.

ABC Sadong

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand. ABC Sadong

Latest Updates

2/1/2026 HIDAYAH DAN JALANAN YANG MAHAL

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 27, 2026
PROLOQ:

Kapanpun tiada siapa yang berIman akan terlepas dari ujianNya. Gagal, tiada apa-apa dan malah kejayaan meluap, semua itu adalah ujian untuk menentukan darjah Iman seseorang - Al Ankabut (2-3), Al Baqarah (155-6), Al Anfal (28), etc. Tanpa menempuh ujian, darjat kita tidak ke mana-mana.; contoh seorang isteri tanpa getir melahirkan, dia tidak akan pernah menjadi seorang ibu. Sama juga seorang suami, tanpa anak-anak, kepemimpinannya tidak akan sempurna. Seseorang yang cekal menempuh ujian, tanpa gusar, tanpa gentar, tanpa  runggutan, redha terus berjuang melangkahi apapun yang terus mengalang, janji Allah adalah pasti, kejayaan besar In Shaa Allah mendatang. Jika tidak dunia, Syurga tetap ada. bahkan kedua-duanya juga boleh. SAW sedari janin teruji. Biar telah diangkat menjadi rasul, terus-terusan diuji. Dia cekal dan kekal untuk hanya menjadi Persuruh Allah - bukan maharaja, bukan siapa-siapa, dia zuhud sepenuhnya biar peluang luas terbuka untuknya beraja di hati bersultan di mata. Sesungguhnya hanya kesabaran yang mampu facilitate kita untuk melepasi segala ujian Allah. Namun ujian Allah ada batas keupayaan yang Dia ujikan. Allah tidak menguji melampaui batas kemampuan seseorang yang berIman. Allah tahu titik lemah kita - Al Baqarah 286. Allah juga pasti titik kekuatan kita. Maka selangi Allah menimpa-nimpa ujianNya, yakinlah dia tahu di mana kita akhirnya. Maka niat saya, saya ingin mencari jalan untuk menjadi seorang berIman yang berjaya dunia dan akhirat.  

PENGENALAN:
 
Bila saya kembali ke kampung selepas menamatkan pengajian pada 1984, saya berhasrat untuk menjadi usahawan dari kerja makan gaji di sektor awam atau swasta. Saya memilih untuk menjadi usahawan tani khasnya lantaran saya tidak ada keperluan mendadak untuk beroleh pendapatan. Berumahtangga pada usia 24 tahun apa lagi berpacaran, bukan keutamaan saya pada masa itu. Kedua ibu bapa saya telah lama meninggal. Saya tinggal bersama nenek dan dia juga tidak ada keperluan kewangan yang mendadak. Adik beradik pula semua sudah mandiri.  Model motivasi saya pada masa itu adalah beberapa petani di kawasan kampung saya. Antaranya yang bernama Hj Muhammad Arshad, seorang Bugis yang sangat bersahabat dengan bapa saya. Dia berpunya tanah seluas 30 ekar dan ditanami kelapa, koko, kopi dan pisang. Saya juga bersahabat baik dengan seorang petani Cina bernama Ah Peng. Dia memiliki kebun kelapa-koko seluas 10 ekar. Hj Arshad dan Ah Peng kelihatannya beroleh pendapatan jauh lebih besar dari penjawat awam kini pada skala 48-52. Pada masa itu penjawat awam pada skala 44 cuma bergaji RM1,200.00 sebulan. 

(2)    Hj Arshad meninggal sekitar 1990 lantaran kena libasan jengkaut escavator yang sedang menjalankan usaha-usaha pembinaan saliran di kawasan perkebunan beliau. Pada waktu itu masyarakat kampung cukup teruja melihat pihak DID berusaha menyediakan saliran dan tebatan banjir bagi memperbaiki produktiviti pertanian di kawasan Asajaya. Dari 1990 sehingga 2019 kebun beliau terbiar dan saya tawarkan untuk membeli kebun tersebut dari anaknya.  Alhamdullillah, saya dapat memiliki sekitar 17 ekar dari seluas 30 ekar tanahnya. 

JEJAK TRANSFORMASI DESA:

Langkah pemula saya merintis jadi usahawan adalah dengan pemulihan kebun kelapa-koko-kopi nenek saya seluas 5 ekar. Saya berlajar dengan Ah Peng tentang cara-cara pemulihan semula serta membuat ramuan pembajaan mengunakan ikan buangan para nelayan kelong dan jermal di Jemukan-Semera. Ikan buangan tersebut berpunya kandungan N, P, K dan Ca yang tinggi. Pada masa itu harga ikan buangan ini cuma 5 sen per kilo. Dalam tempoh setahun, usaha-usaha saya menunjukkan penghasilan yang sangat tinggi. Langkah saya ini telah menjadi ikutan penduduk Kampung serta kampung-kampung berjiranan. Penghasilan kopra, biji koko kering dan kopi yang mendadak memberikan saya buah fikir untuk menubuhkan sebuah Koperasi guna melibatkan seluruh penduduk kampung dan sekitarannya dalam memperdagangkan hasil keluaran mereka terus ke pemborong di Kuching. Dalam masa yang sama, Koperasi pula terlibat dalam sektor peruncitan. 

(2)    Di samping mengurus kebun nenek serta membantu jiran-jiran dalam memulihkan kebun-kebun mereka, saya juga menjalankan usaha-usaha trading tersendiri. Pada masa itu sebilangan masyarakat petani di Asajaya yang memiliki tanah kecil-kecilan, mereka berusaha bertanam limau manis. Bibit limau manis ini saya jangka berasal dari Sambas, Indonesia. Limau manis mampu memberikan penghasilan tinggi serta mudah dipasarkan. Bayangkan, seekar boleh menampung 260 pokok limau dan setiap pohon mampu menghasil sekitar 50-100 kg setahun. Menggunakan sampan bermotor milik Paman, saya pergi ke Jemukan dan Semera untuk membeli borong sekitar 400-500 Kg limau dalam 2-3 hari sekali dan menjualnya dengan Marked Up Price 50 sen/kg. Saya edarkan limau-limau ini ke Pekan Simunjan serta dua buah kilang papan di sana. Adat dalam pertanian, limau-limau ini menghadapi serangan virus sekitar 1990an dan pupus sehingga kini. Saya telah mencari-cari bibit limau ini sejak sekian lama, dan Alhamdullilah pada 10 Januari lepas, saya menemukan sebuah Nursery di Serian yang mampu membekalkan bibit berkenaan namum dalam jumlah yang terhad.

(3)    Namun berlaku kegawatan ekonomi yang agak parah pada 1986 di mana harga komoditi merundum teruk, maka saya memilih untuk berkhidmat di sektor awam. Semenjak 1986 kelapa, koko dan kopi mulai susut peranannya di daerah Asajaya dan seluruh Sarawak. Namun saya terus-terusan memberikan seliaan rapi kepada perjalanan Koperasi sehingga 1996 bila mana saya perlu tinggalkan kerana keperluan melanjutkan pelajaran saya ke USA. Atas masalah pengurusan, Koperasi terpaksa dinyah operasi pada 1997. Kini bangunan Koperasi telah diubah menjadi Kelas TADIKA KEMAS.

(4)    Bila saya menyertai GLC pada 2002, pendapatan saya adalah agak lumayan.  Bermula dari 2002 saya mengajak dan malah menaja masyarakat kampung untuk menukar tanaman mereka kepada sawit. Kini sawit menguasai ekonomi kampung saya dan Alhamdullilah saya kira kemiskinan tegar telah pupus di sini. Mulanya saya juga terlibat dalam penanaman sawit. Namun masalah pekerja serta harga sawit yang kurang baik terutama sekitar 2009-2018, maka pada 2019 saya merubah kebun sawit saya menjadi kebun Nenas MD2. Namun sekali lagi saya berdepan cabaran yang getir, akibat Covid 19 pada 2019-2022, maka saya berdepan dengan masalah kekurangan pekerja, pemasaran dan akhirnya kewangan, maka kebun Nenas MD2 saya seluas hampir-hampir 60 ekar mendatangkan kerugian yang sangat parah untuk saya tanggung. Dalam tahun 2022 juga saya menghadapi masalah pribadi yang sangat berat. Status kewangan saya cukup parah. Minda dan jiwa saya cukup tercabar. Biar dalam kesulitan kewangan yang dahsat serta jiwa yang goyah, saya cuba cekal bertahan, namun pada 2023 saya terpaksa membuat perubahan besar-besaran ke atas usaha pertanian saya. 

(5)    Kebun nenas saya ubah menjadi kebun pisang. Saya usahakan tanaman pisang sebagai selingan kepada kebun nenas MD2. Ianya tampak berjaya, namun masalah kewangan serta pekerja menyekat perkembangan baik perkebunan saya. Paling menyayat hati, dari sejumlah 45 ekar yang dapat saya usahakan Tumpang Sari Pisang-Nenas, 15 ekar dari kebun tersebut sangat terdedah kepada kecurian. Syabu dan dadah telah mulai menular ke kawasan kampung-kampung jiran saya dan mereka ini cukup meresahkan masyarakat. Kegiatan mencuri sudah menjadi budaya mencari hidup dan keseronokan yang menular. Biarpun dilapurkan kepada pihak berwajib, tiada apa yang berubah. Kini 30 ekar dari perkebunan saya saya rombak sepenuhnya menjadi kebun buah-buahan dan pisang sahaja.

(6)    Bukanlah kebetulan, biar dalam keadaan fikiran kacau serta jiwa yang penuh serabut, Allah memberikan saya hidayah yang mantap. Saya cekal focus dalam tanggungjawab Koprat, dan di situ saya terdedah kepada masa depan Sarawak yang sangat terbuka luas khasnya di kawasan Samarahan-Kuching. Sistem jalanraya yang lebih cekap akan (kini sedang) dibangun. Seluruh kawasan persisiran Sarawak akan terhubung baik menjelang 2027 dan Kampung saya menjadi sebahagian laluan utamanya. Pelabuhan Laut Dalam serta Lapangan Terbang Antarabangsa baru akan di bina sekitar 30 KM dari Kampung saya. Juga saya mulai melihat beberapa bandar baru akan terbangun di sekitaran 30 kilometer dari Kampung saya. Salah satunya adalah dalam tanggungan perancangan saya. Semua ini akan mewujudkan "rakyat lapar" yang berlimpah hasil habuannya. Saya yakin sekitar 2030 iaitu dalam 4-5 tahun mendatang, rakyat akan ada pekerjaan dan pendapatan berkualiti, maka saya harus merintis jalan ke arah menangguk akan rahmat yang akan mendatang ini. In Shaa Allah.

(7)    Biar dalam keadaan sasau dan ketaktentuan di sepanjang 2022-2024, saya memaksa diri memulai langkan menanam pokok buah-buah di kebun seluas 5 ekar berdekatan dengan rumah saya. Pada masa itu, isu pokok adalah masalah anak benih bermutu serta harga berpatutan. Covid 19, menjadikan segala-segala sulit dan mahal. Saya mendapat bibit Avocado dengan harga sekitar RM200.00 - 300.00 satu pohon. Dalam keadaan kewangan sangat terhad, saya hanya mampu memulai dengan 15 pokok terdiri dari 5 varieti yang baik-baik. Ini sangatlah minimal. Kini kesemua sudah berusia sekitar 2-3 tahun, pohonnya subur dan rindang dan In Shaa Allah dalam 2-3 tahun lagi saya sudah mampu membangun Nursery tersendiri. Saya mulai "meninggalkan" penanaman nenas MD2 bermula dari 2023. Kini saya harus melupakan dahulu Nenas MD2 sehingga mungkin ke tahun 2028 jika saya mampu membawa masuk kejenteraan ringan China yang diperlukan bagi usaha-usaha tersebut. 

(8)    Saya tidak berminat terhadap durian mulanya. Namun melihat prospek masa depan ke atas pelbagai tanaman buah-buahan maka saya mulai juga menanam durian-durian pilihan khas. Duri Hitam, Suluk Orange, Udang Merah serta Isu Kahwin menjadi pilihan utama saya. Suluk adalah durian tempatan setara Udang Merah. Durian Isu pula adalah sejenis durian khas Borneo yang mana buahnya adalah kecil serta kurang menyengat namun lunak manis. Ianya juga tidak memuakkan. Isu Kahwin memberikan buah yang besar setara durian-durian lain pada rasa kekal sama. Durian jenis ini kini jadi rebutan biar berbanding Musang King. Tahun ini In Shaa Allah saya akan cuba menanam Musang King.

(9)    Saya juga telah dan sedang menanam Cempedak dan Nangka Kahwin. Nangka punya prospek baik sebagai buah segar serta bahan untuk masak lemak. Sisipan adalah nangka yang saya tanam sekitar awal 2022 dan sudah mulai belajar berbuah. Syukurnya, pada 2022-2025 Allah sepertinya menghalang saya dari all out menanam buah-buahan. Pada Okt 2024 Allah "patahkan"  kaki dan saya "paralysed" sehinggalah Okt 2025. Apa hikmahnya? Kedua bibit pula sukar didapati dan mahal. Pada awal 2026 ini, bibit-bibit bermutu baik mulai melimpah. Harga juga jauh lebih murah. Allah menangguh saya berbelanja lebih lantaran gantiannya adalah lebih baik. Sebegitulah cara Allah membalas sebuah kesabaran dan syukur.  In Shaa Allah 2026 akan menjadi detik perubahan ketara dalam usaha pertanian saya.

(10)    Biar cabaran demi cabaran yang bertimpa-timpa menghempap, saya hanya punya satu keyakinan dan tekad - jika saya benar dan Ikhlas, In Shaa Allah akan ada sirna di penghujung jalan. Sesunguhnya sekitar 2022 - 2025 iaitu selama hampir-hampir tiga tahun saya tidak dapat memberikan perhatian kepada usaha-usaha perkebenunan saya, ternyata bila saya mulai kembali aktif sejak Nov., 2025 lepas, saya cukup terkejut dan sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah swt betapa dalam kepayahan serta kecekalan yang saya curahkan, segala usaha peralihan dari sawit ke nenas dan kini ke pokok buah-buahan, keberhasilannya mulai ketara.  

(11)    Biar tidak terurus secara sempurna oleh saya, pokok-pokok buahan yang sempat saya tanam pada 2022-2023, mereka tampak sangat subur dan menjadi dengan baik. Limau madu, limau bali, sukun, durian belanda dan jambu batu semuanya hidup subur. Mulai Nov., 2025 lepas, saya telah dapat memandu para pekerja saya untuk merawat semua tanaman buah-buahan ini dengan sebaiknya terutama dari segi meracun rumput, pembajaan, penjagaan kelembapan tanah serta pemangkasan. Dengan perkembangan baru ini, saya berkeyakinan bahawa kali ini, usaha-usaha pertanian saya In Shaa Allah akan berjaya dan saya sangat berharap ianya akan membuka mata hati penduduk sekitaran dalam meraih hasil limpahan segala pembangunan mega yang Kerajaan sedang dan akan usahakan.

(12)    In Shaa Allah dalam tempoh dua bulan lagi, saya juga akan memiliki sekitar 600 pokok tanaman kelapa pandan. Pada masa in sekitar 450 pokok sudah ditanam. Mudah-mudahan untuk tempoh seterusnya saya tidak menghadapi masalah bekalan bibit lagi. Sasaran saya adalah untuk menanam sekitar 1,500 pokok di mana sekitar separuh darinya adalah tanaman selingan dengan sawit pada jarak dan corak penanaman yang tidak konvesyenal. Kenapa saya memilih kelapa dari sawit. Cuba kira, keberhasilan kelapa pandan adalah sekitar 150-200 biji sepohon setahun atau setara 9,750 - 13,000 biji/ekar/tahun. Pada masa ini harga borong adalah sekitar RM2.50 sebiji. Cuba kira hasil pulangannya berbanding sawit dengan penghasilan 10 Mt/tahun seekar dengan purata harga FFB RM700.00/Mt. Dalam tempoh 3-5 tahun lagi, saya jangkakan harga borong boleh mencecah RM3.00-3.50 sebiji. Kelebihan tanaman kelapa, ianya boleh dibuat selingan dengan tanaman lain di mana sukar untuk sistem penanama sawit konvensyenal. In Shaa Allah sekitar 2-3 tahun mendatang saya akan mulai menghasilkan dua varieti kelapa istimewa - kopiyor dan kelap ubat kedua-duanya saya perolehi dari Indonesia. Saya kini sedang berusaha mendapatkan Ceylon Golden Coconut yang dikatakan mempunyai rasa yang istimewa.

(13)    Impian saya, Coconut-Goat Milk-Pineapple Shake adalah minuman kesihatan yang akan banyak pihak hambati 5-10 tahun mendatang. Saya ingin menerokai minum sebegitu untuk haidangan semua pihak.

(14)    Tahun 2026 saya merencana untuk focus menambah populasi limau madu dan limau manis sebagai selingan terhadap tanaman kelapa. Sejumlah 300-500 pokok limau madu dan limau manis adalah sasaran saya bagi 2026-2027. Alhamdulllah, sebuah Nursery sedang saya runding untuk bekalan mencukup bibit limau manis dan madu. Mudah-mudahan kesihatan serta kecekalan saya terus kuat dan utuh dan In Shaa Allah usaha-usaha saya ini saya yakin akan ada pengikut kerasnya.  

EPILOQ:

Nenek saya sering bercakap di belakang saya kepada para paman, bibik serta sudara mara saya. Katanya: "Dia ini gila bekerja. Cuba perhati, apapun kerjaannya, dia tidak akan dapat menikmati kejayaannya. Orang lain yang selalu diuntungkannya. Namun dia tidak pernah lelah dan kesal." Saya ingin meninggalkan dunia ini dengan penuh kebarakahan akhirat tanpa saya gusar untuk boleh atau tidak boleh menikmatinya semasa hayat di dunia ini. Alhamdullillah saya sudah biasa solitaire mandiri sedari umuran 8 tahunan dan saya doakan bahawa saya tidak meninggalkan apa-apa beban hidup untuk sesiapapun. 

Sekian waktu saya telah berusaha merobah manusia, namun kebentur dan patah. Maka bukan kebetulan saya seorang Botanis dan petani, betul cara, apapun yang saya tanam In Shaa Allah setidak-tidak cacing akan kenyang atau tempat burung hinggap melepas lelah. 


Terasi, sadong Jaya
27 Januari, 2026

1/1/2026 A SEARCH TO GIVING BACK ..

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 19, 2026
As a private netizen, 2026 is the year I would say I'll begin to giving more of my thought for the State if not for the nation.  I'll exercise more of my free mind in areas which I believe would be of very significant important in our nation building efforts and spirit. Accordingly, those businesses that had been shelved in 2019-2025 are now picking up. I then need to pay greater brain exercising for both Kuching and Kota Kinabalu. Accordingly, in the personal interest matters - in the social concerns and hobbies I would say In Shaa Allah are coming into stream as well. To add on and to keep to optimum times management, the Year 2026 will be my starting point to embark seriously into three personal drives - writing, AI-based Youtube and artistic works - that I had been working on years back. Just that between my corporate professional responsibilities, now I have to be much strategic in dividing my brain power to move into much brain challenging exercise that I need to move on.

(2)    For a start, on the 15 January, 2026 I was bundled into a team to have a retreat in Jakarta. The retreat was suppose to be a very enjoy easy get together among junior and senior corporate staffs. But my mind excitement is all always about "what then issues". To me one minute spent for enjoyment must be compensated by "one minute or more of repayment." What has been built into my psychological soul was "in every matter that we enjoyed, all those were a blessing from Allah. Then once one consumed those blessings, then one must pay back by giving back to the society or ummah. In a simple words, what you consumed while you are  living, such is a debt you must pay for your greater benefit hereafter". To me, to gain better hereafter position, one must not consume all his herein privileges. My basis is - Muhammad SAW chose to be zuhud - honest, humble and keep down to earth - despite he can have all he wanted. Thus my enjoyed excited mind is always being pushed to look on how to pay back what I had consumed.

(3)
    At this time, though Jakarta is wet and flooding in some places, the blessing is that, on long weekend, Jakarta is jam-free and most important, the air is fresh and cooling-green (as I see thru my bedroom @ the 14th floor of the Mercure Harmoni). On the 15th January night, I went strolling Jalan Manga Dua, having Kopi Tumbruk and nice durian from Sumatera. One thing I experienced here is the great Arab style of cheating practices adoption. It triggered into my mind - "Jakartans are still trapped in serious living hardship". In Mecca or Madina, once we bought something and there are suppose to be changes, the Arab traders normally asked for "Halal without a change". At least they asked for "Halal No Change." Here, upon arriving definitely I have no smaller denominators. All the Rupiah that I have are in Rp100K or Rp50K notes. Kopi Tubruk cost me Rp20K. Durian was around Rp32K. Even Bajai ride back to the hotel was Rp70K. Once paid with not the exact amount, they just said with lots of innocent drama: "Tiada kembaliannnya Pak - I have no small change". So what do I do? I just paid and deep inside me saying: "Will those rizki be barakah?". 

(4)    On the 16  January, 2026 at around  3:00 Jakarta Time, I woke up and glazed to the far distance into the rain. All over I heard people reciting the Al Quran. Then around 4:30 hours the azan calls echoed the whole Jakarta. This is one thing very different about this City as compared to even Kuala Lumpur. A 15 million packed city population and surely there be thousands of Mosque and smaller Musholla within the Jakarta-sphere makes big different in the intensity in celebrating the foremost Islamic pillars - sholat. My mind and heart quickly came into solitude to be among them - which came in as the piece I wrote into my memory then onto this screen: 

(a)    in the rain, people called onto Him on networks of Azan while in theirselves, i sensed their tight hearts struggling for space
today, their joys suppose to be, for most at least 70-75 per cents of the strolling Jakartans is just another pressure of struggles - a bid for another pieces of life for tomorrow
the Azan, collectively to bring all their hearts netted
but their unity was a mere spiritual-tenet with very less empathy of the nation growth and wellbeing
the rich bulldozing to be richer - turned blind, deaf and dumb to humanity,  pushing the poor to "masa bodoh lu" creeping as cockroaches and rats scavenging what left

(b)    In Time Zone, Jayapura the far east city, is two hours earlier to Jakarta, while Bandar Acheh the west most city is synchronized to be with Jakarta. But Jakarta indeed should be bundled with Kuala Lumpur, Singapore and Bangkok yet, it is an hour lag. In economic and commercial environ, Jakarta is one hour late to the bustling world trade-deals and in fact three hours lagging due to their official and commercial opening hour at 1100 KL-time which is at 1000 hours of their local time. It seem, while Jayapurans are readey for lunch, the Jakartans just finished their breakfast and get to work. What a super time management inefficiency. So by the sway of Allah in Wal Asri - "in time ..." it came across my mind, how could then these "cockroaches" be happy birds whom feed on the early worms and be free and happy?  The webs of Al Quran citation and the Azan - which calls for "let be on the winning path", so my querry - why are Jakartans deaf in mind & hearts - not heeding to the meaning of the calls? Who among them whom will have the courage to switch Jakarta Time to Kl & Bangkok Time Zone and start working at 0800 hours.

(5)    By the way, Allah has many ways to make one to think and analyze to be better or worst to one choice. If one looks at a stupid thing, yet let it be stupid and useless, so be it for one will be sure among those. While one who sees things stupid and useless yet pushes his hands to get those rectify, as Allah promised, sure blessing will come to one and those one's helps. Indeed Allah gives and opens one to choices - thus one's deeds and values is all in and by oneself. Our surroundings are just the forces for us to analyze to come to a choice. 

(6)    I called on some friends I used to work with before the 2019 Covid 19 attacked. Rully and Tutty were my buddies then. To the far right is now my Kota Kinabalu buddy. We had initiated things in Kuching then but due to business slowed down and political instability, only in this 2026 I would say we would gain back our financial and business footing. Nonetheless things had changed so much since 2017 and new thinking had to be infused back into our business planning system. This time, my mind is working on how best to make urban living is a very interesting and secure system for the present and future generation. Indeed Allah destine is never being wrong and I appreciated on what His tests and challenges onto me for such an interesting hard winding ways. I am also glade that I had never give-up. His longing tests had turned my mind and heart into solitaire in almost everything, and that is my biggest asset - now I dedicated myself to my belief and just leave everything to Him to decide on my success and fate. For the urban and properties development planning tasks, I had the following advantages.  First, my studied in Denver, Colorado was really a big asset to me. Studying in an environmentally concern and attached system, those now is a very strategic urban and properties planning and development timely values for me. Secondly, I was a trained Botanist as well as practitioner farmer. Green is my natural soul. Thirdly, I have those artistic mind. I love arts and designs. With artistic mind, definitely I could see the blending of things for a much human soul values needs rather a mere short term face commercial values.

(7) To my shocking, while I was in Jakarta in 2017 working on a 3,000 acres urban planning, after work, Rully, Tutty and myself used to roam many parts of Jakarta to have Kopi Tubruk and all sort of traditional foods even to the very late night at 12;00 - 0200 wee hours. 
We used to work from 10:00 to 23:00 hours. We then just want to avoid all the jams, crowds, heaty and pollution. At then, I had been none stop criticizing the Jakarta authorities over their neglect of Urban Green Space. So much so, the "cockroaches and rates" swarmed the road side and formed the "nostalgic of Jakarta (even Bangkok, Manila and Kuala Lumpur) living scenes". Now Tutty whom was very eager to take me around to show some of their efforts, reminded me of all my criticism and how at times of Ahok as the Governor of Jakarta then had agreed and being working hard to improve the "Jakarta Mess". I really admire this Tutty, she can still recalled all those passions that I have and she and Rully turned those into their architectural advantages. I would love now to visit their Danau Toba Project which is among their biggest success. Definitely, with my urban planning acquaintance, and their natural living architectural niche, I hope to work on something great for both Kuching and Kota Kinabalu.

(6)    Insertion is how part of the Senayan Stadium area being transformed into public parks and spaces. Earlier this was a mere unorganized open space but now is a very profit making public entities. This is what I mean by urban development within the people spaces. The major setback of this Senayan Project (this excusive part) is the denial to the non-culinary customers. Here all these culinary outlets are more suited to the middle and upper classes.  But those were the authority requirement. Again, as usual Tutty then smiled to me, and said, "Pasti bapak punya kritik yang pedas". For sure she got it then. I told her, lately I turned "communist" minded rather pure capitalist. The full range of the people needs is always my concern.  The needs of the people be they the rich, middle incomes and or the poor must be given equitable chances to gain from the urban development. Such consideration is clearly shown by Allah in how He managed to sustain the best livelihood of the ants, bees and even lots of fauna and flora. Such approach is very much demanded for the multi-cultural societies. To me this enclave of the Project could still be "opened" to all users, if certain physical designs could be facilitated. The "have" needs are exclusivity. The "don't have needs" are more for the "eyes". Both could co-exist in certain sense just that extra creativities would facilitate both needs without denying any. My experienced in Denver, Las Vegas and even Los Angeles were examples of  the democratic ways in making the whole nation to love their country.

(7)    The open to all space of the Senayan Public Park project is also interesting to note. Rightly serve by the MRT services, the place is very accessible to the all walk of lives. At least this part of the Project allowed the poor Jakartans to have a good quality of lives. One should  note, Central Jakarta was the Old Jakarta. Here as compared to the South, East, West and North are crammed by the "poors". Air pollution and traffic congestion are worst over here. Their people Gang (villages) are made up of crowded unorganized hardly called homes living. So much so, they live a very distress lives, and thus are easily politically manipulated. The Ahok case indeed was a mere instigation works of his political oppositions. Works wise, Ahok probably is the only person whom can get things done properly in Jakarta especially for the poor. Except, the biggest problem with Ahok was his crossing into the matter (the Al Nissa Gate) that he was perceived not at all should be in (similar to Nga Kor Meng and Lim Guan Eng cases).

(8)    In my three solid day roaming Jakarta, I was lectured by my special rented car driver that after Ahok, there will be no body better to help Jakartans poor. Baswedan and even now Rano Karno, all are useless. But he was later silent when I mooted the idea that now Ahok is with Megawati PDI, probably that would one day giving him an upper hand as compared to Prabowo and Gibran partnership. Indeed I was having KDM - Kang Deddy Muliadi now the governor of West Java Province  as Indonesia best choice as next President. My belief is based on, Indonesia should emulate China in turning the nation into great economy - keeping Islam as the main choice but with "demokrasi terpimpin" as the key push.

(9)    On the 17th January, everybody on the team went for Manga Dua Mall for shopping. I flied to Jakarta Premium Outlets which is equal to our KLIA Mitsui. Indonesia is well known for their shoes production especially the branded such as Nike, Puma, Addidas, Slazenger etc. Indonesia is also well known for their garments productions. I hope to get some best fit-me designs from the outlets. Well, then, Indonesian designs to me are too trendy and at a glance their taste are more toward the "easy black and far east market". But one thing that I really appreciate about this Jakarta - their emerging good taste on  building landscapes - they began to seriously incorporate the green into their design-built. Their building voids are open and green space not only to facilitate for direction orientation but most profound I would say is to provide sense of place and greater socialization. In this aspect, Jakarta Premium Outlet far outsmart the Mitsui Outlet of KLIA. Just, I don't get anything from them.

(10)    For the late noon tea, I called on my Acheh friend whom living nearby to meet up at Pondok Indah Mall. We had not met since 2017. I love to have some great Betawi Stuffs at one of the outlets there. I scored for Ayam Kampung Goreng Betawi Gurih and Ayam Pop. Sure Avocado juice is always my favorite drink if ever I'm in Indonesia. My friend is James but not pronounce as JAMES. His name must be pronounce as Ja-MES. He was once badly affected by the Acheh-Jakarta struggle that made him drifted to Jakarta. He now operating own Architectural Company and a number of Kopi Tubruk Outlets in Jakarta. 

With him I shared this fighting principle:

Indonesia standing is from Sabang to Marauke, keep it that way. Allah had destined it that way. Never break the Allah's binding piece (Ali Imran 103-105). Acheh is the landing place of Islam for the East, so keep it pure and exemplary. Independent is a stingy western doctrine if we care to think hard. To neutralize all the differences is the very reason Allah creation of all the diversity. Now is for us to think harder and be genuine. Let bring forward a good great leadership within (learnt from the birth of Muhammad in the realm of Jahilliah).

Disasters - war, tsunami, big flood, etc are just His tests, take it with patience and holdfast heart and mind. Neglect, poverty and backwardness must never make us lost our soul to be together for the better. Keep thinking, working and praying for the best. Hidayah on how to keep thing in order, will knock on our doors - if we remain true and pure; now or later, I Shaa Allah.

I promised James that I would like him to introduce me to Muzakir Manaf, the present Acheh governor soonest. Let see what next thereon. Jokingly, I pointed my Sabah buddy as the "Acheh Sumbang" and asking him to look at me as the "Acheh Berjaya" - what it means, time will tell.

Bendara Sukarno-Hatta
Jakarta
15-19 January, 2026




2/12/25 MEMBINA MARTABAT MELAYU

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 28, 2025
Pagi ini saya terbangun lalu browsing HP dan saya menemukan Ceramah Zaid Ibrahim pada 27 Disembar 2025 di Putera Jaya atas undangan Parti PUTERA pimpinan Ibrahim Ali. Saya mulai tertarik dengan Zaid bilamana saya mendapati dia berupa kumpulan Perundangan Melayu yang sangat berjaya dan besar sekitar awal 2000 dulu.  Pada masa itu saya sedang mengetuai sebuah GLC Sarawak dalam mengadakan pelbagai usahasama dengan beberapa gergasi dari Malaya khasnya Tabung Haji dan Sime Darby. Mereka mencalunkan firma Zaid Ibrahim sebagai peguam mereka. Saya juga sedikit mengenali Ibrahim Ali bila mana pada 2012 dia datang ke Kuching untuk mengembangkan PERKASA. Dia meminta saya untuk mengetuai PERKASA Sarawak pada masa itu, namun saya tidak mahu menerimanya lantaran "kita beda padang dan beda belalang".

(2)    Saya memilih istilah membina dari memperkokoh martabat Melayu dalam tulisan ini. Martabat bermaksud kedudukan maruah atau darjat. Membina adalah merujuk kepada usaha-usaha membangun. Memperkokoh pula adalah istilah untuk memperkuatkan. Namun dalam fikiran saya, ada suatu persoalan - sudahkah Melayu bermartabat iatu bermaruah? Jika tidak - maka fenomena seperti sering meminta-minta samada bantuan atau rasuah yang masih berleluasa pasti suatu petujuk jelas bahawa martabat Melayu belum ada. Maka ianya harus kita gigih bina.

(3)    Di dalam fikiran saya, dan bahkan saya telah menulis bahawa kelemahan Melayu adalah bilamana Melayu suka mengambil dan makan rasuah. Islam tidak membenarkan kita meminta-minta, biar sekecil dan dalam bentuk apapun. Dalam suatu tulisan saya sedikit masa lampau, saya usulkan agar tabiat merokok hendaklah dihampuskan di kalangan semua agensi penguatkuasaan di negara ini. Saya melihat tabiat merokok sebagai punca rasuah di kalangan para anggota agensi-agensi tersebut. Kedua, saya juga berpandangan, penularan hebat rasuah juga adalah berpunca dari segala aktiviti haram yang dihalalkan. Pusat-pusat hiburan, pusat-pusat urut-cum-pelacuran dan segala bentuk perjudian harus disekat. Inilah punca segala money laundering yang akhirnya melemah kuasa permodalan Melayu. Bukan Islam bebas menjalani pengumpulan modal secara tidak halal, sedang Melayu rakus membelanjakan wang mereka di jalan-jalan haram. Modal bukan Muslim mengunung, modal Melayu hanyut.

(4)    Juga saya pernah menulis, bahawa Melayu semakin tercorot kerana Melayu-Melayu yang menguasa kedudukan dalam segala peringkat khasnya CEO GLC, politik dan jabatan-agensi, mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka kepada Bangsa, Agama dan Negara. Mereka ini sudah terlalu lalai dalam membela kemewahan dan kesenangan sendiri dan kroni-kroni mereka. Semangat bekerja untuk Bangsa, Agama dan Negara kian pudar dan Melayu berjawatan sudah mulai bersikap "Lu-Lu, Gua-Gua, Masa Bodoh Lu" - "individualistic, indifferent" dan paling parah "give-up".

(5)    Nada ceramah Zaid pada 27 Disembar 2025 ini saya kira sangat berani dan sangat diperlukan. Bagi saya, ada dua perkara teras jika Melayu hendak hebat kokoh. Pertama, pemimpin Melayu mesti dari kalangan yang benar dan betul. Ketokohannya, semangat serta sifat dan tabiat mereka mesti benar dan betul. Benar dan betul itu mesti pada acuan teras
Melayu - iaitu menjaga nilai-nilai keIslamannya. Zaid betul dalam menyaran, dan itulah apa yang sekian lama saya fikirkan - satu senarai Melayu benar dan betul perlu dikeluar dan diketengahkan untuk menjadi pemimpin Melayu. Let work on the Chosen One. Dalam hal ini, saya nampak Zaid sedang bergerak ke arah apa yang Mahathir sedang usahakan: "ketepikan politik parti, pilih mereka yang baik-baik". Untuk itu saya kira, Zaid tidak boleh hanya menyuarakan, namun beliau mungkin perlu mengerakkan agar satu senarai pemimpin Melayu yang Melayu perlu pilih diketengahkan segara. Namakan Melayu yang layak untuk menjadi ADUN dan MP bagi sesuatu kawasan. Tanpa pilih bulu, usahakan ini dengan tegas dan berani. Caranya, Allah telah tunjukkan jalan bagaimana Muhammad SAW dibina dan dipilih, dan malah bagaimana SAW kemudian membina dan memilih para sahabat besarnya. Semua telah Allah berikan panduan dan pedoman.

(6)    Usahakan ini dulu secara gigih dan meluas di Malaya. Sabah dan Sarawak, biarkan dahulu dan In Shaa Allah betul cara, segala-agalanya baik-baik bagi dua wilayah ini. Rasa curiga Sabah dan Sarawak akan khianat kepada Malaysia tidak perlu ada sebenarnya. Malaya harus mengubah cara mereka melayani Sabah dan Sarawak. Dua wilayah ini hanya perlukan pembangunan pantas serta mesti seimbang antara negeri-negeri maju dan keduanya. Itu urusan pentadbiran yang mudah. 

(7)    Melayu perlu berpunya pemimpin yang bersih, cekap dan amanah untuk melaksanakan agenda seterusnya iaitu membina kekuatan sosio-ekonomi Melayu. Bagi saya rungutan dan kekhuathiran Zaid tentang bahawa Melayu ketiadaan modal adalah salah. Allah telah
memberikan kita jalan. Sesungguhnya, Muhammad SAW hijerah ke Madinah yang kuasa ekonominya dikuasai Yahudi bukanlah sekadar untuk Madinah tetapi itulah mahabijaksananya Allah dalam memberikan pertunjuk kepada Umat Islam. Bahkan perkara ini kemudian Umar Abdul Aziz laksanakan dengan hebat di Damshek sehingga Kerajaan Abassyiah menjadi sangat kokoh dan berjaya. Kegelinciran pemimpin seterusnya dalam mematuhi ketetapan Allah maka segalanya punah. Setidak-tidaknya Ungku Aziz, Rezaleigh Hamzah dan Daim Zainuddin terutama di era Mahathir telah meletakkan pelbagai batu asas dalam menguatkan modal Melayu, dan dunia telah mengiktiraf kita dalam hal-hal ini, cuma sekarang di bawah Anwar ianya tidak dipergunakan dan dikembang hebat. Instrumen untuk mengukohkan kedautalan sosio-ekonomi Melayu sudah ada dan asasnya kita harus kembali kepada Islam - sifat, jiwa, fikiran, semangat dan sistemnya. Itu kita bicarakan kemudian. Kita angkat dulu pemimpin Melayu yang baik-baik tampang dan dirinya mereka. 

(8)    Pokoknya, ayuh Melayu seluruhnya, pusatkan sokongan dan dokongan untuk mengutara dan mengangkat Melayu yang baik-baik untuk membina Melayu yang baik-baik.

(9)    Sebetulnya saya harus ke Kuching pada petang semalam. Namun lantaran saya
mendapat undangan khas pagi ini untuk hadir ke Majlis Penikahan mantan pekerja saya yang sekian lama sering saya juluki agar kembali kepada Islam. Saya sebetulnya harus berada di Kuching kerana saya ada Durian Dating dengan anak seorang teman yang baru memulakan kerjayanya di Kuching. Sekarang tengah durian runtuh di kawasan Kuching. Mantan pekerja saya tersebut saya panggil sebagai Bell anak Iban jiran saya di Kampong. Kini dia rasmi kembali kepada Islam dan mendapat jodoh di kampong berdekatan. Catatan ini saya buat sebagai menyambut kembalinya beliau kepada Islam dan semoga jodohnya kekal sehingga akhir hayatnya. Saya pesankan kepada suaminya serta keluarga Muslim Bell - kini Kayla, agar mereka menjaga dan membimbing beliau dengan sebaik-baiknya. Saya hanya bersyukur setidak-tidak sehingga kini saya secara langsung dan tidak langsung telah dapat mengembalikan tiga sosok tubuh untuk kembali kepada Islam. Semoga saya berpunya segala kelapangan dan kesempatan untuk terus berbuat sebegitu seterusnya. Inilah niat dan sumbangan kecil saya dalam memperluas dan memperkokohkan Islam dan Melayu, In Shaa Allah.


Terasi, Sadong Jaya, Asajaya
28 Disembar 2025

1/12/2025 MY POLITICAL GRAPS STARTING POINT .... 1980

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 04, 2025
I joined UKM around July 1979 after finishing my Matriculation at SMSAH Jitra, Kedah. Having the lecture at Science Faculty at Pantai Baru Branch Campus and stayed at Section 17/1
Petaling Jaya, lives in those days were very interesting. Students' social lives were very liberal and in some way could just end lots of us to nothing. Early morning I need to take the bus to the Pantai Campus and stayed until late noon. In 1980 I joined the ROTU program - a military training program equivalent to the USA ROTC, and was given high priority to stay at Pantai Campus Hostel, and thereon start mingling with broader UKM communities at the Bangi Main Campus. Campus politic then was very tense. Majority of the students were anti-establishment whom were linked to Anwar Ibrahim whom then was the ABIM President. In those days Anwar was championing on poverty issue which was a subject so close to the students movement. Anwar got strong support from PAS whom was in serious political head logging with UMNO. Anwar then was the students idiolatic hero for poverty and Islamic courses. But I was never been convinced due to his rhetoric approach in promoting his idealism.

(2)    During my first year course, I was a bit indifferent about UMNO-PAS-ABIM political chaotic out there. My focus then was on how to survive in view I had no body to rely on for my financial support. Alhamdullillah, thanks God, the ROTU had helped me a lot not only in term of financial standing but my sphere of socialization. ROTU in a sense was my the best "guru
for my survival game, strategic thinking and political in road later. ROTU had awaken the "leadership talent hidden in me then". I would say, the ROTU had polished my inferiority attitude and walk tall as an officer as thought by the military cadet discipline - the ROTU trainers used to shouted into my head: "You are a bloody Officer, and you must act an Officer". I picked those challenge fast and that where my talent began to shine out. I was spotted by some seniors and there and then I was recruited into the campus political movement. I read the history of UKM, it was not an easy work by - Razak Hussein and Rahman Yaakub. The objectives of the UKM establishment were noble and I wanted to place myself into such a struggle. Being active in Campus politic to me is my first best choice to lead me to where I shall be far ahead.

(3)    A senior by the name of Shamsuri Syono coited me, and dragged me into joining the TSB group - Tindakan Siswa Bersatu, a group of students caucus to counter  another group called ATMA - Angkatan Tindakan Mahasiwa. TSB then turned poxy of UMNO and ATMA the proxy of PAS and ABIM. Indeed DAP was also dragged into the Campus politic then through the Chinese students proxy. UKM students then were politically divided into Pro UMNO, mostly the Malays students from the West, South and Sabah-Sarawak regions, Pro PAS-ABIM whom were mostly among the Malay students from the East Coast. The Chinese and Indian students were mostly allianced to the DAP ideology - every Malaysia is equal. I could feel, the students then were engrossed into triangular social polemic and strongly linked to self-race interest. People then seem to see nationalism from the racialism perspective.  With this type of political environment, I took such opportunity as my socialization training ground. 

(4)    Nonetheless to be broadly accepted by the UKM communities then, as well as in 1982 I was elected the Sarawak students society President, so as small community, I need lots of supports to some of our struggles and interests. I must allianced myself and the Sarawak students society to the establishment side. Being a Sarawakian with a much dynamic social structure, I would say I personally I developed myself to be a person suited for Sarawak course but within the broader nationalism spices blend. Personally I was then having no ambition to be politician as most of my Malayan colleaques despite I was close to some influential political figures from Sarawak. Partly may be due to my academic field - science-based with very less exposure on our social backwardness. 

(5)    In 1982 I move over to the UKM Bangi Main Campus. I was then in my third year course. Being a senior in the ROTU program, commisioned as the Army Second Lieutenant Officer,  and as as the Sarawak Students Union President as well as ex-Pantai College Welfare Exco, immediately I was caught by Rahman Bakar, Datuk (tinted black shirt), the TSB chairman in Bangi. Rahman was a Trengganu guy, and upon graduation in 1983 he entered into active politic. His interest in politic was glaring even during his student day. I joined him to campaign in Kuala Trengganu byelection in 1982 which then linked me to Aziz Shamsuddin of Mahathir PolSec Head. In his first term bit as the MP, he was indeed a giant killer to Hadi Awang for Marang. He also exposed me to lots of UMNO big men. I was active in helping to raise fund for TSB then.

(6)    I was invited to attend the First TSB Reunion on last 1 Dec., 2025 at Pusanika UKM. Standing to my right is Hj Jamal whom used to be the HEP Officer then. As Sarawak Students Union President, I owned him a lots. He helped me with lots of logistic supports for our PEMESRA out of the Campus activities. He was among those strong and pioneers in establishing the TSB in 1980. Sitting to the left was my junior Muhammad Husein, Datuk Prof and we work hard to sustain the TSB struggle beyond 1984. To this days, we still be together despite we are far apart. With Muhammad Hussein, we are going to do some strategic move for the good of the nation into
the future; In Shaa Allah. When I was serving the LCDA, Sarawak GLC, Mohammad Hussein helped me by providing hostel facilities to those staffs that I sent to do Post Grad Study in UKM. 

(7)    I was also happy for reason I was able to meet Rais Zainuddin, Datuk Seri (standing in the middle) the founder of the TSB then. Rais due to his close association to the UMNO big men, he made himself into one of the Negeri Sembilan political big boys circle. I never met him before, but at this reunion,  I told him that in 1980 he made Shamsyuri Syono to get hold of me and then I turned as one of the hardcore TSB ever since.  Probably, I was the only Sarawak students then whom was very much as my Sarawak colleagues used to say "the most Malayan Sarawakian". Not only that, I was ever willing to stay back for a year 83/84 just to reorganize the TSB whom failed badly in the 82/83 UKM Students' Election. I withdrew my thesis which indeed had been completed and work to secure another year scholarship from the Sarawak Foundation. the whole of 83/84 period I was free to move around to key local Universities to help BTN then to reorganize all the pro-establishment students associations to crush all those opposition-proxies groups. Standing to the far right was my contemporary Fuad Jali, Prof. In 1983-84, we used to work to late night doing all sort of "nonsense" campus political activities.

(7)    At UKM Bangi Campus, most of the ROTUs were homed at Kamsis A, now known as College Rahim Kajai for ease of the ROTU weekly activities. Since I was already a commissioned officer, my weekly activities were very much reduced so much so I was placed at Kamsi F far inward on the hill top closer to the Sciences Faculty. But due to my close association with colleagues from the Economic and Social Sciences Faculty, so I used to squat with them at Kamsis A. In those days, Akhbar Satar, Datuk Seri (white shirt sitting to my right) was the Kamsis A YDP Welfare Committee. He was also one of those later be my contemporary in the TSB group. I became very close to him due to my ability to speak fluent UK-Kelantanese dialect. Indeed TSB and ROTU of UKM had given birth to lots of great people. In Malaya their up rising were very much facilitated by the after-student era linked to the UMNO echelons. In Sarawak, I was left alone to swim across the seas and rivers and my going easy of my thereon life made me three years junior in term of my governmental services even compared to my contemporary Sarawakian colleagues.

(8)    In this reunion, I was given a chance to say my piece. Apart from those nostalgic students days political refreshing, my key points for our TSB to work on is on how to instill our eroding fighting spirit into today UKM younger generations hearts and minds. But most profound, I suggested that our nationalism spirit must evolve, be nurtured and sustained as an inclusive ever green struggle of true federalism perspective.  UKM carries the term "national" so much so, UKM must work to bring and instill the genuine Malaysian federalism nationalism spirit into the whole nation souls.

Sekalong penghargaan kepada semua rakan-rakan yang telah sama-sama meniti ke alam kedewasaan dalam membina negara Malaysia majmuk permai.

Kuching, Sarawak
3 Dec., 2025

Footnote:

I had promised myself of not taking the 2030 hrs AirAsia flight, but since I started the day around 0430 hrs, I forgot about my promised. So much so, at this trip, for the last four consecutives trips that I had made, the flight had been facing delayed till 22:50 hrs. What is the reason? Is AirAsia so hungry to trick passenger to buy the "Flight Delayed Insurance"?

Botany

Politics

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.