.

1/2/2020 MAHATHIR: KERJA-KERJA. ANWAR: DEBAT-DEBAT. FENOMENA ANTARA DUA DARJAT - biarkan tahun 2020 menjadi milik Mahathir.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 14, 2020

Share

& Comment

Sekitar jam 9.30 malam pada 14 Februari, 2009, saya secara rasmi mula berjinak-jinak dengan Blogging. Langkah Blogging saya yang pertama adalah melalui Flicker. Cuma, lantaran jalan pemikiran saya yang cenderung kepada perkara-perkara berat dan kritis, maka akhirnya saya telah didorong oleh beberapa rakan untuk Blogging. Sehingga kini, saya sudah menulis sejumlah 1,035 buah tulisan dalam tempoh 11 tahun yang lepas. Mereka yang telah membaca tulisan saya tidaklah ramai iaitu cuma sekitar 475,165 hits. Sesungguhnya, kecenderungan saya untuk terlibat di dalam Blogging adalah terpengaruh oleh Chedet.blogspot yang Mahathir mulakan pada 2008. Chedet.blog sesungguhnya adalah fenomenal bagi penggunaan wadah ICT dalam sebaran fikiran beliau. Kini blogging sudah berubah menjadi pelbagai bentuk sebaran berwadahkan ICT: Chat, Twitter, FB, Istagram dan akan terus berkembang selaras dengan naluri kreatif manusia anugerah Allah. Hakikatnya, Mahathir atau Chedet adalah fenomenal penggunaan ICT bagi rakyat Malaysia. Lewat ICT Mahathir mengukir sejarah dunia bagi dirinya dan Melayu.

(2) Fenomena adalah suatu kejadian, kesan dan atau keadaan khusus yang bersifat menular, merebak atau meluas. Contoh cuaca el nino umpamanya, akan membawa kesan cuaca panas dan kering yang melampau yang berlanjutan bagi suatu kawasan geografi yang sangat luas yang boleh meliputi seluruh Negara bahkan sebuah rantau. Pada kala el nino berlaku, Afrika Selatan, Australia Utara, Malaysia dan Indonesia akan mengalami musim kemarau yang hebat. Samalah musik K Pop Korea contohnya, menular dan menjadi kegilaan meluas biar di Timur juga Barat. Minum air ketum, yang asalnya adalah ubatan tradisional, kini sudah menular menjadi suatu fenomena tidak sihat di kalangan pencandu dadah. Samalah bagi virus selsema dan batuk-batuk Novel Corona, yang muncul di Wuhan China (Disembar 2019) kini (Januari 2020) sudah menghantui dunia. KFC, Piza Hut, McDonald, Starbuck, bahkan Boba Tea adalah contoh-contoh fenomena yang cukup hebat dalam dunia modern ini. Nasi Kukuh Kelantan juga adalah berupa fenomena. Kegilaan kepada durian Musang King adalah juga contoh fenomena. Perkhidmatan seperti Grab, Air Asia, Amazon, Alibaba, Lazada, Shoppe dsb adalah juga berupa fenomena-fenomena yang kian mempengaruhi hebat ketemadunan manusia.

(3) Fenomena terkini paling hebat melanda Negara sehingga kesannya sangat buruk bagi rakyat Malaysia adalah budaya rasuah, penyelewengan kuasa, dan pembaziran yang meresap tidak terhad di kalangan kepimpinan Negara, bahkan mengakar di sektor pentadbiran awam, koprat sehingga ke rakyat biasa. Rasuah dan pembaziran dana Negara yang berleluasa telah menobatkan kita menjadi Negara Kleptokrat terhebat di dunia (2018). Hutang kita banyak, pembangunan Negara tercicir, hasil Negara terbeban hebat untuk membayar hutang. Kita tiada lebihan dana untuk mengurus kepentingan rakyat dan Negara. Negara pastinya akan menghadapi jalan sukar dan panjang untuk pulih dari kesan lekptokrat ini. Singkatnya, fenomena adalah kejadian yang menular yang boleh memberikan kesan positif atau negatif kepada manusia.

(4) Dalam tulisan ini, saya akan mengutarakan suatu fenomena yang orang Melayu cukup kemaruk terkeliru, confused. Kepada saya, Melayu kini sedang kemaruk terkeliru confused untuk melihat kehadiran Mahathir Mohammed dalam dunia Melayu sebagai suatu fenomena yang cukup memberikan rahmat. Jika Melayu boleh dan atau mahu berfikir tajam dan panjang, Mahathir hadir tiga kali dalam dunia Melayu. Seingat saya, melalui jalan kepemimpinan teruji, tiada tokoh Melayu hadir sehingga tiga kali dalam masyarakat ini. Hang Tuah hanya hadir dua kali, namun kehadiran kedua kalinya tidak bercahayapun. Bahkan Pendita Zaaba, Ungku Aziz, Rasdan Baba dsb hanya hadir sekali. Abdul Razak Husein, lewat Mohd Najib, kehadirannya berkubur pada ke dua kalinya.

(5) Mahathir hadir secara fenomenal dalam dunia Melayu sebanyak tiga kali. Pertama dari 1974-2003. Kedua adalah pada 2009-2018. Ketiga adalah dari 10 Mei, 2018 sehingga kini. Bagi tempoh 1974-1980, kehadiran Mahathir adalah sebagai tenaga muda yang memberikan checkmate yang sangat berkesan kepada kepimpinan semasa. Tunku Abdul Rahman Perdana Menetri pertama Malaysia tersungkur di tangan Mahathir pada 1974. Bagi tempoh 1981-1998 pula, Mahathir diperakui sebagai suatu kebangaan Melayu. Bagi tempoh 1981-2003, Mahathir adalah rahmat Allah untuk umat Melayu (dan Negara). Mahathir pada 1981-1998 cukup fenomenal kepada Melayu bahkan Negara. Mahathir menukar Melayu dari kekal berwajah petani berselut kepada Melayu koprat dan teknokrat. Di rantau Dunia Ketiga dan Dunia Islam, Mahathir sepertinya dapat memberikan nafas baharu. Dunia Ketiga dan Islam mulai bersatu dengan langkah-langkah berani Mahathir. Lantaran dia adalah fenomenal, maka dia menjadi idola rakyat Malaysia bahkan dunia. Namun, secara berani saya katakan, bermula 2 Septembar 1998 sehingga 31 Okt., 2003, tempoh tersebut adalah titik mula kepada pengolahan painting fenomena buruk Mahathir. Pada tempoh itu, Mahathir yang fenomenal tokoh hebat sudah menjadi “anacondaMahafiraun, Mahazalim, Mahakroni, Mahanepotisma dan segala macam maha.

(6) Susuk bernama Anwar Ibrahim menjadi pembakar hebat kepada gerakan memutar fenomena baik Mahathir kepada fenomena “ganasnya” beliau. Anak didik Mahathir, akhirnya menyatukan semua musuh-musuh besar Mahathir: Nik Aziz, Hadi Awang, Karpal Singh, Lim Kit Siang, para akademik seperti Kamaruddin Jaafar, Sayuti dsb ke dalam gelombang tsunami membantai Mahathir. Media massa menjadikan bantaian terhadap Mahahtir sebagai ramuan fenomena gunjingan di pejabat-pejabat, debat-debat umum dan kedai-kedai kopi di seluruh Negara. Rakyat diheret hebat untuk berpolimik. Kita berpolimik hebat bermula dari tarikh Anwar Ibrahim dipecat dari Kabinet pada 2 Septembar 1998. Saya ingat benar akan tarikh ini kerana pada tarikh tersebut saya baru pulang dari melanjutkan pelajaran di Amerika. Setelah melapurkan kembali di Pejabat, pada jam 10.00 hari tersebut saya minum rehat bersama kawan-kawan yang lama sudah saya tinggalkan. Saya telah ditanya, “suatu pandangan fresh from the oven, apakah harus Mahathir lakukan untuk menangani krisis kewangan yang sedang melanda Negara pada masa itu?”. Jawaban berseloroh saya adalah “Pertama, tutup KLSE. Itulah medan judi nasional dan antarabangsa. Kedua, pecat Anwar Ibrahim dari Menteri Kewangan. Langkah-langkah IMF yang beliau turuti setakat kajian yang saya lakukan adalah perosak ekonomi banyak negara kecuali sebahagian Eropah, Jepun dan Korea”. Dalam perjalanan pulang dari pejabat sekitar jam 1.00 (?) tengahari, RTM mengumumkan Anwar Ibrahim dipecat sepenuhnya dari segala kedudukan politik beliau. Bermula dari saat itu, media massa seperti melancarkan perang terhadap Mahathir. Anwar mengumpul segala kroninya, menggunakan sepenuhnya kepetahan berpidato dan menulis semua pihak, melancarkan perang besar terhadap Mahathir. Bermula dari saat itu, fenomena kerja-kerja Mahathir telah berubah menjadi berpolimik politik menghantui Negara dan ianya berterusan sehingga kini biar dari dalam juga di luar Kerajaan. 

(7) Kita sudah berada dalam fenomena tidak bekerja hebat sejak 2 Sept., 1998 sehingga kini. Anwar Ibrahim adalah bapa kepada fenomena berpolimik Negara merobah dari fenomena kerja-kerja Mahathir.

(8) Henyakan media massa terhadap Mahathir adalah sangat hebat sehingga memaksa dia mengundur diri pada 2003. Biarpun telah mengundur diri pada 2003, serangan terhadap Mahathir tidak pernah berhenti lantaran kekukuhan UMNO yang terus berada dalam banyangan Mahathir biar dia sudah tidak lagi berkuasa. Mahathir perlu diserang terus-terusan, kerana selagi Mahathir-UMNO seiringan wujud, maka UMNO tidak mungkin boleh ditumbangkan. Anwar melalui PKR, Lim Kit Siang melalui DAP dan Hadi Awang melalui PAS sedar, Mahathir adalah UMNO dan UMNO adalah Mahathir (harus diingat, UMNO dan Mahathir lahir, remaja dan mendewasa pada zaman yang sama), maka membunuh Mahathir adalah jalan terbaik untuk menumbangkan UMNO. Tidak mungkin UMNO tumbang dengan hanya menyerang hebat UMNO. UMNO adalah Melayu. Menyerang UMNO adalah menyerang Melayu. Untuk mengalih sokongan Melayu, adalah tidak bijak untuk menyerang UMNO (melainkan oleh Mahathir). Maka jalan terbaik adalah jangan serang UMNO tetapi serang Mahathir. Maka dengan sebab itu, Mahathir telah ditukar menjadi mahazalim, mahafiraun, mahakroni, mahanepotisma dsb. Character assassination adalah jalan terbaik untuk membunuh musuh politik. Cuma biar maha apapun yang orang gelarkan kepada Mahathir, yang pasti Allah telah menetapkan beliau kekal hanya sebagai Mahathir. Maka kepada saya, samada diperakui atau tidak, kehadiran Mahathir dalam dunia Melayu adalah suatu fenomena.

(9) Mahathir, diperakui atau tidak telah membangkitkan kehebatan yang fenomenal kepada bangsa Melayu. Abdul Razak hebat dengan Felda, Felcra, RDAs bahkan MARA dsbnya, namun jika semua itu berterusan sebegitu, dalam dunia globalised: Melayu, saya jangka pasti tersingkir hebat. Jika Abdul Razak terus kekal mentadbir Negara sehingga ke tahun 2000, saya percaya Melayu dan Negara akan kekal menjadi Negara Nasionalisma setaraf sosialis Arab (Libya dan Syria) dan bahkan Russia. Kita tidak akan pernah melangkah hebat untuk berlari kencang bersama pelari pecut dunia lainnya. Sesungguhnya, dunia Melayu Allah cukup hargai dengan kehadiran pemimpin yang selari dengan keperluan masa dan tujuanNya.

(10) Razak meninggal pada 14 Jan., 1976 dan Husein Onn yang mengambilalih dan berpunya watak agak kurang cergas gaya kepemimpinan beliau, namun telah diilhamkan oleh Allah untuk mengwujudkan Permodalan Nasional Berhad, kembangan dari Tabung Haji, memberikan Mahathir suatu ilham baru dalam mengembang dan memperluas asas-asas yang telah diletakkan oleh Razak dan Hussein untuk kehebatan Melayu. Penguasaan ke atas Guthrie bagi membentuk Sime Darby adalah langkah pemula proses memperkasa ekonomi Melayu secara koprat oleh Mahathir melalui capitalizing dana yang dikumpul oleh PNB. Mahathir mulai melihat bahawa kebangkitan Melayu hanya boleh dilakukan lewat jalan pengkopratan. Melayu hanya kuat jika mereka bersama, berkumpulan. Payah untuk menemukan Melayu berjaya secara solitaire. Melayu perlu bekerja berkumpualn untuk berjaya. Itulah budaya Melayu. Untuk kukuh dan berjaya berkumpulan, Melayu perlukan kepemimpinan yang baik. Maka Mahathir jelas bahawa Melayu perlukan banyak pemimpin koprat untuk memacu ekonomi mereka jauh ke depan. Pengurusan secara pentadbiran awam Razak tidak akan cepat merobah Melayu dalam dunia cukup bersaing. Mungkin tanpa sedar, Mahahthir telah melakukan apa yang SAW lakukan demi merobah keadaan ekonomi kaum Al Ansar di Madinah dengan membenarkan Abdul Rahman Awf untuk membimbing para pedagang Al Ansar untuk bersaing sehat dengan para pedagang Yahudi Madinah. Sesungguhnya tindakan SAW itu jika disorot dengan cara dagangan kini adalah apa yang dinamakan sebagai konsep payung. Abdul Rahman Awf adalah payung bagi para pedagang Al Ansar (dan Quraish) dalam bersaing dengan para pedagang Yahudi yang menguasai ekonomi Madinah.

(11) Abdul Razak menubuhkan agensi-agensi awam seperti Felda, Felcra, Risda etc untuk menguatkan ekonomi orang Melayu. Langkah Razak adalah langkah persediaan. Mahathir kemudiannya menukar agensi-agensi ini menjadi badan-badan koprat yang bebas berkembang dan keluar dari belengu birokrasi awam. Kedua-dua Razak dan Mahahtir menyediakan payung bagi perkembangan ekonomi Melayu. Payung Abdul Rahman Awf adalah langkah bijak SAW 1,400 tahun dahulu yang pemimpin kita telah contohi tanpa sedar demi Melayu.

(12) Persoalannya kini, apakah Melayu kini hebat? Inilah suatu persoalan saikologi. Tabiinya, adat susila Melayu tidak pernah memperakui kehebatan diri mereka. Melayu hebat sebetulnya. Cuma kehebatan mereka sering dibayangi rasa inferiority complex jiwa rendah diri. Ribuan tahun sebelum kedatangan Islam di Nusantara, saya kira Melayu telah terdidik samada oleh alam dan atau budaya (Animisma, Buddha dan Hindu), mereka cukup merendah diri. Melayu pada umumnya saya kira telah redha dengan keadaan diperlekehkan, being be little. Mereka di zaman kuno, Buddha-Hindu dan koloni Barat telah puas diperlekehkan. Ini tergambar dalam Seloka Melayu seperti Pak Kadok, Pak Pandir, bahkan membawa kepada bentuk-bentuk filem (vis Pendekar Bujang Lapuk etc) dan jenaka-jenaka Melayu (vis Piee, Pimai Pimai Tang Tu, etc) Bahkan di awal Islam, mereka tetap lekeh dan kini mereka juga kian diperlekehkan. Sifat merendah diri yang telah mengakar dalam budaya Melayu sejak ribuan tahun dahulu, saya kira akhirnnya telah membentuk genetik rendah diri pada kromosom bangsa ini. Akibatnya, untuk merobah akan genetik yang tertanam hebat dalam baka ini, kita mungkin perlukan ribuan tahun lagi baru dapat merobah. Islam jika disorot dari Sejarah sebelah Barat iaitu Hidramaut-Gujerat, Melayu baru diIslamkan sekitar 700 tahun dahulu, belum menjangkau ribuan tahun. Cuma jika dilihat dari Sejarah Champa (Kemboja-Annam), Islam telah menerjah Melayu sejak hayat SAW lagi. Cuma, lantaran terus tertekan diperlekehkan, maka biar Champa dan Sulu sekalipun mereka tetap kerdil rendah diri. Biar Islam pada dasarnya adalah Adeen yang memjurus kepada pembentukan jiwa besar, merdeka dan berdaulat, namun tempoh 700 tahun belum dapat merobah jiwa rendah diri pada bangsa Melayu. Islam saya kira hanya baru sedikit sahaja memerdekakan jiwa Melayu. Maka genetik rendah diri yang terpahat dalam kromosom Melayu pastinya baru sedikit terguris berubah. Maka berteraskan hipotisis ini, saya berani menyatakan, biar sehebat mana Mahathir, Melayu tidak akan sedar akan fenomena rahmat kehadiran beliau tersebut. Apa lagi bila fenomena hebat Mahathir telah dibayangi oleh fenomena polimik gunjingan fitnah yang dahulunya sememangnya adalah budaya asli Melayu.

(13) (Nik Aziz, Fadil Nor), Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Anwar adalah tokoh-tokoh besar yang telah sekian lama mengujingkan Mahathir sebagai manusia Melayu yang mahafiraun, mahakronisma, mahanepotisma Sisipan berikut adalah gambaran henyakan terhadap Mahathir oleh mereka ini. "KOTA BHARU: Doa bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor suatu ketika dahulu supaya bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dipanjangkan umur dimakbulkan Allah. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata doa itu pernah dipinta Allahyarham supaya Tun Mahathir melihat sendiri kerosakan yang ditinggalkan baik dalam negara dan juga UMNO.... Astro Awani 17 Mac 2018" Azmin Ali, Rafizi Ramlee, Nurul Izzah, Nik Amar dsb hanya mengikut jejak mereka yang terdahulu. Cuma satu yang pasti, pada saat Mahathir telah Allah kembalikan kepadaNya, maka barulah Melayu terngadah mengimbau-ngimbau rahmat fenomena Mahathir. Itulah tradisi merugikan Melayu yang terus kekal sampai bila-bilapun.

(14) Bagi saya, Melayu sebelum kehadiran Islam, asas pegangan hidup mereka adalah tahyul, animisma. Jika diteliti dalam-dalam akan tahyul; asas tahyul adalah mitos. Mitos hakikatnya adalah fitnah, prasangka. Sesungguhnya, Melayu kuno adalah Melayu mitosan, tahyulan, fitnahan, sangat kuat berperasangka. Maka, dengan kemaruk polimik, maka fikiran Melayu kembali hanyut ke alam mitos, tahyul dan akhirnya sangat mudah terikut akan fitnah dan prasangka. Inilah fenomena kemaruk confused bawaan fenomena polimik Anwar Ibrahim yang telah melupuskan fenomena kerja-kerja Mahahtir.

(15) Tanpa orang Melayu sadari, hakikatnya Mahathir adalah fenomena fikir-kerja. Mahathir adalah lambang fikir dan kerja bagi umat Melayu. Mahathir tidak banyak bercakap. Sebagai seorang lulusan perubatan, budaya bercakap bukan budaya mereka. Mereka lebih banyak berfikir dan bekerja. Mahathir adalah fenomena berfikir dan berkerja. Hanya mereka yang suka berfikir dan berkerja akan bersama dan memahami Mahahtir. Anwar lulusan Bahasa. Jurusan Bahasa adalah suatu jurusan yang melatih seseorang untuk petah berdebat dan kaya bahasanya. Maka, fenomena Anwar adalah fenomena bicara debat. Soal kerja, soal strategi, itu belum tentu.

(16) Sesungguhnya, kembali hangatnya Mahathir dalam politik Negara pada 2009-2018 adalah lantaran dua faktor. Pertama faktor Abdullah Ahmad Badawi yang kelihatan tidak bekerja. Ini sangat bertentangan dengan sifat kerja-kerja Mahathir. Kerajaan pimpinan Abdullah pada masa itu lebih dikenali sebagai Kerajaan Tidur. Maka Mahathir kembali lantang mengkritik sehingga Abdullah terpaksa mengundur diri. Mohd Najib Razak telah Mahathir tonjolkan sebagai penganti terbaik Abdullah. Bila Najib mentadbir, hakikatnya dia berkerja. Cuma cara Najib berkerja sangat lari dari landasan sepatutnya. Kerajaan pimpinan Najib berkerja adalah mengikut cara apa yang saya sebutkan sebagai fenomena menyelam sambil minum. Hakikatnya dia lebih mengerjakan dari berkerja sebenarnya. Akibatnya, dari menyelam dan mencari mutiara, tetapi Kerajaan Najib menjadi terlebih minum, maka akhirnya dunia menobatkan kita sebagai Negara Kleoptokrat.

(17) Hakikatnya Najib lebih memilih untuk bermain dengan wang habuan bagi meraih dan mengekalkan sokongan Melayu dari bekerja secara jujur dan cekap dalam membina Melayu dan Negara. Akhirnya, segala bentuk rasuah dan salah guna kuasa telah diwujudkan di bawah pelbagai bentuk penyamaran pretex kebajikan untuk rakyat. Keadaan ini akhirnya mengarah Negara kepada Non-Progressive Growth. Ekonomi Negara tetap tumbuh, tumbuh dengan hutang dan kebocoran tinggi, dan nikmat sebenar pertumbuhan ekonomi tidak tersebar luas kepada rakyat. Rakyat dan Negara menuju jalan masa depan yang payah. Maka atas sayang Mahathir kepada UMNO dan Negara, beliau menyeru UMNO untuk membuang Najib dan kuncu-kuncu kleptokratnya. Lantaran UMNO sendiri sudah menjadi teras kleptokrat, maka seruan Mahathir tidak dihiraukan. Akhirnya, lantaran takut Melayu, khasnya UMNO dari hilang kuasa, maka Mahathir membuat keputusan untuk terjun membentuk parti alternatif, Bersatu kepada UMNO.

(18) Sesungguhnya Bersatu adalah UMNO terBaru. Dari sudut retorik politik, Bersatu adalah berbeza dari UMNO, namun hakikatnya Bersatu = UMNO = Melayu. Kebanyakan mereka yang kecewa dengan Najib berpusu-pusu meninggalkan UMNO dan bersama Bersatu. Maka sejak tertubuhnya Bersatu pada 8 Sept., 2016 dan akhirnya masuknya Bersatu ke dalam Pakatan Harapan (PH) pada 2017 dan termasyurnya Mahathir akan kembali menjadi Perdana Menteri jika PH menang, maka pada 10 Mei, 2018 termaktublah kudrat Mahathir untuk kembali memimpin Negara. Dalam mengambialih kuasa, di pundak Mahathir, pertama-tama adalah bebanan janji-janji memerdekakan rakyat dari belengu keresahan ekonomi.

(19) Namun, setelah berkuasa dan dapat menyemak secara terperinci akan kebobrokan kewangan Negara, maka beban tersebut menjadi suatu beban yang sangat sukar untuk Mahathir tunaikan pada 100 hari, setahun malah bagi tempoh dua tahun pentadbiran beliau. Saya menjangka, biawak hidup yang Mahathir galas tidak akan kendur menganas sehingga akhir 2020. Saya menjangka jika Mahathir dibenarkan menumpu berkerja keras, In Shaa Allah pada akhir 2020 rakyat Malaysia akan dapat mulai merasa lega dari beban ekonomi dan kewangan bobrok tinggalan Kerajaan Kleptokrat lepas.

(20) Kehadiran Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali ke dua pada usia sangat lanjut (94 tahun) adalah suatu fenomenal yang Allah anugerahkan kepada bangsa Melayu. Pertama, dunia mulai sedar bahawa usia dan pemikiran Melayu boleh bertahan sangat lama. Melayu telah meletakkan tandaras kesihatan fizikal dan mental tinggi untuk bangsa ini di mata dunia. Kedua dan terpenting, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, dan dalam kebobrokan kewangan dan pengurusan Negara yang parah, Mahathir In Shaa Allah akan dapat membawa Negara keluar dari malapetaka ekonomi dan kewangan yang boleh menghancurkan kehidupan rakyat. Tahun 2020, biarpun kita gagal untuk mencapai WW2020 berstatus Negara Maju, namun saya yakin pada 2020 Mahathir sekali lagi Mahathir akan dapat meletakkan Malaysia pada landasan kukuh untuk maju pada 2025-30.

(21) Saya menjangka, pPada 2020, Mahathir setidak-tidak dapat mengembalikan rasa feeling good rakyat Malaysia. Keyakinan saya bahawa pada 2020 Mahathir akan dapat menyemai dan menyemarak rasa feeling good bagi rakyat Malaysia adalah berteraskan kepada beberapa faktor:

(i) Pertama, jika Mahathir dapat mempertahankan harga minyak ke paras sediaada ie tidak naik mendadak sejak Sept 2017 sehingga kini, dan seterusnya menurunkan bayaran Tol sebanyak 18 peratus (mulai Feb., 2020) dan kemungkinan pengurangan berterusan selanjutnya. Faktor-faktor ini In Shaa Allah akan dapat membantu dalam menstabilkan harga barangan serta mengurangkan bebanan belanja pengangkutan rakyat.

(ii) Kedua, dan yang paling penting (dan paling payah) adalah penerapan sifat-sifat Kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah (BCA). Perlaksanaan tadbirurus berwibawa di sektor politik, pentadbiran awam, GLC dan swasta In Shaa Allah akan sangat membantu. Malaysia dan Melayu yang teras asasnya adalah Islam, sifat bersih, cekap dan amanah harus kita pegang seutuhnya. Biarpun BCA bukan slogan Kerajaan terkini, namun itulah hasil akhir gerakan reformasi yang sedang Kerajaan kini lakukan. Saya percaya, dengan adanya sikap BCA, Kerajaan In Shaa Allah akan dapat mengembangkan 30-40 peratus lebih pencapaian dari Belanjawan RM310 billion bagi tahun 2020. Tanpa rasuah dan dengan perbelanjaan berhemah, nilai Peruntukan RM310 billion ini saya yakin adalah setara dengan RM400-440 billion. Sesungguhnya, rasuah dan pembaziran telah melesapkan 30-40 peratus kuasa beli Negara. Jika kita dapat mencapai taraf Sifar Rasuah dan Belanja Berhemah Penuh, pembangunan Negara In Shaa Allah sangat rancak. Pelaburan asing menjadi yakin dengan potensi dan pertumbuhan baik ekonomi Negara. Dan ini In Shaa Allah, saya berkeyakinan akan mengukuhkan nilai Ringgit. Inilah faktor terpenting dalam mengembalikan kuasa beli Negara dan rakyat. Lantaran Melayu sangat terdedah dengan gejala rasuah dan pembaziran, maka saya berkira JAKIM harus berkerja kuat dalam menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam sistem tadbirurus di semua peringkat bagi mencapai matlamat ini. JAKIM perlu bergerak cergas dalam menerap sifat-sifat Bersih, Amanah dan Cekap di kalangan orang-orang Melayu.

(iii) Kesan ketara dari BCA di semua peringkat saya kira pertama akan memperkasa kembali semua GLC yang telah dibobrokan. Dengan kembali kukuhnya Felda, Tabung Haji, KWAP, KWSP, PNB dsb, semua ini akan mengembalikan keyakinan khasnya Melayu kepada Kerajaan. Kuasa kewangan Melayu akan terus mantap. Daya pengembangan urusniaga business growth capacity Melayu akan melonjak. Kedua segala projek-projek mega yang didokong oleh Kerajaan dan sedang berjalan terutama di kawasan lembah Kelang akan dapat disiapkan dengan sempurna. Menara TRX, Menara Felda, Menara Felcra, Menara PNB, Laluan Komuter, LRT dan ECRL semuanya yang memerlukan bail out besar Kerajaan sedang rancak berjalan dan sekitar akhir 2020, semuanya akan mulai memberikan kesan positif kepada rakyat. Paling ketara dengan kelancaran projek-projek ini, Kewangan Negara akan agak lega, dan pelbagai projek mega baru akan dapat dimulakan khasnya seperti Projek Bandar Malaysia dan pelbagai projek-projek mega lainnya di Pulau Pinang, Johor Bahru, malah di Seremban dan Melaka. Jika Mahathir dapat melancarkan Projek Kampung Baru dengan baik, saya yakin, ini akan mengukuhkan kepercayaan orang Melayu kepada Kerajaan. Juga dengan kecairan kewangan yang baik, saya berkeyakinan Mahathir akan dapat memberikan lebih perhatian kepada tuntutan Sabah dan Sarawak.

(iv) Saya menjangka akan berlaku perubahan mendadak di sektor pertanian dan runcit Negara. Rahmat Allah untuk menyedarkan Melayu, betapa GST yang dilancarkan pada 2010, telah menimbulkan masalah pencatutan harga. Pencatutan harga inilah yang menyebabkan harga barangan tidak henti-henti terus meningkat dan membebankan rakyat. Ini tidak lain dalah berpunca dari kepincangan di sektor pertanian dan juga peruncitan Negara. Apapun tindakan yang dijalankan oleh Kerajaan manapun, jika berlaku kepincangan ketara di sektor peruncitan, maka pencatutan harga barangan akan terus berlaku. Sesungguhnya GST (dan SST) adalah alat yang para peniaga sedang gunakan hebat untuk melakukan pencatutan harga barangan pengguna. Berbanding dengan bangsa Yahudi, Melayu telah mengabaikan sektor perdagangan-peruncitan. Melayu terlalu menumpu kepada makan gaji di sektor awam sehingga permainan nakal di sektor perniagaan mereka jadi tidak faham. Lantaran itu, penguatkuasaan dan bahkan pelbagai regulatory mechanism ciptaan pentadbiran Melayu dengan mudah dapat dicompromised. Namun saya yakin, In Shaa Allah akibat kemelut biaya sara hidup hebat yang melanda Melayu, pasti akan tumbuh kalangan Melayu yang boleh berfikir waras serta mengambil tindakan wajar demi kesejahteraan bangsa mereka. Maka, biar agak perlahan, sektor pertanian dan peruncitan (perdagangan) Negara akan menyaksikan kemaraan hebat Melayu di bawah Indistri 4.0 Mahathir.

(22) Secara umumnya, saya yakin asas ekonomi Malaysia akan bertambah rancak dan tersebar jika Mahathir dapat menumpu kepada usaha-usaha menyelamat dan membina Negara bagi tempoh 2018-2021. Anwar dan kuncu-kuncunya, harus punya kesabaran dan kepercayaan kental bahawa menjelang 2021, Mahahtir In Shaa Allah telah berjaya meletakkan asas agenda ekonomi, sosial, dan politik Negara pada landasan mantap dan mampan. Beliau tidak harus digugat dengan pelbagai perkara polimik politik remeh temeh. Anwar seharusnya jangan mudah hanyut dengan strategi deception pembangkang yang cuba mengadu domba antara beliau dan Mahathir. Anwar juga harus dapat mengawal semua pengikutnya untuk tahan bersabar dan keras membantu Mahathir untuk memulihkan ekonomi rakyat dan Negara.

(23) Bacaan saya tentang Mahathir, biarkan beliau berkerja, jangan ganggu kerja beliau. Untuk menurunkan Mahathir, jalan terbaik adalah dengan memahami hasratnya untuk Melayu, Negara dan Islam. Bantulah dia untuk berkerja ke arah itu. Kronisma dan nepotisma hanyalah jalannya dia. Namun uangkapan Melayu yang berbunyi "tak kenal maka tak cinta" adalah terimaan Melayu atas budaya kronisma dan nepotisma. Tiada siapapun ingin bersama mereka yang tidak mereka kenali. SAW rapat dan mempercayai Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali serta lain-lainya lantaran beliau kenal akan mereka. Namun sya yakin, suatu kelemahan ketara Mahathir adalah beliau akan merasa bosan cemuih bila segala-gala berjalan lancar. Ketenangan akan membunuh Mahathir. Jika ekonomi, sosial dan politik Negara adalah tenang dan baik, saya yakin akan membuat Mahathir berasa bosan cemuih dan In Shaa Allah lantaran itu dia akan melepaskan kerja-kerjanya kepada pihak lain. Ketenangan membuat Mahathir cemuih. Bila dia cemuih, dia akan berhenti. Namun, jika Mahathir terus-terus dicabar, maka beliau akan berkerja lebih keras dan untuk kali kedua ini, saya yakin Mahathir tidak akan mudah untuk give in kepada apapun galang dalam cita-citanya untuk memacu kedaulatan dan kehebatan Melayu, Negara dan Islam. Anwar sebagai orang utara, harus tahu akan saikologi Mahathir yang juga sama-sama orang utara.

(24) Sesungguhnya, kelanjutan umur serta kesihatan mental Mahathir, saya yakin tidak lain adalah kerana tabiinya yang suka memerah otak. Ditokok dengan amalan hidupnya yang sihat, gadingan kedua-dua faktor tersebut menampilkan beliau sepertinya beliau. Sifatnya yang sentiasa mahu memerah otak menjadi segala sistem tubuhnya terus berfungsi seperti biasa. Dalam ilmu biologi, otak mengawal segala-gala. Jika otak kita terus cergas, maka lain-lain organ dan organel tubuh mahu tidak mahu akan menuruti kehendak otak. Kita hanya mati, jika otak kita telah mati. Mahathir In Shaa Allah akan terus hidup dan keras selagi otaknya terus ligat.

(25) Sesungguhnya, lantaran Anwar adalah orang utara yang sama-sama gemar budaya dicabar dan mencabar, maka saling mencabar di antara orang utara ini akan hanya membawa Negara ke kancah polimik merugikan. Polimik membawa kekeliruan. Kekeliruan membawa kekerohan. Ikan mabuk di air keruh. Rakyat sengsara dituba kecelaruan. Jika itu terjadi, 2020-2021 akan berlalu tanpa tanda-tanda harapan untuk rakyat. Lantaran itu, gejala kleptokrat akan kembali mengila di Negara ini, dan jika itu terjadi pasti biar Mahathir dan atau Anwar menangis air mata darah sekalipun, Melayu akan terus sengsara. Namun jika Anwar ingin mencabar dan dicabar, wajar tumpuan beliau adalah kepada UMNO dan PAS, tidak perlu kepada Mahathir.

(25) UMNO dan PAS yang hakikatnya tidak mahukan Anwar naik mengantikan Mahathir. Mahathir tahu, mahu tidak mahu, dia akan pergi juga. Pilihan beliau tiada lain. Namun waktu untuk Mahathir menyerah tugas, beliau mengambil sikap relatif iaitu pada masa Negara pulih dari kerakusan kleptokrat. Namun batas waktunya telah beliau tetapkan iaitu sebelum PRU15. Tekad Mahathir sebelum PRU 15, beliau hendak memulihkan Negara terlebih dahulu. Maka untuk itu, kenapa harus Anwar dan kuncu-kuncunya (kroni dan nepotisma beliau sebenarnya) tidak boleh bersabar dan gemar terperangkap oleh mainan UMNO dan PAS? Jangan rakyat Malaysia yang berbilang kerturunan dan baudaya ini terlalu banyak digempakkan dengan cara mainan politik orang utara. Bagi yang faham, tidak mengapa, namun saya yakin ramai yang kurang arif tentang gempak game orang utara (dan pantai timur).

(26) Sesungguhnya, pada 1990 Mahathir meletakan tahun 2020 sebagai tarikh Malaysia Maju. Bair sasaran itu kini jelas gagal, namun kini, saya berkeyakinan tahun 2020 adalah tahun di mana Mahathir bertekad meletakkan asas-asas yang kukuh bagi Malaysia tidak mundur menjelang 2025-2030. Hakikatnya, pada 2020 Mahathir bertekad membina asas-asas feeling good untuk rakyat Malaysia dan saya yakin paling lewat menjelang Sept., 2021 Mahahthir akan melepaskan jawatannnya dalam keadaan penuh bergaya. Jalan akan menjadi sangat mudah bagi Anwar untuk meraih kegemilangan dalam PRU15 pada 2022 jika Mahathir dibantu keras untuk membentuk rasa feeling good di kalangan rakyat. Saya yakin, Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya dalam keadaan Negara tidak ketentuan. Maka Anwar dan kuncu-kuncunya, biarkanlah 2020 menjadi tahun Mahathir dapat menumpu penuh kepada hal-hal rakyat dan Negara. Jadikan tahun 2020, sebagai tahun Mahathir mengembalikan Melayu, Malaysia dan Islam pada tahap terhormat. In Shaa Allah.

(27) Caveat dan kekhuatiran besar saya, jika Anwar dan kroni-kroni nepotismanya tidak cerdik dan sabar menahan diri dari percaturan licik deception UMNO dan PAS, dan dengan gelojoh terikut-ikut menimbulkan segala bentuk suasana agar Mahathir berundur bukan pada masa diinginkannya, saya yakin, Anwar akan sekali lagi menjadi faktor untuk kembali melahirkan manusia-manusia seperti Abdullah Badawi dan Mohd Najib Razak dalam mengurus Negara sebagaimana terjadi pada 2003-2018 yang lalu.  Sesungguhnya, pengamatan saya, Anwar hanya akan berjaya memimpin dan mengurus Negara dalam keadaan Negara adalah tenang tumbuh makmur. Rekod beliau sebagai Menteri Kewangan 1991-1998 di mana dalam tempoh itu (kecuali 1997-98) segala-gala seperti terkawal adalah lantaran ekonomi Negara berada dalam keadaan baik. Dalam masa krisis kewangan serantau 1997-98, bukan sahaja ekonomi Negara merundum teruk bahkan kekayaan Melayu massa menuju punah lewat cara dasar kewangan IMF yang beliau contohi. Dalam lain kata, Mahathir akan hidup segar dalam suasana bergelora, sedang Anwar hanya mudah belayar di kali tenang. Maka biarkan dan bantulah Mahathir untuk menumpu berkerja kuat pada tahun 2020. 2020 bukan tahun Mahathir menyaksikan Malaysia Maju namun 2020 adalah asas untuk Mahathir meletakkan Melayu, Negara dan Islam di pentas Dunia Maju pada 2025-2030. In Shaa Allah come Sept., 2021 Anwar akan menerima Malaysia yang semarak kibaran jalur gemilangnya dan dia akan melalui PRU 15 dengan penuh bergaya. Apakah itu bukan keinginan hakiki Anwar?

Terasi, Sadong Jaya, Sarawak
13 Feb, 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.