.

9/4/13 TOK PA + TOK GURU = KELATE KITO...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 17, 2013

Share

& Comment

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas kepada Mustapha Mohammed, Tok Pa kerana akan bertarung di DUN dan Parlimen pada 5 Mei ini nanti, begitu juga dengan Mukriz di DUN Ayaq Hitam, Kedah. InsyaAllah, mudah-mudahan beliau akan berjaya di kedua-dua kerusi tersebut. Harapan paling besar saya adalah agar Tok Pa dapat menjadi MB Kelantan samaada dalam Kerajaan BN atau Campuran UMNO-PAS. Saya tidaklah begitu kenal akan Tok Pa. Saya hanya dapat bertemu beliau dalam dua Majlis iaitu semasa beliau mempengerusikan MTEN pada 2002 di mana saya hadir sebagai Pengarah UPEN Sarawak, kemudian dalam tahun 2010 di Parlimen semasa dia menjadi Menteri Pertanian Malaysia di mana saya amat berminat untuk mendapatkan sokongan beliau bagi penternakan Lembu Feedlot secara besar-besaran di Sarawak.

(2) Pada padangan saya Tok Pa, beliau bukan hanya seorang yang berdedikasi, tetapi juga seorang yang bijak serta jujur. Dia bertindak atas fakta sesuai dengan keilmuan ekonominya. Beliau sangat teliti dalam penilaian fakta. Beliau kuat bekerja. Beliau punya watak sederhana. Pada saya Tok Pa adalah seorang tekno-politik. Sehingga kini, beliau tidak menimbulkan sebarang kontroversi samada melibatkan hal pribadi dan atau rasmi. Pastinya, pembaca juga tidak pernah melihat akan isteri beliau, berbanding dengan para menteri kanan lain. Bagi saya, kuasa pendokong utama kepada seseorang pemimpin utama negara adaolah seorang isteri yang sangat sederhana dan sedikit kebelakang. Siti Hasmah Ali, Rahah Noh, Suhaila Noh, bahkan Wan Azizah Ismail suatu waktu dahulu adalah tergolong dalam kategori isteri-isteri sri kandin pendokong senyap bagi para suami mereka yang kebetulan adalah pemimpin besar negara. Pribadi kekeluargaan Tok Pa adalah sangat sederhana, seperti mana yang pernah di khabarkan oleh seorang sahabat saya di Kota Bharu yang sangat dekat dengan keluarga Tok Pa. Saya berdoa agar Allah akan terus melimpahkan beliau dengan hidayahNya dan mengekalkannya sebagai seorang yang sederhana jika tidak zuhud.

(3) Gandingan Tok Pa-Ku Li saya kira amat baik untuk membangunkan Kelantan. Cuma, bila Annuar Musa dikembalikan bertarung sama, sedang Ibrahim Ali tidak, pasti ini akan menimbulkan sedikit kekecohan di kalangan orang Kelantan. Mungkin perhitungan Najib, agar Annuar Musa nantinya dapat mengambilalih kerusi Sabri Chik sebagai Menteri Belia dan Sukan atas kejayaan Annuar Musa membangkitkan Red Warrior. Walau apapun Tok Pa dan Ku Li jika mereka benar-benar dapat bersatu hati, pasti UMNO akan dapat merintis jalan terbaik buat Kelantan dan umat Melayu. Saya mengharap, sangat-sangat berharap UMNO dan PAS di Kelantan akan dapat menubuhkan Kerajaan Campuran tidak kira siapa majoriti. Padangan saya akan hal ini amat mudah, saya berkira dari 1972 sehingga kini, saya berpendapat Kelantan sudah terlalu lama tersisih dari arus perdana pembangunan. Sebagai orang Melayu dan Islam, saya amat terkilan melihat dan mendapati saudara sesama Melayu dan Islam kita terus tertindas terbiar tersisih. Bagi saya penyisihan berterusan Kelantan (mungkin juga Kedah, Trengganu. dan Seberang Prai dan Balik Pulau) adalah paling tidak wajar buat kita sebagai umat Melayu dan Islam yang menuntut agar kita bersikap adil dan berkebajikan sesama Islam Melayu.

(4) Dalam PRU13 ini, adalah menjadi harapan paling besar saya untuk melihat Tok Pa (Kelantan) dan Mukriz Mahathir (Kedah) akan dapat mempelori gerakan penyatuan Melayu dan Islam di Negara ini. Kita perlu redakan pertelingkahan UMNO-PAS yang berlarutan sejak 1957. Sesungguhnya punca berlarutan kemiskinan di Kelantan, Kedah, Perlis, Trengganu, dan Pahang sebahagaiannya adalah kerana pertelingkahan UMNO-PAS. Semuanya kerana cara kita melihat Melayu dan Islam. Hanya kerana perbedaan pandangan, akhirnya kita sendiri yang menjadi mangsa. Tok Pa dan Mukriz sebagai generasi baru harus dapat melihat segalanya from the fresh point. Mudah-mudahan dengan semangat Muhyiddin Yasin agar UMNO terus memainkan soft politicking akan dapat melembutkan hati pendokong PAS. Saya juga yakin, kerana sudah adanya banyak GLC serta PLC yang diterajui oleh Melayu Islam serta luasnya pengalaman Tok Pa, Ku Li, dan Mukriz dalam mengerakkan dana swasta, saya berkeyakinan besar mereka akan dapat memajukan Kelantan dan Kedah tanpa melukakan kepenting semasa dan jangka panjang Melayu dan Islam. Jangan sampai waktunya, bila segalanya telah menjadi milik orang lain sebagaimana yang terjadi di Temasik, Tanjung, Petaling Jaya, Shah Alam, Kelang dan Johor Baharu maka kita terpekik terlolong marah dan kecewa. Sesungguhnya Allah jelas akan amarannya, betapa: Kita akan berada dalam kesusahan, saat kita sudah lalai akan kebenaran dan kebajikan bersama.... Saya berkira Tok Pa dan Mukriz akan dapat mengajak PAS dan UMNO membentuk Kerajaan Campuran yang akhirnya dapat memberikan perhatian berat kepada usaha-usaha mengUmarakkan Ummah. Janganlah berkira sangat siapa upper hand siapa under dog. Sesungguhnya biduk lalu, kiambang bertaup harus jadi pegangan kita dan saya amat yakin, Allah sebenarnya sedang memberikan kita peluang keemasan untuk Umat Melayu bangkit sebagai Umat Islam yang gagah di rantau sebelah sini. Apa lagi pesan oarng tua-tua kita terdahulu: Resmi padi, lagi berisis lagi tunduk; Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Cuma, apakah kita mengerti dan sanggup berkorban bersabar?.

(5) Jika UNMO-PAS bersatu di Kelantan dan Kedah, pasti Melayu akan bersatu di mana-mana. Juga jika Kelantan dan Kedah pesat membangun, InsyaAllah saudara-saudara kita di sebelah Padang, Sungai dan Selat akan juga turut mendapat rahmat. SubhanaAllah. Betapa besarnya nikmat Allah di atas penyatuan Melayu jika Tok Pa, Mukriz, Azizan dan Tok Guru Nik dapat usaha dan korbankan diri akan ego dan rasa tamak kuasa masing-masing.





Kuching, Sarawak
17 April, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.