.

7/7/13 DAKWAT HITAM DALAM PRU.....bukankah itu tanda keaiban kita?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 17, 2013

Share

& Comment

Pertamanya, ada tak manusia normal mernjadi orang bodoh di dunia ini? Saya yakin tidak ada. Kenapa? Tidak Allah menjadikan kita hina. Dia cukupi manusia normal dengan otak dan hati yang sama. Tidak ada beda antara otak dan hati Yahudi, Eskimo, Jepun, Korea, Jerman, atau Ethopia. Manusia dijadikan sama sahaja sifat-sifat mereka, melainkan yang cacat dalam kandungan atau akibat serangan penyakit, pun sebegitu tetap mereka tidak bodoh. Yang ada cuma lambat berfikir. Lembab sedikit. Itu sahaja. Selagi manusia normal, kita punya otak dan hati yang tetap sama. Kita tetap boleh berfikir serta berkeinginan. Selagi sifat berfikir dan berkeinginan ada, kita belum bodoh. Pepatah Melayu ada menyatakan batu, jika ditik air bsecar berterusan, akan lekuk jika tidak pecah juga.

(2) Namun kenapa istilah atau sifat bodoh itu wujud? Buat saya, istilah atau sifat bodoh itu wujud adalah berakibatkan kepada sifat tamak dan bahil-kedekutnya atau dalam Bahasa Inggerisnya greed and selfish kita. Tidakkah Allah, di dalam Al Quran banyak kali berkata, kerana tamak, bahil-kedekutnya sebilangan Umat, maka mereka jadi bodoh. Bodoh bukan kerana mereka tonggol, bodoh kerana mereka degil. Apa lagi degil yang bersifat buta hati. Sifat degil itulah yang menjadikan mereka sepertinya bodoh.

(3) Dalam PRU13 yang lepas, hampir-hampir saya tidak mahu mengundi. Sebabnya, saya melihat ada kebodohan kepada sistem yang diperkenalkan oleh SPRM. Namun setelah berfikir, betapa para pegawai yang bertugas hanyalah pak turut serta sikap saya yang ingin give it a try maka sayapun mengundi. Bukan untuk mencuba dakwat bodoh SPRM itu, tetapi saya ingin melihat apakah kali ini SPRM akan mencatit nombor siri kertas undi saya bersama nama saya untuk semakan siapa mengundi siapa. Alhamdullihah itu tidak berlaku. Namun dalam PRU seterusnya biar di peringakt Negeri apa lagi Persekutuan, saya rasa saya tidak akan mengundi selagi dakwat bodoh terus SPRM gunakan.

(4) Saya menegaskan betapa penggunaan dakwat hitam bukannya kerja bodoh; bukan hasil dari fikiran bodoh. Cuma sistem itu memperbodohkan, mengaibkan pengundi. Sebetulnya, kerja itu adalah hasil dari fikiran dan hasad tamak serta bahilnya kalangan tertentu dalam SPRM. Para pegawai SPRM tidak bodoh. Mereka berkelulusan tinggi. Lagipun banyak bergelar. Mana mungkin Negara dan atau Negeri menganugerahkan gelaran kepada manusia bodoh!. Jika mereka bodoh, tentu mereka tidak boleh berfikir. Mereka tetap boleh berfikir. Cuma fikiran mereka itu sudah dirasuk oleh hasad tamak dan bahil. Mereka tamak atas sifat hanya mahu menggunakan fikiran mereka sahaja. Allah itu MahaAdil, selagi fikiran itu tidak sealiran dengan keperluan niat yang jujur, pasti akan ada kegagalan. Mereka sebetulnya bahil. Kedekut. Tidak terbuka fikiran. Kenapa? Mereka terikut-ikut rentak politik. Mereka tidak berfikir secara profesional. Itu saja sebabnya.

(5) Nanyian politik adalah soal penipuan undi. SPRM terlalu mengikut rentak desakan. Kerana terdesak, mereka jadi pendek akal. Penipuan undi tidak terbatas kepada soal pengundi benar, pengundi hantu atau pengundi berulang. Soalnya adalah bagaimana mengurus agar hanya pengundi sebenar menggundi hanya sekali. Hak yang telah ditetapkan di dalam Undang-undang Negara adalah Satu Warga Satu Undi. Kemudian undi-undi itu diurus secara berhemah bertanggungjawab. Itu saja keperluannya.Maka, penggunaan dakwat hitam adalah pilihan. Salah satu dari banyak pilihan. Kalu tidak silap cara ini di gunakan di Bangladesh, India dan Pakistan. Kita, mengikut Najib, akan mencapai Negara maju menjelang 2018 iaitu sebaik PRU14, dua tahun lebih awal dari sasaran asal WW2020. Kalu kita hendak ke depanh, kenapa kita mengikut negera-negara yang mengundur ke belakang? Itu pertamanya.

(6) Keduanya, Senarai Pengundi termaktub dan digazet setidak-tidaknya sebulan sebelum PRU. Semua pihak boleh menyemak senarai tersebut serta boleh memberikan bantahan di mana perlu. Ketiga semasa PRU, bukankah wakil-wakil calun dibenarkan menjadi pemerhati di Balai-Balai Mengundi. Apakah mereka yang dilantik itu buta, tuli, bisu? Pastinya tidak. Nama serta nombor pengenalan pengundi diumum secara jelas untuk semakan semua. Keempat, hitungan kertas undi dilakukan di balai-balai setempat, serta wakil-wakil calun tetap ada di situ. Segala catatan keputusan dibuat dengan sempurna serta dihantar ke Pusat Penjumlahan dengan baik. Jadi apa lagi yang perlu?

(7) Saya berkira pengunaan dakwat hitam untuk menandakan bahawa seseorang telah mengundi adalah satu penghinaan. Pertama, menghina pengundi yang jujur. Di antara rakyat Malaysia, apa lagi yang berAgama dan berPendidikan, berapa ramai yang tidak jujur? Adakah majoriti yang jujur terpaksa dihukum kerana segelintir yang tidak jujur? Peraturan manusia bertemaddun jenis apakah itu? Saya yakin, biar seorang Penan jauh di Pedalaman Baram dan atau seorang Semong di Banjaran Titiwangsa sekalipun, mereka adalah jujur biar pendidikan mereka tidak setanding sesiapa di bandar. Juga sistem itu memperbodohkan dan menandakan pegawai-pegawai SPRM tidak boleh dipercayai. Termasuk pihak polis yang mengawal Pos-Pos Mengundi serta segala kakitangan parti dan pihak-pihak lain yang terlibat. Jika itulah sikap kita, kenapa kita perlu mengundi dan adanya mengundi? Lebih baik kita suruh puak-puak dari negara asing menguruskan haleahwal kita.

(8) Juga penggunaan dakwat hitam boleh menimbulkan banyak salah guna kuasa serta rasuah. Dakwat hitam tidak sekadar dakwat sahaja. Pertama dakwat. Kedua plastik untuk menampung jari semasa mencalit. Ketiga glove getah buat para pencalit. Keempat, urusan logistik untuk semua ini. Kelima terpaksa diadakan juru calit. Cuba Pengerusi SPRM kira berapa kos untuk semua ini? Bukankah kos ini lebih baik diguna uyntuk menurap jalan di Ulu Baram, Sarawak? Pokoknya, beberapa kali saya katakan, Pengerusi SPRM lebih genar bersikap sebagai ahli politik dari seorang Managemen Professional. Dia sebagai Muslim, sedarkah dia politik itu dari mana? Ianya tidak sekali-kali terlahir dari Muhammad SAW. Hanya kita telah mempersempitkan cara kerja Muhammad SAW mengikut kayukuran Kapitalis semasa.

(9) Yang jelas, Kerajaan Malaysia telah masuk perangkap diperbodohkan oleh pihak-pihak tertentu, dan SPRM kerana diurus oleh manusia-manusia yang pendek akal akhirnya mereka jadi desperado. Kita rakyat Malaysia, dan diri saya sebagai rakyat Negara Merdeka Berdaulat, tidak akan menghormati dan kemungkinan besar tidak akan mengundi lagi di lain masa jika sistem bodoh menghina ini terus kita gunakan. Sekarang calit, kemudian di PRK Kuala Besut, dicelup (lagi banyak dakwat diperlukan), dan mungkin di PRK lain terpaksa disimpah ke badan pula jika tidak diminum agar hitam terus hati-hati manusia Malaysia!

(10) Sesunguhnya Undian lebih memihak pihak lawan dari BN dalam PRU13 yang lepas, saya menduga kerana undi protest sebahagian dari mereka yang rasa dihina dan diperbodohkan oleh dakwat hitam ini. Golongan yang berhati jujur kemungkinan ada yang merasa terhina dan diperbodohkan oleh penggunaan dakwat tersebut, lantaran itu mereka membuat undi protest secara senyap-senyap. Jika Pengerusi SPRM lebih bersifat terbuka kepada pemikiran profesional lainnya pasti menconteng jari manis halus lembut yang bersih tidak diperlukan demi integriti PRU Negara. Kerana sikap mudah terdesak melainkan dalam soal kedudukan dirinya, maka dia mengambil keputusan meyakinkan Kerajaan tentang jalan pilihan yang membazir dan merugikan. Sesungguhnya semasa berkuasa, jangan tamak, kedekut berkongsi kuasa, akhirnya, biar Allah tidak pernah menjadikan kita bodoh, maka bodoh, aiblah kita akhirnya.

Kuching, Sarawak
17 July, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.