.

15/4/09 HAMKA.....nasihat nan terngiang-ngiang!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 14, 2009

Share

& Comment


Mungkin ramai telah lupa nama besar Pak Hamka atau nama penuh beliau Hj Abdul Malik bin Karim bin Amrullah dilahirkan pada 17 Feb 1908 yang kembali ke rahmatullah pada 24 Julai, 1981.....pastinya tidak banyak yang tahu tentang sengsara hidup ayahndanya, Dr Syeik Abdul Karim Amrullah.....

Satu waktu dulu mungkin masa berusia 13-15 tahun, aku pernah terbaca buku berjodol Magdelina....agakkan ku ialah buku cinta karangan Pak Hamka...sehingga kini aku masih tercari-cari akan buku ini. Juga terus tertanam dalam ingatanku sebuah buku berjudul Tengelamnya Kapal Van Der Wijck....buku cinta nostalgik karangan beliau...syukur dalam lawatanku ke Pekan Rabu Alor Star pada 12 April, 2009...kutemui kebanyakan buku mengenai Hamka dan novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck...namun tidak Magdelina....



(2)Semasa aku menuntut di SMSAH Jitra, Kedah, sebuah nasihat Pak Hamka...yang disampaikannya dalam acara Malam Jumaat SMSAH....pada usiaku baru 17 tahun (32 tahun dahulu...)sangat menyentuh hatiku sehingga kini dan ingin kulepaskan pergi....untuk pengamatan semua....katanya, semasa aku mengangkat tangan ingin bertanyakan sesuatu mengenai pidatonya:

" Yah...anakku, Bapak cukup khuatir bila anak-anak disini mulai berani mengangkat tangan mahu bertanya.....kekhuatiran Bapak adalah kerana anak-anak disini pasti punya persoalan yang cukup bijak...sehingga mungkin Bapak tidak bisa terjawap akan persoalan anak-anak.......Bapak percaya, anak-anak di sini pinter-pinter semua, didatangi dari seluruh Malaysia, anak-anak terpilih......yahhh, sebelum anak mahu menyoal (sambil menuding padaku)....dengar dulu pendapat Bapak......anak-anak yang sudah bijak, akan lebih bijak jika punya hormat pada orang tua...pada guru....patuh pada mereka....kita dihantar kemari untuk belajar...mencari ilmu buat bekalan agar bila kita dewasa harus menjadi seorang yang sanggup berkorban apa saja untuk bangsa, tanahair dan agama....pengorbanan itu harus sejujurnya...dan biarkan Tuhan yang menentukan ganjarannya....usah kita rebut-rebutan....jangan kita saling durhaka dan khianat sesama sendiri....anak-anak berlajarlah dengan rajin...kerana biar ibu bapa tidak ada disini (disekolah)....ada 44 malaikat yang sedang menjaga setiap diri kita.....apapun yang kita lakukan (baik atau jahat)...pasti para malaikat ini akan berhubung dengan para malaikat yang menjaga ibu bapa kita.......kalau perbuatan kita baik...pasti ibu bapa kita akan tersenyum dan berdoa bagi kejayaan kita...jika kita berbuat kejahatan..pasti hati mereka akan gundah gulana....terlupa mereka untuk berdoa bagi kita....."

(3) Hujah beliau itu....membuatku terus saja duduk dan tidak mahu menyoal....sehingga kini, aku tetap ingat....dan berfikir tentang maksud sebenar pidatonya itu....

(4) Syukur dengan terjumpanya buku-buku tulisan beliau, aku sadar bahawa...dia sedang mengingatkan kita akan perih getir bagaimana para nenek dan bapanya bermati-matian berjuang membebaskan bangsa Indonesia...dari pelbagai belenggu....dari fahaman animisma, berbaur hindu dan budha...sehingga bercampur baur dengan pelbagai tafsiran amalan Islam yang karut dan terpesong sehinggalah....kepada penjajahan Belanda....

(5) Tanpa kebijaksanaan dan ilmu....bapanya Dr H Abdul Karim Amrullah...tidak mungkin berjaya menanggung kesengsaraan fitnah sesama sendiri dan penjara Belanda....tanpa ketulusan mahu memerdekakan bangsa...tidak mungkin akan kekal bangsa Indonesia yang besar dan pelbagai....

(6) Pak Hamka...mudah-mudahan apa jua maksud ajaranmu, kini akau sadar....dan pasti kuamalkan...dan semoga kau dapat pahala dari amalan sedikit ilmu yang kau berikan padaku...

(7) Kupetik akhiran novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck.....

"Demikianlah penghabisan kehidupan orang besar itu. Seorang di antara pembina yang menegakkan batu pertama dari kemulian bangsanya; yang hidup didesak dan dilamun oleh cinta. Dan sampai matinyapun dalam penuh cinta. Tetapi sungguhpun dia meningggal, namun riwayat tanah air tidaklah akan dapat melupakan namanya dan tidaklah akan sanggup menghilangkan jasanya. Kerana demikian nasib tiap-tiap orang yang bercita-cita tinggi, kesenangannya buat orang lain. Buat dirinya sendiri tidak. Sesudah dia menutup mata, barulah orang akan insaf siapa sebenarnya dia....""(Hamka, 1938)

Kuala Lumpur, 15 April, 2008

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

thebastard said...

" A minute of thinking is often valuable than an hour of talk or unplanned work" A very constructive writing.. This make we young generation will try to manage our thinking in "Hamka valuable way" and "Valuable advise"..

Anonymous said...

Berfikir dan terus berfikir bagaimana cara aku mengolah pemikiran masyarakatku agar masyarakatku tidak lupa dan terus melupakan perjuangan orang dulu. Berfikir bagaimana untuk menjadi seorang pemikir yang kedepan...memikir agar masyarakatku tidak dipinggirkan ataupun meminggirkan diri dari jalanan kemajuan."TheMonkey"

thebastard said...

"Fikiran yang jahil sekalipun disertai keyakinan hati nurani yang paling tulus, akan melahirkan iri hati yang tidak rasional yang merupakan sumber penyimpangan fikiran dan keyakinan" Ivan Vasilyevick Kireyevsky (1831 German)

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.