.

14/4/09 DULU, KINI.....apakah selamanya kita menyerah

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 12, 2009

Share

& Comment


Di Sarawak, Rosli Dobi, di Sabah, Sharif Masahor, di Pahang Tok Bahaman, di Kelantan, Tok Janggut......di Perak, di Pasir Salak....dengan menyimbah darah JW Birch....darah mereka ini turut membasahi bumi ini..namun sudah semakin kita lupai...hakikatnya mereka ini...sanggup mati kerana tidak sanggup terus-terusan melihat anak bumi ini dikuda dan bumi kita diperkosa...dijajah....harta negara (bijih timah, besi, getah...) habis dirogol...dan bangsa kita hanyalah pendulang, pelombong, penoreh....yang papa...terhina....dijajah.....jasad dan pemikiran mereka..

Ini kisah pejuang silam dan nenek moyang kita dengan penjajah....namun kini, apa pula ceritanya....



(2) Hakikatnya..nenek moyang kita dulu sanggup mati...mengadai nyawa kerana mahu khazanah bumi ini terus menerus dalam penguasaan kita....

(3) Begitu juga pejuang silam...tidak kira aliran fahaman mereka, menggerak kemerdekaan dan penyatuan negara...hanya kerana mahu kita bebas menentukan masa depan dan pemikiran kita...

(4) Kini.....biarpun kita bebas dari penjajahan barat...kita nampaknya masih terus mewarisi.....sikap rendah diri, tiada keberanian, tiada ketahanan, tiada semangat setiakawan, tiada kekentalan.....mempertahan, memperjuang dan menguasai hak kita.....

(5)Apa juga yang kita hendak lakukan...kita tidak mempercayai kebolehan bangsa sendiri....ada kontrak sekecil manapun, kita akan jual....atau kalaupun sudah diberi kepercayaan...kita tidak pernah mahu melihat jauh kedepan....menghambat untung segera, tak mahu susah-susah jadi pegangan kita....kita sudah tidak segan-segan menjadi bangsa yang dayus....bangsa yang meminta-minta.....bangsangsa yang tiada maruah...

(6)InsyaAllah...manusia dan bangsa yang 'never put a fight' dalam menentukan 'nasib masa depannya'.....sebaliknya mengambil lewa, leka, hanya berdoa.....insyaAllah...kita akan menjadi bangsa yang merepat di bumi sendiri....dan darah pejuang yang tersimbah membasahi bumi ini....hanya darah hanyir yang tiada ertinya....

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

Anonymous said...

Saya melihat sedari dulu masyarakat kita tidak ubah seperti "ketam dalam baldi". PHD=Perasaan Hasad Dengki tidak pernah hilang dari hati masyarkat kita. Jika PHD berusaha untuk memajukan diri sendiri tidak mengapa, tetapi PHD menjurus kepada menjatuhkan masyarkatnya sendiri. DOA sahaja tidak cukup tetapi perlu dizahirkan dengan usaha, usaha sahaja tidak cukup jika tidak dengan kesungguhan dan keikhlasan untuk menjadikan sesuatu perkara menjadi kenyataan. Alangkah indahnya jika orang kampung tahu nilai dan kekuatan kuasa kedai runcit sebenarnya...alahai."TheMonkey"

Abdullah Chek Sahamat said...

Tidak mangapa itu semua....yang penting, kita yang sudah sedar berbuatlah tanpa kenal penat lelah....kita lead the way...insyaAllah....pasti kita akan berjaya.....ingat pesanan Allah...(ringkasnya)Tidak sempurna imanmu...tanpa Kuduga....nan pasti Tidak Mudah Jalan Ke Syurga....segala ini adalah dugaan dariNya...jika kita gigih, bijaksana, ikhlas...insyaAllah, Dia mengerti akan balasan bagi kita....jangan mudah putus asa!

thebastard said...

Masyarakat Melayu menurut Abdullah Munshi mengambil masa lebih 100 tahun untuk mengubah fikirannya terhadap kemodenan ...Oleh hal yang demikian penulisan saudara masih melihatkan dan membuktikan bahawa perubahan di dalam masyarakat kita berlaku sangat lambat...Kerana isu merobah pemikiran Melayu itu suadah didebatkan oleh Abdullah Munshi semenjak tahun 1840 lagi... And here we are in the year 2009... Melayu?

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.