.

14/4/13 CARA DULU-DULU MENGUNDANG KE MAJLIS KAHWINAN.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 29, 2013

Share

& Comment

Semalam MyStoreCafe di Kampung telah diserbu oleh banyak pelangan. Antaranya, sekitar jam 1700 petang, sekumpulan Big Bikers yang meredah Jalan Persisir Samarahan-Beladin, mencuba rasa melewati tiga feri yang merentas tiga sungai, iaitu Batang Samarahan, Batang Sadong dan Batang Lupar. Sebetulnya ketiga-tiga batang (sungai) ini punya kehebatan yang agak sama, iaitu merentasi Lembangan yang agak luas dengan hamparan tanah gambut yang luas dan apa lagi kawasan paya bakau yang kini sudah bertukar samada jadi kebunan kelapa, sawit atau perbandaran. Paling istimewa, ketiga-tiga batang ini terkenal dengan Bujang Senang yang saban harinya tidak lain adalah melenggang perut di tebing lupur setiap siangannya. Mungkin sebab itu dalam PRU13 kali ini, ketiga-tiga batang ini menjadi kawasan perebutan hebat bagi Rohani Karim, Nancy Syukri dan Rubiah Wang. Kesemua mereka ditentang oleh jantan PAS. Tiga kawasan Batang Utama di Sarawak menjadi pertaruhan jantan lawan perempuan. Itu menjadikan PRU13 di kawasan-kawasan ini menjadi sangat menarik.

(2) Kebetulan, kemudian sekitar jam 1745 petang hadir segerombolan peraih PAS datang berkunjung sambil terus mengedarkan risalah bujukan mereka. Untung bala kami di menua pesisir uleh jakok Iban, bala sidak mberik risalah dalam Bahasa Iban, uleh juak kami mbaca lalu ngerti nama utai kak dipadah bala sidak ya, cuma dalam hati saya alangkah terkelirunya mereka ini, serta betapa terlepas pandang sering terjadi saat gelora gelojoh sudah menguasai segala. Sesungguhnya di Kampung saya ada Melayu, Jawa, Bugis, Melanau, Cina, Orang Ulu, dan sedikit Iban. Auk, 1Malaysia, kok kami din!

(3) Saat peraih PAS ini sedang menikmati hidangan, saya mendekati mereka untuk mendengar strategi pancingan mereka. Mereka sebetulnya ingin mengunakan kawasan lapang di depan MyStoreCafe untuk melalak. Nasihat saya, bukan hanya kepada mereka tetapi juga kepada para penyokong BN yang kebetulan kebanyakan adalah para sahabat dan kaum keluarga saya sendiri adalah mudah. Pertama, kita ini gentleman atau tidak?. Kalau kita gentleman, berceramah melaung terpekik terlolong bukan caranya. Apa lagi bila memaki menghambur entah apa juga yang kebenarannya tidak pasti. Maka nasihat saya tidak usah dan jangan kerana masyarakat kampung hidup mereka saling bergantungan. Politik sering menjadikan mereka berpecah belah, bertelanggah akan perkara-perkara yang mereka sendiri tidak jelas. Biarlah masyarakt Kampung terus hidup dalam rukun damai tanpa sengketa. Buat saya, Kampung adalah benteng bagi orang Melayu dan benteng itu harus jangan diganggu gugat.

(4) Saya sering menasihati biar kelompok BN dan kini PAS, berkempenlah secara hikmah. Ikutlah hikmah Melayu dulu-dulu bila mereka membuat undangan. Dulu-dulu, bila ada kenduri kahwin khususnya, yang duduk kerja akan melantik sepasang suami isteri yang terhormat untuk berkunjung ke setiap rumah tetangga mengundang menjemput akan kehadiran mereka. Biasanya pasangan ini, bukan hanya sangat mesra, bahkan tebal muka. Mereka pergi mengundang biasanya bersama anak-anak mereka. Pakaian mereka cukup tertib dan sopan. Bicara mereka paling menyejukan. Mereka tahu latarbelakang bakal pengantin serta keluarga yang duduk kerja. Tanyalah mereka. Semua mereka tahu. Bilik tidur macam mana? Siapa yang siapkan bilik pengantin? Siapa dan apa mandian penyedian pengantin perempuan? Berapa belanja? Berapa ekor lembu akan tumbang? Apa jenis-jenis kerja yang perlu dibuat? Siapa yang kan datang? Segalanya mereka tahu. Mereka benar-benar pandai membujuk. Sepertinya kita sedang berbicara dengan yang empunya duduk kerja. Masa kecil-kecil dulu, saya punya peluang untuk mengikuti semua ini. Saya memerhati. Saya merakam, sekarang saya mencerita. Pokoknya, mereka benar-benar mewakili yang duduk kerja. Kerja ini boleh berjalan sehingga ke beberapa hari. Kerana segan akhirnya seluruh isi kampung serta kampung-kampung tertangga akan hadir memeriahkan majlis. Mereka akan datang berduyun-duyun tidak kira berperahu, berjalan kaki dalam panas dalam gerimis. Begitulah kesannya jika kita mengerti hikmah di sebalik segala kelemahan Melayu silam yang tidak siapa mahu menulis tetnag sebenarnya keistimewaan atas kelemahan itu. Maksudnya, keduanya, yang peting perlu diketahui oleh jentera politik mana-mana parti, mereka harus tahu segala perincian perjuangan parti serta permasalahan tempatan. Jika hanya sekadar datang kerana Nik Aziz, Anwar atau Najib, tidur lagi baik. Perjuangan parti lain, kita cakap lain. Esok, siapa hendak tanggung dosa pembohongan kita?.

(5) Di kalangan peraih PAS kelmarin, seorang di antara mereka berhijap penuh ala Minah Badui. Bila saya mendekat, dia kelihatan tidak enak cuba mengelak. Sepertinya suasana semasa saya aktif berpolitik di Kampus dalam tahun 1980an dulu-dulu masih berlarutan. Pada saya, sekali lagi saya dapati bila orang Melayu sudah terpelajar, biar di Barat atau Timur Tengah, biar lulusan sekolah Barat-Kebangsaan atau dari sekolah Pondok-Melayu, mereka seringnya terlupa akan sikap orang kampung. Bagi orang Kampung, seksi sangat pun meloya-menyeksa, terlalu Arab sangatpun meloyakan meluatkan. Saya berkira, di sebelah manapun, ketiganya, politik kita sebetulnya belum matang dan masih politik ikut-ikutan. Kita tidak punya jati diri yang kukuh lantaran KeIlmuan kita masih cetek. Kita cetek dalam mengabung KeIlmuan kini dengan tuntutan sebenar Islam dan Melayu.

nota:
Sisipan adalah foto Angelina Joli melawat kawasan miskin kedana di India. Lihatlah, betapa Minah Salleh mereka menyelidik, lalu bersikap sama seperti penduduk setempat. Tidak lebih tidak kurang. Sesungguhnya inilah sifat Mat Salleh sehingga dapat menawan hati bangsa kita kemudian lalu menjajah kita. Tetapi, adakah Melayu sedar akan perlunya mengerti sifat dan hati budi rakyat setempat. Kus semanggat, Jauh Pak Awi!

Kuching, Sarawak
29 April, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum.

1st.May.2013,semalam saya melayari bloq Saudara Abdullah.Pada tulisan beliau secara tidak langsung ia sedikit merujuk issue PRU13.Agak sedikit kelainan kerana tajuknya ialah Undangan Ke Majlis Kahwinan.
Namun itu adalah simboliknya Saudara
ABC dalam usaha memberikan penekanan khusus kepada generasi muda berkualiti. Bahawasanya dalam kita ghairah berpolitik haruslah berada didalam landasan mengikut adab atau guideline yang ditetapkan. Apa yang menarik perhatian ialah sebutan Saudara ABC di para akhir tulisan beliau iaitu Kus Semanggat(Kus Semangat). Saya tidak pasti yang mana satu betul pada 2 patah perkataan itu.

Saudara ABC buat saya seorang guru rujukan tentang apa saja berkaitan penulisan.Beliau begitu murah hati dalam perkongsian ilmu.Tulisannya menyejukkan hati yang gundah dan rawan..Maafkan saya,sedikit selingan bagi memeriahkan suasana sepi..
Well be back after a short break..

Waktu dulu-dulu,saya masih ingat dikampung selalu diadakan upacara mengubati penyakit eg Mandi Bunga.
Tok dukun akan menggunakan sebutan Kus Semangat diikuti lafaz Bismillah.Sebutan itu sinonim dengan roh/batin.Ia adalah 1 sentimen/kata hati yang beerti tafsir/firasat yang membawa maksud kepada kemahuan semangat yang waja.
Apapun istilahnya ia boleh disifatkan sebagai karut.Mandi Bunga sebenarnya merupakan ritual Melayu traditional dimana unsurnya telah dicampuradukkan antara kepercayaan Dinamisme dan Hinduisme. Dizaman itu pendita atau alim ulama dianggap berkat/keramat.

Dari sudut ini kita harus berhati-hati kerana ia melibatkan Aqidah.Didalam AlQuran,perbuatan khurafat membawa kepada Syirik. Rasulsaw bersabda,Tidak ada penyakit yang berjangkit,tidak ada larangan dalam bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam.Allah mengingatkan didalam memohon sesuatu kepadaNya semestinya tidak ada sebarang perantaraan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..
Kita tinggalkan kepercayaan mandi bunga. Sebaliknya apabila menatap wajah cerminan hati berdoalah Ya Allah,cantikkanlah wajahku sepertimana Engkau cantikkan budi pekertiku.

PRU13 hanya tinggal beberapa hari saja lagi.5.6.2013,dianggap tarikh keramat kepada penentuan demokrasi.Siapakah pujaan dihati anda..Oops..sorry..saya terlupa, undi anda adalah rahsia.
Its all rahsia(secret).What is secret must be kept as secret.

Kata-kata diatas adalah imbasan seorang penulis tentang senario kejadian di Tanah Melayu sekitar 1974. Beliau merakamnya didalam Adventures of a Modern Dr.Dolittle.
Telah diupdate oleh penulis pada 2005. Ia berupa cerita pendek sahaja.Keseluruhan isinya ditulis dalam Bahasa Inggeris.Saya sedang membacanya secara slow and steady.
Saya pasti penulis sengaja menulis catatannya dalam black and white backgrounds.Mungkin itu adalah 1 cara untuk recall the nostalgic 50s yang begitu mengujakan.Jika tidak ada yang lama pasti tidak akan wujud yang baru..

Sebenarnya saya juga tidak berapa faham akan isi cerita tersebut. Berpandukan dictionary,saya akan cuba seadanya memahami dan memuatkan gambaran secara ringkas ditulisan akan datang melalui abchek blogspot..InsyAllah jika ianya bersesuaian dengan tajuk..

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk berjaya,tiada sesuatu yang mustahil dalam hidup ini.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Prinsip Saudara ABC,In his heart there is no such word as cannot and he believes that nothing is impossible to a willing heart..

Untuk semua pengundi PRU13 yang dikasihi,Berilah mandat kepada pemimpin yang benar-benar berkredibiliti,berkaliber,dapat berkongsi harapan dan aspirasi bagi memakmurkan negara kita yang dicintai.Saya berdoa hari pengundian akan berjalan baik tanpa sebarang provokasi. Mudah-mudahan segala usaha pemimpin kita dalam menegakkan agama Islam dibumi Allah ini akan diberkati.
Tq,wassalam.
Rujukan,Himpunan Risalah Mandi Bunga dan Persuratan Melayu DBP.

Abdullah Chek Sahamat said...

Mandi Bunga khurafat? Tiada yang khurafat, apa lagi Syirik jika dibuat tanpa ada unsur atau niat menduakan Allah. Maka dengan sebab itulah Allah telah menetapkan segalanya berasaskan niat. Jika mandi bunga agar berseri, wangi harum, bersih, tiada salahnya. Islam menghendaki kita bersih, wanita harum dan menawan, asal tidak berlebih.



(2) Akan jadi Khurafat atau Syirik jika ada niat yang boleh menjurus kepada menambah, mendahulu atau mengatasi kuasa Allah. Dalam bahasa Melayu Sarawak Menyeluk Hak (Allah)



(3) Sesungguhnya ada waktunya saya menentang Melayu namun banyak ketikanya saya membela Melayu biarpun adanya unsur melambangkan kelemahan Melayu. Dalam soal di atas, saya akan terus membela budaya itu kerana, cuba fikirkan dan kaji, semua jenis sabun dan wangian yang ada di pasaran sekarang ini, tidakkah asasnya adalah bunga-bungaan. Maka, apa bedanya saat mandi bunga atau bersabun dan menyembur minyak wangi kita mengucap Bismillah atau Ayat Surah Yusuf, sebagai tanda ikhlas kita memohon bantuan Allah agar kita segar, bersih, menawan, menyejukan. Tidak lain, tidak lebih. AllahuwaAllam Bilsawab. TQ ABC

balqiswilson said...

Assalamualaikum.

Salam pagi jumaat penuh kerahmatan.
Selawat dan salam keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammadsaw..

Terima kasih diatas teguran dan pembetulan Saudara ABC,saya sangat berbesar hati.. Saya berfikir seketika,setiap sesuatu yang hendak dilakukan haruslah bermula dengan niat. Mungkin waktu itu saya tidak luaskan fikiran hanya melihat mandi bunga dalam skop perubatan masyarakat melayu lama dulu-dulu sahaja. Logiknya jika kita mandi mestilah gunakan sabun atau syampoo. Jika hanya sekadar air jirusan saja ia tetap juga bersih,tapi pastinya ibu yang paling sibuk sambil berkata,kamu mandi kerbau agaknya..
Ditambah pula dengan perfume selepas mandi tentulah akan membangkitkan aura serinya..
InsyaAllah saya akan cuba berfikir dan luaskan konsep mandi bunga sepertinya spa dan sebagainya juga dalam produk kecantikan yang lain..
Thanks... may 3.2013.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.