.

3/5/10 SEJAHTERA KE ATAS IBU....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 10, 2010

Share

& Comment


(Inilah seorang ibu yang saya temui di Lombok, Indonesia pada 2009. Dia sedang termanggu memikirkan anak-anak dalam perantauan. Biar payah dan susah, hatinya tetap berdoa agar anak-anaknya tetap sihat dan sejahtera. Seroang ibu, begitulah dia, pada dirinya, sehingga terpejam mata, tetap saja 'mengandung' seribu 'bebanan' sang anak, cuma mungkin kita 'sering saja kurang peduli'.)

Semalam, negara kita adalah di antara 44 negara di dunia yang meraikan Hari Ibu. Sejarahnya, Hari Ibu mulai dirayakan di Amerika pada tahun 1914 dan kemudian diikuti oleh pelbagai negara lain di dunia. Kebetulan malam tadi saya membaca sebuah buku berjudul Ideal Muslim tulisan oleh Muhammad Ali Al-Hashimi di mana, dari Ibn Mas'ood, Muhammad SAW pernah ditanyakan: "Apakah perkerjaan paling mulia di sisi Allah?" Jawap Muhammad, "Mengerjakan Sholat tepat pada waktunya". Maka baginda ditanya lagi: "Kemudian dari itu, apa lagi?". Jawap baginda: "Menghormati kedua ibu-bapa". Lalu baginda ditanya lagi, "Kemudian dari itu apa lagi?". Jawap baginda:"Berbakti (jihad) ke Jalan Allah".

(2) Kerana pagi ini agak tergesa-gesa, kerana kerja yang kian memburu, biarpun semalam saya berulang-ulang menyanyikan sebuah karya Abiet G Ade semasa sedang memandu keliling kota Kuching, sebuah nyanyian tentang pengorbanan Ibu dan Ayah dalam membangunkan keluarga, membangun tanah tumpah darah, dalam penuh kepayahan sehingga bumi jadi Merdeka, bebas Merdeka, saya terlupa untuk membawa salinan seni kata nyanyian tersebut. Namun, akan saya titipkan kemudian dari ini nanti setelah agak usai tanggungan yang terpaksa saya kejari.

(3) Muhammad SAW; Islam secara prinsipnya meletakkan penghormatan yang tinggi ke atas tanggungjawap kita untuk menghormati kedua orang tua. Darjat kebaktian terhadap orang tua terletak di antara menegakkan tiang seri Islam (sholat) dan berbakti (jihad) di jalan Allah. Saya banyak perhatikan betapa Allah sangat menyayangi (merahmati) mereka yang menghormati dan mengasihani kedua ibu-bapa mereka. Begitu juga saya telah perhatikan betapa pembalasan yang di terima oleh mereka yang tidak berbuat sedemikian. Kita cuma terkadang-kadang terlalu malas berusaha untuk mengerti!

(4) Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan jika ada di antara kita, seorang Melayu, dan apa lagi jika kita mengakui diri kita adalah Muslim, tidak atau kurang memberikan perhatian terhadap orang tua yang telah menanggung seribu beban dalam menzahirkan kehadiran kita di bumi Allah ini. Hanya kerana kita telah terlalu berjaya, maka kesibukan kehidupan harian kita, menjadikan kita lupa akan kedua orang tua kita, dan ini sering dijadikan sebab untuk kita selalu melupakan mereka. Saya kira kita sebetulnya hanyalah mencari alasan yang mengembirakan diri sahaja.

(5) Sebagai orang Melayu, seorang Islam, wajiblah kita menghormati kedua ibu-bapa kita. Janganlah biarkan mereka, jika telah uzur terlantar tanpa dipedulikan. Paling dahsat, mereka dititipkan ke Rumah Kebajikan atau Silver Hair Home atau Old Folk Home.

(6) Dua puluh ke tiga puloh tahun dahulu, saya sering bertanya kedua bapa dan nenda saya, bila saya kembali dari Tanah Semenanjung, apakah yang mereka mahu saya bawa pulang, jawap mereka hanya mudah dan ringkas: "Pulanglah dengan selamat!". Ternyata, siapapun kita, sebesar manapun kita, tiada apa yang mereka inginkan melainkan kesejahteraan buat kita. Itulah harapan, itulah doa mereka.

(6) Mudah-mudahan ibu-bapa yang masih ada dalam kesejahteraan semuanya, dan bagi yang sudah tiada, semoga Allah peliharalah mereka sebagaimana mereka memlihara kita semasa kecilnya.

Kuching, Sarawak
10 May, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

4 comments:

Anonymous said...

ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku...

jomblo said...

derrrr..

Anonymous said...

kasih ibu tiada penghujungnya........
kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah membuat ku bahagia...... sayangilah mereka selagi ada hayatnya......

Bayu Senja said...

ketagihan seorang anak yang dahagakan kasih sayang ibunya, ke mana saja dia lewati dan ditemuinya seorang ibu, pasti dia menangis rindu dalam senyumnya. Dia pasrah atas ketidaan orang tuanya, dia amat marah pada mereka yang tidak menghiraukan orang tua mereka. Tapi manusia itu tidak sama walaupun rambut mereka sama hitam.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.