Sayugia harus dimengertikan, betapa Darul Sotong bukanlah sebuah Kerajaan Samudera. Ianya adalah sebuah Kerajaan di Lembah Hijau yang terbentang luas panjang jauh ke Timur Tropis. Gelar Darul Sotong, bukanlah kerana Rajanya, Permaisuri atau rakyatnya adalah sotong. Rajanya gagah perkasa, tempiknya boleh meluruh hati semua hamba rakyat, namun adil paling pemurah berjiwa rakyat. Saban hari wang dari khazanah Negara dihambur tabor berikan kepada
rakyat seperti harta milik baginda sendiri. Sesungguhnya kemurahan hati baginda adalah dalam selimut mengabu hamba rakyat, betapa diam-diam dia juga bermurah hati membelanja segalanya untuk kehidupan pribadinya. Sedang Sang Permaisuri adalah Mayang Sari yang gilang gemilang juga hebat pribadinya, cuma sedikit cacat, belum sesubur sotong boleh menyembur melahirkan anak seberapa banyak di celah-celah karangan. Tidak ketahuan, siapa yang tidak subur, Permaisuri atau MahaRaja. Nujum DiRaja Pak Belalangpun tidak dapat menduga di mana letak cacatnya sehingga baginda berdua biar bertabuh bagai ular senduk sekalipun, tetap sia-sia pertarungan mereka. Darul Sotong adalah gelar yang diberikan oleh seluruh kerajaan tetanga ke atas kudrat Negara tersebut yang para lelakinya adalah dari mereka yang betubuh lembut, gemalai, lembek-lembek sepertinya sotong, paling takut gertakan bini apa lagi menantang jauh lebih besar dari itu. Inilah Kerajaan yang lelakinya bukan lelaki tetapi darai yang goyang lengoknya lebih perempuan dari perempuan. Sepertinya, sisa-sisa zuriat di zaman Nabi Luth tertumpah diwarisi Negara ini. Allah, mungkin sebegitulah jalan pengajaranNya agar semua mengerti saat sesiapa kelabu asap atas keadilan kemurahan MahaRaja, sedang hakikatnya tidak pada lunas jalan lurus, namun bacul untuk teguh memperbetul, maka seluruh lelaki jadinya tidak lelaki melainkan sebagai sotong gemalai lembik.
(2) Sewaktu-waktu, kerana baginda Raja sudah Isya usianya, dan sedikit waktu lagi mahu tidur panjang, maka baginda telah mengadakan Fiesta bagi memilih penganti di kalangan semua para suami di seluruh Kerajaan dan tanah jajahannya. Firasat baginda, juga hasil tenunan Nujum DiRaja Pak Belalang, penganti baginda harus dari para suami. Setidak-tidaknya, mereka sudah menjadi raja di rumah sendiri. Maka, tidak payah untuk sesiapa di antara mereka yang layak kemudian menjadi MahaRaja sebuah Kerajaan. Masuk akal. Betul juga. Jika bisa jadi Raja di rumah, pasti mudah menjadi Raja Negara. Maka sebab itulah Nujum DiRaja Pak Belalang baginda sangat sayangi, biarpun dia juga lelaki belalang sembah yang kerjanya tidak lain melainkan bersolek terus-terusan. Namun seperti terduga, tidak seorang suamipun seutuhnya bersikap lelaki yang beliau kehendaki, semuanya takutkan bini, maka terpaksalah baginda akur untuk melantik Sang Suami bernama Oktopus sebagai penganti. Sang Oktopus adalah lelaki ganteng sasa tegap tangkas menungang kuda. Dia datang dari hujung Kampung dan telah biasa bertarung dengan biar harimau atau beruang. Perompak dan penyamun, tidak pernah dapat melepasi pukul dan terajangnya, Cuma sakitnya tetap sama seperti segala lelaki lain di Kerajaan ini, tetap kecut mondok kepada bini. Namun setidak-tidaknya Sang Oktopus lebih tegap dari yang lain lantaran kehebatanya boleh memacu dan
menunggang kuda. Sangka Sang MahaRaja, jika Sang Oktopus tetap bagai sotong di depan bini, namun dia pasti bersikap berani saat di Padang Perang di Perantauan jauh. MahaRaja harus akur kepada mengguna apa yang ada. Oktopus baginda wasiat bisikan kepada memanda Perdana Menteri ditabal sebagai MahaRaja mengantinya saat rohnya sudah terpaku di Luh Mafuz.
(3) Seperti terduga, maka Isyapun mendatang. Azan dikumandangkan. MahaRaja hanya menitis air mata tidak boleh lagi
bangkit Sholat bersama akibat ketuaan yang sudah cukup ranum. Segala kulit, isi, otot dan seluruh urat-uratnya juga sudah pada ranum. Sudah cukup masak. Lalu saat ungkapan ”Marilah Menuju Kejayaan” dari lafas Azan, maka roh bagindapun belayar tenang menuju asal mulanya di Luh Mafuz. Sang Permaisuri Mayang Sari, tanpa segan menangis meraung sepuasnya. Rakyat jelata, yang kecil,
yang dewasa, yang tua yang muda sehingga ke bayi-bayi semua pada melimpahkan air mata. Becak taman istana dibuatnya. Bukan kerana kesal Sang MahaRaja sudah tiada, cuma kerana khuatir apa esok di awal pagi akan tetap ada tangan-tangan yang akan menabur dinar dari Khazanah
Negara lewat serambi jendela istana. Mereka semua bertangisan, kerana takut tidak lagi mendapat limpah murah ihsan MahaRaja. "Mati kita. Dengan apa kita hendak berbelanja. Adakah Permaisuri akan terus bermurah hati sepertinya MahaRaja?" rakyat saling bertanya penuh rasa sangsi akan masa depan mereka. Sesungguhnya, rakyat sudah terbiasa malas di atas kemurahan ihsan MahaRaja. Sedang Sang Permaisuri Mayang Sari, dia menangis meraung sekuatnya, bukan kerana kehilangan sang jantung hati, namun meraung menangis sebagai tanda kecut takut akan langkah selanjutnya yang perlu dia gagahi. Dia bersandiwara, mencari akal bagaimana kedudukannya sebagai Mayang Sari harus terus kekal selamanya bertahan. Menangis kerana akal lambat dia ketemui. Segalannya acara tangis sugul berjalan selama empat puluh hari sebagai sandiwara melengah agar akal segera dia ketemui. Peduli pesan Muhammad SAW betapa itu tidak boleh. Tidak boleh lebih dari tiga hari. Namun kerana akal tetap juga belum ketemu, maka Permaisuri Mayang Sari terus meminta memanda Perdana Menteri untuk meneruskan acara berkabung untuk ke seratus harinya. Seluruh Kerajaan dan jajahan berkabung selama seratus hari. Soal Islam membenar atau tidak membenar, itu soal kedua, soalnya, Permaisuri perlu waktu untuk mencari akal untuk terus kekal sebagai Permaisuri. Sahdan, maka atas sebab mayang mengurai nafsu permaisurilah, maka dia digelar Permaisuri Mayang Sari. Nafsu kebahagian, kemewahan, kemegahannya menjurai-jurai bagai mayang pinang maka terilham oleh memanda Perdana Menteri suatu waktu dulu mengusul kepada MahaRaja betapa nama Permaisuri harus harum semerbak agar menjadi kebanggaan seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya mayang pinang di awal pagi, di tengah malam, selepas hujan semerbak harumnya tersangatlah hebat sehingga kalah segala bau-bauan apa bungaan sekalipun, maka dengan sebab itu memanda Perdana Menteripun mengajukan gelaran Mayang Sari sebagai nama gelaran Permaisuri. Nama asalnya sebelum menjadi Permaisuri adalah Kembang Sundal Malam. Dengan gelar Mayang Sari maka watak dan tabiat Permaisuri kelihatan tersangatlah permai berseri-seri lalu oleh memanda Perdana Menteri diganding semua sekali menjadi Kebawah Duli Yang MahaMulia Pertmaisuri Mayang Sari. Terlalu indah nama itu. Sepertinya nama sang pari-pari dari kayangan. Kerana Permaisuri gembira bahagia dengan nama itu, maka kehidupan di Istana MahaRajapun menjadi tersangat bahagia cerah benderang. Atas semua itu, menjadikan MahaRaja menjadi terlalu bahagia lalu menjadi paling pemurah bersedekah demi rakyat untuk rakyat dari rakyat. Baginda MahaRaja merakyatkan Khazanah Negara. Juga baginda MahaRaja juga menjadi pemurah atas segala kehendak Permaisuri Mayang Sari. Sebegitulah sahdannya akan salah silah kemurahan hati MahaRaja serta terilhamnya darjat Permaisuri Mayang Sari.
(4) Pada malam ke seratus hari selepas kemangkatan MahaRaja, sang bekas Permaisuripun terbaring terkebel-kebel sendiri di peraduan. Di kirinya kosong. Di kanannya kosong. Dia bergulir ke kiri, bergulir ke kanan, hanya guling tercapai tergapai. Berkali-kali entah sudah berapa puluh kalinya sebegitu. Tetap guling kaku juga yang dia gapai. Seluruh ruang kamarpun kosong. Dayang dan inang semua sudah lama disuruh keluar. Dia sayu. Gelar Permaisuri kini sudah ditokok menjadi bekas Permaisuri. Bunyinya, bagai sisa wadah, sepertinya bekas basuh tangan sahaja. Biar bekas diganti mantan sekalipun, tetap darjatnya sama iaitu bekas juga. Sama saja jika babi disebut khinzir, enak pada kedengaran bunyi sebutan, namun tetap jijik pada kedudukan. Hatinya sudah tidak permai. Hatinya sudah
berduri-duri. Mantan Permaisuri gelarnya kini, biar lebih enak dari janda jika hanya dia rakyat biasa, tetap dia gundah gulana. Sepertinya, taraf mantan Permaisuri dan janda itu terlalu hina, lantaran dia sudah lupa Siti Aishah Ibni Abu Bakar As-Siddique jugapun adalah janda jadinya saat kewafatan Muhammad SAW namun tidak hina jadinya dia. Sesungguhnya bauran haloba dan egoisma menjadikan mantan Permaisuri terasa terhina. Dia bingkas bangkit. Dia membuka selak pintu kamar. Pintu terkuak lebar. Pengawal terjegat di luar bingkas memberi hormat. ”Mau apa ya
(bekas) Mantan Permaisuri” soal mereka terhormat diada-adakan. Saat terdengar sebutkan bekas hatinya luluh, jiwanya membakar. ”Huh…panggil memanda Perdana Menteri segera mengadap” perintahnya mendesis. Sang pengawal melihat jam di tangan. Sudah mau berkokok si jalak. Sudah hampir subuh. Namun mereka bergegas pergi mendapatkan memanda Perdana Menteri, mana tahu Sang Bekas Permaisuri perlu Imam untuk sama beliau sholat subuh, atau dia sedang merinding kedinginan sendiri. "Kalau soal merinding dingin, kami aja bukankah lebih hebat dari memanda Perdana Menteri yang sudah terbatuk-batuk itu. Namun jika soal Sholat, baik dia sahaja dari kami yang gatal" gurau dua pengawal saat berlarian mendapatkan memanda Perdana Menteri.

(5) ”Wahai memanda Perdana Menteri. Apa nasib beta selepas ini. Putera tiada. Puteri apa lagi. Saudara semua entah di mana. Salah beta, saat menikah ‘buang saudara, buang segala’. Sebatang kara sendiri” ucap Mayang Sari saat memanda Perdana Menteri telah duduk rapat ke birai keranjang peraduan. Inilah pertama kalinya memanda Perdana Menteri dapat melihat suasana peraduan DiRaja. Terlalu indah. Terlalu megah. Cuma segala akan indah jika MahaRaja dan Permaisuri tetap bersama bergurau
senda becengkerama. Saat ini, segala keindahan telah menjadi sepi. Namun, bekas Permaisuri tetap cantik berseri-seri bahkan terlebih lagi pada saat itu pada pandang biar mata kaburnya memanda Perdana Menteri. Inilah seumur hidupnya berkhidmat ke Bawah Duli MahaRaja, dia punya kesempatan dan keberanian meniti tubuh Mayang Sari. Perdana Menteri diam. Dia gugup. Dia berusaha keras menahan diri. Matanya lembut memandang tepat mata Mayang Sari. Senyumnya lembut, tetap ada hormat. Perlahan-lahan memanda Perdana Menteri meniti lihat dari rambut ke dahi ke pipi ke bibir ke dagu. Saat penglihatannya merayap ke leher Mayang Sari, dia menarik nafas panjang dan terhenti sebentar bertanya dan beristifar: ”Astafirullah Halazim. Auzubillah HiminasSyaitan NirRajim. Ya Allah, tetapkan Iman hambaMu ini, Limpahkan Taufik dan HidayahMu, agar hambaMu ini di sini hadir untuk mengaman segala”. Leher Mayang Sari terus ditenung rapat. Nafasnya biar tertahan-tahan, namun terlepas menghangat leher jinjangnya Mayang Sari. Mayang Sari terasa kehangatannya. Dia membiar memanda Perdana Menteri tersiksa sendiri. Kulitnya putih. Tidak berkedut. ”Ya mantan Permaisuri, apa gerangan boleh hamba bantu” akhirnya terlahir dalam gugup memanda Perdana Menteri bersuara. ”Beta sangat takut tentang hari depan beta. Ke mana harus beta selepas ini” keluh Mayang Sari dalam hamburan nafas semerbak mewangi menusuk deria bau sedutan hidung memanda Perdana Menteri. Dia terdiam. Mata lembutnya bertukar kuyu. Pandangnya menjalar turun. Dada Mayang Sari yang berombak menguncang terus nafasnya. Apa lagi jari-jari lembut Mayang sari seperti bermain-main di celahan dadanya terus membikin fikirnya bergemuruh. ”MasyaAllah” desis memanda Perdana Menteri. ”MahaPemurahnya Engkau Ya Rabbi. MahaRajaku Engkau pernah anugerahkan dia dengan hadiah seindah ini. Lembut, halus, menawan, menyejukkan. Pantas baginda jadi pemurah berjiwa sahaya rakyat lantaran membalas pemberianMu. Setidak-tidaknya baginda tahu bersyukur kepadaMu. Dan kini aku sepertinya sedang menjadi Yusuf AS berdepan dengan Siti Zulaikha, apa harus hambaMu ini perbuat?” rintihnya dalam diam.
(6) Mayang Sari, sadar betapa memanda Perdana Menteri sedang kegairahan tertahan. Dia mengoda terus. Kakinya digerak-gerak. Sesekali diangkat, menyelak kaki memapar keputihan terlalu lembut betisnya. Dia menyimpan pehanya untuk langkah kedua terakhir, jika perlu. Dadanya,. segaja dia menghirup nafas panjang agar semakin terguncang. Dia baring mendepakan tangan. Dadanya terus menongkah. Mata memanda Perdana Menteri tetap ingin bertahan. Dia mengalih cepat pandang. Bukan ke mana, tetapi meniti perut ke pusat Mayang Sari. Saat menikmati Mayang Sari terlentang sebegitu, memanda Perdana Menteri seperti sedang memerhati kambing-kambing tengala berjalan meragut enak di lembah hijau terhampar luas. Sungai terbentang dengan deru air jernih mengindah segala. Gunung-gunung membaris bibir lembah sungguh mengkhayalkan. Namun sumpah setianya kepada MahaRaja, betapa selagi hayat dikandung badan tidak akan dia pernah khianat, demi Allah sumpahnya, maka taufik dan hidayahpun muncul saat dia tergoda hebat sebegitu. Mantan Mayang Sari, siapapun dia, permaisuri, puteri, inang, isteri, perawan, ataupun hamba, dia hanya perlukan satu iaitu keselamatan. Keselamatan diri, keselamatan kebahagian. Memanda Perdana Menteri, dia yakin, dia tidak mampu, lantaran usiannya sudah lewat Maghrib mahu Isya memberikan semua itu. Dia jejak di bumi nyata. Sebentar lagi dia juga akan tidur panjang. Namun dia yakin Allah akan merestui jalan fikir penyelesaian buat mengobat kerisauan keresahan Mayang Sari. Dia bangkit berdiri tegap. Memperbetul serban dan jubah. Mayang Sari kaget, juga bangkit duduk terselimpuh di birai keranjang. Memanda Perdana Menteri mencapai pundak Mayang Sari. Mendekapnya. Mayang Sari antara mengerti dan tidak, merelakan. ”Sabarlah anakndaku Mayang Sari, akan ayahnda usahakan agar anaknda akan terus kekal bahagia. Sabarlah. Marilah kita Sholat Subuh bersama-sama” bisiknya saat pelukkannya erat ke leher Mayang Sari. Mayang Sari saat bahasa anaknda dan ayahnda memanda Perdana Menteri gunakan, terasa ringan segala derita yang dia rasakan. Sesungguhnya dia tahu, memanda Perdana Menteri adalah satu-satunya orang kepercayaan arwah MahaRaja pertaruhkan selama hayat pemerintahan baginda. Sifat waras berpandangan jauhnya tidak pernah luput sebagai pribadi hidupnya. Pengawal di panggil untuk Azan. Mereka semua Sholat subuh bersama di kamar DiRaja dengan memanda Perdana Menteri sebagai Imam. Sebegitulah, memanda Perdana Menteri, sifatnya suka menyelam sambil minum air. Dengan cara sebegitu dia juga bukan hanya telah mendapat taufik dan hidayah tentang cara mengatasi kekusustan mantan permaisuri, malah dia juga membuang jauh-jauh kemungkinan fitnah yang bakal terjadi dan tersebar hasil lawatannya ke kamar mantan permaisuri di subuh dingin itu.
(7) Siangnya, seawalnya, kerana memanda Perdana Menteri juga tahu, selepas seratus hari kemangkatan baginda MahaRaja, maka Raja baru harus ditabalkan. Namun sebelum Raja baru ditabalkan, maka keresahan mantan permaisuri juga harus diselesaikan. Dia mengenderai keldai ke hujung Kampung. Jubah hitamnya compang camping. Serban putihnya kusut masai. Wajahnya disapu air pinang muda agar pucat lesi. Alis matanya dicelak agar matanya kelihatan cengkung ke dalam. Jangutnya dia urai tidak rapi. Dia betongkat anak kayu. Kakinya hanya pakai sebelah sepatu. Jalannya sengaja dia henjat hinjut dingkelang. Dia sepertinya Tok Guru Semambu dari Gua Hantu. Rupa memanda Perdana Menteri hilang dari riaknya. Dia menyamar sebagai sang Tua. Ke teratak Oktopus dia mendatang.
(8) ”Asslamualaikum” ucap dilaung. Teresembul perempuan berkemban batik di muka pintu. ”Walaikum Salam” balas suaranya lembut. Biar Kampung. Wanita itu Melayu asli. Cantik tersendiri. Kulit hitam manis. Semanis gula jawa alias gula Melaka. Kmeudian tersembul lelaki genteng di depan pintu. "Hamba datang dari jauh. Apa boleh menumpang singgah melepas lelah." pinta sang Tua. Namun tanpa menunggu jawaban, dia melabuh diri di kaki tangga. Nafasnya kembung kempis kelihatan tersangat lelah dan payah. "Silakan naik. Kita makan tengahari bersama. Kebetulan sudah kesiangan ini" jemput sang Oktopus. "Saya sebetulnya hendak ke Negara Darul Sotong. Khabarnya MahaRaja sudah mangkat. Tidak lama lagi Kerajaan ini akan diserang musuh jika MahaRaja baru tidak dilantik segera. Saya ingin bertemu memanda Perdana Menteri untuk menyampai sebuah nasihat penting ini" balas Sang Tua saat sudah bersila rapat dianjung rumah Sang Oktopus. "Hamba bermimpi, kerana MahaRaja tidak punya zuriat, MahaRaja baru mesti segera dilantik dari kalangan rakyat sahaya tempatan. Namun agar rakyat sahaya itu untuk layak menjadi MahaRaja, dia harus terlebih dahulu punya daulat MahaRaja terdahulu. Daulat itu hanya boleh dimilikinya jika dia sanggup bernikah dengan mantan Permaisuri Mayang Sari. Mantan Permaisuri Mayang Sari sahaja yang kini memiliki daulat itu. Hamba juga pernah bermimpi, rakyat sahaya itu harus sesipa yang pernah MahaRaja berikan dua biji telur serta seekor kuda tunggangan dalam sebuah temasya yang perrnah baginda anjurkan." jelas Sang Tua mereka-reka. Pada saat itu, sang isteri Oktopuspun ada duduk bersama mendengar halus-halus akan penceritaan Sang Tua. "Cuma di dalam mimpi itu juga saya telah dipesan agar lelaki rakyat sahaya itu, tidak harus menceraikan isterinya yang ada. Jika perceraian terjadi, maka kedua-dua mereka akan termakan sumpah daulat MahaRaja. Juga lelaki rakyat sahaya dan isterinya tidak boleh menginkari akan prihal itu kerana itulah wasiat MahaRaja kepada memanda Perdana Menteri. Jika mereka ingkar, seluruh Darul Sotong akan menuju kemusnahan malapetaka yang paling dahsyat pernah terjadi. Air bah melimpah-limpah membunuh semua. Darul Sotong akan tengelam menjadi lautan luas lalu terus segala rakyat bertukar jadi sotong buat tangkapan nelayan dari Negara Matahari Terbit untuk di tin dan di jual ke seantero dunia. Kasian"terus Sang Tua bercereka menakut-nakut seadanya. Wajah cemas melanda Sang Oktopus dan sang isteri.
(9) Belumpun sempat Sang Oktopus dan isteri berkata apa-apa, Sang Tua membuat helah mahu segera bertemu memanda Perdana Menteri untuk mengkhabar mimpinya. Dia sengaja menakutkan betapa saat kemari tadi, bumi telah sedikit berguncang tandanya, jika perkara ini tidak diselesaikan segera, malapetaka bah besar akan segera mendatang. Dia tergopoh-gopoh turun tangga. Dia melompat ke atas pundak keldainya. Segera dia memerintah, "Ayuh! Cepat! Cepat!" dan keldaipun terkiki kikik belari sekuatnya menuju ke Kota Istana Darul Sotong. Dan Oktopus dan isterinyapun saling berpandangan. "Abang akan jadi MahaRaja" teriak sang isteri melompat-lompat terkinja-kinja kegembiraan. "Dan kamu jadi Permaisuri" ujar Oktopus. "Tapi Sang Tua tadi berkata, saya harus bermadu. Siapa akan jadi Permaisuri? Saya atau mantan Pemaisuri Mayang Sari" soalnya sang isteri mulai curiga gundah. "Tapi betulkah abang akan jadi MahaRaja. Bukankah telur yang MahaRaja hadiahkan telah abang kembalikan sebiji, dan abang hanya punya sebiji telur" rasa muskil juga telah menjalar di dada Oktopus. "Abang harus ada keyakinan. Abang mesti berani menuntut hak abang. Abang mesti pertahankan hak abang. Saya yakin abang adalah satu-satunya yang memenuhi syarat mimpi Sang Tua tadi" tegas isteri Oktopus. "Jadi?" soal Oktopus penuh teliti. "Sekarang juga abang mesti ke Istana. Abang pergilah berjumpa dengan memanda Perdana Menteri dan segera meminta padangannya tentang lawatan Sang Tua tadi ke rumah kita. Kalau boleh, biar nujum DiRaja meniliknya semula" ujar sang isteri penuh yakin.
(10) Sang memanda Perdana Menteri sangat arif sifatnya. Dia sudah masak dengan nafsu sang isteri. Dia sudah lima abad menjalani renggekan serta paksaan sang isteri. Dia sudah masak. Dia sememangnya dapat menduga betapa isteri Oktopus tidak akan sabar agar cepat dia menaiki tahta. Nafsu lelaki ada perhitungannya, sedang nafsu perempuan yang tiga kali lebih besarnya, pasti tipis perhitungannya. Itulah firasat memanda Perdana Menteri. Baginya, perempuan jangan dilawan dengan nafsu, harus dilawan dengan akal. Di tengah jalan, sebetulnya dia telah sembunyikan sepasang persiapan biasa pakaian Perdana Menteri dan kudanya. Dia cepat-cepat bersalin dan berganti kenderaan. Lalu segera dia berpatah balik ke rumah Oktopus. Mereka bertemu di tengah jalan. "Assalamualaikum. Adakah kamu Oktopus, yang pernah dihadiahkan MahaRaja dua biji telur dan kuda taunggangan?" laung memanda Perdana Menteri sepertinya kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu saat Oktopus muncul di selekohan. "Waalaikum Salam. Ya. Sayalah Oktopus itu, hai memanda Perdana Menteri" balas Oktopus. "Adakah isteri kamu ada bersama? soal memanda Perdana Menteri. "Isteri patik ada di rumah. Patik hanya sendiri" balas Oktopus. "Kalau begitu, kita harus ke rumah tuan hamba. Saya hendak bertemu kamu berdua bersama-sama". Bergiringan mereka berdua kembali ke hujung Kampung ke teratak Oktopus.
(11) "Begini ya Oktopus. MahaRaja telah berwasiat agar kamu menyandang tahta Kerajaan. Namun sebelumnya, kamu mesti berjanji menikahi mantan Permaisuri Mayang Sari kerana padanya adalah daulat Kerajaan ini. Sedang isteri kamu harus kekal sebagai isteri, tidak boleh kamu ceraikan mana-mana satu di antara mereka. Jika kamu ceraikan mana-mana satunya maka gugurlah tahta kamu dan kamu harus kembali menjadi rakyat sahaya. Kedua-dua mereka akan ditabal sebagai Permaisuri. Pernikahan kamu dengan mantan Permaisuri harus berlangsung dalam sepekan lagi. Kamuy tridak ada pilihan. Ini 'takdir' ke atas kamu. Nujum DiRaja Pak Belalang sudah memperakuinya. Sepekan selepas pernikahan kamu, kamu berdua akan ditabalkan sebagai MahaRaja dan Permaisuri." jelas memanda Perdana Menteri tanpa memberi ruang untuk sesiapa berbicara. Dia sepertinya telah mengeluarkan perintah dan semua mesti patuh. Buat memanda Perdana Menteri, ruang bicara harus ditutup keras, kerana jika terbuka, nafsu pasti akan mengubah segala.
(12) Majlis pernikahan Oktopus dan Mayang Sari berlangsung sepekan lamanya. Seluruh rakyat sahaya dari seluruh pelusuk Kerajaan dan jajahan berkampung di Kota Istana Darul Sotong. Semua tampak riang ria, apa lagi dapat menjamu selera apa saja. Tambahan segala tersedia. Rakyat dapat makan dan segala percuma. Kota Istana Darul Sotong bergemerlapan bercaya. Hampir seluruh jalan dinyalakan dengan obor-obor minyak kelapa pada runcing bambu. Mantan Permaisuri Mayang Sari kian tambah berseri. Almaklum dulu bersuami MahaRaja tua kini menikah Oktopus jantan ganteng desa suci. Mayang Sari sebetulnya masih dalam usia ranum memekar sedang Oktopus lelaki yang kembali terlahir, life just begining. Sepekan mereka berdua beradu kasih tanpa diganggu. Siang malam sama saja. Oktopus tidak pernah lelah. Mayang Sari tidak pernah puas. Sarinya terisi madu setidak-tidaknya dua kali sehari. Malam pasti, jika tidak tengahari, sore pasti dapat lagi. Benar-benar Mayang Sari membalas dendam berahi. Oktopus tidak peduli. Syurga benar-benar dia nikmati. Natijahnya, firasat memanda Perdana Menteri adalah agar Oktopus punya waktu tersendiri untuk menyintai Mayang Sari. Semuanya agar segalanya kembali hidup sepertinya dulu. Juga agar Mayang Sari benar-benar menyerah diri taat kepada Oktopus sebagai balasan kasihnya. Sedang Sang Isteri Oktapus telah terlebih dulu dikhabarkan jangan menganggu lantaran Oktopus harus bersama Mayang Sari untuk menurunkan daulat Darul Sotong yang ada pada dirinya. Dayang dan Inang Istana telah dihantar ke hujung Kampung untuk mempersiap Sang Isteri untuk di mandi air bunga selama tujuh hari tiga kali sehari serta tidak boleh dilihat sesiapa untuk dia layak ditabal sebagai Permaisuri kemudiannya. Segala ini telah diatur rapi oleh memanda Perdana Menteri dan nujum DiRaja Pak Belalang. Kerananya tiada siapa berani menyoal apa lagi menantang segalanya. Apa lagi sememangnya adat Darul Sotong, ikut saja sepertinya semua menjadi lebih kerbau dari kerbau.
(13) Genap sepekan bertabuh maka Oktopuspun ditabal menjadi MahaRaja baru. Mayang Sari dan Sang Isteri ditabal jadi Permaisuri. Gemilang sekali majlis pertabalan DiRaja. Apa lagi, belum ada mana-mana Raja ditabal sekali bersama sepasang Permaisuri. Mayang Sari sememang telah terserlah keayuannnya, apa lagi setelah sepekan disirami manis madu si ganteng desa sedang Sang Isteri kerana jampi air bunga Nujum DiRaja seperti anggerik desa anggunnya. Lantas gelar Permaisuri Mutiara Sari diberi gelaran. Anggerik mutiara belantara itulah asal gelarannya. Bukan main birahi MahaRaja Oktopus jadinya saat terpandang betapa berserinya Sang Isteri dulunya hanyalah pingitan pinggir hutan. Saat sebegini, mulai tumbuh naluri prasangka dalam diri setiap yang dinamakan isteri apa lagi yang bertahta madu terpaksa. Tikaman jelingan menjadi tajam bernyala membara. Memanda Perdana Menteri perasan segala. Dengan cepat akal dicari. Nujum DiRaja segera dibisik. Akal penipu apa harus diguna? Namun seperti biasa, Nujum DiRaja tetap tersenyum tanpa apa ada di dalam kepalanya. Cuma nasib sering menyebelahinya. Tidak semena-mena sepasang kucing hitam pekat bercakaran lewat melintas pentas persandingan DiRaja. Nujum DiRaja segera menangkap seekor darinya dan memburu satu laginya. Dia seperti bercakap-cakap kepada kucing yang ditangkapnya. Kemudian dia melempar pandang keras tajam kepada MahaRaja Oktapus namun mengenyit mata kepada Memanda Perdana Menteri. Kedua-duanya kemudian saling menggangguk kepala lalu setangkasnya menjunjung sembah memohon mengundur diri.
(14) Nujum DiRaja Nujum Pak Belalang temberang. Namun biar temberang, kian berakal dia akhirnya. "Wahai Tuanku, patik mendapat khabar dari si Tompok Hitam, kucing sepasang tadi betapa Permaisuri Mutiara Sari harus terlebih dahulu terpisah dari kebersamaan Tuanku untuk tiga purnama. Tujuh dayang dan inang istana akan menemankan dia di Bukit Tunggal. Pesanan ini harus segera dilaksanakan jika tidak Negeri Tuanku akan tengelam parah esok harinya" sembah temberang tidak kepalang Nujum Pak Belalang. Memanda Perdana Menteri juga mengadap cepat. "Mohon patik mengatur persiapan segera". Lalu tanpa soal, Permaisuri Mutiara Sari terus digiring pergi bersama tujuh inang, tujuh dayang, tujuh persalinan, tujuh dulang segala perhiasan, tujuh dulang segala makanan. Semuanya tujuh, yang semuannya didapatkan dari 7-eleven. Semuannya itu menjadikan Pemaisuri Mutiara Sari leka terpingga-pingga kerana sebelumnya yang ada di tubuhnya hanyalah kain kemban sepasang kurung Kedah yang sudah dimakan anai-anai berlobang-lobang. Permaisuri Mutiara Sari mengikut saja tidak terkata apa-apa, leka. Dia puas atas harta di depan mata. Cuma di benak memanda Perdana Menteri, apa mungkin temberang selanjutnya Nujum Pak Belalang.
(15) Sebuah Pondok Hinggap dibina di Bukit Tunggal. Bersebelahannya dibangun Pondok Nujum Pak Belalang. Sebabnya, agar segala mambang dan jin tidak akan menganggu Permaisuri Mutiara Sari. Sedang akal sebenarnya, agar MahaRaja dan Permaisuri Mayang Sari terus bertabuh apa mungkin bisa nanti tumbuh bibit di rahimnya. Juga saat MahaRaja sedang ranggi pasti Mayang Sari tidak akan lekang dari gumalannya. Dengan jalan itu, kedua mereka akan bertambah kasih paling sejati. Juga Permaisuri sudah dipesan untuk menyedia segala sendiri tanpa dayang tanpa inang. Semua diperbuat sendiri. Tiada pembantu. Patang terlarang keras. Akal Pak Nujum agar Permaisuri Mayang Sari benar-benar bergelar isteri bukan hanya untuk telentang menadah diri main tunjuk sana tunjuk sini suruh sana suruh sini. Memanda Perdana Menteri cepat membaca, akal temberang Nujum Pak Belalang kini sudah bertukar falsafah hidup. Isteri tetap isteri. Suami tetap suami. Isteri mengurus rumahtangga. Suami mengurus hidup. Apalagi MahaRaja Oktaopus, Nujum Pak Belalang sedang memperkuat jati dirinya agar baginda tidak terus bercelapak dalam nikmat tadahan isteri lalu manut takut bini seperti selalunya sedang soal anak negeri terus terbiar. Dan pada permaisuri Mutiara Sari, biar dia terbiasa dijaga rapi, biar terus bertambah birahi, lantas jika Pemaisuri Mayang Sari buting sulung, Nujum Pak Belalang sudah mulai mengintai-gintai menambat hati. Telahnya, kucing yang lapar jangan dibiar kesendirian, pasti berburu membawa pulang burung hutan. Dia sedang memasang badan, namun dengan penuh pengetahuan memanda Perdana Menteri.
(16) Ternyata dugaan Nujum Pak Belalang tepat sekali. Sepurnama berlalu, Permaisuri Mayang Sari sudah muntah-muntah pagi. Rahimnya kini sudah berisi. Selang genap tiga purnama, perut Pemaisuri Mayang Sari sudah mengembang, membikin kedua pasangan sungguh girang tidak kepalang. MahaRaja Oktopus pasti, betapa Permaisuri Mutiara Sari adalah mandul, begitu juga yakinnya Permaisuri Mayang Sari. Nujum Pak Belalang dan memanda Perdana Menetri sudah saling senyum kambing. "Akhirnya, akan bertemanlah Bukit Tunggal ya Pak Belalang?" sapa menyindir memanda Perdana Menteri. "Akal. Akal. Akal. Jangan kurang akal. Kita temberang biar berakal" jawap girang Nujum Pak Belalang. Sedang, Permaisuri Mutiara Sari sudah kian menjauh hatinya kepada MahaRaja. Saban hari wajah Nujum Pak Belalang kian handsome dipandang mata. Apa lagi kumis tipisnya paling mengoda berbanding MahaRaja Oktopus yang sudah kian gendut polos pula bibirnya. Apa lagi, saat khabar betapa Permaisuri Mayang Sari sudah berbadan dua, mungkin juga tiga jika tidak empat, dia berperasangka pasti akan melekang tumpah kasihnya MahaRaja kepada dirinya. Rendah diri sudah membalut tubuhnya. Rasa tidak selamat sudah meresap ke dalam kalbunya. Maka Nujum Pak Belalang kian mengisi segala, sepertinya kucing lapar, burung di hutan mahu ditangkap dibawa pulang. Namun, bagaiman dengan sumpah sebagai dinyatakan Pak Nujum. Tiada perceraian boleh berlaku. Permaisuri Mutiara Sari kian gundah. Kian resah. Kian menderita. Dia tidak mahu kembali bersua MahaRaja. Dia khuatir tersingkir diam-diam. Akal dicari. Sekerasnya. "Wahai Pak Nujum. Tiga purnama beta menatap bulan dilangit. Apa mungkin akan gugur ke pangkuan riba?" ujarnya suatu pagi saat bersantapan sama. Nujum Pak Belalang, tetap Nujum Pak Belalang. Akal temberangnya tidak pernah susut. "Apa lagi bulan, ya Tuan Permaisuri, hamba tinggi di atas pokokpun jika Tuan Permaisuri suruh sujud ke riba, hamba sedia bila-bila" balasnya mengerti bicara. Bukan kepalang girang hati Permaisuri Mutiara Sari menerima sembah seperti hamparan pasifik terbentang seluasnya. "Tapi kekanda Bela, maksud beta kekanda Nujum Pak Belalang, bagaimana dengan sumpah mimpi Pak Tua bahawa beta tidak boleh bercerai dengan baginda Raja" sahut gundah Permaisuri Mutiara Sari. Wah bukan kepalang Nujum Pak Belalang saat namanya sudah diubah jadi Kekanda Bela. "Usah khuatir adinda Permaisuri" balas Nujum Pak Belalang bagai ulat bulu sudah naik ke batang. "Soal takdir adalah urusan Allah. Bukan manusia yang menentukan. Tidak ditentu oleh mimpi Pak Tua. Tidak dari nujum kekanda juga. Semua itu hanay sangkaan. Tidak boleh dipercayai. Syirik." balas Nujum Pak Belalang pasti. Sememangnya dia pasti, kerana semua sumpahan itu hanyalah temberang dia dan memanda Perdana Menteri semata-mata.
(17) Suatu pagi yang indah, memanda Perdana Menteri datang mengadap. Dia diam sejenak. Tiada soal tentang Permaisuri Mutiara sari dari MahaRaja. Permaisuri Mayang Sari tidak lekang dari pelukannya. Bagai belangkas. Akrab. Terlalu intim. Jelas kepadanya, kasih MahaRaja kepada Permaisuri Muitiara Sari sudah terlepas menjauh. "Ampun Tuanku. Patik memohon, kerana patik sudah tua dan agak uzur, memohon perkenan Tuanku agar Nujum Pak Belalang diangkat jadi Tok Penghulu Jajahan Bukit Tunggal. Dia juga akan terus berkhidmat menjadi Nujum DiRaja. Mudah-mudahan juga suatu hari nanti dia juga akan mampu menganti patik saat patik sudah berundur" sembah memanda Perdana Menteri. "Usul memanda Perdana Menteri sangat bijak. Beta perkenankan" titah baginda tanpa perlu berfikir. "Satu lagi ya Tuanku. Tidak elok Permaisuri Mutriara Sari terus tinggal di Bukit Tunggal" ungkap memanda Perdana Menteri mengail biar kailnya hanya sejengkal. "Beta fikir, apa tidak mungkin Permaisuri Mutiara Sari beta cerai dan nikahkan dengan Nujum Pak Belalang? titah MahaRaja. Ikan sudah makan umpan. Kail meregut. Permaisuri Mayang Sari tidak tersembunyi girangnya. MahaRaja langsung dicium peluknya erat. "Itu sangat murni sekali kasih Tuanku" balas memanda Perdana Menteri. "Soal sumpah Tok Tua, itu Tuanku usah khuathir. Kita akan adakan majlis kenduri meminta perlindungan Allah dari segala bahaya. Patik yakin, jika kita terus percayakan Allah dari yang lainnya, kita semua akan selamat selamanya." ujar memanda Perdana Menteri meminjam temberang sunat Nujum Pak Belalang.
(18) Setelah habis edah mantan Permaisuri Mautiara Sari, maka seluruh Darul Sotong kembali berpesta. Nujum Pak Belalang kini ditabal menjadi Penghulu Bukit Tunggal, dan dia sendiri sudah hapus taraf tunggalnya serta kerjaya temberangnya sudah berganti seruan ke jalan benar percayakan Allah. Segala kerja tilik menilik sudah dia buang taubatkan. Cuma temberangnya tetap dia simpan sebagai senjata masa depan. Sedang Pemaisuri Mayang Sari juga diraikan dengan majlis lenggang perut lantaran kandungannya kini sudah mencapai enam bulan. Seluruh Darul Sotong perlahan-lahan kembali ke jalan lurus, jalan tegap, suami pulang ke asal kejadian fitrah lelaki serta isteri kian taat sebagai fitrahnya isteri. Allah merahmati segalanya lantaran memenuhi aturan ketetapanNya.

Kuching, Sarawak
28 May, 2013.
0 comments:
Post a Comment