.

13/4/13 SISTEM SOSIAL KFC DAN UBI......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 24, 2013

Share

& Comment

Allah sering memperingatkan kita, betapa di alam semesta ini, terbentang luas ilmuNya. Cuma, adakah kita berfikir dan mendongkel? Sememangnya, tidak banyak di antara manusia yang akan boleh berfikir jauh dari apa yang dia mampu lihat, dengar, atau sentuh. Juga adalah payah untuk kita sekali lagi dapat menemukan Imam Bukhari, Imam Muslim, Ibnu Sina, Ibnu Rusdhi, Ibnu Khaldum, Ibn Battuta, Laksamana Cheng Ho dsb. Namun, apakah terlalu sukar untuk kita mencapai tahap kecendikiawan, Intelektual setaraf mereka? Sesungguhnya, mereka wujud di zaman kegemilangan Empayer Islam samaada di Timur atau di Barat. Mereka hadir saat Umat Islam sedang dalam kemelut menuju keruntuhan. Begitu juga lahirnya Hassan Al Bana, Gamal Al Bana bahkan Ramadhan Al Bana (Swis) di Mesir adalah takala Negara itu sedang perit dihisap sedut lintah darat British. Namun talibarut seperti Gamal Naser membunuh semua mereka. Di Nusantara, pernah terlahir manusia bernama Hamzah Fansuri. Beliau membangkitkan kesadaran Islam dan kebangsaan awal Melayu saat penjajah berluasa meranap jatidiri bangsa. Sesungguhnya, natijahnya, pemikir pemimpin besar sering terlahir saat bangsa dan Negara tengah berada dalam kancah jurang menerjun tergelincir.

(2) Kita bangsa Melayu, kini sedang tersenyum lebar saat tetangga Islam memandang tinggi akan kita. Apa lagi jika mereka dapat melawat KLCC Twin Tower, pasti mereka terpaksa mendongak sehingga hendak patah rasanya leher mereka. Itulah rasa pandang tingginya mereka kepada kita. Kita gah menjadi Negara Membangun Paling Maju. Syabas dan tahniah. Kita boleh membangunkan Negara ini mungkin sepuloh kali lebih pantas dari yang dapat dibuat oleh Abdul Razak Husein. Ada juga pihak yang mengusul untuk dapat melakukan segalanya jauh lebih pantas dari itu. Itupun tidak mustahil. Mahathir Mohammed telah meletakkan asas kukuh untuk kita jadi Serba Boleh, Malaysia Boleh.Bukan sekadar itu, Allah sebetulnya telah mempersiapkan segalanya untuk kita menjadi Bangsa Besar, cuma kita sahaja yang telah alpa dan lengai. Sebutkan, apa saja yang manusia sebelah sini perlukan tidakkah Allah telah sediakan semuanya?

(3) Namun saban waktu kita akan turut mendengar dan melihat betapa masih banyak di antara bangsa Melayu yang terus tertinggal dan terpinggir. Kenapa? Banyak pihak berkata, Melayu telah agak tertinggal dan terpinggir lantaran kita telah terlalu kotor.Saya sangat bersetuju, betapa kita masih di takuk ini lantaran kotornya kita, kalau tidak semua sebahagian dari kita. Ingat pesan nenek moyang kita: seekor lembu membawa lumpur, sekandang semua terpalit. Kekotoran ini sering pula dilihat dari sudut sempit iaitu politik. Bila kita bercakap tentang kekotoran bangsa dan Negara ini, pasti semua akan menumpu kepada politik. Kerana kekotoran politik itu telah menunjang dan mengakar terlalu jauh, maka untuk merobahnya, diperkatakan pasti akan menimbulkan kepunahan yang maha dahsyat. Namun, Barat yang teras politiknya adalah Kapitalisma, tetap mahukan segala perobahan mesti melewati politik iaitu demokrasi liberalisasi. Kenapa? Namun kerana perubahan politik itu banyak mengundang kecelakaan sepertinya pernah berlaku di negara-negara blok Komunis dan kini di Timur Tengah dan Afrika, makanya banyak tidak sanggup merobah. Sesungguhnya, hanya menjurus akan kekotoran itu dari segi politik adalah juga menunjukkan betapa kotornya fikiran kita. Fikiran yang hanya menjurus kepada politik menentukan segala hakikatnuya telah dikotorkan oleh Kapitlaisma-demokrasi-libralisasi. Punca kekotoran politik dikatakan adalah kerana gejala rasuah yang berluasa. Buat saya, kekotoran politik punya punca yang lain dari itu? Hampir semua berkata, kekotoran politik bangsa dan Negara adalah akibat rasuah. Saya berkira hampir semua menuding ke arah rasuah bila berbicara tentang kekotoran politik. Siapapun biar di Barat dan di Timur akan menuding rasuah sebagai punca segala kekotoran Politik Negara. Saya berkira tidak sebegitu. Bukan rasuah yang mengotorkan Melayu khususnya dan Negara amnya. Apa itu sebenarnya?

(4) DAP, MCA, Gerakan, dan MIC tidak akan berani untuk menyebut punca sebenarnya, lantaran tidak ingin menyingung perasaan mereka yang boleh politically dieksploitasi mereka. Begitu juga PKR. Jikapun DAP, MCA, Gerakan, MIC dan PKR tidak tahu akan punca kekotoran politik Negara, itu saya sedia maklum dan pastinya sebegitulah. Juga jika Barat tidak berani untuk bercakap benar tentang punca kekotoran politik Negara bahkan negara-negara setaranya dengannnya itupun saya kira kita sedia maklum. Itulah strategi mereka untuk terus mengotor cepat memusnahkan kita. Barat sangat cenderung untuk melihat segalanya dari sudut politik. Sengaja mereka berbuat sebegitu atas sifat deception mereka. Mereka mahukan kita terus akur dengan diagnostic mereka lalu menerima prescription mereka. Pendeknya mereka mahu kita terus berTuhankan mereka, satu cara bagi menyelewengkan akidah kita. PAS sebetulnya tahu dan arif tentang punca kekotoran Melayu khususnya. Cuma cara PAS bercakap adalah tidak berhikmah dan punya perhitungan lain. Jika PAS dapat berbicara secara hikmah akan punca sebenar kekotoran Negara, pastinya seperti meludah ke langit, pasti segera jatuh mengotorkan muka sendiri. Begitu juga, sebilangan dalam UMNO tahu akan punca sebenar kekotoran Melayu tetapi mereka akan terus menyisih dari membicarakan tentang punca sebenar kekotoran bangsa dan Negara. UMNO paling kecut. UMNO paling takut. UMNO paling menghindar. Mereka sama tidak mahu meludah ke langit.

(5) Cuba kita ingat kisah akan nabi Yusuf AS. Zulaikha, isteri pembesar Firaun, bukan calang-calang jelitanya. Namun saat dia mengoda Yusuf AS untuk beradu kasih, Yusuf AS dengan tegas menolak. Kenapa? Tetapi kemudian, Zulaikhalah juga menjadi kekasih sejati Yusuf AS. Kenapa? Musa AS mampu membawa Bani Israel keluar dari kemusnahan di tangan Firaun mulanya, kenapa? Namun, kemudian baginda menjadi murka lantaran kaumnya mulai menyembah lembu saat baginda sedang menghadap Allah, kenapa? Begitu juga, bila Abrahah, MahaRaja Yaman menyerbu Mekah di zaman Jahilliahnya, Mutahlib yang bertugas sebagai pengawal Baitullah tidak melawan malah menyerah sepenuhnya Baitullah kepada Abrahah untuk dia perlakukan sesukanya. Kenapa Muthalib bertindak sebegitu, sepertinya seorang pengecut? Khidir AS, sering dikemukakan sebagai seorang nabi yang sangat sabar. Biar Daud AS (?)pun tidak dapat bertahan sabarnya berbanding baginda.  Apakah kesabaran yang menjadikan baginda begitu agung tercerita hebat di dalam Al Quran, dan apakah sebenarnya yang memebentuk ketal sabarnya Khidir? Juga, bagimana caranya Sulaiman AS begitu berjaya membentuk sebuah Kerajaan Yahudi yang kuat penuh bersatu padu pada mulanya? Apakah penceritaan Al Quran berkait dengan Sulaiman AS? Juga saat Muhammad SAW ditawarkan pangkat dan harta semahunya oleh Abu Jahal agar tidak berbicara tentang kejahilan memusnahkan Quraish, keturunannya sendiri, baginda tetap menolak biar sehingga nyawa baginda terancam. Kenapa dan apa sebabnya? Khalid Al Walid, bila berdepan dengan panglima Byzantium (Roman Timur), kenapakah baginda menolak untuk diangkat ke tahta setinggi mana dia mahu serta harta berlimpah ruah semahunya?

(6) Sesungguhnya di Negara kita ini, tidak kurang contoh-contoh manusia terkini yang boleh kita teladani. Di antaranya cuba ceritakan keburukan tentang Prof DiRaja Ungku Aziz Ungku Omar. Carilah tentang kekotoran beliau. Begitu juga, cuba bongkar kekotoran Datuk Prof Syed Husein Al-Habsi. Bagaimana dengan prihal Datuk Dr. Ibrahim Bajunid. Juga tentang Syed Muhammad Al Naguip Ali Al Attas. Apa lagi dengan Datuk Prof Ismail Salleh. Tan Sri Rasdan Baba, bagaimana keuletan beliau? Kenapakah manusia-manusia ini begitu agung nama mereka serta terbilang kedudukan mereka? Sesungguhynya, kelemahan nyata Umat Melayu adalah bila mereka yang terbilang sebegini telah kita lupakan akan ketokohan dan keperibadian mereka. Kita asyik tersogok dengan segala macam kecelaruan sosial biar di TV, YouTube atau Radio. Kenapa?

(7) Dari jauh gah merah. Dari jauh terhidu jelas mengiurkan. Cepat. Mesra. Ceria. Enak. Itulah KFC. Maka berduyun-duyun ke situ untuk cepat menghilang lapar dan dahaga. Semua terbelek-belek mahunya apa sehingga lupa Bismillah, apa lagi doa makannya. Jika di rumah, sepingan nasi lauk ayamnya seketul. Di KFC, ayamnya sehingga tiga ketul. Jika di rumah, selepas makan, minumannya air dingin putih, tetapi di KFC pasti sebotol Coca Cola. Di rumah, semangkuk sayur segar di makan, tetapi di KFC selonggok Cheezy Wedges dilahap. Di KFC sedawanya diiring tumb up dan lafas 'best' tetapi di rumah nenek akan menegur dengan Alhamdullilah. Kenapa semua ini sebegitu? Saat berpulang, semua benar-benar kenyang dan puas. Namun sebenarnya apa yang mereka bawa pulang? Pasti banyak tidak tahu apa sebenarnya yang mereka bawa pulang. Kenapa?

(8) Di Kampung, ayah dan ibu juga nenek dan datuk, akan menancap ubi di batas sawah saat padi mulai ditanam. Dalam fikiran mereka saat sebegitu Berjagung-jagung dahulu, sementara menanti padi masak tetap ada. Mereka sepertinya tanpa sedar Taking a foot step ahead biar tidak pernah ke Harvard. Anak-anak, cucu-cucu, dan cicit-cicit akan mereka ajar tunjuki supaya begitu. Kenapa mereka berbuat sebegitu? Saat padi mulai masak, ubi digali dibakar direbus digoreng buat makanan bersama sekeluarga sejiran sekampung. Riuhnya lain. Enaknya lain. Citarasanya lain. Sebegitulah pestanya mereka. Kenapa?

(9) Sesungguhnya, perumpamaan Melayu yang berbunyi Jauhari juga mengenal manikam sangat dalam maksudnya. Siapakah Jauhari serta bagaimana sifat jauhari? Begitu juga Resam padi, semakin berisi semakin tunduk. Inilah antara dua falsafah hidup Melayu, jika kita mengerti mendalam pasti banyak kekotoran dapat kita kenali dan bersihkan. Soal kotor memang kotor, setiap manusia ada kekotoran masing-masing. Bumi mana tidak ditimpa hujan?<.i>. Kita bukan mailakat sehingga tidak ada najis di tubuh kita. Najis sememangnya adalah sebahagain dari tubuh kita. Ianya adalah sebahagian yang tidak boleh terpisah dari hidup kita. Kita juga bukan syaitan apa lagi iblis sehingga terus bergelumangan dengan najis. Soalnya, apakah kita punya kesadaran, pertamanya bila saatnya kita sudah kotor dan titik mudharatnya, dan keduannya, bagaimana caranya kita harus membersihkan kekotoran pada diri kita? Dalam erti kata lain, apakah yang boleh membersihkan kita dari kekotoran yang jelas akan merosakkan kita? Juga apakah yang membolehkan kita tahu, tentang apanya kekotoran itu yang boleh merosakkan kita?

(10) Sesungguhnya, kesanggupan Ibrahim AS dibakar, Isa AS dikhianati, juga Bilal bin Rabah (?) dipukul keras tegar menghadapi maut, bahkan Melayu lama mencipta cerita rakyat penglipur lara sepertinya Sang Kancil, Pak Kadok, Pak Pandir, Lebai Malang, Musang Berjanggut, Abu Nawas, Si Luncai, Hang Nadim, Hang Tuah bersaudara, Putri Gunung Ledang, dsb semuannya agar orang Melayu punya satu dan berpegang kepada satu iaitu Alif Lam Min. Itu tiga huruf pembuka Al Baqarah. Sememangnya, dalam banyak tafsir, hanya Allah yang tahu maksud sebenarnya. Tetapi Allah juga tidak melarang untuk kita berfikir mencari ertinya. Saya berkira selagi landasan baik tetap kita pegang, Alif Lam Min, boleh saya duga bermaksud sebagai lambang kepada Pengagungan Ilmu, membina Intellectual Capacity. Sesungguhnya, Surah Al Baqarah itu mencatat ringkasan segala Ilmu Islam. Surah itu merumuskan sifat-sifat pribadi Muslimin, tanggungjawabnya serta hukum akan beberapa perkara pokok dalam sistem sosial Muslimin. Tidak hairan, bila Muhammad SAW hendak menghantar wkail baginda menjadi gabnor mana-mana wilayah taklukan, baginda terlebih mengutamakan para sahabah yang hafal dan mengerti akan Surah Al Baqarah. Maka tidak salah jika saya katakan, betapa Allah sengaja menggunakan Alif Lam Min sebagai pembuka Surah tersebut agar manusia terus mencintai Ilmu. Sesungguhnya, segala apa yang saya perkatakan di atas, semuanya menjurus kepada keperluan kita untuk berIlmu. Al Quran itu adalah Ilmu. Islam itu adalah Ilmu. Iman itu adalah Ilmu. Sunnah adalah Ilmu. Sesungguhnya Ilmu menjurus kepada pembentukan manusiawi Intelektual. Maka, jika kita punya daya Intelektual yang inclusive tinggi, pasti kita akan tahu membeda tentang kekotoran dan tahu caranya membersihkan diri. Itulah sifat yang ada pada para sahabah Muhammad SAW juga para Imam besar terdahuklunya. Kita seharusnya mulai sadar betapa Islam, Iman adalah jalan Ilahi agar kita menjadi Insani Intelektual. Kelemahan kita, kekotoran kita adalah kerana kita tidak bekerja keras mendongkel maksud Allah akan Alif Lam Min. Kita menerima agar ianya terbiar sebegitu sahaja tanpa menyoal apakah Allah pernah melarang kita untuk berusaha mengerti akan maksud 'SMS'Nya itu?  Sesungguhnya Bill Gate juga Job Steve kerana mereka akur akan kehebatan Alif (Lam Min), maka mereka menggunakan I
sebagai simbol daya Intelektual dan ketemadunan mereka lewat Internet, I-phone, I-Pad dsb.

(11) Makanya, Barat tidak akan pernah mahu berkata betapa masyarakat Islam terus mundur dan kotor lantaran KeIlmuan mereka adalah cetek kerana KeIslaman dan KeImanan mereka adalah lemah. Daya Intelek
kita yang lemah sebenarnya adalah najis kotor yang sedang memebunuh musnahkan kita. Kita Umat Islam sebenarnya semakin dhaif mengenai olah Barat yang mulanya membantai Baghdad, Kaherah, kini Damshek dan tanpa sedar Timbuktu, dan dalam sedikit masa lagi kota-kota penting Farsi, Tengah Asia dan Pakistan. Pusat-pusat KeIlmuan Islam sedang diserang hebat. Segala Khazanah Ilmu Islam sedang berpindah hebat ke Barat. Juga sebegitulah DAP, MCA, MIC, dan Gerakan. Mereka tidak akan mahu membangkitkan bahawa Melayu mesti berpegang teguh kepada Islam untuk mereka berjaya. Juga UMNO dan PAS pasti juga tidak akan mahu mengakui KeIslaman dan KeImanan Melayu adalah masih terlalu lemah, maka Melayu terus hanyut dan mundur cepat sedang bangsa lain maju pantas. Mereka tidak akan mahu meludah ke langit. Sistem sosial KFC telah memudah segala, maka kita gemar yang mudah-mudah sehingga kita tidak sadar yang mudah cepat enak sedang mengisi tubuh dan jiwa kita dengan najis segala kekotoran. Sebilangan besar orang Melayu sudah tidak kenal ubi apa lagi cara menanam ubi. Kita takut kotor, namun kita tetap dan sedang kotor.
Kuching, Sarawak
24 April, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.