.

11/1/14 KAJANG EKO KAJANG BERLIPAT....Di Kajang den sajo nak tumpang lalu!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 29, 2014

Share

& Comment

Entah berapa banyak antara kita pernah melihat dan atau masih ingat apa itu kajang. Dalam filem Melayu klasik, rumah-rumah Melayu khususnya di pinggiran sungai dan laut, sering dindingnya dibuat dari kajang. Jangan pula kita keliru dengan masyarakat Kajang di Sabah. Kajang sebenarnya adalah satu hamparan penutup terbuat dari sulaman daun-daun nipah muda. Gunanya adalah sebagai atap atau dinding sementara gubuk atau dangau. Sering ianya digunakan untuk menutup jemuran seperti bijirin, ikan kering atau tepung sagu. Sebelum kedatangan plastic sheet kajang sangat penting khusus di kalangan masyarakat nelayan dan petani di kawasn persisiran. Sebab itu, Nordin Ahmad dalam sebuah filem lakunannya, saat gagal bercinta dia bermadah: Kajang tuan kajang berlipat (dari nipah), kajang saya mengkuang layu (kurang bermutu), dagang tuan dagang bertempat (fulltime), dagang saya menumpang lalu (kecil saja)

(2) Saya berkira, di tahun 2014 ini kita akan memberikan tumpuan berat kepada cara mana untuk mengujudkan segala peluang bagi meningkatkan pendapatan rakyat biar di bidang pekerjaan dan atau perusahaan, khusus bagi menangani masalah sara hidup yang kian memuncak. Namun, mungkin bagi menghangatkan kedinginan dari perubahan cuaca yang melanda Negara kini, tiba-tiba tercetus political heat di Kajang, Selangor. Anwar Ibrahim, biarpun SPRM belum memutuskan samada akan mengadakan PRK atas sebab perletakkan jawatan ADUN Kajang telah diumumkan sebagai calun PKR bagi PRK tersebut. Biar apapun, saya berkira, SPRM perlu pass over tuntutan demokrasi Barat ini secepatnya. Jika PRK tidak diadakan atas apa sebab sekalipun, pasti Malaysia akan menjadi democratic outlier State. Jika ini terjadi, pasti Mustapha Muhammed perlu bekerja lebih keras untuk memastikan aliran FDI ke Negara ini tidak terjejas teruk. Nyayo ko Tok Pa. Kita akhirnya tidak henti-henti seronok berpolitik, sedang kebajikan Negara kian kita pinggirkan. Sepertinya, orang politik sangat seronok rakyat dalam keresahan supaya mereka terus kembong perut berpolitik sedang perut rakyat kempes terjerut terus.

(3) PRK Kajang akan jadi sangat menarik. Kajang sememangnya dari dulu adalah kawasan Pembangkang yang kuat. Kehadiran HQ Dong Jiao Zong di Kajang sangat menyumbang kepada kesuburan suasana pembangkang di sana. Apa lagi suatu ketika dulu, Anwar Ibrahim lewat ABIM serta dipacu baik oleh PAS, sangat menyemarakan rasa anti establishment di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang letaknya kira-kira hanya sekitar 10 Km dari Kajang. Saya kira UKM sehingga kini masih belum neutral. Pembangunan Bandar Baru Bangi (BBB) juga sangat mempengaruhi sentimen politik di Kajang. Kehadiran golongan Menengah Melayu yang tinggi di BBB sangat lain fikiran mereka. Jiran Kajang, iaitu Cheras dan Semenyih juga sangat menarik pola demografinya. Apa lagi Kuala Lumpur hanya sekakang kera dari Kajang. Kajang, Semenyih, Cheras adalah kawasan limpahan kemacetan Kuala Lumpur, kawasan di mana mereka berpendapatan rendah menumpang berteduh dari kos sewaan yang membunuh di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putera Jaya, Puchong, dsbnya. Maka adunan demografi Melayu kelas berpendapatan rendah (yang susah) dan menenggah (yang sympathetic) dan masyarakat Cina dan India yang sudah sekian lama enak membangkang adalah cabaran yang sangat mengusarkan Barisan Nasional (BN) jika mereka hendak menawan Kajang. Apa lagi, keadaan MCA yang suatu waktu dulu adalah dominan di sini, kini masih terkotang kating belayar di laut tidak bertepi.

(4) Paling kritis, jago PKR sendiri akan turun bermain di Kajang. Anwar Ibrahim atas gerakan Islam dan Melayunya dulu-dulu, pasti mempunyai ramai silent sympathizer di Kajang.  PAS dan DAP sangat tebal pengaruh mereka di  Kajang dan kawasan-kawasan sekitarnya. Tambah lagi jika faktor Mike Tyson dapat diguna penuh oleh PKR di sini, maka semakin parahlah peluang BN untuk menang.  Untuk BN give way itu pasti bukan langkah jantan. Untuk bertentangan, keputusannya seperti sudah jelas. Apa pilihan yang ada buat BN?

(5) Sebetulnya sejak saya menuntut di UKM Bangi pada 1982-84, masalah besar di Kajang yang belum dapat diselesaikan sehingga kini adalah masalah Internal Road Networks, Affordable Housing, Goods and People mobility (Public Transport) and Racial Economic Balance. Saya juga perhatikan, Kajang seperti sudah menjadi black area untuk banyak kegiatan gelap. Ini menunjukkan public security menjadi masalah lain yang sangat glaring di sana. Dalam PRK ini, jika diadakan, sangat mustahil bagi BN untuk dapat memenuhi masalah berpanjangan ini. Political pull-push factors sangat banyak memihak kepada PR.

(6) Sesungguhnya, Anwar Ibrahim belajar dari Nordin Ahmad dalam memilih wadah bagi political advancement beliau. Dia beratap kajang sebelum beratap genting. Dia menumpang berdagang, sebelum menetap berumah tangga beranak pinak. Dia berkemah di Kajang untuk mampir menginap di Putera Jaya. Kajang tuan kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, datang tuan sudah bertempat, datang saya saja nak tumpang dulu. PRK Kajang akan menyaksikan the Clashes of the Grand Political Strategies. Tidak lama selepas PRU13, dua PRK telah diadakan pada 2013. Satu di Kuala Besut, Trengganu dan satu di Sg Limau, Kedah. UMNO lwn PAS: 1:1 Saya lihat di Kuala Besut, strateginya amat Melayu, santun, tunduk ke bawah tidak gila-gila cah keting gomo gedebe. UMNO seolah-olah menjadi ular menyusur akar. Di Sg Limau sangat berbeza. Mungkin kerana faktor Mukriz, banyak mai nak dekat-dekat Mukriz, banyak mai tunjuk-tunjuk muka, buat-buat baik, buat-buat heboh, puyo sebetulnya, saja-saja buat-buat kalut. Di Kajang, pasti gempak. BN adalah King. Anwar adalah King Kong. King lawan King. Kemenangan adalah tuntutan semua pihak. Cuma apa yang saya khuatiri jika BN termakan jerangkap, bukan sekadar, cerita Pak Kadok menjadi kebenaran; menang sabung kampung tergadai, malah jadi Si Lunchai terjun dengan labu-labunya. Namun, Allah itu MahaPengasih MahaPenyayang, Dia sayangkan Melayu. Sedikit nur telah Dia tunjukkan tentang adanya kemungkinan jalan keserasian, jika ini dapat dizahirkan secara tulus ikhlas, UMNO kembali kepada fitrah Melayu resmi padi, makin berisi semakin tunduk; biar menjadi ular menyusur akar, saya pasti Allah akan memberikan rahmatNya dalam kemenangan yang membahagiakan. Saya mengira, di Kajang, sesiapa bijak menganalisa polar demografi semasa, lalu dapat memberikan harapan munasabah pasti akan berada dalam upper hand. Suatu bahan kajian Sains Politik yang sangat baik untuk para pensyarah dan pelajar di UKM (dan UPM). Juga saya yakin Betting akan berluasa biar dalam BN juga dalam PR dalam PRK Kajang nanti. Ini pasti suatu bahan analisa gaming yang sangat baik kemudiannya. Inilah menariknya Malaysia, penuh warna, penuh citra!

Kuching, Sarawak
29 Jan., 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.