Jikalah Adam AS tidak tercipta di Syurga, apa jadinya kepada kita? Saat Allah menyanggah telahan Malaikat, betapa Adam AS akan jauh lebih luas Ilmunya dari segala mahluk lainnya termasuk para Malaikat, apakah pada saat itu Allah sebenarnya telah memenuhi otak Adam AS dengan segala IlmuNya sepertinya sebuah CPU telah dimuatturun dengan segala maklumat? Jika itu betul sebegitu, apakah pada saat itu Allah juga telah mengajar Adam AS untuk katakan membuat plasma TV atau Goreng Pisang Keju? Juga, pernahkah kita menyoal, bagaimana agaknya caranya Allah mengisi diri Adam AS dengan segala Ilmu melampaui Ilmunya Malaikat? Juga pernahkan kita terfikir, apakah sebenarnya Ilmu yang dimiliki oleh para Malaikat?
(2) Saya berkira, Umat Islam kini, khususnya di abad 19-21 ini, tidak pernah membicarakan prihal ini. Sebabnya mudah, persoalan yang saya utarakan di atas, sepertinya adalah di luar jangkauan kecendiawan manusia. Apakah itu benmar? Maka, atas pandangan sebegitu, semua akan berkata: "Kita terima saja, kerana Allah lebih mengetahui". Sifat sebegini, hakikatnya, natijahnya adalah sebuah pelarian atas sebab malas. Cuba fikirkan, Khidir AS, Musa AS dan Sulaiman AS adalah tiga nabi besar Allah yang terkenal kebijaksanaan mereka. Nabi Sulaiman AS tersohor Ilmunya sehingga dia boleh tahu bicara segala burung dan biarpun semut sekali. Baginda juga boleh menundukkan segala jin kepadanya. Apa bedanya Sulaiman AS dan kita manusia kini? Tangan kita tetap dua. Hati kita tetap satu. Segala gen kita tetap sama. Maka, apa tidak boleh kita mencapai ke hahap berIlmu menghampiri mereka jika tidak sama? Jika mereka adalah nabi, maka bagaimana dengan Umar Al Khataab dan Ali Abi Thalib, bahkan Abdullah Ibnu Umar? Mereka bukannya nabi. Mereka manusia biasa 1,400 tahun dahulu, namun Ilmu mereka jauh melangkau batas tabii azali mereka. Banyak riwayat menyatakan, umpamanya Umar Al Khataab dapat menjangka akan sesuatu Ayat akan Allah turunkan kepada Muhammad SAW dalam keadaan atau ada ketikanya dia berprilaku agak anih. Jika Umar Al Khataab adalah terlalu besar, bagaimana pula dengan manusia-manusia bernama Al Bukhari, Safiee, Al Ghazali, biar Ibnu Sina sekalipun? Jika mereka adalah masih terlalu besar, bagaimana dengan si Ahmad Deedad, pendakwah hebat dari Selatan Afrika, yang bermula hanya berupa seorang miskin terhina tanpa pendidikan?
(3) Sesungguhnya yang menjarakkan keIlmuan kita dengan mereka semua adalah penguasaan bahasanya kita. Begitu juga, puak Yahudi adalah bangsa yang kuat biar sampai bilapun kerana mereka boleh menguasai bahasa yang Allah telah maktubkan sebagai bahasa pilihanNya iaitu Arab. Semua nabi dan rasul boleh berbahasa Arab atau mirib kepada Arab, atau mengerti akan bahasa Arab. Tetapi pasti ada yang menyanggah, seluruh orang Arab boleh berbahasa Arab, tetapi kenapa mereka tidak hebat? Di sinilah soal pokoknya, mereka tidak mengkaji dan memahami Al Quran sebagaimana ianya seharusnya di kaji dan difahami. Al Makmum adalah Khalifah Abbasyah yang telah menyemarakkan pengkajian Al Quran melewati batas biasanya. Baginda meneliti Al Quran dengan mengambil iktibar dari temaddun-temaddun lain di sekelilingnya khususnya Yunani dan Farsi. Pokoknya, baginda mahir tentang bahasa Al Quran, dan baginda mendalami pengertian Al Quran melewati keterbiasaan Al Quran dihayati, sepertinya dijelaskan oleh sisipan berikut: Abdullah Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid (813-833 M) mulai memerintah Bani Abbasiyah pada 198-218 H/813-833 M. Ia adalah khalifah ketujuh Bani Abbasiyah yang melanjutkan kepemimpinan saudaranya, Al-Amin. Untuk mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan saat itu, Khalifah Al-Makmun memperluas Baitul Hikmah (Darul Hikmah) yang didirikan ayahnya, Harun Ar-Rasyid, sebagai Akademi Ilmu Pengetahuan pertama di dunia. Baitul Hikmah diperluas menjadi lembaga perguruan tinggi, perpustakaan, dan tempat penelitian. Lembaga ini memiliki ribuan buku ilmu pengetahuan. Lembaga lain yang didirikan pada masa Al-Makmun adalah Majalis Al-Munazharah sebagai lembaga pengkajian keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana khalifah. Lembaga ini menjadi tanda kekuatan penuh kebangkitan Timur, di mana Baghdad mulai menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan dan puncak keemasan Islam. Namun, pasti juga ada yang menyoal, kenapa pula Islam selepas itu ranap punah. Sesabnya, adalah bila susu bercampur cuka. Di saat kegemilangan Ilmu Islam, Al Ma'mum sudah mulai mencampur aduk Islam (susu) dengan pengaruh pemikiran bebas (cuka), maka Allah sifatnya yang memiliki Islam meranapkan Baghdad di tangan Hulagu, anaknya Ghenzis Khan agar segala Ilmu Islam yang sudah bercampur baur dengan kekotoran musnah. Itu jika kita mengerti sejarah dan boleh berfikir melihat jauh dari apa yang kita boleh lihat.
(4) Kembali kepada persoalan, jika Adam AS tidak pernah tercipta di Syurga, apa jadinya kepada kita kini? Juga, apakah Ilmu yang ada pada Malaikat, sehingga Adam AS dengan mudah dapat mengatasinya untuk menjadi khalifah kepada semua? Saya berkira, saya yakin, Malaikat, telah Allah takdirkan kejadinnya adalah 180 darjah berbeda dari Syaitan iaitu tidak lain tidak bukan hanya berSujud kepada Allah. Maksudnya, Malaikat tidak akan berbuat terlebih atau terkurang dari hanya yang diperintahkan oleh Allah. Apakah tugas Malaikat? Dari cerita-cerita di dalam Al Quran dan Hadis Muhammad SAW, Malaikat tugas mereka tidak lain: hanya sujud kepada Allah. Maksud sujud itu apa? Bukan sekadar Sholat. Sujud itu membawa maksud menuruti perintah Allah 100 peratus. Tidak 100.00 peratus. Tidak juga 100.0 peratus. Mutlak, tepat [100] peratus. Dalam prihal Muhammad SAW, Malaikat adalah Pengkhabar (wahyu); Pengawal-Pelindung (Gua Hira, Perang Uhud); Pencatat; Penyoal; Pelaksana Hukum, dsb. Pendeknya tugas mereka adalah terkhusus tersendiri. Jika dalam istilah kini, lebih berupa robotik. Makanya Ilmu milik mereka secara individu atau kelompok, tidak akan lebih dari keperluan tugas khusus mereka. Saya berkira sebegitulah tahap keIlmuan Malaikat. Maka berbeda dengan manusia, Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah. Apa maksudnya kekhalifahan manusia? Juga batas mana kekahlifahan kita? Saya yakin, Allah tidak pernah mengajar Adam AS cara membuat teh tarik dan baja kompos. Apa mungkin Allah pernah mengajar Adam AS cara membuat Empangan Hidro, atau LebuhRaya berTol, atau Lapangan Terbang atau mungkin pembedahan tukar jantina?. Saya tidak yakin Allah perlu mengajar manusia semua itu. Sesungguhnya, MahaBijaksana Allah dalam menanam kejiwaan Ilmu pada Adam AS adalah dengan menjadikan dia di Syurga. Sesungguhnya Syurga adalah persinggahan buat Adam AS. Baginda berada di Syurga sekadar untuk merakam tentang nikmat keIndahan jika seseorang Muslim sujud mutlak kepada Allah. Di dalam dunia IT, itu samalah dengan imbasan WYIWYG iaitu What You See Is What You'll Get. Itu pertama. Kedua, nafas Allah yang terperangkap menjadi roh kepada manusia, yang mengisi tubuh lompang, bolong, kosongnya manusia, Adam AS mulanya, adalah ibu kepada Ilmu yang Allah tanamkan kepada manusia. Roh tersebut menjana naluri. Hakikatnya, naluri adalah asas kepada keIlmuan sebenarnya manusia. Tanpa adanya naluri apa mungkin Adam dan Hawa punya prasangka ke atas buah kuldi larangan Allah. Sesungguhnya, saya yakin, buah kuldi hanyalah ujian Allah tentang naluri Adam dan Hawa. Saat Adam AS dan Hawa ada keinginan untuk memetik dan memakan buah kuldi, maka Allah tahu, pasti mereka akan punya keinginan meluas untuk memperbaiki yang tidak sempurna. Sesungguhnya, sifat tertuntut MahaBesar ke atas seseorang khalifah adalah memperbaiki sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Sesungguhnya, saat buah kuldi sudah dipetik dan dimakan, maka Adam dan Hawa sudah sangat bersedia untuk menjadi khalifah. Saya yakin sebegtitulah hikmah Allah dalam prihal Adam-Hawa dan buah kuldi.
(5) Diturunkan Adam AS dan Hawa dari Syurga ke dunia adalah kerana mereka sudah punya naluri untuk melaku dan mahu memiliki yang lebih baik. Adam dan Hawa tidak sekadar menerima apa seadanya. Syurga telah terlalu sempurna, namun mereka punya naluri untuk lebih dari itu. MahaBijaksananya Allah, saat mendarat di bumi kedua-dua Adam AS dan Hawa tidak mendarat pada titik yang sama. Hawa di gurun kering kontang Jeddah. Adam AS di hutan belukar pergunungan dingin India. Saya berkira, [100] peratus berbeda dari di Syurga. Nikmat berganti sengsara. Buat Hawa, baginda terima seadanya dan itu kini menjadi pelarian banyak wanita sehingga kini, sedang hakikatnya tidak sebegitu jika kita dapat melihat sifat Hawa dari sudut pandang isteri pertamanya Ismail AS yang Ibrahim AS suruh ceraikan. Hawa kekal terpaku menanti di Gurun Sengsara Jeddah. Kenapa? Saya yakin, kerana Hawa redha, betapa kebahagian sedang mendatang jika dia terus redha bertahan penuh sabar. Namun tidak buat Adam AS. Baginda mempergunakan nalurinya. Baginda berjalan mengembara menantang segala biar gunung, biar lembah, biar denai, biar sungai, biar belentara, biar padang rumput, biar paya, biar gurun gersang kontang. Naluri itulah hakikatnya mendorong manusia untuk terus mencari dan mencari. Dalam perjalanan pencarian inilah maka Ilmu, Allah berikan kepada mereka. Itulah sifat kekhalifahan yang Allah kehendaki dari seorang lelaki. Juga jika kita berfiklir dalam, maka jelas, Allah membedakan tuntutan taraf dan bidang keIlmuan dan keKhalifahan antara lelaki dan wanita. Buat Adam AS, imbalan naluri pencarian baginda adalah Hawa pelengkap dirinya untuk mengumarahkan zuriat yang harus sujud hanya kepada Allah.
(6) Dengan Ilmu manusia jadi gemilang. Dengan Ilmu manusia memimpin. Juga dengan pemesongan Ilmu, manusia juga jadi melarat. Quraish, sebelum Muhammad SAW menjadi nabi dan rasul adalah sebuah temaddun yang sedang menuju self destruction. Segala sifat tidak bertemaddun sedang melanda kuat bangsa itu. Di dalam Al Quran, mereka diibarat sedang berada dalam kegelapan. Mereka pembunuh, penipu, paling mangkir, perompak, penjudi, pemabuk, penindas, dan paling anih mereka sujud kepada yang tidak boleh berbuat apa-apa, patung-patung buatan tangan sendiri. Sesungguhnya mereka sedang sesat yang maha hebat di gurun kering Bekka. Namun satu kebaikan Quraish, mereka menjaga Kaabah dengan sebaiknya biar ianya telah ditukar dari untuk Zikirullah kepada sembahan Al Uza dan segala. Allah, kerana Kaabah adalah dalam lingkungan Quraish, yang asalnya adalah pusat bagi Temaddun Islam pilihanNya, maka Dia dengan MahaBijak menyelamatkan apa yang menjadi milikNya. Lewat Muhammad SAW Allah kembalikan Kaabah atau lebih tepatnya, bangsa Quraish penjaga Kaabah keTemaddunanan Islam, yang kitapun tahu mulai dari tahun 600-1,300 masehi, Islam menjadi kuasa memakmur dan mengamankan Umat. Di Timur terbentang dari Pakistan ke Andalusia di Barat, Islam memakmur dan menyatukan semua bangsa-bangsa yang dulunya kerdil tertindas menjadi besar, sejahtera dan makmur. Namun saat Islam sudah berbaur campur dengan yang bukan Islam, para Khalifah dan Sultan serta segala pembesar Negara sudah sujud menduakan Allah sepertinya di Kaabah sebelum kenabian Muhammad SAW, maka Umat manusia yang sudah benderang menjadi malap lalu satu persatu menanti masa menuju kegelapan.
(7) Apa mungkin Islam dapat kembali memakmur dan menyatukan semua yang tertindas? Pasti boleh. Caranya bagaimana? Kita perlu kembali memiliki sekuatnya Ilmu Islam yang sebenar. Kita harus kembali belajar dari kegemilangan Baghdad, Damshek, Bukhara, Andalusia, Iskandariah, Istanbul, Agra dan Timbuktu. Juga kita harus tidak lupa akan sebab musabab keruntuhan semua itu sehingga kini tidak terbangun kembali. Sesungguhnya, hakikatnya, kita Umat islam banyak jadi tidak berIlmu adalah kerana kita dayus, bacul, pemalas. Kita lebih selesa menanti tangan lain berbuat apa yang harus diperbuat, dari diri kita sendiri terlibat hebat. Kita sudah kian takut selain dari Allah. Kita sudah kian kecut bacul pada selain dari Allah. Kita juga kian akur kepada selain dari Allah. Allah sepertinya kian kita duakan. Harta, kuasa, pangkat, darjat, keegoan, segala kian sedang menduakan Allah dari kehidupan yang dituntut ke atas kita. Kitaran Sejarah keTemaddunan manusia dari terang kepeda samar kembali ke liang kegelapan. Al Quran sedang menempelak kita akan kebenaran itu. MasyaAllah.
(8) Di Syurga asalnya kita. Di Bekka, gurun gersang perit mematikan mulai terlahirnya kita. Lalu Baghdad, Damshek, Bukhara, Agra, Andalusia, Istanbul, Iskandariah, Timbuktu, Pattani, Pasai, Melaka, Majapahit, Champa, Sulu dan Demak pernah kita gemilangkan namun kini sudah hancur dimamah perang hasad dengki sesama. Kenapa? Apa tidak mungkin harus kita bangkit mencari lestari kesejahteraan kemakmuran untuk semua manusia? Sajak nukilan Ghazi Algosaibi di saat kehancuran Sadam Husein di mana kerusi "hadiah (?)" Yaser Arafat kepadanya sebagai tanda peringatan terhadap perjuangan (apa tidak mungkin penyelewengan?) untuk membebaskan Palestin telah dipersendakan, saya sisipkan buat peringatan semua. MasyaAllah, martabat perjuangan kita apa ertinya!
I saw you, O Abu Niall,
Sitting proudly on the throne,
Displaying yourself like a peacock,
In love with the custom of display
Blown up like a balloon,
Although with no beer belly,
Terror overwhelmed me deeply.
I almost shouted 'Get up and run',
I fear you getting infected
With the tyrant's desire of suppression.
I fear that you will turn
Into a Nero or a Dochi,
You may fall in love with the life of palaces,
Enjoying wantonness and extravagance,
That you become fond of caviar,
After beans and mash,
That you may drag us along
And throw us in the North Sea,
That you make mincemeat of us,
And eat us with pickles,
You may treat us playfully,
Like the savage sole leader.
Trifling with despots may lead
So often to the grave.
nota:
Semua foto sisipan adalah dari capaian diinternet.
Kuching, Sarawak
30 Mei, 2013
0 comments:
Post a Comment