.

6/12/10 ANWAR KECUNDANG DI PENTAS SINGAPURA!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 14, 2010

Share

& Comment

Malam semalam bila saya membuka Berita Bernama, terpampang wajah letih Datuk Sri Anwar Ibrahim (Anwar). Kandungan utama berita adalah pendedahan Wikileaks berkait dengan kes mahkamah terbaru Anwar. Diberitakan, bagaimana pegawai perisikan Singapura dalam perhubungan mereka dengan rakan-rakan sejawat di Australia dan Amerika seperti mengesahkan akan kejadian yang mengheret Anwar ke mahkamah. Malam tadi TV3 seperti membakar hebat penemuan itu!

(2) Kita tidak pasti akan kebenaran kes Anwar. Biarlah pihak yang bertanggungjawap secara merdeka menjalankan tugas mereka dan Anwar pula secara terhormat membela diri.

(3) Saya sebetulnya agak gusar dengan kemungkinan perangkap Singapura. Kalau kita melihat keliling ASEAN, dari Burma, Thailand, Indonesia, dan Kambodia-Laos. Kesemua negara ini sedang dalam kancah politik-ekonomi yang masih belum mantap. Kini, Vietnam seperti sedang bertatih dengan baik melangkah ke arah gergasi ekonomi ASEAN yang baru.

(4) Bagi negara kita, Najib masih terkial-kial untuk memantapkan UMNO. Beliau masih teraba-raba untuk memperkukuhkan Barisan Nasional. Akibatnya, beliau lebih banyak berpolitik dari menumpukan masa mengurus pembangunan negara. Banyak perkara yang Najib perlu mantapkan. Beliau perlukan dokongan.

(5) Saya percaya, Singapura (dan Australia dan Amerika) dapat membaca ini dengan baik. Maka, adalah amat dikhuatiri oleh Singapura, Australia, Amerika (juga dengan nasihat kepakaran dan juru lobi Yahudi), jika Malaysia turut goyah, maka akan parahlah seluruh ASEAN. Jika ini terjadi, periuk nasi Singapura turut terkesan. Yang paling dikhuatiri, jika suasana politik-ekonomi ASEAN goyah, pastinya pengaruh ketiga akan mulai hadir di rantau ini. Singapura, Australia, dan Amerika tidak mahu pengaruh ke tiga ini hadir dan berkembang di ASEAN.

(6) Atas pertimbangan ini, saya kira, samada benar atau tidak, dalam suasana ujudnya Wikileaks, maka mungkin dengan sengaja ada khabar-khabar yang boleh menguntungkan penangguk di air keruh, maka dokongan tangan luar kepada Najib dihulurkan.

(7) Saya berharap, jika Najib menjadi semakin kuat atas dokongan tangan luar ini, maka, sekali lagi saya berharap, agar beliau (dan Malaysia) tidak merasa terhutang budi atas permainan Singapura (dan kuncu-kuncunya) ini. Kita kena selalu beringat akan nasib Hang Nadim dalam Sejarah Singapura dilanggar Todak. Hang Nadim (Najib) hanya berguna untuk menghalang todak menyerang Temasik, dan bila Temasik telah selamat, Raja (Singapura) dan para penasihat DiRaja (Israel, Australia, dan Amerika)akan menghumban Hang Nadim (Najib) ke laut (Sungai Pahang mungkinnya!).

(8) Kejujuran Singapura perlu dika ragui seteliti mungkin. Bila Mahathir asyik menyerang Barat, atas hasutan Barat, maka Singapura mengambil jalan senyap memusuhi Malaysia. Dalam kes Anwar terdahulu, Singapura seperti menyembelahi beliau. Kini, lain pula jadinya.

(9) Maka bila Mahathir telah turun, Singapura dengan pantas mengelilingi Abdullah Ahmad Badawi agar segala perkara yang ingin Mahathir lakukan dapat dilambat atau dibatalkan. Sejarah menyaksikan perkara ini terjadi biarpun Mahathir masih hidup. Begitulah nasib Anwar-Mahathir (Malaysia) dipentas drama Singapura.

(10) Secara khususnya, sedikit masa dahulu Anwar seperti bersekongkol dengan Yahudi Amerika dalam perkara-perkara tertentu, sehingga beliau slip his tounge dalam menyatakan sesuatu yang boleh menyinggung Yahudi, maka saya berkira, tidakkah mungkin, Yahudi sedang bermain sandiwara yang sangat baik dalam semua hal ini. Inilah kebijaksanaan dan kelicikan Yahudi yang perlu kita teliti. Singapura adalah pentas terbaik untuk melakonkan segalanya!

(11) Kita mesti hati-hati menyambut tangan Singapura. Tidak mungkin People Action Party (PAP) telah lupa akan Grand Master Plan Lee Kuan Yew untuk menjadi Leader of the Neighbors.


Matang Jaya, Kuching, Sarawak
14 Dec., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.