
(2) Saya tidaklah hendak mendewakan sangat si Pok Him Katok ini. Sekejap UMNO, sekejap PAS, lepas itu bebas, kemudian ngorak balik UMNO. Pada saya pendirian beliau satu Dia hendak membela Pasir Mas biar landasan apa sekalipun yang terpaksa dia gunakan. Pokoknya, dia ada perjuangan yang jelas. Saya bersimpati dengan Pasir Mas, kawasan paling banyak emas tetapi semua sudah menjadi pasir lantaran sebab-sebab yang bodoh busuk hati dengki khianat Melayu sesamanya. Maka, pada PRU13 kali ini, saya hendak mengucapkan syabas kepada UMNO yang telah memberikan peluang kemenangan sekali lagi kepada Ibrahim Ali. Pasti itu bukan keputusan Parti, tetapi keputusan calun UMNO dan penyokong-penyokong setianya. UMNO harus bangga memiliki ahli serta pemimpin seperti Che Johan Che Pa. Inilah apa yang sering saya katakan sebagai Pok Him bulih, Che Pa jange (konsep sebenarnya adalah Che Po bulih, Pok Mak jange!) Syabas dan tahniah Che Johe. Saya yakin, dia juga sangat mengambil berat tentang kepayahan dan kesusahan adik kakok di Pasir Mas, sama juga sepertinya Ibrahim Ali. Kalau boleh saya katakan, dialah satu-satunya Johan Rakyat DiDahulukan dan harus dinobatkan Bintang Setia Pendokong Slogan Najib. Kalau UMNO matang, maka UMNO harus menebar seluasmnya tentang betapa UMNO sudah punya pemimpin yang sanggup berkorban apa saja untuk rakyat lewat contoh Che Johan Che Pa. Mustapha Mohammed harus lebih terbuka dalam menangani Che Johan Che Pa, sama hebat kemelutnya dalam menanggani Tengku Rezaleigh Hamzah bila dia sanggup menghuraikan soal hak royalti minyak di Pentas PAS, paling tidakpun sengeh jelah dulu.
(3) Ujian kematangan kedua yang UMNO terima dalam PRU13 ini adalah bila Naib Ketua Wanitanya Kamilia Ibrahim bertanding sebagai Calun Bebas. Cuba fikirkan, dalam PRU12 dulu, apakah tidak Khairi Jamaluddin adalah salah satu sebabnya kenapa UMNO kalah teruk? Namun, tetap Khairi menjadi calun dalam PRU13 ini? Tidakkah anih, jika Ketua Wanita UMNO tidak bertanding, orang nombor dua juga tidak dapat bertanding? Perempuan, terkadangnya sifat melawan mereka adalah secara diam-diam. Pasti, secara diam-diam ada perhitungan di kalangan Wanita UMNO betapa mereka tersisih saat orang kuat mereka tidak dicalunkan. Bayangkan jika Muhyiddin Yasin tidak dicalunkan sedang Yong Teck Lee (SAPP) pula boleh bertanding? Jika Kamilia Ibrahim tidaklah senonoh, bagaimana dia boleh jadi orang nombor dua dalam Wanita UMNO? Adakah Wanita UMNO sudah begitu corrupted memilih Kamilia menjadi salah seorang pemimpin besar mereka? Sedangkan, saya berkira yang yang lainnya tercalun, pasti ada yang lebih tidak senonoh berbanding Kamilia? Saya berkira, UMNO sudah berumur 60 tahun, nenek tua jika tidak keluarga matang. Biarkanlah Ibrahim Ali dan Kamila Ibrahim mempertarungkan nasib mereka secara demokrasi, dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim. Soal pecat memecat, buatlah selepas PRU selesai dan semua berada dalam keadaan kembali tenang. Syaitan paling seronok manusia membuat keputusan saat sedang marah! Bagi saya, biarlah rakyat yang memilih. Bukan Muhyiddin atau Najib. Biarlah rakyat memilih yang terbaik antara yang baik, jika tidak syaitan di antara iblis. Sampai usia berapa UMNO dan Melayu hendak matang?
Kuching, Sarawak
22 April, 2013
0 comments:
Post a Comment