.

8/12/10 KEINDAHAN DAN KESEMPURNAAN.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 23, 2010

Share

& Comment


Lihat wajah alam ini. Betapa indahnya latar desa Vietnam saat di awal pagi dan di musim penyediaan sawah. Namun mengertikah kita apa perlunya ada keindahan sebagai pendorong untuk kita mencapai kesempurnaan!

(2) Leonardo Da Vinci, melukis potret Monalisa, sehingga kini, masih merupakan sebuah mistri siapa wanita ini. Senyumanya tersungging sehingga menjadi kegilaan banyak. Saat Da Vinci hebat berkarya, sebetulnya, adalah dalam zaman di mana kehidupan beragama: Kritian dan Yahudi sedang dipersoal hebat di benua Eropah. Pastinya, salah satu dari pengamatan umum dewasa itu adalah ketidak hadiran pelengkap dalam hidup Isa. Lantaran ingin mengurai mistri apakah benar Nabi Isa tidak pernah ada wanita dalam hidupnya, saya berkira, Monalisa dan Last Super dengan seorang perempuan mistri hadir dalam baris mereka yang menjamu selera tersebut telah menjadi wadah bagi Da Vinci untuk menyatakan pemberontakan halus beliau. Pastinya, kebijaksaan putar-belit segelintir manusia telah menukarkan persoalan pokok yang Da Vinci utarakan iaitu dari mencari kebenaran tentang hidup pribadi Isa kepada penghayatan seni. Gereja telah memainkan peranan dan disception ini!

(3) Wajah ayu Mumtaz, serta tinggi pekertinya, menjadikan Shah Jehan tersungkur kaku bila kematiannya. Taj Mahal didirian buat mengingat keayuan Mumtaz. Rakyat India seperti diajak sama merintih pemergian Mumtaz. Semua manusia kemudian seperti sujud mengakui betapa cinta Shah Jehan-Mumtaz adalah lebih hebat dari Romeo-Juliet atau Magdelena-philip. Namun belum pernah kedengaran, betapa Shah Jehan sebenarnya telah menjadikan keindahan dan kesempurnaan Mumtaz lewat Taj Mahal sebagai mistri bagi kelangsungan kekuasaan Moghul di India. Sekali lagi keindahan dan kesempurnaan menjadi mistri mengetar dan menjadikan manusia bertanya-tanya!

(4) Syair Umayat, Kisah Seribu satu Malam, Syair Siti Zubaidah dsb adalah contoh bagaimana mistri juga telah terukir dalam bahasa puitis yang sangat mengetar dan mengharukan. Semasa arwah adik nenek saya membacakan syair-syair ini bila kami adik-beradik hendak tidur, saya kekadangnya menitiskan air mata. Saat itu saya masih kecil. Namun biar belum begitu berakal, saya seperti sudah mengerti ada sesuatu tersembunyi di sebalik syair-syair tersebut. Segala butiran jalan cerita adalah mistri namun indah, sempurna dan memuaskan.

(5) Semua teladan di atas mungkin terlalu jauh buat kita, biarlah saya ajak pembaca melihat akan telatah seorang anak perempuan yang sedang menilik-nilik wajahnya di cermin. Dia menyisir-nyisir rambutnya. Dia mengelap-ngelap alis matanya. Dia mengetap-ngetap lalu menjilat basah bibirnya. Dia lantas berpusing ke kiri ke kanan, melihat akan gaunnya merah jambunya. Dia ingin kelihatan cantik-indah seperti ibu atau kakaknya. Pokoknya, naluri cantik-indah itu ada di dalam darah-tubuh kita, dan anak-anak sekalipun sudah ada naluri itu. Kanak-kanak ini sebenarnya sedangm mencipta kesempurnaan dalam pengertian dirinya!

(6) Juga bayangkan saat anak terlahir. Suara tangisnya begitu indah menaikan semnagat sang ibu yang baru sebentar tadi bertarung menyabung nyawa membawanya ke dunia. Jari-jari kakinya merah-gebu sungguh comel. Jari-jari tangannya halus montel. Pipinya memerah jambu mengasyikkan. Segala keindahannya mengalirkan air mata kegembiraan pada yang menyambutnya. Itulah mistri keindah. Itulah naluri azali tentang keindahan. Keindahan kasih-sayang dua insan, akhirnya membawa kesempurnaan hidup bekerluarga mereka!

(7) Cuba imbas kembali akan prihal Bilal, asalnya sang hamba hitam-kerdil, hina, dan tersiksa, tiba-tiba hadir dalam hidup Muhammad pada saat yang Allah kehendaki. Sebetulnya, seperti perakuannya sendiri, tiada apa yang berguna pada Bilal, melainkan suaranya yang lunak-nyaring. Kehadiran beliau dalam saat Muhammad perlu berseru-dakwah juga adalah suatu mistri yang mungkin belum pernah kita kupas mendalam. Kita selama ini menerima Bilal sebagai seorang muazinn yang setia dan taat. Kita tidakpun melihat kehadirannya adalah pelengkap ke atas kehadiran Muhammad. Begitu juga dengan kehadiran Khadijah, Abu Bakar, Umar, Osman, Ali Abi Thalib dsb. Kesemua mereka ini, menjadi kesempurnaan kepada Muhammad!

(8) Betapa juga telah terlahir bahasa yang terdahulu: Sanskrit di India, Parsi di Timur Tengah, Romam-Latin-Greek di utara, namun bahasa puitis-berirama lunak Arab menjadi media perhubungan Allah ke atas agamaNya. Bahasa-bahasa Sanskrit, Roman-Latin, Parsi bahkan Hebrew adalah bahasa-bahasa bangsa-bangsa besar dan jauh lebih bertemadun dari Arab-Badwi pengembala di padang pasir yang Jahilliah dan kuno, namun Allah memilih bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Islam. Dengan bahasa Arab yang sangat indah irama serta lengkap ungkapan katanya, Allah mengistiharkan Islam itu agamayang lengkap dan sempurna. Tidakkah ini juga bermaksud, bahawa bahasa Arab itu juga adalah bahasa yang lengkap dan sempurna, dan tidak sekadar itu, tidakkah bahasa itu merupahkan bahasa terindah dan sempurna?

(9) Allah mampu menjadikan seluruh isi alam. Dia adala Maha Pencipta. Dalam tanganNya tercipta seindah-indahnya mahlukNya. Mahluk itu dinamakan manusia. Juga dalam mahlukNya yang terindah inilah Dia menghadiahkan seindah-indah zatNya iatu RohNya ke dalam tubuh manusia.

(10) Pernahkan kita berfikir, kenapa Allah sengaja memberikan memberikan rohNya buat manusia? Para binatang dan juga tumbuh-tumbuhan tetap juga bernyawa sepertinya manusia, namun dengan bernyawa, adakah mereka itu juga mengandung roh Allah di dalam tubuh mereka? Pernahkah persoalan ini terlintas dan atau terfikir panjang dalam diri kita?

(12) Semua orang mengakui, Allah itu mempunyai sifat-sifat Maha Pencipta, Maha Berkuasa, dsbnya. Jika itu kita yakini, maka kenapa pula selama ini kita seperti tidak menghargai roh Allah yang ada dalam tubuh kita?

(13) Hakikatnya, sebahagian dari kita hanya menggunakan roh Allah yang ada dalam diri kita hanya untuk sekadar hidup. Untuk berkerja, untuk makan, untuk bermain, untuk....Kita sebahagiannya (mungkin kebanyakannya) tidak berusaha mengambil teladan dari sifat-sifat Allah dan yang meminjamkan rohNya kepada kita untuk kita melangkah menjadi bangsa yang cemerlang. Kita, kebanyakannya terhenti akan hidup kita ini untuk sekadar hidup dan tidak hidup untuk kehidupan yang jauh lebih luas!

(14) Kita tidak sekerasnya menjadi manusia yang mencipta-mereka. Kita menjadi manusia menerima dan lebih dahsat hanya meminta. Kita seperti telah lupa, roh Allah yang menghidupkan kita, adalah milik Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui, dsb. Maka apakah tidak mungkin kita juga ada sifat mencipta, mengetahui, dsb sebagai mana sifat-sifat yang dimiliki oleh Pemilik roh yang sebahagiannnya kita miliki?

(15) Kelemahan kita, kekurangan kita, sebenarnya bukanlah kerana sebenar-benarnya kita kekurangan anugerah Ilahi. Allah sebagaimana janjinya akan tetap bersama mereka yang berusaha. Namun berapa ramai yang berusaha dan atau kepingin berusaha untuk mencipta kehidupan bangsa yang jauh lebih cemerlang.

(16) Sejarah telah membuktikan betapa bangsa yang engan mengejar ilmu, dan bangsa yang hanya meminta dan atau mengambil setakat apa yang ada, bahawa bangsa itu akan musnah juga akhirnya. Baghdad (Abassiah), Andalusia, Parsi, dan Turki (Othmaniah) seawal kebangkitan mereka adalah bangsa yang suka menyelidik dan mencipta-reka. Namun, setelah kekuasaan mereka menjadi terlalu besar, kiblat mereka lebih kepada pendewaan yang menjurus kepada mengagung-agungkan darjat dan kedudukan sehingga majlis ilmu dan perkhidmatan telah menjadi lebih tertumpu kepada pemujaan dan hiburan. Akhirnya semua Kerajaan-kerajaan ini hancur tidak bertahan.

(17) Masyarakat Melayu, apakah tidak begitu akan jadinya kita akhirnya. Tanyalah diri kita, bila Allah mengharam riba, adakah kita befikir dan bekerja keras untuk melihat dan membentuk bagaimana sistem kewangan tidak berasaskan riba dapat dijalankan. Setakat Sistem Kewangan Islam yang ada, saya berkira ianya masih belum mampu untuk mengatasi Sistem Kewangan Riba yang sedang kita amalkan sekarang ini. Bahkan Sistem Kewangan Riba adalah lebih mudah dan cepat untuk dicapai berbanding dengan Sistem Kewangan Islam. Kenapa?

(18) Kita seharusnya, tidak boleh mendabek dada mengatakan bahawa apa yang kita perhitungkan pada hari ini adalah tepat, maka ianya tidak boleh dipinda-tukar. Jika itu benar, maka apa juga yang kita fikir-tafsir akan ajaran Allah, sewajibnya ianya mesti di jadikan Al Quran! Namun apakah itu hakikatnya?

(19) Pokoknya, jika kita mengakui, yakin, percaya, bahawa roh yang ada dalam tubuh kita ini adalah juga sifat rohNya, maka kenapa kita tidak pula menjadikan kehadiran roh yang indah, suci itu sebagai asas kepada kita untuk mencapai kesempurnaan-perfection diri dan bangsa?

(20) Saya terfikir, itulah bedanya budaya kita dan mereka yang berjaya: Jerman, Korea, Jepun, China dan bahkan negara-negara Barat. Kecintaan mereka pada keindahan mereka tukar menjadi keinginan mencapai kesempurnaan dan dalam usaha mencari kesempurnaan itulah mereka menjadi manusia innovative-creative-inventory. Kita hanya lebih gemar menonton akan keindahan, dan tidak berusaha menjadikannya iktibar untuk menuju kesempurnaan.

Pantai Bisikan Bayu, Pasir Putih, Kelantan.
25 Dec., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

11 comments:

ani ahmad amar said...

Bertemu semula selepas 24 tahu meninggalkan kampus, Abg Dollah masih Abg Dollah yang saya kenali dulu. Bertemu kali ini bersama isteri dan anak2, sesuatu yang tidak saya jangkakan. Terima kasih di atas kunjungan Abg Dollah, terima kasih kerana masih sempat memperkenalkan saya kepada kawan2 serta guru2 Abg Dollah. Maaf jika ada kekurangan pada layanan saya, dan apa yang nyata, Abdullah Chek Sahamat tetap misteri seperti dulu. Salam saya kepada iateri dan anak2!

Anonymous said...

Isteri?..di mana?..saya dan anak-anak ada dirumah tidak kemana-mana..betul gak bang Dollah..

Anonymous said...

??????..

Anonymous said...

jgn caye r cite2 ABC tuh...banyak lopak deeeeeee
gatal plak tuhhhh...eeee x senonoh!

Anonymous said...

Ye la....miang plak tu. Pandai main ayat.

Burung Kenari said...

kenapa asyik di bahaskan tentang kehidupan peribadi penulis..biar lah dia nk buat apa pun asalkan dia tidak ganggu kita betul tak ...tapi tak tau la klau yg di atas ini sudah pernah terkena ayat nya lalu di permainkan ..saya turut simpati jika itu benar..
Apa yg penting di sini ..memberi sokongan atas apa yg di usahakan kerana x ramai manusia yg mempunyai hti seperti dia ...

Anonymous said...

Seorang teman jauh telah menghantar SMS kepada saya. Dia menyatakan bahawa dirinya sedang parah dan terpaksa dirawat di hospital. Dia sangat menderita-kecewa bukan alang kepalang. Dia seperti putus hidup. Tubuhnya kurus mengering. Kebetulan secara jujur dia menyatakan bahawa dirinya sering saja menghadapi jalan kecundang bila bercinta. Tidakpun sampai separuh jalan, pasti dia tersungkur.

(2) Saya bukan pakar saikologi. Saya juga tidak mahir dalam urusan bercinta. Saya hanya mampu menasihat berasaskan akal dan sedikit pengalaman.

(3) Dalam apa juga keadaanpun, "It take two to tango" atau "Tepuk sebelah tangan takkan menjadi". Indah taua celaka, pastinya, adalah akibat bersama, persetujuan dan kelemahan bersama.

(4) Dalam semua hubungan cinta, selalunya pengharapan adalah gerbang perkahwinan. Satu ikatan bukan hanya terbatas oleh kasih, juga sayang lalu ditunda dengan tanggungjawap. Pokoknya, perkahwinan adalah pelaburan. Jika ianya pelaburan pasti mengharapkan habuan.

(5) Sedang bercinta, mungkin adalah sekadar "prospecting". Dalam "prospecting", pasti ada 'habuan' mendatang yang sukar ditolak, juga mungkin 'musibah' mengundang, dimana hindaran segera mesti dilakukan.

(6) Maka jika kita mengerti akan dua konsep ini, iaitu bercinta adalah sekadar "propecting' sedang perkahwinan adalah "pelaburan" di mana nila Pulangan untuk keduanya tidak sama, maka tidak hairan jika, kekecewaan pasti akan terjadi. Kedua-duanya punya risiko yang sama, iatu kekecewaan.

(7) Adalah wajar perpisahan terjadi dari jika terus terikat, dari sekadar kekecewaan, malah malapetaka mungkin membaham kuat.

(8) Mungkin, itulah perhitungan semua, tidak kira ABC atau sesiapa. Maka terimalah atas khilaf sendiri yang turut bertepuk bersama (mungkinnya). Jika tidak, apa yang hendak digundah gulanakan?

(9) Cuma yang anih, mungkin tulisan ABC, sudah mengena buku dan ruas, sehingga pokok bicara beliau sudah dipinggir menjadi persoalan pribadi.

(10) Jika telahan saya benar, maka, hajat ABC pasti sudah kesampaian iaitu dia cuba membayangi kita (termasuk saya), jika kita inginkan sesuatu, maka kita perlu memiliki nilai-nilai yang membolehkan kita memilikinya, kesempurnaan seperti seharusnya.

(11) Contohnya, jika yang seperti semua marah kepada ABC, dan jika mereka adalah perempuan, tanyalah diri, apakah sdri sudah bersedia bergelar isteri, teman dan ibu atau tidakkah mungkin sdri hanya mengejar dia. Pasti ABC punya kayu ukuran tersendiri dalam memilih siapa boleh berada di sampingnya, apa tah lagi jika mahu jadi kekasih, teman, dan isterinya!

(12) Sekurang-kurangnya, dia mengerti apa yang dimahukannya!

burung kenari said...

emmmm seperti ku kenal yg di atas ini heheh...

Anonymous said...

burung kenari, siapa yg awak kenal di atas itu?

burung kenari said...

Adalah ..kenalan lama jgak ...tu la ..kami ni sume memang dh kenal lama...so cara ,gaya org tu ckp pun kita dh tauu ...

Anonymous said...

ABC menulis dan sendirinya menjawab...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.