.

4/3/19 SEDARKAH MELAYU MEROKOK ADALAH LAMBANG PENJAJAH DAN PENJARAHAN ............

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 01, 2019

Share

& Comment

Pelacuran, arak dan judi mungkin suatu pekerjaan lama yang sukar dibendung. Pelacuran katanya, adalah suatu industri tertua manusia. Agak-agak bilakah industri pelacuran bermula dan di mana? Saya menduga, sejak manusia mulai suka berperang, maka di masa itulah pelacuran mulai bersemi. Tawanan perang wanita mulanya dijadikan para gundik lalu akhirnya dilacurkan. Sama juga dengan industri arak dan judi. Bilakan industri ini mulai menjadi industri dan siapa yang mula-mula memulakannya? Berbeda dengan pelacuran, arak mungkin timbul pada saat manusia berada dalam keadaan kemewahan. Lantaran segala macam buah-buahan terutama angur berlimpah-limpah, maka di sana manusia mulai mengenal cara pembuatan dan meraikan arak. Pelacuran, judi dan arak adalah gandingan industri tiga serangkai yang sukar dipisahkan. Inilah gandingan tiga industri yang sangat menghairah dan menghiburkan. Namun, ketiga-tiganya tampak lebih bergaya dengan wujudnya industri ke empat iaitu merokok. Pelacuran, judi, arak dan merokok adalah gandingan empat industri yang cukup mantap dan saat mereka bergabung, pasti tahap keberuntungan tinggi akan tercapai. Di zaman moden ini, inilah industri empat serangkai yang mesti ada bagi melengakpi sebuah keraian, celebration. Cuba perhatikan di mana-mana, pada saat judi, arak, rokok dan pelacuran bergabung hebat, pasti ianya akan menjadi suatu usaha yang cukup berhasil. Cuma kelanjutan dari situ muncul industri gelap berupa Pengubahan Wang Haram Money Laundering, penyeludupan, rasuah, samun, penipuan, dan segala bentuk penyelewengan dan keganasan akan muncul.

(2) Di Negara ini, golongan mana paling ramai merokok. Rata-rata Melayu. Biar seberapa harga rokok, tetap Melayu ada jalan tersendiri untuk terus kekal merokok. Jika Rothman mahal sehingga RM15.00 sekotak, mereka boleh mendapat bekalan Gudang Garam dengan harga RM3.00 sekotak. Jika Gudang Garam melambung ke RM5.00 sekotak, mereka tetap boleh mendapat entah apa saja jenama pada harga di bawah RM2.00. Paling tidak mereka akan gintil sendiri asalkan bekalan tembakau tetap ada. Ibaratnya, rokok dan Melayu terpisah tiada. Seperti di Indonesia, rokok dan Islam harus bergandingan. Sekitar 34 peratus rakyat Indonesia merokok dan di kalangan lelaki Indonesia, 69 peratus dari mereka merokok (rujuk https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1360407/ untuk melihat kadar merokok bagi negara-negara Islam). Bagi orang Indonesia, nikmat puasa paling indah adalah saat boleh berbuka dengan merokok. Tanpa merokok, nikmat berbuka puasa pasti tidak lengkap. Tabuhan beduk berbuka puasa sudah kian menjadi tanda panggilan kenikmatan menunggu saat untuk boleh merokok.

(3) Cuba lihat sisipan berikut The tobacco epidemic is one of the biggest public health threats the world has ever faced, killing more than 7 million people a year. More than 6 million of those deaths are the result of direct tobacco use while around 890 000 are the result of non-smokers being exposed to second-hand smoke. Around 80% of the 1.1 billion smokers worldwide live in low- and middle-income countries, where the burden of tobacco-related illness and death is heaviest. A fifth of the world's population is Muslim,and most Muslims live in areas where the prevalence of smoking is high and often increasing. But even among the many Muslims living in Europe, smoking prevalence (particularly among men) remains high. For example, in England in 2004 the overall prevalence of smoking was 40% in Bangladeshi men and 29% in Pakistani men compared with 24% among the male general population Itu bagi para perokok. Bagi bukan perokok pula Second-hand smoke is the smoke that fills restaurants, offices or other enclosed spaces when people burn tobacco products such as cigarettes, bidis and water-pipes. There are more than 4,000 chemicals in tobacco smoke, of which at least 250 are known to be harmful and more than 50 are known to cause cancer.

(4) Jika orang Melayu sedar, merekalah golongan yang paling terkesan kerana merokok. Langsung atau tidak langsung, kerana Melayu yang paling ramai merokok, maka merekalah paling terkesan. Melayu membunuh Melayu tanpa sedar.

(5) Berdasarkan citing berikutnya ini, jelas tembakau adalah tanaman yang diperkenalkan oleh Barat khususnya Spanyol ke seluruh dunia selepas penemuan mereka di benua Amerika. Tobacco has long been used in the Americas, with some cultivation sites in Mexico dating back to 1400–1000 BC.Many Native American tribes have traditionally grown and used tobacco. Eastern North American tribes historically carried tobacco in pouches as a readily accepted trade item, as well as smoking it, both socially and ceremonially, such as to seal a peace treaty or trade agreement. In some populations, tobacco is seen as a gift from the Creator, with the ceremonial tobacco smoke carrying one's thoughts and prayers to the Creator. Following the arrival of the Europeans to the Americas, tobacco became increasingly popular as a trade item. Hernández de Boncalo, Spanish chronicler of the Indies, was the first European to bring tobacco seeds to the Old World in 1559 following orders of King Philip II of Spain. These seeds were planted in the outskirts of Toledo, Spain more specifically in an area known as "Los Cigarrales" named after the continuous plagues of cicadas. Tobacco became so popular that the English colony of Jamestown used it as currency and began exporting it as a cash crop; tobacco is often credited as being the export that saved Virginia from ruin.Tobacco smoking, chewing, and snuffing became a major industry in Europe and its colonies by 1700.

(6) Hakikatnya, dari pemerhatian penggunaan tembakau oleh masyarakat Mesoamerica dan Amerika Selatan, penjajah-penjajah Sepanyol, Portugis, Belanda, dan British kemudiannya telah mengembangkan penggunaan tembakau ke seluruh dunia sebagai bahan upahan untuk para hamba abdi dan kuli-kuli di segala perusahaan berat mereka di seluruh tanah jajahan. Di Nusantara khasnya, rokok dan ganja dijadikan bahan upah untuk para boroh di ladang-ladang tebu, rempah ratus malah lombong-lombong. Akibatnya, khususnya di Indonesia dan Filipina, masyarakat perborohan di sana sangat terikat dengan budaya merokok agar kuat dan ulet mengabdi. Kebejatan hebat para penjajah. Rokok dijadikan bahan upah. Bahan itu mereka kuasai. Tenaga pribumi mereka peras dengan memberi upah yang cukup mengenagihkan. Saat ketagih, mereka pasti mudah diperas dan diperhambakan. Manusia seperti Jose Rizal, menyaksikan betapa bangsanya diperbodoh diperhambakan, lalu berusaha keras memerdekakan Filipina, namun mereka selepasnya, tetap tidak mengerti betapa bangsa mereka terus terjajah dengan tidak membuang tabiat merokok. Samalahlah kesannya kepada industri keretek di Indonesia. Hanya beralasan bahawa industri kretek harus kekal demi masa depan industri cengkeh dan tembakau, maka siapapun tidak boleh menyentuh keunggulan indusri kretek. Biar rakyat Indonesia biar dari Kiyai sampe ke pemungut sampah, semua ketagih keretek tidak mengapa asalkan perkebunan cengkeh dan tembakau terus lestari, tanpa sedar yang untung besar bukanlah petani cengkeh dan tembakau tetapi pengusaha tembakau dan industri kretek milik asing atau bukan pribumi. Para pribumi biar kurus kering berpenyakit terus menjadi pelangan setia kretek. Indonesia merdeka dari Belanda, tetapi terjajah oleh industri kretek.

(7) Mungkin suatu ketika dulu di zaman Buddha dan Hindu, orang-orang Melayu suka menyirih, menginang, dan bersugi lalu kemudian diganti dengan rokok gintil daun jagung dan tembakau dan kini menjadi rokok. Inilah juadah energy booster zaman dulu. Saya berkira, sisa-sisa budaya ini mengakar hebat di kalangan para petani dan nelayan. Bagi masyarakat kampung, merokok mungkin bukanlah sesuatu yang perlu dibinggungkan. Mereka sudah biasa sebegitu, dan tabiat merokok mereka lebih berupa kegiatan santai dari segala kebosanan. Kehidupan kampong yang agak longlai dan lembap menjadikan merokok sebagai kegiatan santai yang cukup mengasyikkan. Lantaran masyarakat Melayu rata-rata berasal dari kampong, budaya merokok mereka kemudian bawa ke mana saja mereka berhijerah.

(8) Di sudut kelompok pekerjaan paling besar merokok di kalangan orang Melayu, selain dari para petani dan nelayan, mereka yang bekerja di sektor keselamatan adalah paling ramai merokok. Saya tidak menidakkan golongan lain juga ramai merokok seperti di kalangan kerjaya perborohan, dan malah professional tertentu. Polis, tentera, para pengawal keselamatan dan setaranya adalah paling ketara golongan yang sangat ramai merokok.  Bahkan jika diperhati di seluruh dunia, inilah kalangan yang paling ramai merokok. Mungkin, jika kita prihatin, semua ini berpunca dari warisan budaya penjajah. Di zaman penjajahan, para juru latih ketenteraan dan kepolisan adalah dari bangsa penjajah. Mereka ini cukup bergaya dengan merokok. Lantaran itu, saya menduga, teladan sebegitu menjadi ikutan kepada para pelatih pribumi sehingga kemudiannya menular menjadi suatu jati diri sektor keselamatan.

(9) Dalam tulisan ini, saya ingin memberikan tumpuan khusus kepada sikap merokok di kalangan penjawat di bidang keselamatan memandangkan ketagihan rokok pada golongan ini sangat memberikan kesan yang jauh lebih luas dan mendalam. Mereka merokok katanya untuk mengekang dari rasa mengantuk. Bertemankan rokok, mereka akan sentiasa segar dan dapat bertahan untuk tidak tidur dengan lama. Biarpun itu benar, sepertinya alasan para petani, nelayan dan perborohan, di mana alam pekerjaan dan kehidupan dalam dunia keselamatan adalah cukup menekan, stressful. Nikotin rokok dijadikan sandaran bagi mengekang tekanan di kalangan para penjawat sektor keselamatan. Perlu juga disedari, kalangan ini adalah mereka yang cukup tidak lumayan tahap gajian mereka. Bukan sekadar itu, inilah golongan yang saya kira paling sukar untuk mendapat pembiayaan bagi pembelian kenderaan dan rumah. Alam pekerjaan dan alam sosial mereka cukup menekan. Maka dengan harga rokok terus meningkat, saya yakin tekanan kepada perokok di kalangan mereka di sektor berkenaan pasti bertambah-tambah. Merokok tidak mengurangkan tekanan, malah menambah-nambah tekanan. Kenaikan harga rokok secara berterusan sedang rasa ketagihan merokok juga terus meningkat, dua genjala ini boleh mengakibatkan kaki merokok di kalangan mereka boleh jadi hilang pertimbangan dan integriti. Kesannya, maka memungkinkan budaya rasuah dan atau penyelewenagn kuasa menjelma dan menular di kalangan sebahagian dari mereka. Jika pihak di mana keselamatan awam dan Negara adalah di bahu mereka, dan jika mereka menjadikan rasuah dan penyelewenangan kuasa sebagai jalan memenuhi keperluan wang tambahan maka genjala itu pasti sangat membahayakan rakyat dan Negara.

(10) Golongan di sektor keselamatan, jika di kaji secara mendalam dan menyeluruh adalah kalangan yang sangat bermasalah setelah mereka pencen dari jawatan mereka. Kerajaan perl;u dan sering didesak untuk membantu mereka khusus dari sudut perumahan dan keperluan sosial lainnya. Benar mereka adalah kalangan yang diberi kadar upah yang agak tidak wajar. Dengnan kadar upah yang tidak selaras dengan keperluan hidup, ditambah dengan tabiat suka merokok dan seterusnya berbelanja kopi berlebih-lebih, pastinya kesempitan hidup mereka terus menokok serta tiada kesudahan. Katalah seorang penjawat di bidang keselamatan merokok sekotak sehari, dengan rokok seludup dan atau mruahan RM2.00 sekotak. Pasti sebulan dia menghabiskan RM60.00. Setahun sudah menjadi RM720.00 dan untuk tempoh perkhidmatan katakan 25 tahun sudah menjadi RM18,000.00. Jika ditokok dengan keperluan untuk santai merokok dan mengupi, pastinya angka itu boleh mencecah RM40,000.00-60,000.00. Angak ini kelihatan kecil untuk julat masa 25 tahun. Namun kesan-kesan lain merokok seperti kesihatan diri dan keluarga, jika dihitung betul-betul pasti boleh mencecah sehingga RM100,000.00. Maka kenapa kita harus berbuat sesuatu yang tidak mendatangkan manafaat buat diri dan keluarga? Kita rosak, pembuat, pengedar, malah penyeludup dan penjual rokok mendapat untung besar, kita sampa waktunya terjerut sendiri.

(11) Kita harus sudah sedar, jika desakan keperluan wang di atasi dengan jalan rasuah dan penyelewenagn kuasa maka, segala bentuk penyelewengan akan mengiringi dan terus berlaku. Paling merbahaya adalah penyeludupan. Segala bentuk penyeludupan boleh terjadi dari bahan-bahan tidak merbahaya seperti makanan dan keperluan industri terus berkembang ke segala macam bentuk dadah, persenjataan dan bahkan memperdagangkan manusia. Jika ini terjadi, bukan sekadar keselamatan awam dan Negara terjejas, bahkan ekonomi Negara juga pasti terkaitan buruk.

(12) Maka adalah tidak heran jika Israeal dan Amerika telah memutuskan untuk membina tembok besar menyekat aliaran penyeludupan di perbatasan mereka, biar itu tidak terkait dengan perihal merokok. Di Malaysia, perbatasan Thailand dan Indonesia (malah Filipina) sedang dijadikan syurga bagi para penyeludupan rokok lantaran permintaan terhadap rokok mampu beli adalah sangat tinggi di Malaysia. Dari kegiatan menyeludup rokok, pasti segal macam kegiatan penyeludupan lain juga berlaku. Perbatasan kita bocor. Lantaran itu, rakyat menghadapi kesan sosial buruk dan Kerajaan kehilangan punca atau biaya pendapatan.

(13) Sikap perokok yang paling tidak saya suka, adalah mereka suka membazir masa serta mengotorkan kawasan. Perhatikan sikap perokok. Biasanya mereka suka mengelamun. Kedua, saat selesai merokok, ke mana mereka membuang puntong-puntong rokok? Jika peminum kopi hebat, contohnya Kopi Jawa, mereka akhirnya dapat menulis Java Script untuk segala macam program komputer dan elektronik dan menjadi ledakan baru ketemadunan manusia, maka apakah penemuan terhebat para perokok terhebat? Sememangnya di seluruh dunia, Rothman adalah lambang lumba pecut kereta dan bahkan permainan bola terhebat. Cuba lihat, apakah pelumba kereta pecut merokok? Sama juga, apakah pemain bola terhebat merokok? Rata-rata tidak. Maka apa maksudnya?

(14) Saya amat setuju dengan langkah Kerajaan dalam mengharamkan kegiatan merokok bermula di tempat-tempat makan lalu ke pejabat-pejabat serta tempat awam lainnya. Saya sangat berharap Kementerian Kesihatan khasnya harus memulakan Kempen Bersih Rokok di kalangan semua penjawatnya dan Jabatan Perdana Menteri, kemudian dikembangkan ke Kementerian Pertahanan (MoD), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seterusnya kementerian-kementerian lain.  KKBS dan MOA seharusnya mengambil langkah jauh ke depan dalam perihal ini, di mana mereka boleh mengerakkan para belia dan masyarakat ke arena kecergasan dan pemakanan sihat contohnya Run & Juice iaitu mengadakan kegiatan kecergasan sambil mengambil minuman jus buah-buahan tempatan. Kaunter-kuanter rokok harus digantikan dengan Kounter Makanan dan Minuman Sihat Tempatan  dan ini mungkin baik diperkenalkan di semua hospital dan klinik di seluruh Negara. GLC-GLC juga harus digalakan untuk bertindak sama dan akhirnya menjadikan Negara ini sebagai Negara Bebas Rokok. Tidak merokok harus jadi budaya kita. In Shaa Allah.

Kuching, Sarawak
1-11 April, 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.