Jika kita kembali merenung ke belakang, bermula dari detik kejadian Adam AS, ternyata kejadian kita ini tidak direstui oleh Malaikat dan Syaitan. Malaikat pertamanya menyoal, harus kenapa Allah mahu mencipta mahluk yang akan membawa kerosakan di dunia ini. Sepertinya, Malaikat sudah tahu, manusia iaitu Adam AS tidak akan kekal di Syurga dan pasti keturunannya akan membawa kerosakan kepada dunia ini. Dan saat jasad Adam telah sempurna terbentuk, Allah membiarkan jasad itu tanpa nyawa selama enam (?) hari. Pada saat itulah Syaitan telah memasuki jasad manusia yang sedang lompang, bolong, kosong itu lalu berjanji, seandainya manusia akan sujud dan atau setarafnya, maka dia akan tidak memperdulikan manusia, namun jika manusia diangkat darjatnya lebih tinggi darinya, maka dia akan sentiasa mengoda manusia ke jalan sesat. Ternyata, bila Allah meniupkan roh kepada Adam AS, Dia lalu memerintah seluruh isi Syurga sujud kepada Adam AS. Sesuai dengan janjinya, maka Syaitan tidak mahu tunduk kepada manusia. Sedang mahluk lainnya terus tunduk akur menerima Adam AS sebagai khalifah mereka.
(2) Selepas terhukum tercampak ke bumi kerana keingkaran melangar larangan untuk tidak memakan buah kuldi satu-satunya larangan buat Adam AS dan Hawa, pasangan ini kemudian tunduk penuh patuh kepada Allah. Sujud kepada hanya Allah telah diperintahkan kepada Adam AS dan segala keturunannya. Cuma, bentuk sujud itu tidak sama dengan arahan Sholat yang Allah perintahkan kepada Muhammad SAW setelah Israq Miragnya baginda. Sesungguhnya arahan sujud, berIman dan berTaqwa semata-mata kepada Allah dan tidak lain selain Allah, punya pengertian yang tersangat luas. Untuk Umat Muhammad SAW, penegasan Iman dan Taqwa adalah lewat Sholat lima waktu seperti yang Dia perintahkan.
(3) Namun, biar dalam Sholat sekalipun, saat sesiapa paling dekat kepada Allah tetap Syaitan mengoda dan memesongkan sesiapa. Nabi Ibrahim AS yang terkenal sabar, Iman dan Taqwanyapun tidak terlepas dari godaan Syaitan saat baginda sedang berkorban. Itu kini terjelma sebagai sebab melontar menjadi kewajiban di dalam Hajj. Namun, kita harus tahu, sepertinya AkuJanji Syaitan, sampai kiamatpun dalam keadaan apapun, Syiatan akan terus-terusan mengoda memesongkan manusia. Kita tidak usah takbur tentang itu. Ada waktunya kita berjaya menantangnya, ada waktunya pasti kita terkecundang. Namun, suatu pengajaran yang harus semua Umat Islam tahu, betapa khusyuk adalah tuntutan tertib paling baik untuk kita menghindar godaan Syaitan saat kita berSholat. Khusyuk pula harus datang dari jiwa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kita harus Sholat dengan rasa bertanggungjawab, menunaikan tanggungjawab sepenuhnya buat Allah.
(4) Jika kita cerdik untuk mengambil iktibar dari Ilmu Allah ini, pasti kita, khususnya Najib, Perdana Menteri Malaysia harus mengerti, selepas PRU13 dia dan kita semua rakyat yang mahukan kesejahteraan hidup harus sudah dapat menangkap pertama, atas sebab Allah memerintahkan semua untuk sujud kepada Adam AS saat roh sudah terisi di dadanya; dan keduanya terhumban ke bumi saat baginda dan Hawa termakan pujukan Syaitan lantaran ingkar akan larangan Allah dan dari situ Adam dan Hawa bertaubat lalu tunduk penuh berIman dan Taqwa kepada Allah. Kemenangan dalam PRU13 adalah roh yang Najib tuntutkan. Kita tahu, Najib bercanang ke seluruh pelusuk Negara meraih simpati rakyat untuk menjadi khalifah. Najib menuntut kemenangan dalam PRU13 untuk mentadbir Negara ke jalan kesejahteraan semua. Allah lewat rakyat Malaysia yang simpati dan memerlukan, memberikannya roh itu. Maksudnya, kini Najib sudah tidak lompong, bolong, kosong sepertinya permulaan enam harinya penciptaan Adam AS. Dia sudah ada roh. Roh itu, bagi Adam AS adalah agar dia berIman berTaqwa kepada Allah. Allah mahukan Adam AS jadi khalifah buat semua. Khalifah bagaimana, khalifah yang memanafaatkan semua mahlukNya. Adam AS menjadi khalifah demi Allah. Najib tidak terkecuali. Kemenangan dalam PRU13 adalah roh yang Allah berikan kepada Najib agar dia terus menjadi khalifah umat manusia di Malaysia ini demiNya. Sepertinya Adam AS, dia harus tidak gentar tidak takut tidak berfikir dua tiga. Atas Iman dan Taqwa kepada Allah dia mesti menjadi khalifah setulus seikhlasnya ,dalam memikul tugas dan tanggungjawabnya. Sepertinya Adam AS, dia perlu beramal sujud setulus seikhlasnya demi Allah.
(5)Makanya, kini sudah bukan masanya untuk Najib terus berpolitik, rhetoric. Dia mesti bekerja. Pasukannya mesti keras bekerja. Allah dengan sengaja memberikan Najib mandat kecil lewat PRU13 agar dia terus sedar betapa dia duduk di atas sana bukan untuk bersenang linang. Segala cabaran dari pihak lain hanyalah pemesongan dan godaan. Sesungguhnya, adalah tidak betul saat tergoda oleh Syaitan, maka seseorang harus meniggalkan Sholatnya lalu lebih leka menghambat Syaitan yang mengodannya. Sememangnya Syaitan, kerjanya agar kita tidak Sholat, maka menghambat Syaitan dan meninggalkan Sholat adalah kejayaan bagi Syaitan. Begitulah Najib, jika dia asyik melayani para pemesong di luar sana, sepertinya Najib tidak faham akan konsep Sholat dan godaan Syaitan. Najib harus focus bekerja dari melayani pemesonagn bodoh Biarlah segala itu ditanggani secara pentabdiran biasa. Najib dan jentera pentadbiran awam harus tidak lagi terlalu berpolitik khususnya SPRM yang saya lihat Pengerusinya terlalu banyak omongan. Semua pihak seharusnya hanya bekerja mengikut tatacara ikhlas dan jujur. Najib kena mengerti sedalamnya konsep Sholat dan godaan Syaitan. Dia mesti khusyuk ikhlas kuat bekerja. Apa mungkin kesan 100 hari selepas PRU13? Apa juga mungkin kesan selepas 1,000 hari PRU13?
(6) Beberapa agensi awam kini sedang menjadi sasaran hentaman sesetengah pihak. Ini, paling utama adalah SPRM. Begitu juga di pihak Polis, Kehakiman, Suruhanjaya Rasuah (MACC), dsb. Mereka ini harus terus tetap sebagai agensi awam yang teguh profesional. Tidak perlu banyak omongan, publisiti. Mereka bukan orang politik dan atau artis. Mereka bekerja di gaji rakyat, mereka tidak perlu terkenal. Buat saja kerja. Ingat pesan Allah, semasa berbuat baik biar tangan kiri sekalipun tidak tahu. Begitu juga media di bawah penguasaan Kerajaan, focus harus kepada kerja. Kenapa hari-hari rakyat harus disumbati dengan saling mengutuk menghina. Apakah manusia-manusia di RTM dan TV3 sudah kebangkraban pemikiran hikmah. Banyak soal lain yang boleh disorot dari hanya setiap jam membongkar yang tidak membawa kebaikan apa-apa. Mereka ini semuanya, kebanyakannya adalah orang Islam, apakah nasihat Al Quran tentang aib manusia? Malaysia sepertinya sudah menjadi Universiti Terbuka Pakar Mengutuk dari menjadi Negara penuh innovatif untuk produktif. Najib harus merobah semua ini. Dia mesti kelihatan dan sebetulnya Perdana Menteri yang bekerja. Contohilah Abdul Razak Husein, apa lagi Mahathir Mohammed. Mereka lebih seronok bekerja dari berpolitik rhetoric. Apakah kerana kita sudah lupa bahawa diri kita adalah manusia, maka banyak dari kita sudah turut sama jadi Syaitan? Kita juga tidak perlu jadi Malikat. Saya yakin dan percaya, adalah bodoh bagi Najib jika dia terus menari ikut rentak mereka yang kecewa. Sepertinya, Anwar kutuk, Najib (juga kuncu-kuncu pegampu di sekelilingnya) kutuk. Anwar hina, Najib hina. Akhirnya, siapa beruk, siapa singa?. Jika itulah sikap Najib, dia sebetulnya adalah sama saja dengan mereka itu. Najib adalah Perdana Menteri Malaysia, maka duduklah pada taraf itu. Najib harus belajar saat Ghani Ali dan Ali Rustam lupa akan caranya Muhammad SAW dan para Khalifah yang sering dinasihat tidak perlu beradu atau pergi berperang, biar saja hulu balang mereka saja bermandi keringat maka itulah kecundanglah kudrat yang mendatang. Kita tidak memilih Najib untuk leka, kita mahu dia bekerja. Najib mesti lead Malaysian to work to deliver not to talk. Najib harus bijak membuktikan kepada rakyat siapa bekerja, siapa sekadar tong kosong. Sudah hampir 30 hari PRU13, sepurnama berlalu, masa mungkin harus kita tunggu sehingga 40 atau 100 hari baru kita hendak hebat bekerja!
(6) Mungkin Najib terlalu percaya cara Barat dalam menghadapi tentangannya. Dia mungkin sudah terlalu lupa untuk makan sambal belacan dengan cili padi segenggam sepertinya keturunannya di Sulawesi. Sesungguhnya, tidak Sulawesi bebas dari Belanda jika mereka tunduk kepada Barat. Najib terlalu terikut-ikutkan Barat dan mereka yang di seklilingnya yang taksub cara saikologi atau image Groaming Barat sehingga banyak perkara sekarang sedang menanti menjeratnya sendiri. Kehadiran Idris Jala di dalam Kabinet Najib lebih membawa penjenamaan semula dari real effect to the common lives. Najib harus lebih bijak dalam menilai semua ini dari tergantung kepada konsep KPI Barat. Najib, kembalilah ke aslnya kita: Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Negara ini adalah Negara Malaysia, bukan Barat. Malaysia biarlah caranya Malaysia, sejahtera caranya Malaysia, adunan kita.
nota:
Foto sisipan adalah capaian internet atas tajuk The Devil.
Kuching, Sarawak
27 May, 2013.
nota:
Foto sisipan adalah capaian internet atas tajuk The Devil.
Kuching, Sarawak
27 May, 2013.
0 comments:
Post a Comment