.

3/2/20 24 FEB., 2020 - TAHNIAH MALAYSIA .....salute to ourselves, renungan buat Anwar.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 27, 2020

Share

& Comment

Sidang Akhbar Mahathir pada 21 Feb., 2020 seharusnya meredakan kemelut bila Mahathir akan turun meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Anwar. Di dalam Sidang tersebut dengan dihadiri bersama oleh Anwar, Lim Guan Eng, Muhammad Sabu dan Muhhyidin Yasin, Mahathir dengan jelas mengatakan bahawa "Majlis Presiden PH meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada beliau untuk mementukan tarikh bila beliau akan melepaskan jawatan PM kepada Anwar". Di dalam adap susila Melayu, jika itu sudah diputuskan oleh kempimpinan tertinggi institusi Melayu, maka perkara tersebut harus dimatikan. Namun tetap ada suara-suara agar Mahathir cepat-cepat menetapkan tarikh bila dia mesti berundur. Di dalam PH sendiri seperti ada dua kelompok - satu mahukan tarikh disegerakan sedang di kelompok lain mahukan biarlah Mahathir menghabiskan penggal lima tahun.

(2) Islam adalah suatu pegangan yang menggunakan konsep relatif sebagai teras ukuran bagi semua perkara. Tiori Relativiti bukanlah milik Einstein seperti diperakui oleh dunia Sains. Sesungguhnya konsep Relativiti adalah suatu konsep perbandingan di dalam Islam. Contoh dalam prihal pahala dan dosa. Tiada ukuran khusus tentang pahala dan dosa. Pahala dan dosa adalah bersifat relatif. Ada ketika pahala dan dosa diibaratkan Bukit Uhud. Bukit Uhud itu sebetulnya luasnya sebesar mana dan terhitung bagaimana?  Adakalanya pahala dan dosa diukur sebesar zarah. Zarah pula merujuk kepada apa? Adakah ianya berupa debu? Jika debu, debu apa? Adakah ianya debu pasir atau debu tanah? Sebegitulah relativiti itu telah wujud dalam Islam sejak Adam AS lagi.

(3) Maka Mahathir sebagai Negarawan yang perihatin terhadap masa depan Melayu, Negara dan Islam meletakkan tarikh pengunduruan dirinya sebagai relatif. Tegas beliau adalah untuk hanya berundur setelah dapat memulihkan Negara khasnya dari segi ekonomi. Dua puloh dua tahun dia secara gigih membina asas kukuh ekonomi Negara. Di depan matanya selama 2003-2017 ekonomi Negara diseret ke jurang kelumpuhan; maka sebagai manusia biasa apakah Mahahtir rela akan kehancuran sebegitu? Makanya sifat kenegarawanan beliau mengasak keras agar dia mengambil sikap bertanggungjawab. Untuk itu, ketentuan jangka masa adalah relatif. Kenapa Mahathir bermain tiori relatif? Adakah kerana dia ingin bermain sepertinya Al Quran atau dia terikut-ikut Einstein? Saya yakin, tidak kedua-duanya. Apa yang saya nampak, Mahathir bersikap relatif dalam penentuan tarikh untuk dia melepaskan jawatan adalah kerana dia belum dapat mengenalpasti secara terperinci akan masalah sebenar Negara dan bagaimana harus ianya ditanggani. Dia pada hakikatnya sedang membongkar segala salah laku silam dan itu sedang dilakukan oleh pelbagi pihak yang telah dia tugaskan: PDRM, SPRM, Bank Negara, AG dan pelbagai Kementerian dan Jabatan. Keputusan muktamat dari pembongkaran ini belum ketahuan dan memerlukan masa yang panjang.  Kedua, kita harus kenal sosok Mahathir. Dia pada sifat azalinya, berpunya prinsip let get things done. Maksudnya, jika dia bercita-cita hendak memulihkan ekonomi Negara, maka itu pegangan beliau. Lantaran pemulihan ekonomi Negara adalah relatif sifatnya, maka tarikh beliau berundur juga harus bersifat relatif. Namun relatif Mahathir, tetap ada batasnya. Dia akan melepaskan jawatan selepas APEC dan sebelum PRU15. 

(4) Hint tarikh perlepasan jawatan Mahathir kepada Anwar harus Anwar dan kuncu-kuncunya boleh baca dengan baik dan tunggu dengan penuh kesabaran. Tidak perlu ada sesiapa mengungkit-ngukit. Sesungguhnya APEC adalah terlalu penting buat Mahathir. Dalam APEC pasti ingin merungkai permasalah dagangan antarabangsa yang agak pincang sehingga sangat mempengaruhi Nilai Ringgit. Mahathir cuba sedaya upaya memperbetul perkara-perkara dalaman dan itu sedang berjalan baik, namun bagi memulihkan Nilai Ringgit dia perlu ke persada dunia. Langkah awal beliau adalah APEC. Selepas APEC, saya yakin baru dia melangkah menzahirkan KL Summit dan Dunia Ke Tiga. Maka untuk itu, dugaan saya, Mahathir perlu jangan digugat sehingga Sept 2022. Selepas 2021, jika Mahathir tidak terganggu, saya berkeyakinan keadaan Feel Good bagi Malaysia akan wujud. Jika itu berlaku, bila dia menyerah jawatannya kepada Anwar, dia akan lebih lapang lantaran menyerahkan Negara dalam keadaan aman, sejahtera dan makmur untuk Anwar terus pacu baik. Apakah niat ini jahat atau terlalu sukar untuk kuncu-kuncu Anwar fahami?

(5) Sesungguhnya Allah sangat membantu untuk Malaysia kembali pulih cepat. Krisis Virus Corona di Wuhan China dan telah merebak ke pelbagai Negara, ada rahmatnya. Secara relatif, saya yakin sebegitulah cara Allah membuat correction ke atas prihal-prihal untuk kesaksamaan mahluknya. Tanpa Virus Corona, Malaysia dan rantau sebelah sini kemungkinan akan ditelan oleh sengketa dagang China-Amerika. Cuma lantaran kegagalan kita untuk melihat strategi membantu Allah tersebut, maka dari memafaatkan rahmatNya, kita sibuk bergomol merugikan.

(6) Pergolakkan pada 24 Feb., 2020 sehingga membawa Mahahtir untuk meletak jawatan harus membuka mata Anwar dan DAP tentang siapa Mahathir yang sering mereka curigai. Sesungguhnya, kecurigaan Anwar kepada Mahathir sama saja seperti curiga Anwar kepada beliau di tahun-tahun 1996-98. Curiga Anwar lantaran Anwar terpengaruh oleh mereka di sekeliling dirinya dan kegagalan Anwar untuk benar-benar mengenali Mahathir. Mereka di sekeliling Anwar pada hakikatnya dinodai oleh sifat prasangka dan tamak. Anwar tidak dapat mengawal orang-orangnya sendiri dari sifat gelojoh gabra. Samalah bagi DAP. Sebegitu juga, Anwar seperti ketakutan bayang-bayang. Kalangan yang ingin berebut kuasa, pastinya akan melakukan apa saja untuk menyekat Anwar. Ini termasuklah memperguna Mahathir. Anwar sering ketakutan dihambat oleh bayang-bayang Mahathir. Anih, pada padangan saya, sosok "sehebat" Anwar, jika dia tidak berani berdepan secara gentleman dengan Mahathir dan juga tidak jelas akan siapa sosok Mahathir, berkait dengan apa saja perkara yang mereka "berbeda", dia bukanlah tampang pemimpin ganteng. Anwar dan DAP terlalu dalam dikuasai oleh sifat prasangka. Jiwa prasngka sangat Allah larangkan. Maka sebab itu SAW sering mengusul agar kita sentiasa berbaik sangka. Bagi saya, ketokohan calun Perdana Menteri harus tidak mempunyai apa-apa kekangan apap lagi berperasangka dalam hubungan dia dengan Perdana Menteri yang ada. Anwar sengaja membina tembok pemisah: berperasangka antara dia dan Mahathir.

(7) Anwar suka membaca. Apakah Anwar sudah meneliti jelas kenapa Umar Al Khataab tidak pernah gundah akan Abu Bakar semasa khalifahnya beliau? Sebegitu juga Othman Affan tidak pernah gundah akan Umar Al Khataab? Sama juga dengan Ali Abi Thalib. Sesungguhnya, fahamkah Anwar kenapa biar semasa SAW masih hidup, Umar Al Khataab dan Abu Bakar hanya berebut-rebut berbuat kebaikan kepada Ummah mendahului SAW? Bahkan, siapa tidak kenal sosok Khalid Al Waleed? Saw yang memberikan beliau gelaran Pedang Allah. Gelaran ini bukan sembarangan gelaran. Namun bila Umar mengugurkan beliau dari jawatan Panglima Perang, apakah Klahid Al Waleed memberontak? Tidakkah Islam mengambarkan message jelas, jika kita masih dipimpin, maka bantu saja pemimpin kita untuk menjalankan tanggungjawabnya secara baik? Dan, pada saat Ali Abi Thalib menjadi khalifah, dan Ummayah bahkan Aisah RA mula banyak bertingkah dengan beliau, akhirnya apa terjadi? Tidakkah jelas message Islam buat Anwar? Sesungguhnya, amat anih jika Anwar belum sedar, lantaran kegilaan kuasa di segala lapisan UMNO, akhirnya mewujudkan sifat-sifat bobrok kepada UMNO? Dan di depan Anwar, lantaran terbawa-bawa oleh sifat gelojoh dan gabra kuncu-kincunya, maka PKR terpecah dua? Kapan Anwar hendak insaf?

(8) Anih, perebutan pengaruh di dalam kem PKR, akhirnya Negara diseret ke kancah ekonomi yang parah. Tidakkah itu menyedarkan Anwar? Dan jika kuncu-kuncu Anwar tidak merengek terus-terusan memaksa Mahathir untuk cepat-cepat berundur, apakah gerombolan musuh dalaman PKR (bahkan PAS dan UMNO) berpunya peluru untuk menikam dengan Anwar? Anwar dalam gejolak mahu menjadi popular PM ke 8, akhirnya berjalan tempang gara-gara alpanya dalam meneliti kelemahan sendiri.

(9) Sesungguhnya, jika Mahathir benar-benar tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, permainan Mahathir pada 24 Feb., 2020 pasti akan mengikut telunjuk UMNO-PAS-Azmin. Mahathir tidak picek dan tidak nyanyuk, In Shaa Allah. Jiwa kenegawarannya kental. Mahathir tidak berpihak kepada sesiapa. Kenapa? Bagi Mahathir bukan Anwar atau UMNO yang penting, baginya, sebagai sosok Negarawan, rakyat dan Negara lebih penting. Anwar, DAP, bahkan UMNO dan PAS (termasuk GPS dan Warisan) semua harus jelas, Mahathir = Malaysia. Jika bukan demi Melayu, Negara dan Islam, itu bukan sosok Mahathir. Dan kini sedang berhamburan perang pengkhianat. Sesungguhnya, siapapun peghkhianat, semuanya adalah tetap relatif pada pandangan siapa. Azmin boleh dilihat sebagai pengkhianat, tetapi Anwar dan DAP juga boleh saja dilihat sama pengkhianat. UMNO dan PAS itu semua sudah maklum. Bagi saya, mandat rakyat adalah agar semua menumpu berkerja untuk segera memulihkan ekonomi rakyat dan Negara. Sesiapa terpesong dari itu, semua adalah pengkhianat.

(10) Cuma, kudrat Allah lantaran kita adalah masyarakat majmuk dan telah melalui pelbagai pengalaman pahit silam, Feb., 24, 2020 kita lalui dengan penuh aman dan kesabaran. Rakyat Malaysia jauh lebih bijak dari semua gerombolan yang bercaturan hanya demi kuasa. Dunia In Shaa Allah sedang tabik hormat di atas kematangan dan tidak gelojohnya massa rakyat Malaysia. Faktornya, diperakui atau tidak tetap adalah Mahathir. Mahathir adalah rahmat Allah kepada Malaysia yang Anwar, UMNO, PAS, Warisan dan GPS harus renungkan dan hargai.

(11) Selamat bertugas Mahathir yang kini merdeka berdaulat demi Melayu, Negara dan Islam. Alhamdullilah kini Mahathir boleh menumpu bekerja, dan saya doakan dan berharap Kabinet baru beliau adalah Kabinet berkerja. Biarkan Anwar-DAP-Amanah terus berperang dan berbunuh dengan UMNO-PAS-Azmin, kita wajib menumpu kental berbakti kepada Allah sajalah. In Shaa Allah Allah tetap bersama mereka yang gigih jujur dan benar.

KLIA, Sepang
27 Feb., 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.