Bila seseorang Islamis berhujah tentang Pemerintahan Islam maka rujukan utama beliau adalah Pemerintahan Muhammad SAW dan Khalifah Besar selepasnya. Cuma sayangnya, di rantau sebelah sini, tidak banyak dokumen yang boleh sesiapa teliti tentang itu melainkan mereka yang punya latar belakang meluas dalam pengajian Arab. Pun begitu golongan berpendikan Arab, tidak secara hebat menebar Islam bawaan Muhammad SAW dan kembangan para Khalifah Besar. Mereka masih terikut-ikut cara pondok dan madrasah. Dan sejarah kewujudan Ikhwan Muslimim Islamic Brotherhood biar apapun namanya sekalipun di mana-mana 57 buah Negara Islam, ianya sangat terkait dengan usaha menentang penjajahan Barat. Contoh paling dekat adalah Gerakan Pondok dan Madrasah Melayu sebelum kemerdekaan Negara. Biarpun asalnya mahu membebaskan Negara atas nama perpaduan dan kesucian Islam dari Kafir British namun kerena tidak tahan asakan Penjajah maka Gerakan Pondok dan Madrasah akhirnya menjadilah sebagaimana ianya beroperasi sehingga kini. Inilah yang terjadi di Malaysia, Indonesia, Pattani, Kemboja, dan bahkan di Selatan Filipina. Institusi Pondok dan Madrasah ditekan dan dibatas hanya menjurus kepada soal-soal mati dan adat yang British sebutkan sebagai agama dan adat istiadat. Itulah mulanya maka Institusi Melayu akhirnya hanya terbatas mengembang kepada soal-soal Adat Istiadat Melayu dan "Islam". Saya gunakan "Islam" kerana, "Islam" yang diperjuangkan oleh institusi Melayu pada hakikatnya bukanlah Islam seluas sedalam bawaan Muhammad SAW dan para Khalifah Besar selepasnya. "Islam" yang dibawa tersempit kepada soal-soal sesudah mati. Sebetulnya tekanan ke atas Institusi "Islam" tidak hanya berlaku di era penjajah malah berkelanjutan sehingga di era kemerdekaan. Apakah bedanya Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dll tentang fungsi dan skop fungsinya? Sisipan kejadian di Turki seperti saya sertakan di nota kaki tulisan ini adalah contoh paling ketara.
(2) Sesungguhnya sebegitulah kelahiran Ihwan Muslimin di Mesir. Sama juga dengan gerakan Tabligh di India di zaman Indira Ghandi yang menular ke Pakistan lalu meresap kuat ke Nusantara di sekitar 1980-1990an dan masih bersaki baki sehingga kini. Begitu juga gerakan ini menjadi Mujahiddin di Afghanistan, yang sememangnya kemudian menjadi kambing yang mudah diadu domba biar oleh Russia juga Amerika. Di Iran pula ianya muncul dalam bentuk Gerakan Syiah Fanatik di bawah kepimpinan Khomeni lalu terus menular menjadi Hizbollah di Lubenan, Jordan, Palestin dan Syria. Di Iraq dan Turki muncul pula ketumbukan Khurdistan dan kini Turki sudah dikuasai oleh parti politik "Islam" yang boleh bersekongkol dengan Barat. Semua ini adalah grand design agar "Islam" menjadi lemah dan Umat Islam jadi lembik cetek.
(3) Sedih, bila kelompok Ikhwan Muslimin telah diberi peluang untuk mentadbir Negara Mesir, kini menjurus kepada kemunginan Perang Saudara. Islam berbunuh sesama Islam, apa lagi di bulan Ramadhan. Pesanan Allah agar Umat Islam jangan sesekali berbunuhan telah tidak dihiraukan. Bagi mereka Neraka sememangnya tidak mengerunkan. Soal siapa jadi batu api, itu soal lain. Soalnya kenapa Ikhwan Muslimin tidak bersedia? Adakah kerana mereka sememangnya tidak mampu? Di Iraq, Libya, dan Syria, genjala berbunuh sesama Islam telah mengila, dan Amerika serta Zionis sememangnya hendakkan itu. Kini Mesir, salah satu Negara Islam terbesar serta punya sejarah ketemaddunan yang hebat juga sedang menuju ke arah itu. Pakistan dan Afghanistan sedang diadu domba lewat puak-puak Taliban. Begitu juga puak Kurdistan akan menjadi mangsa bangsa Iraq dan Turki. Di Negara ini apa kurangnya. PAS telah rakyat berikan mandat untuk mentadbir Kelantan, Trengganu dan Kedah. Namun, tidak ada kebijaksanaan "Islam" yang mereka tunjukkan untuk mensejahterakan rakyat. Rakyat terus miskin bahkan terlebih parah. Juga di Indonesia, lewat Gus Dur, kelompok "Islamis" juga pernah diberikan kuasa, namun apa yang berlaku malah Negara jadi kucar kacir. Sesungguhnya jika semua ini kita teliti, pasti pemikiran cetek dan dayus kita akan berkata: Islam is not a political excellent that could even bring peace what more prosperity and harmony. Kita sedang dicemuh hebat. MasyaAllah, Adeen Allah sedang dicemuh hebat. Kenapa?
(4) Hanya satu sebab mendorong kepada kelemahan Islam kita. Islam yang sedang kita amalkan sekarang ini samada hanyalah Islam untuk mati, Islam yang dipersempitkan dan atau Islam yang bercampur baur dengan Syirik, Munafik dan atau Fasik. Kita masih mengamalkan Islam berkelanjutan dari tekanan di zaman penjajah. Amalan Islam kita belum benar-benar merdeka. Fikiran Islam kita masih fikiran Islam terjajah. Kita sedang terjajah dalam bentuk lain, iaitu ketakutan, sujud belum mutlak kepada Allah. Kita sedang takut dan sujud selain dari Allah. Itulah puncanya. Kerana itu pencarian Islam kita hanyalah persediaan untuk mati dan atau Islam tempelan, iaitu Islam pada kulitnya, tidak lebih dari itu. Kita hanya mencari Islam saat usia yang sudah lanjut, tidak di awalnya, tidak dipertengahannya dan atau kita mengamalkan Islam sekadar adat ikutan, on convinient sake. Kita hanya cuba mengenal Islam saat kematian sudah terlalu dekat dan atau sesudah terpukul hebat. Sepertinya Allah menjadikan kita hanya untuk mati. Apakah itu tujuan kejadian kita? MasyaAllah.
(5) Hakikatnya, pengajaran paling besar buat Melayu lewat kelemahan kelompok Islamis dalam mensejahterakan Ummah harus kita jerap cepat dan ungguli dengan hebat. Melayu perlu melahirkan Profesional Islam. Biar siapapun kita, anak-anakan, keremajaan, pendewasaan, dan kelanjutan usia kita harus terus-terusan disuburi dengan pendidikan Islam yang tidak terhenti. Hakikatnya, pada masa ini, sistem pendidikan kita tidak memertabatkan Melayu apa lagi menegak tebar dalam luasnya Islam. Kita terlalu memberi sehingga kita sendiri terkorban. Paling dahsat terkorban akidah. Pendidikan Islam kita menjadi terlalu sempit dan singkat tersendat-sendat. Cuba tanya Muhyiddin Yasin, apakah Universiti kita mewajibkan Pendidikan Islam Lanjutan kepada para mahasiswa kita semasa mereka di Universiti jika mereka tidak menjurus dalam bidang "Islam". Adakah mereka dalam jurusan Sains Sosial, Bahasa dan Budaya, Kreatif, Professional dsb terus dididik dengan Ilmu Islam Lanjutan? Saya pasti tidak. Pendidikan Islam anak-anak kita terhenti kebanyakannnya di Tingkatan Lima. Tidak sekali-kali biarpun di Asasi dan Matrikulasi. Kenapa? Inilah bukti penyempitan dan kependekan Islam yang sedang kita terapkan kepada anak bangsa kita. Mungkin Muhyiddin Yasin serta Idris Jusoh telah lupa pesan Allah serta Muhammad SAW, betapa Ilmu yang kita miliki hanyalahy setitik air di kali yang luas, serta menghambat Ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad. Juga saya berkira, kerana kita tersangat terikat dan terikut-ikut Model Pendidikan Barat serta terlalu bacul untu keluar dari Kayukuran Barat, maka kita semakin hari semakin kian tunduk kepada Barat, kian lari dari takut dan sujud hanya kepada Allah.
(6) Saya juga berkira, sesungguhyya "Cendikiawan Islam" Melayu kini belum sampai ke tahap Cendikiawan Islam sebenarnya. Kita hanya punya mereka yang hanya boleh mengajar perkara-perkara agar nanti matinya kita tidak terlalu sulit. Namun apakah kita akan ke Firdaus, Syurga Tertinggi, belum pasti? Kita sepertinya sesudah mati akan mencapai ke sekadar Syurga Bawahan. UMNO dan PAS perlu mengumarakkan Melayu untuk menempati Firdaus, Syurga Tertinggi, bukan sekadar Syurga Bawahan. Hanya lewat agenda sebegitu akan wujud titik temu perjuangan sebenar mereka. Pada masa ini, PAS sekadar menyediakan Umat Melayu untuk enak mati sedang UMNO sekadar untuk enak sebelum mati. Mereka hanya sekadar menebar Islam secara melepas batuk di kaki tangga, tidak sampaipun ke tangga. Mereka tidak mengumarakan Melayu agar matinya mudah, serta paling bersenang lenang selepas mati. Roh kekuatan Islam sebenar seprtinya belum tumbuh dalam diri setiap Melayu.

(6) Kegalanan kelompok "Islamis" untuk mentadbir Negara dan Negeri adalah kerana mereka tidak punya Profesional Islam. Kelompok ini, kebanyakan lahir dari kelompok retorik yang tidak melihat Muhammad SAW sebagai manusia dan Khalifah Islam yang serba boleh. Sifat serba boleh Muhammad SAW tidak mereka teliti, dan jerapi, sehingga bila mereka diberi peluang untuk berkuasa, mereka jadi kera dapat bunga. Juga, Negara "Islam" pudar akan "Islam" mereka kerana mereka sedang ditadbir oleh profesional yang tipis "Islam" nya, mereka sekadar memiliki "Islam tempelan". Biar yang dinamakan Institusi Kewangan Islam sekalipun, saya tidak nampak Islamnya melainkan hanya kerana tidak terlibat dalam perkara-perkara haram. Soal untuk menyuburkan sosio-ekonomi Ummah, belum tentu terjaga baik. Hakikatnya, kita tidak berani berdiri pada landasan sendiri. Muhammad SAW dan para Khalifah Besar berjaya menegak dan memperluaskan Islam, kerana mereka tidak bersandar kepada acuan lain biar pada masa itu sudah ada bangsa besar dan jauh lebih maju sepertinya Roman dan Farsi. Muhammad SAW dan para Khalifah Besar berdiri atas Kayukuran Sendiri, berbeda dan asing iaitu Al Quran dan Sunnah. Sedang, pembinaan masyarakat Islam kita kini, kita terlalu terikat terikut akan Barat, tidak sujud mutlak kepada kehendak Allah, maka atas sebab itu, apa tidak mmungkin kita sedang fasik jika tidak munafik atau syirik. Mudah-mudahan Ramadhan ini, Allah melimpahkan Taufik dan Hidayah kepada Umat Melayu untuk sanggup berdiri atas jiwa dan tenaga sendiri berteraskan Islam seluas sedalamnya. Kita Boleh, jika kita mahu. Mudah-mudahan, InsyaAllah.
(7) Cina, Jepun, Korea, Singapura, bahkan Israel dan Jerman, apakah mereka berjaya atas telunjuk yang lain atau mereka bertegas atas prinsip sendiri? Sikap kita bagaimana?
Kuching, Sarawak
11 July, 2013.
nota:
Asakan di Turki untuk menekan gerakan "Islamis" sangat ketara bila Turki telah merdeka. Berikut saya sisipan petiak dari Wikipedia: The AKP is a political party with clear Islamic roots. It pragmatically moved to the center-right over a decade, mainly to escape the fate of its defunct predecessors. The party’s success, however, has had little to do with ideological factors. Turkish voters have been primarily concerned with bread-and-butter issues. In June 2011, they once again voted for political stability and rewarded Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan for the country’s growing prosperity and better social services, particularly in health care and housing. The victory for the AKP was historic. It was only the second time since the beginning of Turkey’s multiparty democracy in 1946 that a political party had won three consecutive elections. And it was the first time that a party actually increased its percentage of the vote at each succeeding election. The AKP received 34.28 percent of the vote in 2002. It won 46.58 percent in 2007. And it scored 49.90 percent in 2011.
It was a striking reversal. All previous Islamist parties in Turkey had been shut down by either military intervention or rulings by the constitutional court: The National Order Party, founded in 1970, was banned by the Constitutional Court in 1971. The National Salvation Party, founded in 1972, was outlawed after the 1980 military coup. The Welfare Party, founded in 1983, was banned by the Constitutional Court in 1998. The Virtue Party, founded in 1997, was banned in 2001. Turkey is notable because its Islamist parties have reemerged, more moderate and pragmatic, after each closure. “Autocratic regimes in the Muslim world often ban religious parties, which then go underground and turn violent. Turkey’s Islamists have taken a different path. Despite being repeatedly outlawed and ejected from power, pious politicians have shunned violence, embraced democracy, and moved into the mainstream,” The Economist noted in 2008. “No Islamic party has been as moderate and pro-Western as the AKP, which catapulted into government in 2002 promising to lead Turkey into the European Union.”
Erdoğan, who founded the party, actually rejects defining the AKP in religious terms. “We are not an Islamic party, and we also refuse labels such as Muslim-democrat,” he said in 2005. The AKP leader instead calls the party’s agenda “conservative democracy.” The AKP’s journey from political Islam to conservative democracy is not just the result of political expediency or respect for the red lines of Turkish secularism. The evolution of Turkey’s capitalism under the leadership of Turgut Özal in the 1980s created an entrepreneurial Muslim bourgeoisie in the conservative heartland of Anatolia. The new Muslim bourgeoisie had a greater stake in politics—and became more engaged.
0 comments:
Post a Comment