.

19/4/09 KAMPUNG MELAYU.....lambang kecelaruan masa depan kita

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 21, 2009

Share

& Comment


Kampung Baru, di Kuala Lumpur, pernah mengukir sejarah, yang tidak mungkin dipadamkan dari sejarah Negara. Ada yang akan melihatnya sebagai, titik hitam, Negara. Namun ada juga yang akan melihatnya sebagai lambang keris dihunus, martabat dijunjung, tidak Melayu hilang di dunia! Kenapa perkara-perkara seperti ini, bermula di sini,di perkampungan seperti ini?

Ibnu Masoud (ra) pernah berkata: Jangan mampir di tempat yang tiada pemerintah, pasar yang aktif, dan air bersih yang mengalir (Do not stop in a place that does not have a sultan, an active market place and clean running water).

(2) Pernah suatu pagi, saya membuka radio kereta sedang saya memandu ke Pejabat, dan agak tersentap bila mendengar seorang Menteri Kanan Sarawak berkata, Kampung kitak (kamu) urang Melayu tok (ini), macam taik manok (najis ayam), bertabur sia, bertabor sitok (bertaburan), sik tentu pasal (tak tentu arah),.....ini saya kira 3-4 tahun yang lampau. Kini saya ingin membawa sdra/i melihat bagaimana agaknya susunatur perkampungan-perkampungan Melayu di Sarawak seperti Bintawa, Kudei Kubur (Gita), Buntal, Bako, Sampadi, Kg.Melayu, Nonok Laut/Tengah/Ulu, Sebandi, Semera, Jemukan, Pendam, Meludam, Beladin, Tambak, Pusa, Kabong, Tekajong, Bruit, Daro, Jemoreng, Sg. Ud, Telian, Balingian, Kuala Tatau, Kuala Segan, Kg Masjid, Kuala Lawas, Punang, dsb. Semuanya hampir menepati gambaran perkampungan seperti di laungkan oleh Menteri berkenaan.

(3) Kuala Kedah, Kuala Perlis, Seberang Takir, Majidi (dulu), bahkan Kampug Baru, Gaya, Kampung Air KK (dulu), dan beberapa kampung air di Sandakan, Lahad Datu, Semporna, dsb turut menepati gambaran susunatur 'taik manok' tersebut.

(4) Penulisan ini, tidak dibuat atas kajian ilmiah, melainkan atas pengamatan kasar saya sahaja. Tidak mungkin saya dapat mengumpul data bagi menyokong hujah-hujah saya berikutnya.(ButI know there are studies on these, except access is very Sdn Bhd!)

(5) Persoalan yang ingin saya utarakan, jika perkampungan-perkampungan besar seperti ini, dengan sistem susunaturnya yang tidak senonoh: jalan sempit, tiada kemudahan saliran, halaman yang becak, tiada sistem pembentungan, rumah yang rapat-rapat, dsb; akibat dari asakan pertambahan penduduk yang tinggi, tidakkah semua ini memberikan kesan psikologi yang sangat tajam terhadap perkembangan mental dan rohani penghuninya, khususnya generasi baru (anak-anak).

(6) Suatu ketika dahulu semasa saya berkhidmat di Bintulu (1999-2001), dalam tinjauan saya ke sebuah perkampungan Melayu di Tatau, saya amat terperanjat bila melihat sebuah kampung Melayu yang hanya selompat katak dari Pekan Tatau, tiada sistem jalan dalaman (internal road)dan perparitan di dalam perkampungan tersebut. Sama halnya di sebuah kampung bernama Kg. Kuala Segan di Bintulu. Kereta dan bahkan motosikal penduduknya di tinggalkan di pinggir jalan besar yang jauhnya antara 200-500 meter dari rumah masing-masing. Anak-anak ulang alik ke sekolah dan mengaji kuran, berjalan (kekadnag berkaki ayam) melalui lorong becak di celahan rumah-rumah, yang halamannya di genangi air kumbahan (ayaq caq (Kedah), juruk (Sarawak)). Keadaan ini terus seperti ini di kampung-kampung pinggiran sungai Sarawak seperti Kg. Sinjan, Bintawa, dsb. Kalau tak silap, masih sama keadaannya di Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

(7) Paling melucukan suatu hari seorang penghulu kaum Cina, bernama Penghulu Lim, dari Sebauh,Bintulu datang bertemu saya di Pejabat dan saya sebetulnya amat tersentuh sehingga kini, bila dia berkata, tuan, tuan kena tolong ini Kampung Melayu Hilir Sebauh (Kampung Melayu)! Kasihan saya tengok dia olang. Itu jalan dalam kampung kuat kicik, keleta tarak boleh masuk. Keleta selalu simpan itu Sebauh Pasat. Mudak-mudak, pigi sekolah kuat jauh jalan kaki. Sama hal itu olang tua mau pigi semayang, kuat susah saya tengok. Penghulu Lim (seorang Cina) bercakap tentang kampung Melayu yang dhaif. Sebauh, itu ekolomi talak angkat lamak sudah (that is his main point, biasalah, mesti selalu ada udang di balik mee), tuan tolong tengoklah.!

(8) Semua ini, tidakkah iannya amat bertentangkan dengan hujjah Ibnu Masoud tentang pembinaan sebuah kota, atau sebuah penempatan dalam kontek membina ummah yang besar dan berjiwa besar? Persoalan kepimpinan dalam menyusun segala keperluan penempatan, persoalan segala kemudahan (air bersih mengalir)bagi keselesaan, kesejahteraandan keselamatan dan peluang-peluang bagi memperolehi rezeki tambahan dan perkumpulan (market place, paling tidakpun kebun-kebunan)jauh dari keberadaannya di penempatan-penempatan sebegini.


(7) Saya amat tersentuh, dan sehingga kini sedang mencari jalan bagaimana menyedarkan semua yang berkaitan, bukan hanya sedar mengenai perkara ini, tetapi mengambil langkah-langkah pembetulan segera dan strategik, agar anak-anak bangsa, yang sedng tumbuh, tidak saban hari dalam hidup mereka dididik dalam keserabutan lingkungan hidup. Pernah saya membaca tulisan Simund Freud (?), seorang ahli psiko-analis yang membentangkan bahawa apa-apa pengaruh(pengalaman) yang di lalui oleh seseorang di zaman anak-anaknya, maka pengaruh itu akan payah lepas dari kepala otaknya, bahkan ianya akan menjadi faktor pembentukan pribadinya. Ini sejajar dengan pepatah Arab yang menegaskan (digunakan sepenuhnya oleh Khomeni dalam menumbangkan Shah Iran), rupa bangsa 100 di masa hadapan, adalah tergantung kepada cara pembentukan mereka pada masa kini. Saya amat khuatir, generasi kita 100 tahun akan datang adalah generasi serabut, jika keserabutan penempatan mereka tidak kita tanggani sekarang ini.

(8) Keserabutan penempatan-penempatan Melayu kini, akan bertambah serabut, kerana saban hari pasti ada tangisan baru bayi-bayi yang dilahirkan. Saya sedang mengagak, tangisan bayi-bayi ini, bukanlah suatu tangisan gembira, namun adalah tangisan kesal untuk dilahirkan dan di sambut dengan keserabutan!

(9) Orang Melayu, berkata jika guru kencing berdiri, murid pasti kencing berlari. Maka jika, kini keserabutan ini tidak diperbetulkan segera, pasti keributan akan mengundang. Keadaan ini, sedang tumbuh, dan perhatikan saja apa sedang berlaku kepada sebahagian anak-anak muda dari Surabaya, Gersik, Bintawa, dan bahkan tempat-tempat seperti Jepak, Kudei, Kabong, dsb.

(10) Saya juga percaya, salah satu punca kepada lahirnya sifat hasad dengki pada sesorang manusia (dan atau masyarakat), adalah kerana bila fikiran mereka sudah tidak lurus dan tidak jelas (tentang hidup dan kehidupan) lantaran asakan keserabutan yang dilaluinya (mereka).

(11) Kepada rakan-rakan penjawat awam khususnya, marilah kita kurangkan masa di padang golf, di karaoke, di majlis-majlis keraian, kedai-kedai kopi. Kita sudah terlalu banyak sangat berseminar, kursus, mesyuarat, we, to some extend, work less, talk too much! Kita digaji untuk memperbetulkan apa saja yang tidak betul, itulah tuntutan, itulah amanah.

(12) Tak payah (memang mudahpun) untuk kita menuding jari (bahkan menunggu) kepada orang lain, sebaik-baiknya kita mengambil langkah sendiri, utuk memperbetulkan keadaan. Allah telah berfirman yang lebih kurang maksudnya, bila ada kemungkaran (ketakbetulan)betulkan dengan tangganmu, jika tidak berani, tegurlah, jika tidak juga berani, palinglah mukamu (samalah dengan cabut lari!). Sesungguhnya selemah-lemah iman, ialah bila kita perpaling (lari) dari kemungkaran (ketakbetulan)! Gut man, must have gut!

(13) Banyak saya dengar (dan pernah dinasihati), bila kita sudah bersara, atau sudah dipindahkan dari tempat kerja, ada yang berkata "I wish I should have done more", what a hack man, just do when you have all the time (position)to do. Just take your gut, and do what is right (surely the right way)!

(14) Saya sedang memerah otak, melihat bagaimana Tabung Haji (TH), Permodanan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby (SD), bahkan MayBank, CIMB dan Bank Islam boleh menjadi pembiaya kepada penstrukturan semula dan penlestarian kampung-kampung (dan budaya baik) Melayu yang strategik ini supaya ianya menepati saranan Ibnu Masoud seperti tersebut di atas!

Bintulu
22 April, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

27 comments:

Anonymous said...

Penulisan Melayu saudara melihatkan Melayu Semenanjung sahaja... bagaimana saudara boleh mengupas Melayu Sabah dan Melayu Sarawak? Kalau saudara lebih perihatin kepada semangat nasionalisma, maka persoalan Melayu saudara hanya terlalu di dalam kepompong melayu Semenajung. Saudara harus berlaku adil dalam penulisan kerana kelahiran saudara sendiri adalah Sarawak. kalau ingin membina 1 Malaysia yang adil, maka persoalan Melayu Sarawak dan Sabah adalah amat relevan dengan Saudara. maka kenapa yang jauh merentas Laut Cina Selatan saudara perdebatkan tetapi persoalan Melayu Sarawak dan Sabah saudara anak tirikan. maka sejarah melayu Sarawak dan Sabah itu harus juga diungkap bagi melihat perspective yang holistik dan menyeluruh. Saudara hanya mencemuh Pendam..bercerita berkaitan Simunjan...tetapi...Saudara tidak memikirkan pemikiran yang dinamik dan cadangan-cadangan yang membina buat Melayu SABAH DAN SARAWAK... Renung-renungkan....

Abdullah Chek Sahamat said...

(1) Tajuk ini baru saja saya ketenggahkan. Saya sekarang sedang berjalan, keseluruh negara, melihat bagaimana masalah Melayu itu dari perpektif susunatur penempatannya dapat dilihat semula agar bangsa Melayu itu boleh di bebas dan di merdekakan.

(2) Soal Sarawak, saya tidak mahu campur adukkan dengan Semenanjung, kerana saya lebih suka biar Sarawak itu terus Unik dan Istimewa (Unique and Special).

(3) Saya masih dan mungkin terus kabur dengan konsep 1 Malaysia, sama kaburnya saya dengan Islam Hadari atau Melayu Baru. Pada saya, sebagai Economic Developmentalist, 1 Malaysia lebih kepada rhetoric politic. Sama dengan Melayu Glokal!

(4) Perbincangan mengenai Melayu Sarawak, perlu dari sudut yang berbeda. Tidak boleh terlalu diikat dengan 1 Malaysia. Melayu Sematan, Melayu Kuching, Melayu Persisir, Melayu Tebekang-Serian, Melayu Kedayan, Melayu Miri, Melayu Baram, semua itu punya latarbelakang yang sangat berbeza-beza. Biarlah saya teliti dulu, satu hari nanti pasti akan ada penilaian saya yang tersendiri.

(5) Terima kasih atas teguran dan pandangan.

Abdullah Chek Sahamat said...

Saya kira, tidak pernah saya mencemuh Pendam. Bahkan saya menceritakan sejarah penamaan Pendam, agar sebab penukaran nama itu diperbetulkan, mungkin sdra harus teliti penulisan saya itu dengan lebih cermat. Pasti akan sdra dapati, saya mahu Pendam terus kekal sebagai Pendam, dan tidak ditukar hanya kerana 'bunyinya agak pelik'. Friend, Pendam is the birth place of MyParent, I'm pround of this place. Till today, when I'm asked where I come from, Pendam is MyAnswer. TQ

Anonymous said...

Pendam itu lebih sinonim dengan Bugis. Namun sebagai warga Sarawak... selesaikan dahulu hutangmu kepada RAKYAT PERIBUMI SARAWAK... dan jangan samapi masalah kediri orang peribumi tidak mampu anda atasi.. PELITA.. kalau padam maknanya akan berlaku ketidak adilan dan ketidak upayaan untuk melindungi hak dan kepentingan Bumiputera yang diamanhkan... lantas isu MELAYU yang anda propagandakan adalah juga rhetoric .. Lihat kembali kepada sistem penyampaian dan sistem "PELITA" dalam menangani isu tanah.. kalau anda rasa anda sudah cukup hebat untuk meninggalkan tanggungjawab anda... maka usah lagi menyusuri..Kanawit, usah lagi menyusuri, Simunjan, usah lagi menyusuri tanah-tanah yang diamanatkan untuk dibangunkan kerana saya fikir anda sudah lupa akan peranna utama anda..melainkan menulis dan terus menulis tentang "Melayu Anda".

Anonymous said...

Bro this is significat value: "Saya sedang memerah otak, melihat bagaimana Tabung Haji (TH), Permodanan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby (SD), bahkan MayBank, CIMB dan Bank Islam boleh menjadi pembiaya kepada penstrukturan semula dan penlestarian kampung-kampung (dan budaya baik) Melayu yang strategik ini supaya ianya menepati saranan Ibnu Masoud seperti tersebut di atas!"

Let us work together and I believe we can improve and we are improving progressively. Maybe the writer have to remain focus...

Anonymous said...

Kupinta menjadi burung helang terbang nan tinggi di udara...agar mampu aku melihat tanah negeriku yang hijau dan membangun dengan bangunan-bangunan tinggi. Maka kupinta untuk menjadi melayu bukan untuk menjadi penikmat segala "subsidi" dan segala bantuan yang tersedia. Melayu pincang dengan "subsidi" pabila bercakap soal melayu itu sendiri kita gagal membuang subsidi ...gagal...gagal...jangan fikir untuk tolong melayu itu sendiri jika melayu tidak fikir bagaimana untuk berjaya...mana perginya YB yang mewakili kawasan SIMUNJAN? PENDAM? mana? kita cuba kupas permasalahan YB yang hadir sekali sekala untuk menjenguk nasib rakyat...kalau nak mengkayakan diri sendiri boleh...tapi untuk melihat nasib rakyat jauh sekali...YB gagal menjadikan SIMUNJAN maju...GAGAL. GAGAL...GAGAL...

Anonymous said...

..bro..Pendam..Simunjan is part of upper& lower Sadong river basin...land profile is perfect for any type of agricultural crops..as far as infrastructure is concerned it is almost all there..roads, bunds, schools, clinics...whatelse YBs can do there..spoonfeed them?..people have to change their mindset and get out from their comfort zone...open your mind and you will be cool..

Anonymous said...

Cool memang cool...tapi spoonfeed them atau YBs yang terlebih spoonfeed ke dalam poketnya sendiri. Yo, lihat sendiri jalanraya di Simunjan memakan masa yang lama untuk dibangunkan. You kata suruh orang kampong buka "mindset" adakah you sendiri mengetahui secara keseluruhan perjalanan politik itu sendiri? Siapa tidak kenal YB Simunjan...rumahnya saja bernilai RM3 juta. Mana datangnya duit ini semua? Kalau u suruh orang kampung buka mindset...siapa yang kaya sebenarnya di Simunjan...Ladang Kelapa Sawit kepunyaan siapa disana? Cuba berfikiran positif...saya bukan menuding jari...tapi membuka perjelasan yang sebetul..jangan jadi pak angguk saja...lihat diri sendiri perbetulkan. Dah kaya tu udahlah...jangan jadi tamak...memang mudah untuk menyatakan sesuatu perkara...tapi orang kampung "dibulak mantak2" masa election bukan main lagi...Itu tanggungjawab YB untuk menentukan perancangan yang baik untuk masyarakat dalam kawasan pegangannya...Itu Amanah. Nanti tak terjawab bila tiba masa di akhirat kelak. Chill.

Abdullah Chek Sahamat said...

It would be nice, if MyBlog could be used, not to quarell (or heat up one another). Who ever, please both side, just be cool and don't kill MyInterest to write.

(2) Let present what ever facts in cooler ways. Surely, we wanna our mind to be listen, but as we go along, there is always a good way to get our idea accross.

(3) A appreciate the cool thought, even from smallest guys.

Anonymous said...

Kalau tidak mahu ...
Kalau enggan menerima...
Kalau rasa tidak selesa...
Jangan dibuka penulisan saudara..
Jangan ada yang boleh memberi pendapat...
Menulislah mengikut hati dan pendapat sendiri...
Penulisan dan pendapat harus dihormati...

Pemikiran yang benar....

Anonymous said...

sdra abdullah juga seperti manusia biasa. he is not a miracle worker nor can he work alone.he is trying hard to open minds in sarawak. people here are still very complacent. they need to be moved, they need characters like him to move them. If we all think the same way, then there will be a team working towards betterment.

just seeing it from a different perspective...let us not get emotional in our effort to change mindsets........

Anonymous said...

Lantaklah nak cakap apa... Awak tu orang lama kah orang baru... Peduli apa kita nak cakap.. Kekadang pemikiran yang negatif itu menjadi sumber untuk mendatangkan sesuatu yang positif... Janganlah dok bodek aje.. Pemikiran kita... hormatilah... Fikir jalan apa yang boleh menjadikan yang negatif itu positif.. Jangan dok memuji aje. Kekadang pemikiran kalau tidak dicabar... jadi macam besi buruk ...dok perasan kita aja betul...Ini negara demokrasi... Kekadang tidak semestinya kita membangkang kita ini tak nak pembaharuan. Kita nak pembaharuan sebab itu kita menyuarakan fikiran kita. Baik tak payah buat blog kalau tak nak dengar pendapat orang lain.

Anonymous said...

Soal manusia biasa itu tak berkaitan. Soal yang perlu dilihat adalah kalau perkara itu benar atau kalau wujud ketirisan atau kemushkilan kita buka untuk orang lain memberi buah fikiran. Penulis yang matang, boleh menerima pendapat orang lain dan bukan hanya menyangkal semata-mata... Cuba dikaji.. Dan gabungkan pemikiran yang negatif dan positif itu (Pro and Cons)untuk kita membuat konklusi atau satu "isu" yang boleh diperdebatkan lagi...Pak Rais tidak menolak pendapat penulis Blog kalau penulisan itu adalah untuk mengasuh dan membina... Minda Terbuka...

Anonymous said...

"he is not a miracle worker nor can he work alone" Kalau kita anggap kita ini bukan magic man dan tak boleh berdiri sendiri.. pendapat orang lain kita pertimbangkan... Dan kita harus peka dengan pendapat orang lain...

Anonymous said...

...bro....I always beleive if we want to develop, we must changed..let move forward with open mind and dont look back, if you havent started any, let do it now..someday you will remember this is the moment that changed yor life..forever....

thebastard said...

Yo Bro.. I agree with you Bro. In making any decision we can actually look back by analysing and evaluating for the purpose of re-stratergising.In stratergic management, one of the important component is to evaluate the existing or the previous achievement or gap in order for us to move forward...There will always be an issue but we must be contructive and positive to settle the issue. Think-Think and Think..Dont just bring the issue but also provide us with the solution (if any)in order to improve ...and move forward... Yo Bro...A change for a day..

Anonymous said...

..dont wasting time cursing people here...let we think how best to develop Simunjan and Pendam...what if is industries like semi IKS, aqua,integrated farming, contract farming, small scale plantation are geared up as a main income generator for people here..

Anonymous said...

..yeah bro..re-strategising..thats the key word..you cool bro..

thebastard said...

We have to be cool Bro.. if we want to give contructive and objective view dont get emosional Bro...what say you Bro about Redevelopment and Resettlement.. To change the face of the unstructured Malay Traditional housing Bro...or any area where the building perspective is no more "attractive"....to built new lasting perspective Bro...

Anonymous said...

..yeah..thats interesting bro..I think as far as malay settlement is concerned, they are all look the same..untidy, unstructured,improper..government programme on kampung resettlement and kampung extension is good to change all this negativity on the outlook of traditional malay kampung..but this exercise however got to be done properly..example..the setback, the storey,..I think you can agree with me if we still can have a wooden house with belian roofing, long windows, big verandah, attiq..

thebastard said...

Yo Bro.. "I agree with you if we still can have a wooden house with belian roofing, long windows, big verandah, anttique.." Do you agree that this is also considered as Malay "heritage"?.. What say you Bro..if we can preserve this kind of wooden house within the town area... Tourist would want to see something different...

Anonymous said...

..yeah..it is a malay heritage bro..this reflects how creative our old grandfather as a carpenter..u know, the way they erect it, the orientation, balance with nature..its full of attention to detail..bring back that attitude bro..
....if we can preserve this kind of wooden house within the town area... actually if i m not mistaken, this is under purview of Jabatan Muzium, we can propose to them and get involvement of Pelancongan ministry also...ya bro..I dont think we have that many anymore now in Kuching..

thebastard said...

In a modern term ...our old grandfather is also "Malay engineer, architect and contractor" Imagine if we are able to start building these wooden houses and integrate it with "Malay type of landscaping".. we can actually create more "activities' and income for malay. Do we still have our Malay or young Malay generation who inherit this "creativity"?

Anonymous said...

..ya bro..how I wish if we can integrate that way..I think our young malay is totally from difference school of thought bro..the lifestyle, life demand..u know..with hostile environment..impatient...Do we still have our Malay or young Malay generation who inherit this "creativity"?..I doubt if you can find one..

thebastard said...

I think Giat MARA should look at this as "high value" programme for the purpose of preserving " Malay herritage" in the Country and at the same time redevelop the spirit among our young generation to love our "original wooden house" which is Malay heritage.

Indonesia have a lot of creative people who are able to design "wooden house" as similiar as our Malay wooden house or even better. Maybe we can also learn from their creativity..

Apart from that there are a lot of old building with old design in Kuching which I feel make our town perspective a bit dull.. I cant imagine for the next ten years the same building still exist within the town area...The new generation will say we are not far sighted and creative enough in developing our town and built a lasting perspective... How best we can "transform" this Bro..And how best we can re-plan by also taking into consideration our Kuching trafic flow... you know more expansian ..more people.. more vehicles...

Abdullah Chek Sahamat said...

I'm glad to have these few last ideas, well guys, I said about these in three of MyBlog. Officially and personally I'm trying to pick these up, but surely it take time.

(2) I believe our leaders just need some ideas, just that we have convey those, in a way cceptable to them.

(3) I'm a middle age guy, trying to have a balancing act, understtanding the youngs, respecting the olds, (struggling) trying to get thing done steadily. Will see.

(4) InsyaAllah.

Anonymous said...

I hope that when the Authority decided to resettle the Malay people dont settle them at the remote area.. You know, from prime area , they are thrown away to less value area. There should be balance residential equity in the town area...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.