Melayu. Itulah rumpun bangsa Nusantara. Dari asalnya Annam di Tengah-Selatan Vietnam lalu bertebar ke Kamboja dan Laos, mereka dikenali sebagai bangsa Champa. Budaya mereka tetap sama iaitu setidak-tidaknya bertapih batik. Pertuturan mereka punya banyak persamaan dengan Melayu Tanah Melayu. Lalu mengunjur ke Selatan jauh benua Asia, di Segenting Kra yang membentuk sebahagian dari Myanmar dan Siam, lahir bangsa Pattani. Kini mereka terbatas menduduki Narathiwat, Yala dan Songkla (?). Budaya mereka tidak tumpah dengan Melayu Kedah dan Kelantan. Perempun mereka tidak sekadar bertapih batik, bahkan lelaki mereka juga berkain pelikat bersemutar. Kemudian paling jauh ke Timur adalah bangsa Sulu. Inilah bangsa bertaburan di pulau-pulau. Mereka adalah pelaut. Lelakinya bersemutar sedang perempuannya tetap bertapih batik. Bangsa Spanyol menyebut mereka sebagai bangsa Moro sama dengan bangsa Moors di Afrika Utara yang telah digembeling di bawah Khalifah Ummayah dan menjajah Spanyol dalam tahun 711. Melayu Perdana adalah penduduk kebanyakan di Sumatera, Jawa, Maluku, Tanah Melayu, Borneo dan segala pulau di Indonesia dan Malaysia. Di Papua dan Papua New Gunea, mereka disebut sebagai Malanesia. Mereka sama dengan Melayu pada minat mereka mengonyeh pinang
(2)Apakah tonggak atau dalam bahasa lainya rohnya Melayu? Bagi Melayu Perdana Mainstream Malays samaada kaum Melayu, Jawa, Bugis, Sunda, Banjar, Minang, Pattani, Champa, Sulu-Moro, Kedayan, dsb asasnya adalah asimilasi Islam dalam budaya mereka. Makanya dalam Melayu tradisi, pribadi, pakaian, makanan, tata kemasyarakatan, tata kehidupan, dsbnya mereka sangat terikat dengan Islam. Banyak perkara yang tidak selari dengan tuntutan syariat Islam dihapuskan ditinggalkan. Sesungguhnya, Melayu sangat mudah untuk menerima Islam lantaran asas kepada Islam adalah perpaduan. Melayu sangat mementingkan kehidupan bermasyarakat. Islam mendokong keras kehidupan bermasyarakat. Maka dengan sebab itu, Sholat sebagai tonggak Islam, memberikan ganjran tinggi bagi mereka yang berSholat secara berjemaah. Sholat Jumaat, Aidil Fitri, Aidil Adha, dan Mayat semuanya adalah bersifat wajib berjemaah. Begitu juga, Sholat Tarawih di bulan Ramadhan juga diharuskan secara jemaah. Di rumah, si bapa digalak mengimami Sholat secara jemaah bagi kaum keluarganya. Bukan sekadar Sholat, kewajiban lainnya Islam juga mendokong keras akan keperluan bermasyarakat. Zakat, Fitrah, sedekah, kenduri biar apapun, penjagaan anak-anak yatim, dsb adalah semua demi kepentingan kehidupan bermasyarakat. Melayu Pantai Timur, Utara, Jawa, Bugis, Pattani bahkan Champa, mereka sangat mementingkan kehidupan bermasyarakat. Mereka gemar hidup berkampung. BerKampung adalah manifestasi jelas akan sifat bermasyarakatnya Melayu. Makanya, bermasyarakat adalah tuntutan bagi kemantapan dan kecemerlangan Melayu. Untuk itu, Islam adalah Adeen yang dapat memberikan landasan kukuh ke arah itu. Jadinya teras kepada kehidupan sempurna Melayu adalah keperluan untuk bermasyarakat dan mengamalkan Islam sebaik-baiknya. Atas sebab itulah di Tanah Melayu, Brunei, Padang, Rhiau, dan Pattani, Melayu dan Islam menjadi sinonim.
(3) Proses pembandaran urbanization masyarakat Melayu sangat mendadak terutama di tahun-tahun 1980an. Perubahan Dasar Pembangunan Negara yang menekankan Perindustrian dari Pertanian adalah pendorong utama ke arah itu. Dalam tempoh 2001-2010, penduduk bandar Malaysia meningkat dari 65.36% ke 72.2%. Namun, jika kita dalami khususnya di kota-kota besar, kehidupan bermasyarakat Melayu sudah semakin sukar untuk diamalkan. Akibatnya Melayu sudah tidak dapat mengawal Melayu secara bermasyarakat. Communal Enforcement dalam kehidupan Melayu kota khususnya sudah semakin lemah lenyap. Melayu di kota-kota lebih menjadi Melayu kendiri; Melayu untuk sendiri-sendiri dan atau kelompok sendiri-sendiri. Melayu di kota-kota sudah tidak hormat sesama bangsa. Banyak prilaku Melayu kota sudah tidak lagi segan silu sesama Melayu. Mereka sudah menjadi lu lu, gua gua, apa lu peduli. Kapitalisma-Liberalisma sudah merasuki masyarakat Melayu mengambilalih dari Islam. Soalnya, apakah Kapitalisma-Liberalisma dapat menggantikan Islam dalam mempertahan dan atau memperkasakan Melayu?
(4) Paling mendukacitakan, Melayu kota-kota ini, sebahagian besarnya adalah anak-anak muda dari desa-desa. Mereka ini paling mudah hanyut menjauh. Bukan soal mereka tidak beragama. Paling selekeh moral sekalipun gadis Melayu dari desa akan tetap berkerudung, namum kenapa kerudung ada, tetapi seluar tebongkang? Sesungguhnya kini, Melayu secara amnya sedang diserang kecelaruan sosial yang tersangat dahsyat dan memerlukan kita bertindak cepat dan strategis. Saya tidak yakin Kapitalisma-Liberalisma boleh menjamin kecemerlangan Melayu. Kapitalis mendorong sebilangan kecil menguasai yang banyak. Sedang Liberalisma pula, membolehkan Kapitalis menghalalkan apa saja. Jika Kapitalisma-Liberalisma boleh menjamin kesejahteraan hidup Melayu, kenapa rakyat kebanyakan bangsa Filipina, Siam, Latin Amerika (khususnya Mexico), Greece, Carribean, Monaco, Macau, Hong Kong, bahkan di Amerika Syarikat sekalipun, masyarakatnya sedang menuju kegoyahan kalau tidak dari segi moral, setidak-tidaknya dalam kemakmuran hidup? Inilah bangsa-bangsa yang telah mengamalkan Kapitalisma-Liberlisma seluas-luasnya. Sesungguhnya, Kapitalisma-Liberalisma sedang mencekek dunia. Bagaimana pula Israel dan Singapura boleh lebih makmur? Mereka makmur, namun apakah mereka sejahtera? Sememangnya Israel, Singapura, Switzeland, Jerman, Korea, Jepun dsb mereka sangat makmur. Mereka mengamalkan demokrasi. Mereka juga liberal. Namun liberal mereka tidak sama dengan liberal Sweden. Mereka mengamalkan demokrasi-liberal terpimpin. Mereka terasuh oleh disiplin ketenteraan dan moral agama yang kuat.
(5) Islam pada landasan tulinnya telah membuktikan akan jaminan kesejahteraan dan kemakmuran Umatnya. Kerajaan Melayu Melaka Lama menjadi gagah adalah kerana Melayunya berpegang teguh pada Islam tulinnya. Begitu juga dengan Majapahit, Pasai, Pattani, Champa, Sulu, Demak, Jambi, Sambas, dsb. Islam telah membuktikan pernah dapat memperkasakan kehidupan Melayu. Dalam tempoh pengaruh Islam tulin dari abad ke 13-15 iaitu selama 300 tahun, Islam membangunkan Melayu, membebaskan Melayu dari carut-marut. Saya tidak membawa pembaca bermimpi di masa silam. Itulah sejarah. Bercerminlah dari sejarah. Namun dari abad 15-21 ini, selama 600 tahun sudah, bila Islam berbaur Kapitalisma-Liberalisma, Melayu kian menuju kegelapan. KeMerdekaan KeDaulatan Melayu kian pudar. Melayu merdeka, Melayu berDaulat? Siapa kata sebegitu? Usahawan? Pengusaha? Pengamal? Budayawan? Bijak pandai? Melayu Merdeka, Melayu berdaulat buat saya hanyalah slogan politik cetek. Di dalam kempen PRU lepas tersebar luas di dalam SMS dan bloq penghinaan cabaran keras terhadap bangsa Melayu: jika Melayu tidak dibantu diutamakan, pasti universiti akan kekosongan anak-anak Melayu. Universiti-universiti aawam di Malaysia dipenuhi Melayu bodoh, Melayu malas!. Apakah kita harus terus diam? Ada yang ingin mengajak berperang. Untuk apa? Apa faedahnya? Kita sudahpun dulu berperang, kita bermandi darah membela Negara dari ancaman komunis bahkan terbaharu serangan Kesultanan Sulu-Moro, namun hasilnya apa? PAS dan UMNO sejak sebelum Merdeka sudah berperang, hasilnya apa? Melayu perlu penilaian diri, bermuhasabah diri mencari, menetap, dan bertindak keras kuat tegar. Dari segi akhlak, moral, Melayu kian hanyut. Lantaran Kapitalisma adalah ciptaan Yahudi, musuh ketat Islam, penganutan Melayu kepada Kapitalisma dan menjauhkan Islam, apakah tidak sama dengan syirik? Melayu sepertinya sedang menidakkan Islam juga mungkin sedang menduakan Allah. Itulah puncanya salah khilafnya kita, maka tidak usah heboh bila kita dihina. Namun haruskan kita diam? MasyaAllah. Mudah-mudahan kita belum sampai ke situ pada sadarnya.

(6) Banyak orang akan melihat tulisan saya ini sebagai pesimistik. Saya tidak pesimistik. Saya melihat kehidupan kini dengan cara lainnya. Saya tidak menafikan Shah Alam, Kelang, Pasir Gudang, Seberang Prai, Kuala Pilah, Batu Kikir, Bangi, Kuala Kubu, Kuala Krai, Kemamam, Kota Belud, Kota Merudu, Beufort, Asajaya, Petra Jaya, Kota Samarahan dsb yang majoriti rakyatnya adalah Melayu telah berubah. Jauh berubah. Perbandingan (KPI) kita adalah bagaimanakah kota-kota ini sepuloh, dua puloh, bahkan tiga puloh tahun dahulu. Apa lagi jika melihatnya 100 tahun dahulu, pasti kita sadar Kerinchi, Gombak, Cheras, Ampang, Pandan, Kg. Baru, dsb sangat berbeda. KPI perbandingan kita adalah lebih kepada kebendaan. Jika kebendaan adalah kayukuran untuk menilai kemakmuran dan kesejahteraan hidup, maka saya berkira di zaman Firaun, Roman, Farsi lama, bahkan di zaman kegemilangan Islampun pastinya lebih hebat. Apakah sebegitu hakikatnya? Maka, saya melihat saat kita sedang kalut menghambat kemakmuran, kita sudah keciciran dalam soal kesejahteraan. Kita mungkin jauh sudah lebih makmur. Jika di tahun 1960, segantang beras nilainya hanya seringgit, kini pasti beras yang sama sudah bernilai paling kurangpun RM15.00 jika tidak RM36.50. Namun untuk mendapatkan segantang beras di tahun 1960 apakah lebih payah dari untuk mendapatkannya sekarang ini? Saya yakin, cara kita membuat perbandingan dalam mengukur kemajuan Melayu lebih terdorong atas kepentingan politik dari sudut sebenar keperluan sosiologi rakyat. Lagi anihnya, saat membuat kajian, sering soal harga semasa (present) dan harga malar dimanipulasikan. Contohnya, kita bangga Pendapatan Per Kapita sudah melambung ke langit, namun jika kita malar kekalkan segalanya pada nilai 1960 apakah pendapatan sekarang RM3,000.00/bulan/sekeluarga sama nilainya dengan harga malar 1960? Saya yakin, biar di tahun 1960 di Kuching, pendapatan sebanyak RM100.00/seminggu atau RM400.00/bulan punya nilai jauh lebih besar dari RM3,000/bulan sekarang ini. 2013-1960 = 53 tahun. Purata Inflasi dunia adalah pada kadar 4-6% setahun, compounding, maka nilai semasa pada 2013 bagi harga pada tahun 1960 seharusnya pada kadar lebih kurang 700% lebih besar. Maka jika pendapatan ngam-ngam pada 1960 di Kuching adalah pada kadar RM400/bulan/keluarga, maka berasaskan inflasi 4-6% setahun, berapa agaknya dengan compounding rate sejumlah 700% masa kini? Manipulasi statistik banyak dibuat demi kerakusan kuasa dan akibat ketidak ketulusan maka Allah menjadikan kita perlu membayar harga yang mahal bagi pembohongan in the state of denial berterusan yang kita lakukan.
(7) Sesungguhnya, apa yang terjadi kini, adalah kemakmuran yang dihambat kian menjauh, sukar dikecapi oleh rakyat kebanyakan, sedang kesejahteraan kian memudar. Kemakmuran Negara masih terlalu jauh dari menjadi rahmat kepada rakyat kebanyakan. Sepertinya, yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran, melainkan bagi sebahagian kecil. Itu soal di kota-kota, di desa-desa, kekalutan lain juga kian melonjak. Kehidupan di desa-desa biar jalan, api, air dan segala telah menjalar hebat, namun kehidupan rakyat masih sangat kuat terhimpit. Sesungguhnya kos hidup yang terus menaik menjadikan Melayu khususnya sering terhimpit. Kehidupan yang kini lebih bersifat urbanised sangat menekan. Paparan di sebelah jelas menunjukkan bagaimana urbanised lives bukanlah sesuatu yang mensejahterakan tetapi lebih menekankan. Dalam lapuran NST 30 March, 2013, dianggarkan 4,600,000 orang penduduk bandar di Malaysia sedang menghadapi tekanan hidup. Ini bukanlah suatu yang anih, kerana itulah musibah bila pembandaran tidak dilihat dari sudut profesionalisma menyeluruh. Kita lebih pentingkan kemakmuran pertumbuhan tetapi melupakan pengagihan kesejahteraan buat semua. Juga saya paparkan hasil kajian masalah penyakit berkait dengan jantung di Singapura bagi tahun 1980-84. Pada tempoh itu, Singapura sedang mengalami ledakan pembangunan yang sangat hebat sehingga Melayu terasak pedih terpinggir. Kesannya boleh dibaca dari paparan perangkaan tersebut. Maka jika KPI Kesejahteraan Hidup dapat digubal dan ditakrif secara betul, pasti akan kita dapati betapa kemajuan kini sedang menghenyak kesejahteraan hidup rakyat. Lihatlah perangkaan Perceraian Muda, KeMurtadan Melayu, Pembuangan Bayi, dsb. Begitu juga jika dibuat KajiSelidik, pasti akan kita dapati betapa anak-anak muda Melayu di bandar-bandar banyak yang terpaksa menyundal dalam banyak bentuk untuk menampung hidup. Pun begitu, bagi Melayu yang sudah berjaya, ahklak tamak haloba Kapitalis sedang membakar mereka namun belum mahu berpulang ke pangkal jalan. Kita sebetulnya sedang berada di medan Zero Sum Game.
(8) Saat kita mati, roh kita akan diangkat ke langit lalu digantung di Luh Mahfuz sehingga saatnya nanti akan kembali digabungkan dengan jasad kita yang dibangkitkan semula untuk menerima penghakiman Allah. Namun, roh Melayu, roh kita sepertinya sedang dicabut tetapi sedang terawang-awang tanpa ketentuannya di mana. Atau roh Melayu kian terhimpit terkurung tidak merdeka, sehingga lantaran asakan himpitan, ianya mahu keluar melayang-layang tetapi kemudian saat di luar tidak tahu ke mana arahnya. Roh Melayu iaitu Kemasyarakatan Melayu yang berteraskan Islam kian melayang meninggalkan kita. Hinggapnya entah ke mana, lantaran Islam kian kita ambil enteng. Silapnya di mana? Atau khilaf kita di mana?
(9) Roh Melayu kian tercabut lantaran Sistem Pendidikan kita tidak betul belum sempurna. Saya melihat Sistem Pendidikan Islam kita masih terlalu pincang. Sesungguhnya Sistem Pendidikan Kebangsaan kita tersangatlah pincang. Sistem Pendidikan Perdana kita kian melahirkan bangsa pincang, lompang, kosong, bolong. Salah satu fenotipnya Mahathirpun menjerit: Melayu sudah tidak patriotik. Maka dengan sebab itu, sampai kapanpun masyarakat Cina tidak akan menghormati Sistem Perdana Pendidikan kita. Sistem Perdana Pendidikan kita, tidakpun biar menjadikan Melayu kuat, jauh sekali menjadikan bangsa Malaysia gagah. Haiya mehhh....itu sekolah Melayu ha, Melayupun tarak boleh ajar bototpunya, apa macam wa mau antar anak wa sekolah sana?. Anih bukan? Jika di Amerika, Sistem pendidikan mereka pastinya menjadikan bangsa dominan iaitu Caucasian kuat, begitu juga di Siam, di China, di India, di Jerman, di Jepun, bahkan di Singapura dsb. Tetapi di Malaysia, kita kian melahirkan Melayu yang lemah, sedang kaum Cina kian menjadi hebat. Salahnya kita di mana? Lihatlah diri sendiri, usah menuding kepada bangsa lain. Apa pesan Al Quran mengenai ini? Pelik tetapi benar. Sistem Pendidikan Perdana kita menghanyutkan semua. Biar saya kupas sedikit khusus untuk bangsa Melayu. Pertama, bila anak Melayu cerdik, bagus dalam semua mata pelajaran, ie dapat sekurang-kurangnya B- dalam semua matapelajaran, maka dia akan memasuki Aliran Sains. Mesti masuk Aliran Sains. Pernah mereka diberikan pilihan? Dalam Aliran Sains Sekolah Menengah dan Asasi atau Matrikulasi, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam kian kurang ditekankan bahkan ditiadakan. Apa lagi saat memasuki Universiti. Jika ada sekadar mengenal Temaddun Islam. Cukupkah untuk mengerak anak muda Melayu supaya melangkah selanjut dan seluasnya menyelidiki sendiri soal-soal Islam? Kenapa sejak dari Taman Asuhan sehingga ke Sarjana, Pendidikan Islam luas secara progressif dan evolusinya tidak diwajibkan untuk semua pelajar Islam. Temaddun Islam yang mereka pelajari harus diperluas sehingga kepada Pengenalan Asas Hukum Syariah. Sebabnya mudah, jika siswazah Islam keluar nanti, bukan hanya dia adalah katakan seorang Jurutera, tetapi Jurutera Islamis, Pakar Perubatan Islamis, Akauntan Islamis, bahkan Usahawan Islamis. Pokonya kita harus melahirkan insan yang insanis. Kita kini sedang melahirkan para profesional teknokratis yang tipis bahkan nol sifat Islamis mereka. Paling jelek mereka berIlmu tetapi tidak boleh membicara tebarkan Ilmu mereka, lantaran mereka terdoktrin untuk to be genius but not to communicate. Suatu dogmatik didikan Sains dan Matematik kolot dan bodoh yang berkelanjutan samapi bila, sayapun tidak tahu. Kedua para pelajar yang kurang kecapaian akademiknya, akan dijurus ke bidang-bidang strategik khususnya di dalam pengurusan seperti ekonomi, akauntan, perancangan dasar, sain poilitik, saikologi, dsb. Mereka ini sering menjadi pemimpin dalam bidang apa sekalipun. Bahkan yang paling jelek para drop-out diaruh ke bidang Pendidikan Islam, dan mereka ini langsung tidak didedahkan dalam soal Sains apa lagi Matematik. Hasilnya, bagaimana? Salah satunya, maka lahirlah para Ustaz dan Ustazah yang hanya mengakui betapa Islam dan Sains adalah selari, tetapi tidak dapat mengupas lebih jauh dari itu. Berulang-ulang, dari sejak mula Islam betapak, sehingga terjajah, lalu merdeka sebegitulah berulang-ulang tanpa kemerdekaan pemikiran sepertinya. Begitu jugalah bagi yang tidak dalam Aliran Sains. Mereka jadi buta Sains dan Matematik. Pengajian Islam mereka juga tipis. Akhirnya kita banyak melahirkan profesional bukan sains yang buta sain matemaik dan tipis atau nol Islamnya.
(10) Sesungguhnya, kita Umat Melayu Islam, kita kagum dengan banyak pemikir besar Islam terdahulu, tetapi kita tidak kenal bagaimana mereka jadi hebat. Kita hanya kenal nama, dan hasil akhir kerja mereka. Kita tidak kenal cara dan sifat-sifat luasnya Ilmu mereka. Contohnya, tidak Imam Bukhari menjadi sebegitu hebat dan kental keras jiwanya, tanpa dia melihat Islam dari sudut yang sebetul luasnya. Dia menyorot Islam dari pelbagai bidang keIlmuan. Sebutkan, apa saja biar Natural Science, Perubatan, Fizik, Kimia, Falaq, Sastra, dsb. Dapatkah para guru dan bahkan pensyarah kita mengupas Islam dari sudut selain dari yang tertulis di depan mata mereka? Sesungguhnya para Ilmuan Islam lepas, mereka tidak menyempitkan pengkajian, pengajian, dan penghayatan Islam sepertinya kita dan Sistem kita sekarang ini. Maka dengan sebab itu lahirlah Kota Damshek, Baghdad, Iskandariah, Istanbul, Andalusia, Agra, dan Timbuktu yang gemilang berbeda dengan kota-kota ini sekarang ini. Islam sudah dipersempit menjadi urusan Masjid dan Kubur maka penganutnyapun kian membenci Masjid dan melupakan kubur. Masjid kian dilihat sebagai penghambat liberlisma. Sedang kubur sudah dianggap sekadar tempat buangan bangkai. Masjid dan kubur bukan lagi adalah gedung keMasyarakatan KeIlmuan dan gerbang ke Syurga. Islam kita Islam untuk ke kubur bukan Islam untuk membina Syurga Sejahtera Dunia dalam merintis jalan ke Syurga Azali.
(11) Muhyiddin Yasin dan Idris Jusoh, apa lagi Najib Razak ini adalah padangan keras saya: Kebangsaan Melayu mengasak Melayu untuk dapat belari sebaris Cina. Itulah asas kesilapan kita. Sepertinya kerbau diadu berlumba dengan kuda, kuda tetap menang, kerbau pengsan di suku jalan. Itu adalah kapitalisma tulin. Itulah telunjuk Yahudi. Itulah warisan Liberal penjajah. Kenapa kita tetap mengikut jejak Yahudi dan Penjajah? Apa peasan Al Quran tentang yahudi dan Nasrani? Itu di satu pihak khususnya UMNO. Di satu pihak lain iaitu PAS, Islang, Isle dok leh ikut hok kafir. Dok apo ehh kita misking, janji masuk Syurgo. Jadi Islang, Isle PAS, jadilah Islam retorik, Islam kekecewaan, Islam pelarian. Kita tidak akan dapat membentuk Sistem Pendidikan Ideal dalam sekelip mata. Namun kita sudah punya banyak Ilmuan dari segala pelusuk dunia, kenapa mereka tidak kita gembelingkan untuk berfikir merumus mengevolusi Sistem Pendidikan Perdana kita. Buktikan Sistem Pendidikan Perdana kita mampu jika tidak untuk membina Bangsa Malaysia setidak-tidaknya membina Melayu Perkasa. Yang kita ada sekarang ini, Melayu menjadi lemah, bangsa Malaysia kian tunggang langgang. Maka di mana hebatnya? Tanamkanlah roh Islam seluas sedalamnya ke dalam Sistem Pendidikan Perdana kita. Melayu mesti berdiri dan berjalan pada landasan Islam yang luas dan tepat.
(12) Saya juga mencabar: Bila Muhammad SAW membawa angkatan perangnya untuk menyerang Mekah iaitu untuk memerdekakan dan mendaulatkan Baitullah, kenapa semasa berkhemah di luar Mekah baginda mengarah para pejuang Islam untuk membuat ribuan unggun api? Juga saat hendak mengawan, kenapa Merak jantan begitu hebat menari-nari? Sama halnya dengan ayam jantan. Atau bila seorang jejaka atau perawan hendak saling memikat, mereka paling terhias? Kenapa Singa jantan suka mengaum? Itulah apa yang Ibnu Rushdi (Aviceros) maksudkan sebagai Sains Alam. Muhammad SAW juga di gelar Environmentalist, baginda mengerti helah Allah dalam setiap sains alam. Anihnya, kita sering berseru agar kita mengikuti Sunnah, namun hakikatnya, puak Yahudi dan Barat paling meneliti Sunnah bahkan Al Quran dan mengikutinya dengan bijak. Maka dengan sebab itu mereka membina banyak mercu tanda kesungguhan mereka. Kenapa?
(13) Dulu saya pernah menulis, betapa Melayu di Malaysia perlukan roh untuk bangkit. Kita tidak perlu bangkit dengan menidakkan kaum lain. Tidak berkat, apa lagi jika kita menindas. Tidak Allah menghidupkan kerbau, lembu, kambing, dan segala yang halal dengan melupuskan babi, ular, cicak, buaya, dsb yang buas dan haram. Begitu juga, kaum lain, bangsa lain, agama lain selain Melayu dan Islam, mereka mahu kesaksian sahih bukti nyata betapa Islam itu sememangnya hebat, memakmur, mensejahtera, dan selamat untuk semua. Melayu mesti menyahut cabaran ini, dengan membangunkan apa yang menjadi terlalu dekat di hati Melayu dengan sebaiknya. Di Malaysia, saya melihat Kampung Baru Kuala Lumpur adalah nadi, asal, asas, dan pusat bagi kebangkitan dan persaksian kebangkitan Melayu. Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Mustapha Muhammed, Wahid Omar, dll harus melihat itu sebegitu. Biarlah Kampung baru menjadi Darul Hikmah Serantau yang mampu mendidik, menzahir, memancar serta memperingati roh Islam di kalangan Umat Melayu Malaysia dan Nusantara. Jadikanlah Kampung Baru sebagai Pusat Pengajian KeIlmuan, Pusat Syiar, Pusat Kewangan, Pusat Perdagangan, Pusat Budaya, Temaddun dan Kependudukan Sejahtera Melayu yang berteraskan Islam tulin agar ianya benar-benar menjadi Darul Hikmah sinar mutiara untuk semua. Menjadikan Kampung Baru sebagai Darul Hikmah Serantau bukan sekadar harus memperbaiki sepenuhnya tata sosial Melayu di sana, tetapi kita harus menjadikan itu sebagai asas kepada pembentukan Model Masyarakat Bandar Sejahtera yang akan Melayu warisi sepanjang zaman dan juga sebagai amal jariah masyarakat Melayu tuanpunya harta di Kampung Baru sebagai bekalan di akhirat kelak. Saya tidak sekali-kali setuju bekas Lapangan Terbang TUDM di Sg, Besi dijadikan apa-apa ke arah Pusat Kewangan Islam Malaysia. Sg. Besi adalah lambang boroh paksa kenapa ianya hendak dijadikan lambang keagungan Melayu, jika ada niat sebegitu? Jadikan Sg, Besi sebagai transit kepada pembangunan Darul Hikmah di Kampung Baru.
(14) Kampung Baru sebagai Darul Hikmah pasti akan memberikan roh percetus sentuhan azam kepada kebangkitan Melayu dan mensejahterakan semua rakyat Malaysia jika kita benar-benar jujur dan teliti dalam membangukannya. Kependukkan bandar adalah arah aliran masa depan, maka kita mesti merumus Model Kependudukan Bandar Sejahtera yang tidak semata-mata berasaskan model Barat. Kita perlu ketengahkan MahaBijaksananya Al Quran dan Sunnah ke arah itu. Barat dan Timur jauh harus hanya sebagai cermin. Kita perlukan Model tersendiri. Kita mesti berani ke arah itu. Berbuatlah demi Islam, Demi Allah semata-mata untuk mendapat restu dan barakahNya. InsyaAllah.
Nota:
Dalam Bahasa Melayu Sarawak (Sambas), tapih merujuk khusus kepada kain perempuan. Maka jika disebut tapih itu adalah kain persalinan perempuan. Sedang perkataan kain dalam pengertian Melayu Sarawak (Sambas) adalah perkataan umum generik untuk segala jenis kain termasuk kain-kain yang belum siap. Tapih sudah berjahit, selagi belum berjahit, tidak akan disebut tapih. Bagi kaum lelaki, tiada istilah khusus digunakan mungkin kerana berkain pelikat bukan budaya dan sesuatu yang agak terlarang. Sebabnya, masa saya masih kecil-kecil dulu, pantang saya berkain pelikat melampau batas kamar tidur. Jika saya sebegitu, maka saya akan diperkata persenda sebagai pemalas. Itulah Melayu asas dan cara pendidikannya sering berselindung, tidak jelas memaksa kita untuk terus berfikir supaya terus bijak mengenal yang sebenar dan betul.
Kuching, Sarawak
31 May-6 Jun, 2013

0 comments:
Post a Comment