Sholat adalah ibadat yang sering Allah tekankan di dalam Al Quran. Banyak sebabnya. Bahkan perintah untuk bersholat adalah sebuah perintah yang Muhammad SAW dapatkan langsung dari Allah di ArasiNya. Muhammad SAW terpaksa ke Arasi Allah untuk mendapatkan perintah tersebut dan membawanya pulang untuk semua Umat Islam. Lain-lain perintah, Allah sampaikan lewat Gibrail. Dan untuk membolehkan Muhammad SAW dapat "menerima dan membawa" perintah tersebut, baginda terpaksa melalui proses "pembersihan" terlebih dahulu. Maka jika dikaji secara teliti dan meluas akan asal usul serta segala keperluan sholat dan bersholat, pastinya mengetarkan jiwa sesiapapun. Namun dalam tulisan ringkas ini, yang ingin saya tekankan adalah soal kegelisan iktibar dari menjaga masa dalam menunaikan sholat. Gelis dalam istilah Jawa halus, Jawa Ningrat, adalah tangkas menepati masa. Dalam bahasa Jawa kasar, Jawa Pasar, ianya juga boleh bermaksud menyat atau lekas-lekas bergegas, tidak lengah-lengah. Konsep gelis, menyat, lekas-lekas dan bergegas adalah sama dengan konsep Just In Time JIT dalam budaya pengurusan Jepun. Allah menghendaki kita menjaga sholat kita, bukan sekadar waktu dan tertibnya, namun juga harus pada ketepatan masanya.
(2) Saya berkira sangat bijak dan seharusnya kekal sebegitu, bila Menara Jam dengan kalimat Allah dijadikan panduarah Al Haram di Mekah. Kita perlu menghargai "masa" yang Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya masa adalah peluang dan masa tidak berulang. Mungkin kita juga harus mengambil iktibar dalam soal ini.
(2) Cuma sayang, kita kurang memahami akan keperluan gelis, menyat, lekas-lekas atau bergegas dalam menunaikan sholat hanya kerana Allah telah memberikan kelonggaran dengan adanya julat tempoh yang sangat selesa di antara setiap waktu. Tujuan julat tempoh tersebut, saya yakin agar manusia punya kecukupan persediaan untuk menunaikan sholat, bukan untuk berlengah-lengah. Saya yakin, segaja Allah lebih memuliakan cara Dia memberikan perintah bersholat, sebagai tanda Allah menghendaki agar kita menghormati masa, seperti peringatannya kira-kira bermaksud: ...demi masa... juga ....ingatlah muda sebelum tua, ingatlah senang sebelum susah, ingatlah sihat sebelum sakit..... Dalam budaya Arab sehingga kinipun, masa buat mereka adalah a luxury yang tidak perlu diperhitungkan sangat. Begitu juga kepada Umat Melayu. Berapa banyak umat Melayu yang benar-benar menghormati masa? Maka dengan sebab itulah, kerana Allah sayangkan Umat Melayu dan Arab yang sangat tidak menghormati masa, maka Islam yang menekankan kepentingan masa, Allah anugerahkan secara "istimewa" kepada dua Umat ini serta yang lain-lain yang juga sebegitu sifat mereka. Islam adalah penyelamat kepada umat-umat yang lemah. Bayangkan jika Muhammad SAW Allah turunkan kepada Umat Jepun, Korea, atau Jerman. Pastinya, Islam akan mereka milik bangsakan sepertinya kaum Yahudi. Sesungguhnya pergaulan ringkas saya dengan masyarakat Yahudi semasa di Denver Colorado, saya perhatikan mereka sangat tidak mahu berlengah-lengah, mereka punya sikap keras dalam merebut meregut apa saja peluang demi kejayaan bangsa mereka
(3) Ibrahim Ali, bekas MP Tanah Merah mengutus SMS kepada saya yang dia terima dari rakan-rakan lainnya yang berbunyi: Mereka memaksa saya, serta menyakitkan saya, agar saya mengaku kalah serta menyerahkan kuasa. Namun tidak sekali-kali saya akan berbuat sebegitu, kerana itu adalah lebih sakit buat saya. Morsi, President Mesir dalam tahanan. Sebegitulah SMS Morsi yang dalam tahanan pihak tentera di Mesir kepada para penyokongnya. Apapun maksud dan tujuan sebenar Morsi, hanya dia dan Allah yang tahu. Buat saya, seluruh Umat Islam di dunia, hanya mampu melihat dan mendengar sepertinya juga apa yang pernah terjadi kepada Anwar Sadat, Yaser Arafat, Sadam Husein, Muamar Ghadafi, dan kini Asad. Lantaran itu saya ingin, menebarkan iktibar dari segala ini, khusus kepada para pemimpin dan penjawat awam, GLC serta swasta Melayu, apakah perlu suatu waktu nanti kita juga perlu menghantar SMS yang serupa kepada sesiapa lantaran kemunduran dan kehancuran Melayu?
(4) Adalah sangat mendukacitakan, di saat kita berkedudukan, biar sekecil mana, kita suka berlengah-lengah dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Ummah. Tanggungjawab kekhalifahan kita, kita sering pinggirkan. Kita suka berlengah-lengah kerana kita berkepala batu, berjiwa kerdil, berfikiran sempit, jumud-tok-tok, malas, penakut, menjaga kepentingan diri, khianat, dengki, atau atas apa juga alasannya, yang pasti akibatnya adalah kegagalan bangsa. Sepertinya, Morsi selepas dapat menumbangkan boneka Mubarak dia gagal dengan cepat mengambil tindakan keras dan tegas dalam menyelesaikan masalah Umat. Dia terkial-kial berkemelut dalam soal prinsip tanpa ingat kepada pesan Muhammad SAW betapa ...kemiskinan adalah lebuh raya kekufuran.... Rakyat Mesir bangkit menumbangkan Mubarak kerana rata-rata rakyatnya miskin, tak cukup makan, namun keadaan tidak juga berubah bila Morsi yang seharusnya berkebajikan tersangat lemah tindakannya. Dia lupa kedaan dharurat. Dia lupa akan musibah peralihan kuasa Umar Al Khataab dan Usman Affan. Bila kepayahan meluas melanda rakyat, rakyat dengan mudah bercelaru fikiran yang akibat jelasnya adalah dengan mudah dipesongkan. Begitulah hakikatnya yang sedang berlaku yang boleh membawa tumbangnya Sadam Husein, Muamar Ghadafi, serta kini Assad di Syria. Suharto dan Gus Dur di Indonesia juga mengalami nasib yang sama atas alasan yang sama. Namakan siapa saja di dunia ini, saat jadi pemimpin, tidak tahu mengutamakan masalah rakyat, pasti akan tumbang. Di Malaysia, sama saja. Abdullah Ahmad Badawi menerima nasib yang sama. Kini Najib (dan yang lain-lain) juga sedang dilihat keras, apakah dia hanya sekadar gemar melaung dari meneliti kebenaran hakiki dan bertindak gelis berani? Masa pasti akan menentukannya.
(5) Hakikatnya, banyak perkara terlepas dari tangan Melayu lantaran kita suka berlengah-lengah. Apa saja hal yang kita tidak berlengah-lengah? Hampir semua hal yang membawa kebaikan kepada umat kita, pasti kita suka berlengah-lengah. Kita hanya gelis, menyat, tangkas, lekas-lekas, bergegas bila melibatkan hal-hal yang boleh membawa keburukan kepada diri dan bangsa. Dalam soal dengki, khianat, iri, cemburu, menjaga kepentingan diri, rasuah, tikam menikam, dsb, adakah kita suka bertangguh berfikir beristifar sepuasnya? Pasti tersangat jarang.Kenapa? Cubalah kita menyelidiki memahami luas dalam akan kenapa Allah terlalu "beria-ia" agar kita menjaga sholat. Saya yakin, jika itu dapat kita lakukan segera, pasti sikap kita terhadap segala-galanya akan berubah.
Kuching, Sarawak
16 Julai, 2013
3 comments:
Hebat tulisan ini. Tahniah.
Assalamualaikum..
Saya sering membaca tulisan-tulisan tuan di alam blog ini. Teringat sewaktu di awal kebangkitan Arab (Arab Spring), tuan dengan sinis mengambil kata-kata rakan tuan dari Yaman yang mengatakan "orang Mesir ini badan saja besar, tapi pengecut". Namun hari ini terbukti bahawa orang Mesir ini merupakan satu bangsa yang tak akan goyah walau berhadapan dengan peluru-peluru hidup.
Morsi dipilih secara demokrasi walaupun terpaksa menghadapi 'election fraud' yang amat dahsyat. Di sesetengah tempat (contohnya Syubro), pengundian terpaksa dijalankan 4 kali. Antara sebabnya ialah keputusan seri. Jika difikirkan sekali imbas, mana mungkin jumlah pengundi berpuluh ribu keputusannya seri.Kebarang-kaliannya amat kecil.
Namun kemenangan ini akhirnya dirampas oleh askar dengan cara yang sungguh bacul. Ingat, Morsi jatuh bukan kerana rakyat, bukan kerana beliau tidak cakna dengan masalah rakyat,atau gagal menangani masalah kemiskinan.Malah beberapa transformasi ekonomi yang dikemukakannya dilihat mampu membawa Mesir ke arah yang lebih makmur. Namun seperti yang kita lihat di seluruh dunia Islam,tindakan bacul politikus yang menghalalkan apa juga cara asalkn dapat memegang tampuk kekuasaan akhirnya menjatuhkan Morsi.
Satu lagi perkara,Saiyidina Usman tidak menghadapi banyak masalah sewaktu peralihan kuasa di waktu kewafatan Saiyidina Umar, malah enam tahun pertama pemerintahan baginda merupakan zaman makmur pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Namun setelah perluasan kuasa negara Islam, sewaktu rakyat hidup dengan sejahtera dengan hasil negara melimpah ruah, muncul golongan yang menabur fitnah sehingga Saiyidina Usman akhirnya jatuh.
Mungkin tak banyak bezanya cerita Saiyidina Usman dan Morsi. Yang pasti golongan munafiq dari apa zaman pun tak akan senang melihat Islam dimartabatkan
Saya bersetuju dengan pandangan sdra(i). Pertama, Morsi telah melakukan perubahan (perkataan Melayu bagi transformasi kegilaan Najib Razak yang jadi ikutan semua, biarpun Melayu ada istilah tersendiri bagi maksud tersebut). Namum cara dia melakukan perubahan adalah "tidak kelihatan". Bagi saya dalam mengurus Negara, perubahan bukan sekadar dikatakan (laungankan dalam prihal Najib) tetapi dikatakan, dijelaskan, diperlihatkan secara terang. Buat rakyat, keberhasilannya mereka boleh menunggu, namun, mereka mahu jelas tentang kesungguhan usaha. Di dalam ketenteraan, "action speak the result". Biarlah kita bermandi keringat dari bermandi darah dan air mata, saat segalanya usai, kita kesal tidak berkesudahan. Itulah maksud saya, bila ada kesempatan kita masih lesu, berlenggah-lenggah.
(2) Orang Mesir kerdil, itu cabaran teman saya dari Yaman. Lihat saja, Mesir adalah salah satu asas ketemaddunan manusia. Namun, kerana rakyatnya sejak dulu terus saya di"kerdil"kan ditindas biar dizaman sebelum, semasa dan selepas Firaun, apa lagi dizaman British sehingga kepada Mubarak, maka terus kerdillah mereka sehingga kini. Yang hebat tentang bangsa ini, adalah "kegemaran bercanggahan". Inilah sia-sisa warisan "pemerintahan pecah dan belah". Sama halnya dengan keadaan di Malaysia, khususnya Malaya sehingga kini. Lalu, akibatnya "musang berbulu ayampun masuk ke reban" membaham semua. Mudah-mudahan selepas puas "kepala rakyat dipijak" baru mereka bangkit sedar betapa mereka sebetulnya gagah.
(3) Dengan pergolakkan di Mesir, Syria, kini melarat ke Lubnan dan mungkin Jordan, apakah sikap kita masyarakat Islam Malaysia. Sekadar mengeluarkan kenyataan dari Wisma Putera, atau sekadar menonton Al Jazeera (kemunginan alatan Yahudi)? Tidakkah kita, khususnya Muhyiddin Yasin apa lagi Najib Razak, dapat menangkap sesuatu dari peristiwa Pemburuan Yahudi dizaman Hitler? Setidak-tidaknya saya berkira, pihak universiti-universiti di Malaysia khususnya UIA apa lagi UKM, UM dan USM; bukan mengenai nasib para pelajar kita di sana, tetapi tentang intelecctual flight yang pasti berlaku kini di kalangan universiti-universiti di negara-negara tersebut.
(4) Agaknya, kenapa pujangga Melayu dulu-dulu mencipta falsafah Menangguk di air keruh, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan? Mengertikah Muhyiddin dan Najib akan kiasan falsafah ini? Pergilah panggil Rais Yatim yang dah tak ada kerja itu untuk menjadikan segala perumpamaan dan pribahasa Melayu sebagai landasan falsafah dan mengatur gerak dari maksud nyata dan tersirat akan semuannya. Kita jangan pula jadi Melayu kerdil akal.
Post a Comment