Sedang masih dalam susuan, Mutalib mengambil keputusan untuk menghantar Muhammad menyusu dengan perempuan Badwi, kelompok Arab Jahilliah yang miskin serta berpindah randah mengharungi segala kesukaran di padang pasir Bekka. Saat anak-anak Muhammad menjadi pengembala kambing. Kemudian saat remajanya, Muhammad terpaksa berdagang menaiki berkenderaan keldai dan unta sehingga ke Syam (Syria kini). Begitu juga Abdullah Ibnu Mutalib, ayahndanya Muhammad sebelumnya. Saat beberapa bulan saja menikah dengan Aminah, bondanya Muhammad, Mutalib menyuruh beliau berdagang ke Syam, di mana pemergian itu adalah jalan ajal baginya, meninggalkan isteri yang cantik manis serta Muhammad yang masih berupa janin. Ali Abi Thalib, yang mana bapanya, Abi Thalib adalah di antara anak Mutalib yang paling miskin, saat anak-anaknya telah diangkat oleh Muhammad sebagai anaknya. Sedang Muhammad sendiri adalah dalam kemiskinan, dan apa lagi saat didinobatkan sebagai nabi, keadaannnyapun tidak selamat. Senentiasa diancam kematian dan pemburuan. Juga lihat, apakah yang membentuk jiwa keras dan teguh Umar Al Khataab. Tidak ada didikan yang lebih keras dari didikan datuknya yang memaksa dia mengembala kambing, seharian hanya berbekal kurma dan kismis.
(2) Tunku Abdul Rahman Putera, hilang sebahagian besar jiwa istananya lantaran ayahndanya lebih gemar dia bermain di sawah bersama anak-anak petani di Alor Setar pada masa itu. Juga Abdul Razak Husein, biar bapanya adalah Orang Besar Pahang, namun beliau lebih gemar membiarkan Abdul Razak bersekolah dan bersama-sama anak Kampung.
(3) Biar saya turunkan sebuah jenaka yang diriwayatkan dari mulut ke mulut Melayu sedikit masa dahulu untuk jika ada yang bijak dapat menangkap kias dari dua perenggan awal tulisan ini. Suatu waktu UMNO ingin membuat derma amal. Lalu tertubuh sekumpulan pengutip derma yang cergas ke serata Negara untuk tujuan itu. Sekumpulan, pergi ke Pejabat Tamrin Gafar, yang pada masa itu adalah Pengerusi MARA. Dia dengan murah hati mendermakan puloh ribuan ringgit. Maka kumpulan ini menjadi bersemangat. Mereka memanjat Pejabat Timbalan Perdana Menteri, dan bertemu dengan En. Ghafar Baba. Ghafar hanya menghulur pulohan ringgit. Kumpulan ini menjadi keliru, tidak puas hati lalu menceritakan betapa Tamrin anak En. Ghafar yang hanya seorang Pengerusi MARA, telah menderma pulohan ribu, sedang Ghafar Timbalan Perdana Menteri hanya menderma pulohan ringgit. Mereka menuntut penjelasan. Jawab Ghafar Dia (Tamrin) tak apa, sebab bapa dia Timbalan Perdana Menteri, bapa saya (Ghafar) penoreh getah. Sesungguhnya di manakah kebijaksanaan falsafah ketulusan Ghafar jika dilihat dari sudut kemelut Melayu kini?
(4) Semalam saya terlihat Najib melancarkan Program Ala White House dalam membentuk future leaders of the Nation. Sesungguhnya, di Amerika juga di negara-negara lain di dunia, Program ini adalah disebut sebagai Internship. Dari Wikipedia, takrif internship adalah: An internship is a method of on-the-job training for white-collar and professional careers.[1][2]Internships for professional careers are similar to apprenticeshipsfor trade and vocational jobs. Although interns are typically college or university students, they can also be high school students or post-graduate
adults. On occasion, they are middle school or even elementary students. In some countries, internships for school children are called work experience. Internships may be paid or unpaid, and are usually understood to be temporary positions. Generally, an internship consists of an exchange of services for experience between the student and an organization. Students can also use an internship to determine if they have an interest in a particular career, create a network of contacts, or gain school credit. Some interns find permanent, paid employment with the organizations with which they interned. This can be a significant benefit to the employer as experienced interns often need little or no training when they begin regular employment.. Sedang Program Ala White House Najib adalah: The White House Internship Program provides a unique opportunity to gain valuable professional experience and build leadership skills. This hands-on program is designed to mentor and cultivate today’s young leaders, strengthen their understanding of the Executive Office and prepare them for future public service opportunities. The White House Internship Program’s mission is to make the “People’s House” accessible to future leaders from around the nation. Di antara remaja Internship White House yang paling terkenal sedikit waktu dahulu adalah Monica Lewinsky yang telah mengugat kedudukan Presiden Bill Clinton.
(5) Program ini saya lihat sebagai Program Kemaruk Publisiti. Dua fallacy, salah baca Najib dan penasihatnya saya lihat tentang Program ini. Pertama, Najib dan penasihat beliau gemarkan publisiti dari hakiki reality. Dari nada ucapan beliau, beliau mahu kelompok bertuah ini mempelajari selok belok gerak kerja Menteri, kemudian lewat media sosial dapat menebarkan cerita sebenar betapa kuat dan bijaknya Menteri berkenaan bekerja. Macam budak-budak duduk kat CyberCafe je bunnyinya. Elok juga, boleh mereka nanti jadi Tokey CyberCafe. Soalan saya, apa gunanya Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Menteri? Juga, apa sudah jadi dengan Jabatan Penerangan? Atau tukar saja nama Jabatan itu kepada Jabatan Kemalapan. Salah bacanya Najib adalah, adakah kekeliruan serta belotnya rakyat pada masa kini lantaran sebaran salah atau there is nothing significant to talk about? Atau, apakah ini bukti betapa Governmental Transformation Process, GTP hanyalah gimmick laungan sekadar menyedapkan diri? Najib sepertinya suka gali lobang kambus lobang. Seharusnya, apakah permasalahan sebenar rakyat. Gerakkan seluruh jentera Negara ke arah mengerakkan ekonomi Negara agar rakyat secara saksama menikmatinya. Jangan terperangjat nantinya, PAS akan menghantar para pengikutnya membuat Intership ke Aghanistan bersama puak Taliban menjerap gerak kerja Mujahiddin. Sesungguhnya di dalam dunia ini Hukum Action and Reaction pasti akan berlalu.
(6) Salah Baca keduanya, kita (Najib) hendak membina pemimpin masa depan. Kita (Melayu) sepertinya sedang kekurangan pemimpin. Kekurangan angka atau kualiti? Kualiti yang bagimana: Kapitalis, Sosialis, Patriotis, Nasionalis, Badut, Islamis?. Pemimpin bagaimana yang sedang Najib bina? Pemimpin yang sekadar bercakap lewat media sosial. Menyatakan yang baik-baik yang belum tentu baik, sekadar pemimpin hanya bisa ngoceh, ngomok, ngablon. Najib boleh semak dengan Muhyiddin atau Khir Toyo jika dia ingin tahu apa maksud istilah-istilah tersebut. Sesungguhnya Fallacy dan Illusion Najib adalah tentang ciri-ciri kepimpinan. Dia mahu pemimpin who can communicate tanpa sedar dia sedang berurusan dengan Melayu dan Asia yang mahukan bukti dari hanya tahu ngomong, ngomok. Saya berkeyakinan, dia sebenar-benarnya tidak membina kepimpinan di kalangan mereka ini. Mereka hanyalah alat untuk sekadar ngomong karo ngomok. Jika jalan ini Najib pilih, kita sebetulnya akan membina pemimpin jenis pandai jolok bontot sahaja. Agaknya, apa jadi dengan para aspirant dalam UMNO dengan adanya Program ini nantinya? Kenapa Model White House menjadi ikutan? Tahukah sejarah kenapa White House jadi White House? Kelompok manakan pendokong White House? Kenapa kita membelakangkan pertamanya Budaya Melayu sendiri? Apakah mereka akan benar-benar terdedah dengan permasalahan Melayu dan atau Negara? Inilah apa yang saya peringatkan betapa Khairy Jamaluddin, dalam membina pemuda bangsa dan Negara, sudah lupa pesan Abuya Hamka kelompok Minang sepertinya juga tentang Adat dan Budaya Melayu. Duduk di Pejabat Menteri, mereka sekadar faham masalah Menteri, masalah rakyat bagaimana? Menteri kena mengajar mereka? Kus semangat, jauh Pak Awi kata orang Melayu Sarawak. Cubalah saya hendak lihat bagaimana YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, akan mendidik mereka ini untuk mengatasi masalah bekalan air di Sadong Jaya-Simunjan sejak dua bulan lepas. Rasanya selepas ini, akan ada sekumpulan jurulatih pula terpaksa diadakan bagi mendidik mentor mereka ini. Berimbun-timbunlah Kos Mengurus Negara. Hai Wahid Omar, peninglah kepala engkau. Bertambah "kenit" lah dia nanti. Dia kemaruk jimat kumpul wang, sebelah tangan lain membazir wang. Secara jelasnya, mereka akan hanya sekadar tahu one side of the story. Keduanya, kenapa kita tidak belajar dari Sejarah Hidup Muhammad SAW serta caranya Muhammad SAW mendidik para pemimpin warisan baginda? Apa sudah jadi dengan JAKIM? Inilah apa yang saya katakan, elok JAKIM itu ditutup saja. Kerja-kerja JAKIM tidak jauh beda dengan segala sekolah pondok dan Madrasah di seluruh Negara. Saya belum nampak JAKIM dapat melahirkan pemimpin Melayu apa lagi Islam yang berbakat, belum lagi hebat. Juga saya pernah menulis tentang perlunya Sekolah Elit Malaysia bagi meneruskan didikan kempimpinan yang berakar umbikan budaya dan ciri-ciri serta arah tuju jelasnya Melayu dan Negara. Sekolah-sekolah berasrama penuh asal harus dilihat bagi keperluan ini. Cara itu akan lebih luas serta berkesan tumpah limpahannya.
(7) Persoalan pokok yang hendak saya utarakan adalah where is our sincerity and authenticity? Berdirilah pada landasan kebenaran dan kejujuran, seperti Mahathir pernah katakan (lebih kurang) bila dia menegur cara kerja setenggah pemimpin not only it should be legal, but it must also be morally sound. Jerman, Jepun, Korea (dan Israel) bahkan Russia dan China adalah contoh-contoh negara-negara yang pernah ditindas secara langsung dan tidak langsung. Namun mereka berjaya melepasi segala, kenapa dan bagaimana? Bagaimanakah Young Leadership and Enterpreneurship yang telah mereka lalui? School of Confucius yang kini sedang bertebar luas di Nusantara dan Amerika-Eropah, apa tujuannnya? Alahai White House, Poyi balik Kampuing belajar kek atuk di Rombau buek sawah lagi baguih. Udah tontu konal mano lombu mano korbau mano itik mano ayam mano kambing. Rasonyo tak perlu den cerito pasal budak Pilah baru balik dari belajar di London, berlagak idak konal lombu dan korbau, buek renungan Khairy Jamaluddin. Kalau hendak juo, rasonyo elok Khairy pergi tanyo Rais Yatim (Pilah) atau Khalid Yunus (Batu Kikir) dulu. Rais setolah bersaro, diam-diam bolo lombu ko kek Pilah yo? Atau tongah mengarang cerito Budak Pilah Balik Dari London atau sedang karang lagu Rap Minang?. Tabohlah gondang Budaya Melayu kuek sikit, boleh eden terobang dari Kuching tumpang bertandak eah, bersiwang mengaru!.
Kuching,Sarawak
17 July, 2013
0 comments:
Post a Comment