.

20/4/09 PINANG PULANG KE GAGANG, SIRIH PULANG KE TAMPOK.....ikan pulang ke lubok

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 23, 2009

Share

& Comment


Kalau kita menaiki sampan, lewat senja di Sungai Sarawak (jam 1800-1830), disamping keindahan merah sore, akan juga kita lihat kumpulan-kumpulan bangau putih menghilir sungai, entah kemana pulangnya. Begitu juga, kalau di awal pagi (jam 0600-0630), akan kita lihat kumpulan bangau ini akan memudik sungai, entah kemana hinggapnya.

Fenomena alam ini, telah menjadikan Otak Melayu dulu-dulu membina falsafah hidup yang sangat bijaksana jangkauannya, namun telah mulai kita ketepikan, lantaran hanya kerana silap penjenamaannya. Saya telah nyatakan sedikit masa lalu, alangkah mulianya jika peribahasa,perumpamaan, dan kiasan Melayu itu dapat dilihat sebenarnya sebagai Falsafah Hidup Melayu, sama darjatnya dengan the Arts of War, falsafah pegangan hidup masyarakat Cina.



(2) Orang-orang DBP mungkin boleh memperbetulkan jika saya salah. Istilah PERI, saya kira bermaksud sebagai BUNGA atau PENYERI, atau PERMULAAN. Maka peribahasa, adalah bermaksud bunga-bunga bahasa, atau penyeri bahasa, atau permulaan bahasa. Dalam prihal peribahasa di atas, Pinang pasti ada gagangnya, Sirih pasti ada tampuknya, Ikan, pasti ada luboknya. Setiap satu ada asalnya. Sedangkan perumpamaan, lebih mirip kepada mengumpamakan iaitu meryerupakan, contoh Seperti anjing dengan kucing, iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Istilah, kias, adalah jelas membawa erti sindir, contohnya ada gula adalah semut. Begitulah indah dan tajamnya pemikiran nenek moyang kita dahulu. Marilah kita berusaha, agar kita terus jadi bagsa yang berfikiran halus, namun tajam. Itu waris kita yang kian kita ketepikan!

(3) Pinang pulang ke gagang, sirih pulang ke tampok, ikan pulang ke lubok, satu peribahasa yang boleh dilihat dari pelbagai sudut yang jika diterap (applied) dengan baik, pasti boleh menghasilkan masyarakat Melayu yang hebat-hebat. Dalam hal ini saya cuma ingin mengutarakan satu pandangan dan cuba melihat bagaimana penggunaan peribahasa ini dapat membantu kemajuan yang lebih hebat kepada masyarakat Melayu kita. Tekanan saya adalah, agar para bijak pandai(berkebolehan, berkeupayaan, dan berkedudukan), para orang berada di kalangan orang Melayu kita bentukkanlah dan amalkanlah sifat dan sikap biar pinang pulang ke gagang, biar sirih pulang ke tampok, biar ikan pulang ke lubok, kita kembalilah ke tempat asal kita, kita bantulah tempat asal kita, kita bimbinglah masyarakat asal kita.

(4) Peribahasa ini, sebenarnya menekankan penerimaan konsep idiola di kalangan orang Melayu. Orang Melayu sangat-sangat taksub dengan sesuatu yang menjadi idiola mereka. Namun cuma kelemahannya ialah bila, idiola hanya dilihat sebagai idiola, dan bukan satu benchmark yang perlu diteliti secara halus dan menjadi teladan dan amalan hidup.

(5) Maka, kalau di Kelantan, Nik Aziz akan jadi idiola kebanyakan masyarakatnya, namun apa sifat-sifat mulia Nik Aziz yang menjadi benchmark pribadi mereka, tidak ramai yang tahu. Begitu juga halnya dengan masyarakat Kubang Pasu, Kedah. Dr. Mahathir adalah idiola mereka. Namun, saya tidak nampak, sikap berani, sikap tegas, sikap ke depan, sanggup susah, dsb yang di miliki Dr Mahathir itu ada pada mereka. Sama halnya dengan orang Temerloh, Pahang rata-rata hendak cantik seperti Siti Norhaliza, namun apakah benchmark sifat mulia Sitiyang harus mereka ikuti, tidak ramai yang terfikir!

(6) Oleh yang demikian, wajar bagi anak-anak Melayu yang sudah berjaya pulang ke tempat asal mereka dan jadilah idiola dan setrusnya menjadi benchmark kepada masyarakat yang dahulunya kita adalah sebahagian dari mereka.

(7) Biar saya ceritakan sedikit pengalaman saya, dalam tahun 1983 saya berkenalan dengan seorang teman di Batu Pahat, Johor. Saya menginap di rumah beliau lebih kurang empat hari. Berkenalan dengan orang tua, sanak saudara, dan jiran tetangga. Hubungan saya dengan mereka ini boleh dikatakan sangat mesra. Sehingga, dalam tempoh 1983-2006, acapkali bila melalui Batu Pahat, saya pasti singgah, selaras dengan tuntutan peribahasa....tempat bermain lagi di kenang, inikan pula tempat jatuh! Namun, dalam semua persinggahan saya, tidak pernah saya nampak beliau, dan keluarganya pun tidak...sangat mengelak untuk bercerita mengenai beliau. Saya mencurigai sesuatu, dan pada 2007, saya dapat menjejaki beliau, dan terus pura-pura mengajaknya balik kampung kerana saya teringin benar untuk ketemu saudara maranya yang saya pernah kenali.

(8) Bila memandu dari Damansara Height ke sana (Batu Pahat), nampaknya saya lebih tahu jalan dan kedudukan rumahnya. Alhamdullilah ibunya masih ada dan mungkin kerana hormat atas kehadiran saya, semuanya berjaan mesra. Kami saling bertukar-tukar cerita tentang hidup, dan dia sebenarnya sudah sangat berjaya. Saya tidur di rumah tersebut malam itu bersamanya, dan ibunya buatkan badak berendam, kuih kesukaan kami berdua. Segalanya sangat mesra, sehingga, dia menangis kerana terlalu lama telah tidak kembali ke kampung halamannya.

(9) Alhamdullihah, sejak itu, saban hujung minggu dia pulang ke kampung, dan hubungan seluruh keluarganya menjadi akrab, dan kini dia sedang bekerja keras membantu sanak-saudaranya yang terdekat untuk hidup dengan lebih selesa dan berjaya. Dia kini benar-benar menjadi idiola keluarganya. Sumber inspirasi anak-anak muda kampungnya, untuk berjaya. Saya kira, semangat pinang pulang ke gagang, sirih pulang ke tampok, ikan pulang ke lubok telah beliau amalkan dengan baik.(Syabas Mas, dan maaf kerana menggunakan mu sebagai teladan).

(10) Mudah-mudahan, pengalaman ini akan jadi inspirasi buat saya, dan kalian selepas ini. Marilah kita memlakukan sesuatu agar kampung dan masyarakat kita terus maju dan dihormati. Kita tidak hidup untuk kendiri!

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Anonymous said...

Umpama tiada kenangan indah di Pendam...dek kerana kemiskinan...dan tiada gelak ketawa...di Simunjan dek.... kemunduran...Umpama tiada kenangan...yang mengamit hati...dari tanah lahir sendiri... Lubok Bunting yang masih jauh ditinggalkan... Baram yang masih jauh disusuri... kenapa Hulu Langat tempat nya singgah kenapa Batu Pahat terpahat di hati... Kenapa Melaka...sejarah diingati... Mana dia tempat di negeri sendiri...Apakah erti tidak hidup untuk Kendiri jika semua nyayian hanya Langkawi... Sarawak Bumi Kenyalang... kenapa Cenderawasih yang dicari....

Anonymous said...

Kebiasaan...
Gajah di depan mata tidak akan nampak...
akan tetapi kuman tanah seberang jelas kelihatan...
Apakah hati sudah jauh pergi..
Lantaran anak bangsa negeri sendiri...
Jauh di sudut hati...
Menteri disanggah...
kononya hanya bercakap kosong..
Adakah diri sudah lupa sifat...
Kerana kamu kini menjadi kaya ...
Boleh terbang ke sana kemari...
Tidakkah kerana peranan kamu dihargai...
Oleh Menteri-menteri tempat mu mencari rezeki...

PenjawaT Awam yang dihormati...
Moga sirih pulang ke gagang...
Moga ingatan kepada negeri tidak dilupai...


-Secawan kopi-

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.