.

5/10/12 MIMPI INDAH YAHUDI.....the Jews conquering dreams

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 10, 2012

Share

& Comment

Beberapa hari yang lepas, saya membaca tulisan Louay Fatoohi berjudul The Mystery of the Historical Jesus. The Mesiah in the Quran, the Bible, and Historical Sources. Beliau adalah seorang cendikiawan Bristish yang lahir di Badhdad dalam tahun 1961. Mula adalah seorang Muslim, namun kemudian menjadi Nasrani, lalu dalam diusia 20an, beliau kembali menjadi Muslim. Beliau telah menulis banyak buku, khusus mengkaji unsur-unsur sejarah yang dinyatakan di dalam Al Quran dari sudut agama dan fakta sejarah. Saya rasa cemburu di atas kelayakan beliau dalam bidang Astronomi dan jumlah penulisan beliau dalam usia seangkatan saya

Last couple of days, I was reading the book titled: The Mystery of the Historical Jesus. The Mesiah in the Quran, the Bible, and Historical Sources by Louay Fatoohi. Fatoohi is a British scholar originally born in Baghdad, amazingly just a year younger than me, but had written so much books and articles. He got his PhD in Astronomy from the University of Durham, UK (1998) at times I got my MURP at DU, Co, USA. He was a Muslim, then turned Christian but reverted to Islam in his 20th. I believe, Fatoohi had traveled a long journey to feel to share.

(2) Sebagai seorang Muslim masa kini, di mana cabaran terhadap kelestarian keImanan kita adalah sangat hebat, maka adalah wajar untuk kita mengerti akan duduk sebenar agama-agama Allah yang lain khususnya bagi bangsa-bangsa dan atau kaum-kaum telah yang dianugerahkan Zabur, Taurah dan Injil. Khilaf dan salah umat-umat ini, harusnya menjadi pedoman jalanan lurus kita. Begitu juga, seharusnya kita tahu betapa Al Quran jarang sekali menjelaskan sesuatu perkara itu secara terperinci melainkan bagi perkara-perkara pokok, maka pembacaan lanjut adalah penting untuk memahami akan segala khiasan, gambaran, pembayangan dan ringkasan di dalam Al Quran.

(3) Di dalam buku ini, diprihalkan pelbagai pandangan mengenai kejadian, kerasulan, mukjizat, kewafatan, dan kebangkitan semula Isa AS dari sudut Old Testament, New Testament, Al Quran dan makalah-makalah sejarah lainnya (khususnya Yunani-Greek, Romawi, dan Farsi). Sesungguhnya banyak perbedaannya serta juga ada kesamaannya. Juga digambarkan bagaimana agama Nasrani akhirnya berubah sepertinya sekarang ini akibat penyimpangan para pengarang pelbagai kitab (gospel: god spell) yang cuba menjelaskan mengenai wahyu terimaan Isa AS untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Gospel Paul umpamanya yang menjadi asas Nasrani masa kini, ditulis dan disesuaikan selari dengan tututan bagi menarik minat para kafir pagan Arab masa itu untuk memeluk agama tersebut.

(4) Apa yang paling saya kaget betapa Fatoohi juga dengan berani menyangah pandangan setengah ilmuan besar Islam mengenai pandangan biasa mereka. Contohnya, beliau kurang yakin tentang kebangkitan semula Isa AS apa lagi mengenai akan munculnya Imam Mahdi di saat akhir zaman. Baginya, prihal Imam Mahadi sangat terkait dengan keperluan politik syiah. Kepada beliau, telah timbul kekeliruan para cendikiawan Islam dalam mentafsir maksud sebenar tentang bahasa Arab yang digunakan dalam mengemukakan persoalan tersebut apa lagi bila beliau tidak menemukan secara khusus akan dalil-dalil sahih di dalam Al Quran mengenai kebangkitan tersebut. Saya berkira, Fatoohi sangat berpegang kepada betapa Penyelamat yang dimaksudkan adalah Rasul Allah yang terakhir iaitu Muhammad SAW. Muhammad SAW dan Al Quran adalah pertunjuk kebenaran terakhir yang sebenarnya, tiada lain selain dari itu. Apakah pandang beliau itu betul, saya tidak pasti, namun dalam tulisan ini biar saya ketengahkan penemuan beliau tentang Mimpi Indah Yahudi untuk pengetahuan pembaca. Mudah-mudahan pandangan ini, dapat mengilhamkan kita akan cara untuk memperkuatkan ummah dan islam.

(4) Kitapun tahu, lewat Sarah, Ibrahim AS telah mendapat Ishak AS dan kemudian Yakub AS. Sedang lewat Hajar, Ismail AS terlahir. Ismail AS kemudianya lalu menikah dengan kaum Arab dari Yaman dan akhirnya membiak menjadi bangsa besar Arab yang mengusasai Mekah. Ishak, yang terus bersama Ibrahim dan sarah di Palestin, akhirnya juga membentuk kerabat besar yang tersendiri. Kedua-dua Ismail dan Ishak asalnya mendokong agama Islam, agama bapa mereka Ibrahim AS. Namun atas perubahan waktu dan pengaruh, akhirnya kelompok Ismail (selepas wafatnya) menyimpang lalu menjadi murtad lalu membanjirkan Kaabah dengan patung-patung dewa. Ada tulisan yang menyatakan, keadaan inilah yang menjadikan Ishak membawa kaumnya terus berpindah dan menetap di Palestin dan menjdaikan BaitulMuqaddis sebagai kiblat mereka.

(5) Sesungguhnya kaum Yahudi, sangat beruntung kerana mereka telah dipandukan oleh para rasul dan nabi yang besar-besar. Antara yang berkait secara langsung dan tidak langsung dengan pembentukan bangsa Yahudi: Noah, Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, Yusuf, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya dan Isa. Maka sebab itu, bangsa ini menjadi bongkak di atas keturunan mereka. Jika kita ingat, mereka memandang rendah kepada ajaran Isa AS dan Muhammad SAW lantaran mereka merasa lebih bertemaddun dari suku Arab pagan khususnya. Sesungguhnya siaft-sifat seperti ini masih menular biar dalam kacukan bangsa Melayu. Kita sepertinya lupa akan prihal Yahudi dalam perkara yang serupa. Darah daging sepertinya lebih tinggi darjatnya dari KeImanan.

(5) Dari asalnya Ibrahim AS, akhirnya tumbuh pelbagai puak dan kaum di Palestin. Namun Palestin terus teruji dengan pelbagai petaka, sebahagian mungkin kerana musibah yang Allah turunkan sebagai hukuman dan peringatan kerana berlakuknya penyelewengan dalam pegangan kaum-kaum selepas wafatnya Ishak AS, sehingga mereka terpaksa berhijrah ke Mesir. Daud AS telah membebaskan mereka dari kehancuran di tangan Firaun, mengembalikan mereka ke Palestin dan membangun sebuah Kerajaan Besar Yahudi iaitu di abad ke 10 BC. Kaum Yahudi asalnya berasal dari 12 puak yang berasal dari 10 anak dan dua cucu Yakub AS. Selepas wafatnya Sulaiman AS, anaknya Daud AS, Kerajaan ini kemudian berpecah dua; Kerajaan Selatan (Judea) dengan ibukotanya Jerussalam dengan puak-puak Benjamin dan Judah sebagai penduduknya, dan Kerajaan Utara (Israel) dengan Samaria sebagai ibukotanya dengan 10 puak yang lain sebagai penduduknya. Kerajaan awal Babylon, Farsi dan Rom sering menjadikan Jerusalam dan Samaria sebagai sasaran taklukan mereka. Puak-puak Yahudi sangat tertekan dengan penaklukan-penaklukan ini sehingga memaksa mereka lari bertempiaran sehingga ke Afrika. Namun dalam masa pemerintahan Farsi pada 539BC puak-puak Benjamin dan Judah dibenarkan kembali menduduki Jerusallam, sedang 10 puak Israel yang lain terus terjerap ke dalam puak-puak Arab dan Afrika yang lainya.

(6) Bila Isa AS terlahir dan dimahkotakan sebagai sang penyelamat Messiah oleh penganut agama Nasrani, kaum Yahudi tidak dapat menerima hakikat bahawa konsep penyelamat Nasrani adalah sangat berbeza dengan Yahudi. Bagi pengikut agama Nasrani, Isa adalah penyelamat penebus dosa di akhir zaman, bersifat kerohanian fitrah penyelamatannya. Namun Yahudi mengharapkan penyelamat sebagai Maharaja yang dapat mengembalikan kegemilangan Kerajaan Daud-Sulaiman dan menyatukan kembali Yahudi ke dalam Israel. Yahudi mengharapkan penyelamat bersifat politik. Tanda datangnya penyelamat bagi kaum Yahudi adalah bila kesemua puak-puaknya yang berrtebaran di seluruh muka bumi kembali bersatu di Israel. Saya berkira Yahudi masih dendam untuk membalas siksa yang pernah mereka lalui di zaman Firaun, Babylon, Farsi, Roman, Nasrani, dan Islam (Madinah). Bagi menghadapi kemaraan Islam (Kordova dan Othmaniah) dan kancah politik dunia (Nazi dan Fasis), kedua-dua Nasrani dan Yahudi akhirnya membentuk kesepakatan zionis iaitu merampas dan memaksakan pembentukan Negara Bangsa Israel di Tanah Palestin dan menghalau masyarakat Arab Islam dari sana. Saya berkira, Nasrani (Barat), inginkan agar agama dan bangsa Yahudi dapat dibendung hebat tanpa mecelakan Barat, maka Islam menjadi sandarannya. Nasrani dan Yahudi akhirnya tidak perlu bertantang hebat. Pertentangan kedua agama itu dapat dihapuskan, serta permusuhan Islam dan Yahudi akhirnya dapat memberikan banyak ruang bagi Barat (dan Nasrani) untuk menguasai dunia. Zionis Yahudi dan Zionis Nasrani terilham dari kedegilan Yahudi dan Nasrani untuk menerima Muhammad SAW sebagai rasul terakhir dan penyelamat umat manusia sejagat.
(6) Pada zamannya Isa AS, Yahudi memperalatkan Roman untuk membunuh Isa AS. Namun, bila Roman menerima agama Nasrani sebagai agama mereka, agama itu berkembang luas di Eropah khusus dalam Empayar Roman. Nasrani (lewat Roman) kemudiannya memerangi Yahudi di Israel. Kini, Yahudi sekali lagi memperalatkan pengikut Nasrani untuk memusuhi Islam atas kepentingan bersama untuk menguasa dunia. Israel adalah agenda Yahudi dan Nasrani untuk menguasai dunia. Kini mereka bergerak di luar batas kerohanian, khususnya lewat perdagangan, kewangan dan senjata. Mereka sedang bersandiwara lewat Demokrasi, Komunisma-Sosialisma, Perdangan Bebas, Hak Asasi, Kemanusiaan, Alam Sekitar, Good Governance, dsb. Mereka juga sedang membiakkan musang-musang berbulu ayam di kalangan umat Islam. Kita umat Islam, khususnya harus mulai sedar dan berani bangkit dengan keras dan bistari agar terbangun Nusantara Islam dan Dunia Islam sebagai wadah untuk semua manusia. Sesungguhnya, Negara Islam dan Rantau Islam adalah penyelamat yang harus kita kerjakan sekuatnya.

Nota: Quote from Fatoohi (pg 266-7)

Finally, I should point out that the Christian celebration of Jesus' birth on 25th of December has noting to do with Jesus' birthday. In the first two centuries of their history Christians did not celebrate birthdays, not even of martyrs. Their vehement objection can be seen in the critical comment of Church fathers of the pagan custom of celebrating birthdays. The 25th of December was first identified as the birthday of Jesus in as late as 221 CE by historian Africanus and was being celebrated in Rome by 354 CE. It is commonly believed that the Catholic Church chose this date to celebrate Jesus' birth because it was a day of pagan celebration of the sun god, thus making it easier for pagans to embrace Christianity. The Orthodox Armenian Church is the only ancient Church that continued to celebrate Jesus' birthday on the 6th of January, the celebration date of Epiphany or the manifestation of Jesus' divinity, which occurred at his baptism.

Kuching, Sarawak
10 Okt., 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.