.

2/5/16 ADENAN RET ..... apakah sikap Melayu?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 31, 2016

Share

& Comment

Tunku Abdul Rahman, sebaik mencapai kemerdekaan, selain meningkatkan pembangunan infrastruktur jalan, beliau cuba mengenengahkan Pembangunan Luar Bandar melalui pelancaran beberapa skim tanah khususnya dalam pembinaan beberapa rancangan pengairan dan saliran. Tumpuan beliau adalah dalam peningkatan pendapatan para pesawah. Di Sarawak, skim Matu-Daro, Asajaya dsb adalah buah tangan beliau. Dalam keadaan Negara masih miskin, kerja-kerja pembangunan luar bandar beliau agak terbatas, sehingga menimbulkan kegelisahan mendadak Melayu kerana terlalu perlahan arus perubahan kemerdekaan merobah hidup mereka. Tun Razak yang kemudian mengambilalih tampuk pemerintahan Negara, mengemukakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menekankan agenda penstrukturan ekonomi Negara.  Beliau menekankan pembangunan luar bandar secara jauh lebih meluas dan kencang. Di era beliau, RED iaitu Rural Economic Development adalah agenda besar Negara. Sesungguhnya pengujudkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Ghafar Baba adalah alatan paling ampuh beliau untuk merobah latarbelakang ekonomi Melayu yang pada masa itu 80-90 peratus adalah penduduk luar bandar dan juga sekitar 70-80 peratus dicengkam kemiskinan. Felda, Felcra, Risda, RDAs, dsb adalah buah tangan Razak. Namun, kemudian pentadbiran Mahathir, melihat pembangunan luar bandar dari sudut lain. Jika Razak lebih menekan menggunakan agensi-agensi kerajaan, Mahathir mendekati pembangunan luar bandar melalui perubahan dari sudut pengurusan. Mahathir menyusun agensi-agensi kerajaan lebih menjurus ke bidang pengurusan koprat untuk menjadikan jentera kerajaan lebih berdayamaju serta cekap. Mahathir kemudian seakan-akan percaya agensi-agensi ini mampu untuk menjana dana sendiri bagi memenuhi tuntutan tanggungjawap mereka. Bagi Mahathir, telah sampai waktunya anak-anak Melayu melakukan anjakan paradigma dalam cara mereka membina Melayu. Istilah paradigm shift adalah istilah paling biasa cuba diasakkan untuk Melayu fahami. Namun masa membuktikan bahawa agensi-agensi ini tidak mampu berubah dengan kedaaan dan masa. Saya lihat FELCRA, FAMA, LKIM, RISDA, MARDI dsb gagal berubah menjadi agensi koprat untuk menerjah perubahan ketara dalam menyususn kembali ekonomi luar bandar.

(2) Namun, lantaran kejayaan bidang pendidikan Negara, pada 1990an sehingga kini telah menyaksikan penghijerahan ketara penduduk Melayu ke bandar-bandar. Kini, sekitar 70-80 peratus penduduk Melayu adalah penduduk bandar dan pinggir bandar. Keadaan ini telah menyebabkan berlaku pengunduran dalam soal penekanan di sektor pembangunan luar bandar. Dari 1990an sehingga kini, tekanan pembangunan di Malaysia lebih menjurus ke sektor moden iaitu bandar. Luar bandar sejak 1990an mulai mengalami peminggiran. Cuma bila tekanan ekonomi dan sara hidup sebegitu mengasak di bandar sekitar awal 2000an, barulah kepincangan penekanan pembangunan Negara kian ketara. Apa lagi dalam PRU 2013, bila BN pertama kali kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan bahkan hilang undian majoriti (51:49) rakyat, maka barulah suara-suara politik mulai khuathir tentang kesetiaan undi luar bandar. Sesungguhnya, kemenangan BN kini adalah atas dokongan padu masyarakat luar bandar. Masyarakat bandar, saya kira sudah muak dengan cara usrustadbir BN yang kelihatan kotor dan membazir.

(3) Sebelum saya menghuraikan RET Adenan terlebih dahulu biar saya cuba huraikan maksud istilah Transformation. Transformasi adalah istilah Melayu-Inggeris, di mana jika saya  gunakan istilah sebenar Melayu, ianya dalam hubungan maksud RET Adenan lebih menjurus kepada jelma. Ada pihak cuba mentafsirkan transformasi sebagai perubahan dan tukar namun saya yakin istilah jelma, penjelmaan adalah lebih tepat. Istilah jelma menununjukan kata laku hadir tanpa terduga, atau perubahan bentuk ketara dari satu bentuk ke bentuk lain yang kucup berbeza. Contohnya menjelma dari larvae ulat bulu ke kepompong kemudian menjadi rama-rama James Brooke. Istilah transformasi sebetulnya adalah istilah biologi untuk mengambarkan perubahan metafora dari bentuk primitif (eg larvae) ke bentuk tinggi (eg rama-rama). Maka, RET iaitu singkatan bagi Rural Economic Transformation adalah lebih menjurus kepada niat Adenan untuk melihat penjelmaan kekuatan ekonomi luar bandar. KPI yang sedang diwar-warkan sekarang adalah merobah pendapatan purata petani dari RM500-700 kini ke RM4,000 pada 2020. Jika ini tercapai, maka padanlah istilah RET diguna pakai. Jika sekadar untuk menganda pendapatn sediada, maka RET harus saja ditukar menjadi RED: Rural Economic Development, tiada transformasi berlaku. Sesungguhnya dari mata hati Adenan, saya percaya dari keputusan PRN Sarawak 2016, jelas yang benar-benar mendokong kejayaan besar beliau adalah rakyat luar bandar dan pinggir kota. Rakyat di tengah-tengah kota seperti di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri seperti menidakkan kemahuan Adenan untuk membina Sarawak cara Sawarak. Penolakkan rakyat pusat-pusat bandar kepada Adenan bukanlah sesuatu yang tidak terduga, sesungguhnya penolakkan itu terjelma akibat keresahan sosial yang kian tidak terurus dengan sempurna di peringkat nasional. Jika keadaan di luar bandat terus terbiar dan tidak mengalami ketara, pasti rasa kebosanan rakyat kepada BN akan menular ke luar bandar juga akhirnya khususnya dalam tempoh 5-10 mendatang.

(4) Hakikat rakyat bandar sudah muak dengan BN harus diterima. Jika di Malaya, rata-rata majoriti penduduk bandar tidak kira Cina, India dan bahkan Melayu sudah menolak BN. Bahkan di negeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan kini Johor rasa muak mereka kepada BN sudah kian ketara. Sesungguhnya yang kian paling ketara muak dengan BN adalah golongan muda terutama dari kalangan penghijerah dari luar bandar ke bandar. Mereka ini khususnya dari kalangan berpendidikan dan kemahiran rendah, bila hijerah ke bandar adalah paling terhimpit beban hidup mereka. Sebegitu juga kalangan menengah dari generasi Y. Tuntutan sosial di bandar-bandar kian sukar untuk mereka penuhi. Mereka kian seperti musafir di tanahair sendiri. Keadaan musafir ini menyebabkan mereka menjadi kian muak dengan BN yang hanya hebat bergempita menabur janji dan berdakyah tetapi kesan nyata kepada golongan ini tidak ketara. Hidup mereka kian dihimpit kepayahan yang seperti tidak berkesudahan, sedang di depan mata mereka para pemimpn sedang lena diulit kemewahan. Apa lagi bila banyak hal-hal urustadbir Negara kian menuju kebobrokan yang amat generasi Y bencikan.

(5) Sesungguhnya Adenan telah memilih suatu pendekatan yang sangat seimbang dalam cara dia hendak membina Sarawak. Dengan perlantikan tiga Timbalan Ketua Menteri yang menjurus kepada keseimbangan lakuan treatment pembangunan bandar-luar bandar iaitu dengan menekan tiga unsur penting Prasarana: RET: Perbandaran maka bagi tempoh lima tahun mendatang jika usaha-usaha ini dijalankan secara mutlak professional pasti akan meletakkan Sarawak dalam asas ekonomi yang sangat kukuh. Saya melihat RET Adenan, bukan sekadar ditanggung oleh Douglas Uggah melalui potforlio Pembangunan Ekonomi Luar Bandar namun James Masing yang memikul potforlio Pembangunan Prasarana adalah merupakan asas bagi RET sebetulnya. Dengan meletakkan kedua-dua potforlio Prasarana dan RET pada tahap Timbalan Ketua Menteri maka Adenan sebetulnya bukan sekadar membuat janji politik malah menunjukkan iltizam niat kerja urustadbir beliau. Apa lagi kini Adenan juga telah melantik seorang Menteri Muda khusus untuk mengurus prihal Tanah Adat. Sesungguhnya asas RET Adenan adalah Tanah Rakyat: Prasarana: Model Pembangunan Tanah. Cuma saya berharap Douglas yang telah berpengalaman dalam mengurus perihal perladangan komersil dan industri komoditi beliau seharusnya tidak menjejaki cara Alfred Jabu yang sangat menekan kepada subsidi sebagai alatan utama membina asas ekonomi luar bandar. Itu cara dahulu, ianya kurang sesuai dengan keadaan sekarang di mana sumber kekayaan Negeri dan Negara sudah terhakis. Dalam masa yang sama, pembangunan prasarana yang dipikul oleh Masing harus melihat kepada kesepaduan antara keperluan jalan dan prasarana saliran yang menjadi sokongan kepada pembangunan perladangan khusus di tanah datar. Gandingan perladangan komersil dan pembinaan prasarana bersepadu pasti dapat melonjakkan ekonomi luar bandar Sarawak jauh ke depan. Jika pendekatan ini dilakukan, khusus dengan mengambil pengalaman pendekatan RDAs, IADPs dan pengkopratan yang telah mengalami evolusi mantap sejak 1960an ke 2000an, saya yakin Sarawak boleh mendapat fadeah yang sangat besar dari pengalaman silam ini.

(6) Sesungguhnya, Taib Mahmud telah meletakkan asas kukuh ke arah ini, cuma khilafnya bila strategi ini dibauri politik dan kepentingan pribadi serta professionalisma tulin dipinggirkan, yang akhirnya asas-asas ini kian menjadi duri dalam daging akhirnya Taib menyerah kalah. Douglas, harus merobah GLCs Negeri yang bertanggungjawap dalam soal ini agar semua bekerja pada etika trully professional. Para CEO GLCs ini tidak harus kemaruk mencari kemewahan diri tanpa peduli benar kepada tenggungjawap membina mrakyat dan Negeri. Di samping itu, adalah sangat mengarut untuk para pemimpin politik untuk menggunakan GLCs dan agensi kerajaan sebagai senjata mendokong politik tidak popular. Sepanjang 25 tahun bertugas dalam kerajaan, saya telah menyaksikan semua ini, dan yang pasti keputusannya adalah sangat mengecewakan. Benar BN terus berkuasa dengan manipulation sebegini tetapi soalnya, BN menang untuk apa? Untuk rakyat, Negara atau sekadar terus memenangkan pemimpin yang bobrok? Maka, mudah-mudah kejujuran Adenan dalam membina ekonomi luar bandar adalah benar-benar professioanl, maka barulah konsep transformation itu akan berlaku. Jika ianya sekadar gimik politik, maka abu duak sudukpun masyarakat luar bandar tidak perolehi jauh Pak Awi.

(7) Bagi masyarakat Melayu Sarawak, jika Douglas dan Masing benar-benar bekerja secara professional, apa tidak mungkin mereka akan tertinggal. Douglas dan Masing menguasai potforlio yang sangat ditunjangi oleh masyarakat luar bandar. Saya yakin, mereka berdiri adalah 100 peratus atas sokongan masyarakat luar bandar iaitu kaum mereka sendiri. Maka berteraskan dasar RET Adenan, jika mereka menekankan untuk membangun masyarakat yang mereka waklili adalah sangat tepat dengan kehendak Adenan dan dasar-dasar beliau. Masyarakat Melayu Sarawak tidak boleh mempersoalkan itu. Itu hak dan tanggungjawap mereka. Melayu Sarawak tidak boleh bising apa lagi iri hati. Cuma soalnya, apakah langkah yang harus Julaihi Narawi yang memegang potforlio Pembangunan Ekonomi Persisir dan Awang Tengah yang memegang potforlio Perancanagn Sumber dan Tanah akan mengorak langkah professional mantap ke arah memperkasa ekonomi Melayu persisir (@ luar bandar.

(8) Namun dari pemerhatian panjang saya, di mana-mana, Melayu punya sikap patuh kepada tugas memudahcara. Namun pada kebiasaan, sikap memudahcara Melayu lebih menjurus kepada memperkasa masyarakat lain, tidak masyarakat sendiri. Sikap iri, hasad, dengki, tamak haloba dan tidak kukuh di tali Allah menjadikan Melayu yang berkuasa sering meminggirkan bangsa sendiri. RET Adenan silap-silap adalah permulaan kepada peminggiran ekonomi Melayu luar bandar Sarawak. Mudah-mudahan itu Allah jauhi.

Kuching, Sarawak
31 May, 2016

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.