Ramadhan, Melayu tanggap sebagai bulan yang paling mulia. Melayu mahu menjadi manusia terbaik saat tiba Ramadhan. Kenapa sebegitu? Pasti jawabnya mudah, kerana Melayu berpegang, itu perintah Allah. Maka berbuihlah mulut Melayu merungkai Surah dan Hadis untuk mengukuhkan hujah tentang itu. Soalnya, bukan Ramadhan itu mulia tidak mulia. Yang ingin saya bicarakan, apakah Melayu menjalani Ramadhan pada jalan yang Allah telah perintahkan? Dalam soal inipun Melayu tetap berkata dan mendabik dada sesungguhnya jalan mereka mengamal Ramadhan adalah pada jalan Islam. Maka jika itu benar, suka saya bertanya, kenapakah Islam Melayu masih senget dan Melayu kian senget? Berpuasa adalah kewajiban mutlak dalam Islam. Jika benar Melayu telah mengamal Ramadhan pada Islam yang benar, maka pasti Islamnya Melayu adalah tegak lurus dan akhirnya Melayu telah Allah berkati dalam segala kekuatan. Yang pasti Melayu terus pincang. Maka kerana itu, saya berkira Islam kita belum tegak lurus masih banyak take and leavenya.
(2) Perpatah Arab ada berkata Kucing lapar jangan dilepaskan, pasti dia akan membawa burung pulang. Sesungguhnya fenomena kucing lapar bila terbiar akan pulang membawa burung bukanlah suatu perkara asing bagi Melayu. Melayu tahu, jika kucing lapar terus terbiar di luar rumah khasnya, maka bukan sekadar burung dia bawa pulang, malah tikus, mengkarung, cicak, kadal dsb. Hakikatnya, apapun dan siapapun yang kelaparan, semua akan dia tangkap muat untuk menghilang kelaparan. Sang pengemis lapar hilang malu menyelongkar tong sampah sekadar untuk sepotong roti. Sesungguhnya pepatah Arab tersebut sangat luas pengertiannya. Salah satunya, tersangkut dengan tradisi menjanda sangat biasa di dunia Arab. Maka atas prinsip itu, Muhammad SAW menunjuk teladan untuk tidak membiarkan janda bahkan duda terus-terusan pada status mereka. SAW sangat mengambil berat kesulitan kebendaan dan saikologi para janda. Dalam dunia saikologi rumahtangga, sesungguhnya status janda (dan atau duda) adalah sangat volatile, jiwa yang kering dan sentiasa tercari-cari atas sesal. Maka setitis embunpun adalah penawar yang paling manis. Namun, banyak terjerangkap dan terus hanyut. Perhatikan saja dalam dunia Melayu dulu dan kini. Penjandaan membawa kemiskinan sehigga kemalaratan. Pun juga dunia penjadaan boleh membawa kepincangan kepada masyarakat. Lantaran status penjandaan boleh menjerumus masyarakat ke dalam pelbagai gejala sosial berat, maka fenomena ini akhirnya Arab ingin jadikan sempadan maka terbitlah pepatah tersebut. SubhanaAllah.
(3) Dalam hakikat Ramadhan, Allah menjadikan manusia lapar. Kerana lapar, apa tidak mungkin pepatah Arab itu akan terpakai? Sesungguhnya dalam dunia Melayu ianya amat terpakai. Jika tidak percaya, perhatikan saja juadah berbuka puasa bagi setiap Melayu? Tidak kira di mana-mana. Di kampung, di kota-kota, bahkan di tempat-tempat manusia paling bertemadun di hotel-hotel mewahpun sebegitu, pembaziran dan sekatan nafsu paling tidak ada. Ramadhan tidak menyadarkan Melayu untuk benar-benar kembali kepada Islam. Secara khusus, saya berani menyatakan Ramadhan tidak menimbulkan keinsafan untuk zuhud pada Melayu. Itu pasti. Juga saat tamatnya Ramadhan, bahkan sebelum bermula Ramadhan, apakah yang ada pada nafsu Melayu? Tidakkah sebelum Ramadhan bermula Melayu sudah sebok berfikir tentang keriakan dalam kemeriahan Aidil Fitri? Semasa Ramadhan seboklah Melayu dengan keriakan Pesta Ifta dan di Aidil Fitri sebok pula dengan keriakan Open House Aidil Fitri. Walau apapun, sifat-sifat riak ini akan dipertahankan dengan apa juga hujjah seperti sedekah, amal jariah dsb. Sesungguhnya, pepatah Arab tersebut sangat akrab dengan Melayu.
(4) Allah menjadikan Ramadhan agar Melayu lapar. Dengan lapar Allah menjuruskan agar Melayu insaf. Insaf betapa di keliling Melayu masih terlalu banyak yang dhaif. Cuma dalam bidang ini, banyak Melayu menafikan masih meluasnya kedhaifan di dunia Melayu. Melayu membuta, mempekakkan dan membisukan diri mereka tentang kedhaifan diri mereka. Kedhaifan Allah adakan agar Melayu sedar betapa bangsa Melayu masih banyak corotnya. Corot yang paling corot adalah keIslaman Melayu. Namun, Allah tidak sekadar mahu Melayu kukuh pada Islami tampak sahaja iaitu Melayu yang kuat sholat, Melayu kuat puasa, Melayu kuat berzakat, dsb hanya pada watak tampak sebegitu, sedang hakiki Islamnya mereka masih corot: sholat tampak taat, namun perasuah; puasa paling akur namun terus mencuri; Haji heboh perginya, sekembali tetap pemimpin yang khianat, dsb. Hakikatnya Allah mendatangkan Islam kepada Melayu, sebermulanya kerana Melayu itu lemah. Melayu sebelum Islam adalah Melayu terjajah pemikiran dan budayanya. Melayu terjajah oleh Buddha dan Hindu. Melayu di zaman Buddha dan Hindu adalah Melayu haprak. Dalam haprak Melayu jadi lapar. Dalam lapar Melayu haprak yang lemah ini Allah datangkan Islam agar Melayu jadi kuat. Melayu harus kuat dengan Islam. Islam menguatkan Melayu. Namun tabiat Melayu haprak lapar tidak terhakis dari jiwa Melayu sehingga mereka terus meratah budaya Arab dan Hindu berbaur-baur menjadilah mereka muslim tetapi sebagai mulsim yang Islamnya lemah. Maka sekali lagi Melayu terjajah oleh pelbagai bangsa: Belanda, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Jepun dan Amerika. Kini Melayu kian terjajah oleh China!
(5) Allah sangat sayangkan Melayu. Allah sekali lagi menimbulkan kesadaran kemerdekaan kepada Melayu. Sebuah alam Allah serahkan kepada Melayu. Melayu berjuang ke arah itu dan akhirnya Melayu merdeka melainkan sebahagian Melayu di Indonchina dan Filipina. Namun Melayu merdeka ini tetap tidak merdeka. Banyak menjadi Melayu bacol, kerdil, malah bangsat. Mereka tidak dapat mengerti erti kemerdekaan yang Allah berikan. Mereka melihat kemerdekaan lantaran perjuangan UMNO, PAS, Gurkha, Sultan dsb. Melayu tidak melihat merdekanya mereka adalah dari Allah. Akibatnya, mereka mensujudkan diri kepada pengerak kemerdekaan seperti UMNO, PAS dsb dan juga kepada bumi tuan-tuan penjajah mereka terdahulu, mereka tidak hanya sujud kepada Allah. Syahadah Melayu berbaur antara untuk Allah dan dunia ini. Allah Melayu duakan. Islam Melayu hambur baur dengan Kapitalisma, Sosialisma dsb. Kerana itu kini Melayu kembali jadi kucing lapar yang bebas terlepas. Lantaran itu, apa saja kian Melayu tangkap dan jadikan jati diri: Shiah, Wahabi, IS, Kapitalis, Free Thinkers, dsb Kini, Islam Melayu adalah Islam berpilih-pilih menjadikan Melayu kuat hanya di bidang haprak menuju kembali menjadikan Melayu kini kian lemah dan haprak.
(6) Maruah Melayu tidak akan pernah mulia selagi sifat kucing lapar ada pada Melayu. Kucing lapar bukan hanya burung bahkan cicak, tikus, mengkarung dan kadalpun dia terkam makan. Melayu lapar, Melayu kucing lapar akan menangkap apa saja demi temboloknya. Sifat kucing lapar kian merebak dalam budaya Melayu. Yang rakus untuk terus berkuasa kian melebar. Yang rakus untuk mendapat faedah segera juga kian kembang. Maka, kini sebagai petanda awal, masalah penjandaan sudah menjadi fenomena yang berleluasa di kalangan masyarakat Melayu adalah petanda yang Allah ingin Melayu sedari betapa kucing lapar sedang meriah di alam mereka. Allah sedang memberikan petanda awal, betapa jika Melayu tidak mula berfikir mendalam dalam cara amalan Islam mereka; mengamal Islam secara turut-turutan, bukan Islam pada pengajian dengan pemikiran merdeka meluas, maka maruah Melayu akan jadilah kucing lapar. Ramadhan Melayu adalah bulan riak ke arah Shawal yang lebih riak. Kedua-duanya tidak Melayu lihat sebagai bulan mendidik jiwa Melayu ke arah zuhud dan mengerti akan budaya zuhud. Jikapun ada zuhud Melayu adalah bermusim dan berpilih-pilih, maka inilah jalan cara Melayu sedang menebus maruah yang tidak akan pernah berjaya.
Kuching, Sarawak
9 Jun, 2016

0 comments:
Post a Comment