5) Apakah rasa hati tua Tok Mon sebenarnya? Tok Mon, semasa usia mudanya melihat bagaimana Negara jadi sundal diratah mamah penjajah. Bagaiman ini terjadi. Pasti dia tahu, sejarahnya adalah kerana Melayu saling berpuak-puak seperinya sekarang ini. Martabat bangsa, maruah Islam menjadi kucar kacir. Dia, jiwa dan maruahnya juga pasti rasanya seperti sundal di Negara sendiri. Dia juga menyaksi dan merasakan bagaimana Kemerdekaan Negara di perjuangkan. Perit getirnya, merempuh seribu dugaan kepayahan. Pastinya dia simpati dengan jerih peluh Abdul Rahman Putra dan Abdul Razak Husein dalam mendaulatkan martabat bangsa dan Islam. Namun kini kemerdekaan itu, kedaulatan itu, sudah digadai dengan segala amalan penyelewengan. Anak bangsa terabai lantaran berebut kuasa, pangkat, gelar, harta, kemewahan lebih penting. Saya yakin, kemudian Tok Mon melihat Wan Mokthar sebuk membangun Trengganu dengan Pembangunang Insang Pembangunang Insang Gelombang I Gelombang II Gelombang III namun di Kuala Trengganu, salah satu Kota di mana majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam, tetap tidak terserlah Melayu dan Islamnya. Yang ada hanyalah perlambangan tanpa nilai jati diri hakiki. Lalu muncul fenomena Darul Islang Hadi Awan(g), tetap juga Islang pada bendera, lambang dan kemelut berebut Surau dan Masjid menjadi-jadi seperti anak kecil berebut buah berembang. Melayu Kuala Trengganu tetap tak dok gapo pung. Kemudian Idris Jusuh (bukan adik Tok Mon) memerintah. Berpuok-puok bercelaru bertambah-tambah, sehingga Mohammad Said datang meredah segala. Namun, Kuala Trengganu tetap sama. Para belia, para remaja, jati budaya dan Islam mereka entah ke mana? Saat PRU12 mendatang, muncul fenomena biadap di dalam Pemuda UMNO terdorong hasil serakah tidak tahu sejarah meredah memijak-mijak usaha Mahathir, dan orang-orang tua dulu-dulu. Semua itu, sebagai orang tua, saya berkira pastinya menyentuh hati Tok Mon. Negara Maju, Melayu tergadai, remaja hilang jati Melayu dan Islam, orang tua tersisih tidak didengar malah mahu ditampar dilempar. Asasnya saya berkira Tok Mon pada usia 94 tahun rasa hati resahnya untuk mati dalam aman kian terganggu lantaran melihat dan merasakan Melayu dan Islam tidak semakin ke depan malah mengundur jauh ke belakang. Tok Mon, mahu bertanding untuk menyatakan rasa hati orang tua dan itulah rasanya. Apakah dia tidak benar? Saya berpendirian beliau punya asas, hanya Generasi Y dalam lingkungan KJ dan Nurul Izzah telah buta hati untuk mengerti dan Najib terbawa arus palsu yang terus mahu merosak dan menjahanamkan bangsa dan Islam. Apa lagi akibat kipasan tangan hitam di mana-mana, Anwar Ibrahim terus menyalak entah apa-apa yang menjadikan Melayu tidak enak tidur tidak enak duduk, kalut ribut tidak karuan.
(6) Pendeknya, Tok Mon, saya kira, beliau hanya ingin melihat anak, cucu, cicit, piutnya kembali bersama bermain bersuka ria di laman riuh rendah menghibur mengukuh jati diri Melayu dan Islam. Cuma tidak dia berpendidikan. Tidak dia berharta. Tidak dia berupaya. Dia hanya bisa berkata: saya hanya ingin mewakili golongan tua. Kerana cetek fahaman kita, sebetulnya kita biar apa gelar kecetek tak pandainya kita maka kita hanya melihat beliau sebagai Si Tua yang bosan tidak terpelihara. Apakah tidak ini sebetulnya pemula kepada peringatan Allah, betapa Akhir Zaman itu kian mendekat, saat ilmu sudah hilang sengatnya. Sesungguhnya, Kiamat kian menghampir bukan kerana apa, hanyalah kerana sebahagian besar atau keseluruhan dari kita sudah tidak bijak melihat segalanya lewat ilmu yang tajam dan luas. Dalam Manifestonya, ingin saya melihat apa Najib bisa menangkap kegundahan hati Tok Mon? Allah HuwaAllam Bilsawab.
nota: Semua sisipan gambar dan lakaran di dalam rencana ini adalah hasil capaian dari internet.
Kuching, Sarawak
5 April, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum,
Bersabarlah Tok Mon.,begitulah resamnya kehidupan dunia.Bila usia mencecah tua,kudrat tiada lagi, pandangan jauh mengaburi warna, langkah longlai tidak bermaya,maka idea pun outdated,expired sama sekali.Apa lagi andai hidup ibarat rumput ditepi jalan,sudahlah miskin tidak berharta,sudahlah jatuh ditimpa pula tangga.
Janganlah Tok Mon berkecil dan berjauh hati.Biar tiada orang yang dikasihi,biar jauh mebawa diri,biar luka menyergah jiwa,bulatkan tekad kuatkan semangat,anggaplah coretan ini sebagai penghibur hati.
Biar payah biar lelah,Tok Mon meniti hari demi hari,begitu berat mata melihat,namun berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.
Andainya tulisan ini dapat dijadikan sebagai penyejuk hati maka kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.Saya akan menulis dan cuba gembirakan hati Tok Mon agar hilang resah melanda jiwa.Ini bukanlah manifesto atau akurjanji sekadar buah fikiran seumpamanya tiada rotan akar pun mungkin berguna.
Sebagai penghargaan,sajak khas untuk Tok Mon hasil karya Bapak A.Samad.Said bertajuk Kita ini Tetamu Senja.
We are Guests of the Evening.
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,
Bila cukup detik kembalilah kita kepadanya,
Kita datang ini kosong tangan kosong dada,
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan,
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang,
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat,
Segera kita insap kita ini punya kiblat,
Segera kita ingat kita ini punya tekad.
When we see men lost and forsaken,
Homeless on the blue sea,on the brown earth,
We should instantly recognize our duty,
We should offer them our deepest sympathy.
We come with a soul and a body,
And return with devotion full of grace.
Sajak diatas adalah himpunan Sajak Melayu Baru.Cetakan 1968, oleh Craftsman Press Ltd Singapura, berusia hampir 60tahun,tiada dalam syllabus sekolah kini mungkin.
Sebenarnya message yang ingin disampaikan melalui bloq sdra Abc,
agar kita semua tahu siapakah penulis tanah air kita.
Lihat penyair dulu,puisi mereka merupakan satu keajaiban intelek,ia dianggap sebahagian dari kehidupan sehingga pepatah menyebut Pujangga dilahirkan,bukan dibentuk.
Penulis tanah air ketika itu bercita-cita tinggi,semangat yang berkobar-kobar.Penentangan,penindasan, hasrat kepada keadilan sosial perdamaian dunia terbayang hasil dari karya seni melalui tokoh tokoh eg.Usman Awang,A.Samad.Said dll.Mungkin nama mereka begitu sepi namun sumbangan didalam bidang kesusasteraan tidak dapat ditukar ganti.
Bagaimanapun,sentuhan saya diatas tidak kepada perjuangan dimedan perang.Ia lebih menjurus kepada kesedaran penulis tanah air yang melahirkan semangat perjuangan melalui hasil karya yang begitu individualistis.Penuh dengan sifat tegas,berani menyuarakan perdamaian,menentang penindasan dengan menggunakan bahasa dan irama yang begitu halus. Ini menggambarkan betapa tingginya nilai khazanah Kesusasteraan Melayu Lama.
Tok Mon,
Semuga hidup diberkati hingga ke akhir usia..,Tq,wassalam.
Saya TIDAK setuju dengan ungkapan "Bila usia mencecah tua,kudrat tiada lagi, pandangan jauh mengaburi warna, langkah longlai tidak bermaya,maka idea pun outdated,expired sama sekali" kerana ianya sangat bertentangan dengan falsafah Melayu yang menyatakan"Diam ubi berisi...; kelapa tua pekat santannya; jauh perjalanan luas pandangan. Menganggap Tok Mon yang sudah sebegitu usianya sebagai outdated atau expired ideanya jelas pengulas tidak menyelami akan kata hati Tok Mon. Dia bukan memperjuangkan nasib dirinya. Dia saya lihat sebagai wadah bagi Allah memperingat betapa dalam kehidupan kini telah banyak yang kita lupakan. Kita lupa antaranya menghormati golongan tua, dan mereka itu ada kemungkinan besarnya adalah saudara mara kita sendiri ie ibu-bapa, nenek-moyang lantaran kekalutan kita dalam mengejar hidup. Itulah message Tok Mon. Apa lagi saat dia melihat gelagat anak-anak muda yang kesasar tidak karuan. TQ ABC
Terima kasih....diatas teguran itu...
Post a Comment