Seperti yang pernah saya perkatakan terdahulu, Indonesia adalah seperti 'anak gadis yang mengiurkan' atau 'jejaka ganteng'. Samada lelaki atau perempuan, pasti ingin mengintai-ngintai. Amerika, Australia, dan bahkan Belanda pasti ingin kembali bertapak kukuh di Indonesia. Mungkin juga, para Jepang yang ada kaitan dengan bekas Ibu Sukarno, juga mungkin galak menintai-ngintai(gatal).
(2) Kejayaan Susilo (SBY) dalam meraih undi yang besar dalam PEMILU Indonesia yang lepas mungkin tidak banyak memberikan erti apa-apa kepada rakyat kita di Malaysia. Ini kerana, disamping hanya dapat sedikit mengamankan negara bagi tempoh kepresidenan terdahulu, pentadbiran lima tahun lepas SBY sebenarnya tidak banyak membawa kebahagian kepada rakyat. Rakyat Indonesia hakikatnya, masih rindukan Pak Harto, kerana biarpun, dikata 'kaki rasuah', namun pemerintahan Pak Harto masih boleh memeberikan nafas panjang kepada rakyatnya.
(3) Saya melihat kejayaan SBY kali ini, akan memberikan satu harapan lain kepada rakyat Indonesia. Dalam lawatan saya bulan lepas ke bahagian Timur Jauh Indonesia, sebenarnya saya sudah mengangak bahawa SBY akan menang besar. Di Makasar, kubu kuat Jusuf Kala (JK), saya melemparkan gurauan kepada teman-teman yang ikut serta, acronim JK yang digunakan dalam perang poster JK Vs SBY seharusnya J(f)K...dan keturunan JKF, bagaimana kuat sekalipun ada saja halangan bagi kemenangannya (Amerika)!
(4) Dalam tempoh kepresidenan terdahulu SBY terpaksa berkongsi kuasa, bahkan berada dalam kekdudukan yang tidak selesa untuk melakukan sesuatu perubahan yang besar. Beliau, kerana terpaksa berkongsi kuasa dengan sekutu bukan separti, pasti terpaksa berlembut dalam banyak perkara, bahkan mungkin terpaksa mengalah. Ini merupakan sesuatu yang tidak janggal jika dilihat pada adat Jawa dan etika perang(SBY), yang bila berdepan dengan keadaan yang kurang mengizinkan, maka lebih baik berlembut (berundur) dari membentur!
(5) Jika dilihat dari sudut taburan geografi,Indonesia dengan 17,000 buah kepulauan, adalah sebuah negara yang sangat besar. Penduduknya yang menjangkau 250 juta, saya kira sebenarnya masih kecil. Rakyat Indonesia sebenarnya masih kecil jumlahnya. Anih buat kalian mungkin? Hakikatnya, kita bersangka, bahawa rakyat Indonesia itu sudah terlalu banyak, kerana kita melihat pada betapa banyaknya rakyatnya yang mengungsi (hijrah) ke serata pelusuk dunia untuk mencari hidup. Rakyat Indonesia, terpaksa mengungsi bukan kerana mereka terlebih penduduk, sebalikanya kerana masalah kemiskinan dan ketalkseimbangan pembangunan.
(6) Dalam lawatan saya ke Sumatera, Timur Jauh, Kalimantan, dan Papua, semua kawasan ini punya bilangan penduduk yang masih kecil. Masih banyak pulau yang masih terlalu hijau! Jika SBY berani merombak semula pola penempatan di Jawa, pasti masih banyak tanah yang boleh dibangunkan untuk pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih baik.
(7) Gandingan SBY dengan bekas Gabenur Bank Negara Indonesia, saya kira adalah gandingan yang sangat-sangat diperlukan (butuhkan) di Indonesia. Kepakaran kewangan pada Wakil Presiden, saya harap, akan dapat membuka satu lembaran baru dalam mencorak semula gaya pembangunan ekonomi Indonesia.
(8) Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi Indonesia adalah sangat terpengaruh dengan Public Expenditure. Kalau biaya pemerintah tinggi, maka tinggilah kesan ekonominya. Sumbanagn pihak swasta agak tersekat. Kadar Faedah Bank yang terlalu tinggi dalam pembiayaan apa saja di Indonesia (sama halnya di Thailand, Filipina, Vietnam, Papua New Guinea) telah menyekat pertumbuhan keusahawanan dan perkembangan pesat segala bidang yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada rakyat. Dalam sistem ekonomi terbuka, tanpa pertumbuhan keusahawanan tulin, pastinya akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara pada keseluruhannya.
(8) Pada saya, kadar faedah bank yang terlalu tinggi di Indonesia sudah sama dengan masalah riba yang tidak dibenarkan dalam Islam. Saya berharap, dan berdoa SBY dan Wakil Presidennya sedar akan perkara ini, bahawa, salah satu faktor terpenting, yang menghalang kepada kesejahteraan hidup rakyatnya adalah kerana sistem kewangan yang jauh menyimpang dari saranan Islam. Faedah Bank di Indonesia sangat menyekat pertumbuhan ekonomi negara itu!
(9) Kita di Malaysia, janganlah pula, terus leka mengharapkan bahawa rakyat Indonesia akan terus-terusan 'miskin' sebagaimana kita sangkakan. Saya yakin, akan timbul seseorang yang jauh lebih hebat dari Dr. Mahathir di negara itu nanti. Jika ini terjadi, dengan segala kekayaan yang belum terbongkar sepenuhnya di negara itu, saya khuatir 'a reverse situation' akan berlaku nanti!
(10) Kita mestilah bersedia untuk memerhati langkah SBY dan Wakil Presidennya, terutama dalam bidang pengurusan ekonomi makro dan fiscalnya! Juga kita mesti bersedia, untuk tidak lagi dapat bergantung kepada bekalan buruh dari sana.
(11) Indonesia yang rakyatnya penuh dengan sikap ketelatenan (kerajinan dan ketekunan) mereka, jika ada seseorang pemimpin besar mereka, yang dapat menguruskan anugerah Tuhan ini dengan penuh bijaksana, mereka pasti benar-benar akan menjadi Negara Bangsa Besar. Maka tidak hairanlah, jika saban waktu, Amerika, Australia, Belanda dan Jepun...dok selalu terliuq kat "Mak Minah Indon"!
Bintulu, Sarawak
22 July, 2009
1 comments:
a good forward economics analysis... hope to read more.... as you said, if we (malaysian) do not manage our development well... the trend could be different in the near future...
Post a Comment