.

2/2/20 KELICIKAN LUAR BIASA MAHATHIR ..... akibat bila gelojoh jadi pilihan.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 25, 2020

Share

& Comment

Banyak rakan-rakan tidak senang bila saya mendokong kuat cara berfikir dan bertindak Mahathir. Sesungghnya, saya melihat Mahathir dari sudut keperluan bagi kebangkitan Melayu. Saya tidak melihat beliau dari sosok pribadinya. Suatu pemikiran dan tindakan Mahathir yang saya yakin boleh menjadikan Melayu, Malaysia dan Islam jauh ke depan adalah lewat penswastaan dan pengkopratan segala agensi kerajaan yang terlibat dalam memberikan dan menambah nilai ekonomi kepada rakyat contohnya Lebuhraya, Telekom, Felda, Felcra, Risda, FAMA, Perlabuhan, Lapangan Terbang, bahkan MAS dsb. Bagi saya langkah-langkah ini adalah untuk memerdeka dan mendaulatkan pemikiran dan jiwa Melayu untuk gagah bersaing di mana-mana juga. Ujikaji hebat Mahatir tentang perkara ini adalah melalui Petronas, CIMB dan MayBank. Tiga institusi asas Negara yang diterajui oleh Melayu ini telah dapat melangkah bergaya ke serata rantau dan dunia. Bahkan sehingga KFC di rantau Nusantara juga akhirnya Melayu telah kuasai. Namun berapa ramai yang sedar?

(2) Cuma khilaf, para professional Melayu bila diberikan peluang untuk mengurus segala GLC untuk benar-benar mengarap kekuatan Melayu, mereka menjadi bagai kacang lupakan kulit. Mereka tidak menumpu mengangkat martabat Melayu sebaliknya saling berebut mengenyangkan diri masing-masing. Mahathir akhirnya dipersalahkan sebagai kuasa yang melahir dan memporak peranda nilai-nilai amanah Melayu. Apakah itu benar? Sesungguhnya, letak khilafnya, asas kelemahan ini saya yakin berpunca dari wadah kelahiran anak-anak bangsa ini. Mereka kebanyakan adalah kelahiran Sekolah-Sekolah dan Pusat-Pusat Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara yang tidak mementingkan semangat pembinaan akhlak dan kenegaraan yang tinggi. Sesungguhnya inilah kelemahan asas semua institusi pendidikan di Negara ini selama ini dan kini. Kita memiliki sistem pendidikan yang melahirkan masyarakat dikotomi sifat mereka; jika dunia, dunialah tumpuannya dan jika akhirat, maka akhiratlah tumpuannya. Sistem pendidikan kita tidak melahirkan manusia sebagai manusia tujuan hidup dan sifat diri mereka. Sedari dulu saya nampak anak-anak Melayu kelahiran MRSM, SM Sains dan bahkan UiTM mereka tidak berpunya asas-asas jatidiri keMelayuan yang utuh. Mereka menjadi Melayu Baru debgan penuh egoism kapitalisma. Mereka tidak lahir dan kental bersikap Melayu untuk Melayu. Saya yakin Mahathir sudah nampak kekhilafan ini, lantas dia mahu memperbetulkannnya. Dia mahu untuk menjadi Menteri Pendidikan MoE selain menjadi Perdana Menteri sebagai wadah terbaik dalam memperbetulkan nilai-nilai keMelayuan yang kian bobrok ini. Namun hasratnya ditentang oleh para "penyokong"nya sendiri.

(3) Mengenali sosok Mahathir, dia adalah seorang yang jelas jalan pemikirannya dan kental akan keazamannya. Pandangan Mahathir terhadap masa depan Melayu adalah tajam dan jauh. Cuma jalan tindakannya agak licik yang sukar sesiapapun mengetahuinya. Sesungguhnya Mahathir berpunya kebijaksanaan yang Allah sentiasa anugerahkan luas kepadanya atas sifat kemurnian niatnya. Tahun 2020 Mahathir tandai dengan “memecat” Mazlee Malik dan akhirnya dia memangku jawatan MoE tersebut. Saya yakin secara senyap-senyap dia menggunakan birokrasi pendidikan untuk memulakan perubahan seperti yang beliau inginkan. Ini berbeza dengan Mazlee yang lebih gemar bersifat populist. Saya yakin jika Mahathir terus menjadi PM dan MoE sehingga 2021 atau 2022, kita akan menyaksikan perubahan ketara jati diri dan nilai-nilai akhlak sektor pengurusan dan anak-anak muda Melayu. Saya yakin para pendokong Anwar dan agenda Anwar cukup risau dengan perkara ini. Mereka khuatir jika Mahathir dapat memulihkan banyak perkara, maka rakyat akan menjadi lebih selesa untuk terus bersama Mahathir dan mereka pasti kempunan ke atas agenda-agenda sempit mereka.

(4) Hakikatnya, "penyokong" Mahathir melainkan mereka dari Bersatu, hanyalah bersifat sementara. DAP, PKR dan malah Amanah hanya melihat Mahathir sebagai batu loncatan untuk terus berkuasa mengubur UMNO dan PAS untuk selama-lamanya. Agenda PKR, DAP dan Amanah hanyalah bersifat membalas dendam sedang agenda Mahathir adalah menumpu kepada membina martabat Melayu, Negara dan Islam. Untuk membunuh UMNO dan PAS cukup mudah dengan segala salahlaku politik dan pengurusan Parti yang telah mereka lakukan. Terlalu mudah bagi Mahathir untuk membenam UMNO dan PAS, tetapi Mahathir tidak rakus untuk menggunakan kuasa PM yang ada padanya. Saya yakin Mahathir mempunyai niat yang jauh lebih luas dan berfaedah bagi Melayu, Negara dan Islam dari hanya mengubur UMNO dan PAS, maka saya yakin, inilah hikmah apa yang Umar Al Khatab katakan "niat adalah penentu kejayaan sesuatu usaha". Tumpuan niat Mahathir adalah Melayu, Negara dan Islam sedang mereka di dalam PKR, DAP dan Amanah, niat pertama-tama mereka adalah berkuasa untuk membalas dendam. Soal Umat, Negara dan Agama itu perkara kedua dan sekadar mainan di bibir sahaja. Saya yakin atas dasar inilah maka Anwar terus bermain wayang flip flop pasal kedudukan Mahathir sebagai PM melewati tempoh lebih dari dua tahun. Anwar dan kuncu-kuncunya tidak sabar-sabar untuk menyingkirkan Mahathir demi untuk melanyak UMNO dan PAS secepat mungkin.

(5) Saya berkeyakinan penuh Mahathir ikhlas berjuang demi Melayu, Negara dan Islam. Cuma cara beliau agak berbeza, keras dan semua mesti cepat. Sesungguhnya, perkara ini tidaklah anih jika sesiapa mengkaji akan cara pendekatan Abu Bakar, Umar Al Khatab, Othman Affan dan Ali Abi Thalib. Abu Bakar dan Othman, sikap mereka berlembut, penuh diplomasi. Ali Abi Thalib, sikap beliau paling keras. Namun Umar Al Khatab, sikap beliau keras berhemah, wisdom. Sebegitu juga, kenapa Allah mendatangkan Umar Abdul Aziz dalam membina kekuatan hakiki Bani Ummayah biarpun beliau bukanlah kalangan istana terdekat. Apakah maksud Allah melengkapi Muhammad SAW dengan empat watak penting ini di kalangan Khalifah Besar selepas SAW? Saya secara pribadi mengemari cara Umar Al Khataab dan saya menyorot tingkah Mahathir lewat cara Umar Al Khataab. Maka benarlah apa SAW katakan mengenai Umar “Umar adalah pelengkap kepada Abu Bakar” lantaran kedua-duanya berpunya sifat amanah jujur yang tiada tolok bandingnya dalam membina Ummah, Empayer dan Islam. Mereka berdua kekal menjadi pendamping SAW di dunia, di kuburan dan pasti di Syurga terbaik.

(6) Mahathir berpunya agenda besar untuk Melayu, Negara dan Islam. Hasratnya adalah agar Melayu, Malaysia dan Islam terhormat dari sudut apapun. Maka, apa yang dia perlukan adalah pasukan yang tekun berkerja dan berfukir keras, bukan terus-terus berpolimik sepertinya Anwar dan kuncu-kuncunya. Bagi Mahathir, jika Anwar ikhlas dalam retoriknya, maka dia harus bersinsing lengan membantu biar tanpa kuasa sekalipun. Mahathir ingin melihat Anwar yang berkerja dari Anwar yang terpengaruh dengan lingkungan yang gila kuasa atas dendam. Bagi saya, saya sangat mendokong Mahathir untuk tidak menyerah kuasa kepada Anwar yang hanya petah berbicara pidato namun bukti keberhasilan kerjanya tidakpun jelas. "Nuaq hanya pandai sembang deras" kata orang Utara.

(7) Sesungguhnya, lantaran niat Mahathir yang mulia, saya yakin Allah sentiasa memberikan beliau jalan keluar terbaik dalam apapun kemelut yang perlu dia tangani. Sesungguhnya,di dalam Al Quran, jelas dinyatakan, bahawa sesiapa berniat baik, akan Allah bantu dengan sebaik-baiknya. Cuba perhatikan kisah Khidir dan Musa. Kebijaksanaan Khidir dalam mendidik kesabaran dan kebijaksanaan kepada Musa bukanlah kerana Khidir itu bijak, melainkan kerana Allah sentiasa bersamanya. Niat dan tujuan Khidir terhadap Musa adalah jelas mulia. Sebegitu juga Noh selamat dari dikunyah paus, dia selamat lantaran Allah sedar akan niatnya merajuk dan Allah membantunya. Sebegitu juga prihal Al Kahfi. Mereka selamat dan kekal selamat lantaran niat mereka baik dan Allah membenarkan mereka dengan niat mereka yang benar dan ikhlas.

(8) Maka, PAS, UMNO bahkan PKR, DAP dan Amanah was caught off gut bila Mahathir berpunya kebijaksananaan lain dari apa yang mereka mahukan. PAS dan UMNO berharap Mahathir akan bersama mereka dalam membentuk Kerajaan Pakatan Nasional supaya beliau dapat terus jadi PM dan menumpu pada kerja-kerjanya. Namun hakikat muslihat niat mereka, jika itu terjadi, pasti Mahathir boleh dibeli untuk melindungi salahlaku mereka terdahulu. PKR, DAP dan Amanah pula sedang kecut dan cukup gusar jika Mahathir akan bersama UMNO dan PAS. Percaturan Pakatan Nasional menjadikan adrenalin semua pendokong Anwar gelabah dan gelojoh. Anwar terus-terusan flip flop bukan ketiduran sepertinya Abdullah Badawi, tetapi seronok dibuai lambung egoisma. Anwar tidak ubah primadona terbuai oleh sorak dokongan tepuk gemurai. Bagi para pendokong Anwar dalam PKR, DAP dan Amanah, jika Mahathir menyeberang ke dalam kandang UMNO dan PAS, mereka berpunya satu peluang khusus untuk menyerang Mahathir secara habis-habisan. Jika Mahathir menyeberang, mereka yakin dapat meraih sokongan padu rakyat dengan kembali mendedndangkan lagu mahafiraun, mahakroni, mahanepotisma, dan segala maha. Mereka akan berpunya landasan kukuh untuk membalas dendam terhadap Mahathir. Kini mereka sudah terjerat oleh perangkap sendiri. Mahathir terlepas dari segala maha yang mereka nobatkan, Mahathir kekal sebagai Mahathir.   Alhamdullillah Mahathir punya fikiran dan jiwa merdeka yang payah untuk dijerangkap.

(8) Kebijaksanaan Mahahtir; dia berbincang dengan semua pihak. PKR, DAP, Amanah, Bersatu, UMNO, PAS malah Gerakanpun dia buka untuk berbincang sama. Dari situ, Mahathir jelas, siapa akan dirinya dan kedudukan sebenar dirinya. Dia juga pasti menganalisa kedudukan dan siapa pihak lainnya. Akhirnya, dugaan semua pihak meleset, Mahathir mengambil jalan lain iaitu meletak jawatan. Kepakaran diagnosis perubatan digunakannya dengan sebaik-baiknya Lewat sedikit penghayatan saya terhadap Mahathir dan sifat-sifat orang Utara, biar saya perturunkan firasat saya terhadap cara Mahathir membuat keputusan pada 24 Feb., 2020 semalam: “OK hangpa dah nak sangat jadi PM, aku berhenti. Aku nak tengok apa terjadi!”. Congakkan Mahathir, kedua-dua gerombolan PKR-DAP-Amanah dan UMNO-PAS-lain-lain, kedua-dua gerombolan ini tidak mempunyai majoriti suara. Mahathir mempunyai trump card iaitu Bersatu dan Azmin Ali sebagai kuasa penentu. Akibatnya Kerajaan sekarang tidak boleh bertahan dan Kerajaan barupun tidak boleh terbentuk. Biarpun sebegitu, Mahathir tidak mementingkan diri dengan mengarap "kesetiaan" Bersatu dan Gerombolan Azmin Ali kepadanya. Jalan licik dan bijak Mahathir adalah dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan. Mahathir mengambil sikap tidak berpihak. Biarpun UMNO-PAS boleh menyelamatkan kedudukan beliau, namun kenapa harus dia memilih untuk bersama penyamun kleptokrasi yang dia tentang? Dia juga tidak mahu kekal bersama PH lantaran PH tidak lain hanyalah bercakaran dan tidak bekerja. Maka kebijaksanaan Mahathir adalah dengan mengembalikan kuasanya kepada rakyat. Dia tidak mencadangkan Parlimen dibubar, tetapi memilih untuk meletak jawatan. Mahathir boleh memilih untuk membubarkan Parlimen, namun langkah itu tidak bijak. Bahkan jika dia mencalunkan Wan Azizah untuk memangku jawatan PM, prihal itu pasti mengundang kemelut panjang yang membahayakan Negara.

(9) DYMM YPDA menerima perletakkan jawatan Mahathir. Dengan meletak jawatan, maka kini kedudukan semua kabinet Mahathir turut terbubar.  Dan seperti biasa, PM sementara perlu dilantik. DYMM YDPA atas penelitian beliau, mendapati Mahathir diperlukan dan disokong oleh kedua-dua belah pihak. DYMM YDPA melantik Mahathir sebagai PM sementara dan kini segala-galanya terpikul di pundak PM Sementara dan DYMM YDPA dalam menerajui Negara. Sesungguhnya, DYMM DYPA mempunyai pilihan lain, iaitu Wan Azizah. Tetapi kenapa bukan Wan Azizah dilantik memangku jawtan PM. Jika Wan Azizah memangku, pasti kuasanya jauh lebih tinggi dari PM Sementara. Banyak boleh kita teka tentang prihal ini. DYMM DYPA ada wisdomnya untuk tidak berbuat sebegitu. Sekilas pandang, sesungguhnya, Mahathir telah kembali dapat meletakkan martabat kepemimpinan Melayu pada kedudukan aslinya. “Gempaq Mahathir menjadi”

(10) Di sisi lain, In Shaa Allah, semua pihak biar PKR-DAP-Amanah dan UMNO-PAS-Lain-Lain akan terus mahukan Mahathir "mengemudi" kepimpinan Negara sehingga suatu waktu mereka ini siap siaga untuk beroperang kembali. Pada saat ini, saya yakin, kedua-dua kelompok ini tidak punya keyakinan untuk menang besar jikapun PRU diistiharkan segera. Silap-silap jika Bersatu daopat segera memperkukuhkan kedudukannya, Bersatu kemungkinan akan menelan semua jika PRU15 diistiharkan segera. Sesungguhnya semua pihak kini pasti perlukan masa untuk menyusun gerakan bagi kekuatan masing-masing. Setiap kelompok akan bekerja keras berpolitik untuk berdepan dalam PRU 15 nanti. Mahathir akan membiarkan dua kelompok-kelompok ini terus berpolimik berpolitik. Sedang, saya yakin dengan "sokongan" semua pihak, Mahathir kini boleh menumpu kepada kerja-kerjanya yang belum siap dan selama ini terganggu. Saya yakin, beliau akan berbincang dengan DYMM YDPA akan tempoh sementaranya beliau. Jika tempoh itu kekal sehingga ke penghujung 2021 atau 2022, maka beliau pasti tidak tergopoh-gopoh untuk mengistiharkan PRU 15. Beliau pastinya akan menumpu kepada usaha-usaha pembinaan Melayu, Negara dan Islam. Kabinet yang ada mungkin perlukan rombakan sedikit, dan dalam pemilihan Kabinet baru ini, saya yakin Mahathir akan lebih bebas dan pasti sekali lagi akan menggunakan kebijaksanaan yang lebih jitu untuk membawa mereka yang tekun berkerja dari mereka yang terlalu condong berpolitik.

(11) Sesungguhnya, kedudukan Mahathir kini sebagai Perdana Menteri yang bebas dari cengkaman mana-mana parti politik; menjadi PM atas dokongan semua pihak dan majoriti hakiki, maka beliau kini merdeka berdaulat untuk berbuat apa yang perlu dibuat demi Melayu, Negara dan Islam. Atas niat dan keazaman murni Mahathir ini, saya yakin Allah sedang membina dan akan menghadiahkan sifat Kenegarawanan Ulung pada dirinya. Di sisi lain jika Mahathir dibenarkan terus menjadi PM sehingga Mei, 8, 2023, Negara akan berpeluang untuk pulih dan kedua-dua Kumpulan PKR-DAP-Amanah dan UMNO-PAS-Lain-lain punya masa untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan diri mereka. Pada PRU 15, Negara akan mempunyai pilihan kepemimpinan yang terbaik bagi memacu kejayaan besar masa depan bersama. Saya yakin, dalam PRU15, jika Negara telah pulih dan pada landasan yang baik, Mahathir tidak akan berminat untuk turut serta bertanding lagi.

(11) Last but not least, saya menyeru agar Anwar agar benar-benar bersifat jantan berhemah. Bukan jantan gelojoh gabra. Jantan gelojoh gabra pasti kabur mata untuk mengenali mana satu lorong nikmat terang dari lorong gelap bernajis. Mahathir kini adalah PM lantikan DYMM DYPA. Beliau tidak diangkat oleh mana-mana Parti. Pilihan DYMM DYPA adalah atas kepentingan Negara. Anwar jangan pula kerana gelojoh dan gabra, menongkak mengusik Mahathir untuk segera meletak jawatan pula. Jika itu terjadi, sejarah akan mengingati Anwar sebagai derhaka kepada Kuasa Tertinggi Melayu, akibatnya, saya menjangka Anwar akan berkubur berbekal gelaran sebagai Bakal Perdana Menteri sahaja. Hakikatnya PM ke 8 sudah terlepas dari tangan Anwar. Mustahil untuk dia dapat menjadi PM ke 8. Tahta itu kini sudah dipegang Mahathir. Wirid UMNO dan PAS, Anwar kempunan jadi PM akan menimpa dirinya jika dia terus tidak sedar, gelojoh gabra mensia-siakan dirinya, malah merosakkan Melayu dan Negara.

(12) Saya yakin tahun 2020, Mahathir harus dibiarkan untuk terus menumpu berkerja keras. Tahun 2020 biarlah terus menjadi tahun Mahathir.

Kuching, Sarawak
25 Feb., 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.