
(2) Namun, sejak akhir-akhir ini, baginda tersangat berdukacita. Sering kemurungan. Seperti hari hujan tak hujan. Mendung selalu. Bagai tertakdir baginda tiada zuriat. Sudah hampir empat abad baginda dan Permaisuri bertarung bersengama, tidak kira siang tidak kira malam, tidak kira dini hari tidak kira tengah hari, berhempas pulas melibas-libas bagai belayar di samudera ganas, namun tetap juga hajat tidak kesampaian. Biar lelah tercunggap-cunggap, bagai belacak lelah berkejaran di lumpur becak, namun setiap akhir purnama, tetap Permaisuri berdatang kain. Biar telah habis Hutan Herba Tongkat Ali ditebang lalu dibawa masuk bertongkang-tongkang dari seluruh Nusantara Melayu untuk membantu tetap tidak berhasil. Kopi Tanah Jawa juga sudah habis terkarang buat adunan. Apa lagi kopi Arab, semuanya sudah kehabisan. Biawak dap Arab sudah berkawah-kawah dijadikan minyak urutan, namun tetap sama segalanya. Apa lagi dinamakan ikan haruan, jadi santapan agar perkasa sang sperma berenang membenih, biar sudah kering segala sungai ditimba, tetap baginda terus dirundung kecewa. Paling hebat, di Negeri Gajah Putih, telah beribu-ribu para gajah berbaris menghantar Kacip Siti Fatimah, namun baginda dan Permaisuri tetap lemah. Apakah kewalahan yang membantai diri dan Permaisuri? Usia semakin menghambat sore. Tirai malam kian berlabuh. Ganteng tubuh semakin layu mengejar malam. Baginda bukan seperti kelapa tua, kian menua kian kentel santannya. Begitu juga sang Permaisuri Mayang Sari, harum mayangnya sudah tidak asli. Sarinya juga sudah kian kering tidak bermadu. Mayang kian kering bagai kembang kelapa tidak menjadi. Akibat tekanan kekecewaan, baginda kian menjadi sotong tanpa air, kian layu, kian lemah. Lembek. Namun, keprihatinan tentang nasib Negeri dan rakyat tidak pernah lekang dari fikiran baginda. Saban hari baginda terus berfikir akan penganti diri jika tidak teman sama mentadbir Negeri. Siapa?

(3) Para memanda Menteri dan Pembesar Negeri, serupa saja gayanya. Semua berkerubut berbungkus jubah-jubah hitam. Jubah-jubah itu juga sudah kian berbunga-bunga. Bermanik-manik. Gemerlapan. Alahai, jika jubah mereka ditelanjangkan, pasti mereka bertempiran berdekap tangan di celah kangkang belarian berkepitan, benar-benar bagai anak zirafah kelaparan susu. Di antara mereka dan jubah-jubah itu, kosong seperti tiada perantaraannya. Apa mungkin sebegitu, atau mereka sedang menyembunyi tentang adanya keberkurangan mereka? Baginda tidak pasti. Anih, tidak sekali-kali mungkin mereka membuka langkah persilatan menampar lalu menendang menerajang. Paling-paling menjerit "apocot....aduiiiiiii...maluuuu...ngeeek ngeekk" panjang bagai laungan keldai sedang gian di pagi hari. Gusar baginda bertambah-tambah. Kian hari berlalu kian baginda bertambah gundah. Saban malam baginda menyamar keluar menyelidik kalau-kalau ada di antara rakyatnya yang benar-benar lelaki, namun biar telah merayap mengintip ke seluruh Negeri, tetap harum gemalai juga rakyat yang temui. Tidak sekadar itu, di setiap sholat, baginda menadah tangan memuji merayu kepada Allah, memohon didatangkan biar hanya seorang lelaki dari rakyatnya untuk diangkat menjadi Timbalan Khalifah, namun kini baginda sudah lelah dan mengalah. Permaisuri Mayang Sari saban hari sudah kian seperti pohon gunung merangas yang menanti masa mahu tumbang merata tanah. Tidak mungkin ada zuriat akan terlahir dari Sang Permaisuri Mayang Sari yang sudah keras mengering sarinya. Saat sebegitu, mana mungkin belalai rama-rama bisa menerobos. Bahkan kumbang badakpun enggan hinggap. Doa apa lagi yang harus dia panjatkan. Doa Ibrahim AS, doa Daud AS, bahkan kesabaran Khidir AS juga telah baginda usahakan bertahun-tahun kelelahan, semuanya, menuju jalan polos. Baginda kian menjejak sepertinya Yunus AS kecewa dan ingin menghanyut diri. Namun baginda ingat, baginda bukan Nabi, bukan Rasul, apa mungkin tangan Allah semudahnya merengkuh kasih buatnya.
(4) Namun, kudrat Allah, MahaKasihNya kepada UmatNya sangat berlimpah, di suatu malam sepi, dalam lena bermimpilah baginda, bertimbun telur-telur ayam bergolek bergelinding mengeliling baginda didatangkan oleh seekor ayam jantan. "SubhannaAllah. Alhamdullilah" ucap syukur baginda saat bangkit separuh sadar. Alang kepalang girang di hati. Baginda yakin, Allah telah menunjukkan jalan buatnya. Namun, apa maksud mimpi itu? Maka dititah Nujum DiRaja yang sikapnya seperti

(5) Baginda Khalifah tidak membuang masa. "Memanda Menteri! Kumpulkan semua ayam-ayam dari seluruh pelusuk Negeri. Buatkan reban. Suruh semua para khadam kumpulkan semua telur setiap harinya selama tiga puloh hari." perintah baginda tegas. "Cepat! Jalan terkedek-kedek macam itik!" teriak baginda saat melihat memanda Perdana Menteri masih terkebel-kebel bagai cicak termakan kapur. "Auuu. Cepatlah jalan macam pondan. Dara-i sungguh!" bentak Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri yang sedang mengemut jari berjalan lengang lengok di depannya. Khaifah tersenyum puas. Bijak. Memang bijak Nujum DiRaja. Benar-benar seorang ahli fikir. Jika bukan kerana juga lembut gemalainya dia, pasti Nujum DiRajalah paling sesuai mengantikan baginda. Biar tubuhnya sotong, namun otaknya tetap otak ular kapak. "Ya. Rakyat 'lelaki' beta semuanya jadi lembut-lembut kerana kekurangan telur. Mereka mesti diberi cukup telur. Mereka mesti makan lebih telur agar menjadi

(6) Terpandang wajah Permaisuri Mayang Sari, baginda menjadi merinding. "Celaka sungguh. Perempuan menjadi punca segala. Semua lelaki di Negeri ini sedang takut kepada perempuan> Isteri sendiripun ditakutkan. Ya benar. Memang benar. Mereka tidak cukup telur" bentak baginda keras. "Memanda Menteri, kamu titah sekelian para suami datang mengadap segera!" perintah baginda meninggi suara. Dada baginda berguncang keras. Permaisuri Mayang Sari baginda himpit ketepi. Para dayang jadi ketakutan. Tidak pernah Khalifah sekasar ini. Saban waktu baginda berlembut kepada semua apa lagi kepada Pemaisuri Mayang Sari. Hiruk pikuk para suami sudah meninggi. Semua berdatang dalam seribu keanihan. Ada bersarung batik, berkemeja kancing bertingkat mendedah pusat. Ada berbaju kurung, berkain pelikat, berperut boroi, seperti badak termengandung. Ada tersalah sarung, sekadar berkemban tuala. Ada bercapal terompah tempahan dari Nyonya Melaka. Ada berpayung bagai Puteri Hang Li Po. Benar-benar Khalifah jadi binggung. Malu. Sesal. Kecewa. Marah. Jengkel. Segala berbaur."Alahai rakyat lelaki beta. Kenapalah tidak mampus dulu-dulu semasa dalam kandungan dari lahir separuh jalan. Dara-i. Dara-i. Darul Tunggal sudah penuh dengan Dara-i!" herdik baginda keras. Namun dalam dirinya masih ada nasihat kecil: "Sabar, sabar, sabar Ya AmirulMukminin. Bertenang. Kena bijak. Kena hati-hati". Baginda lalu menarik nafas panjang. Melempar sedikit senyum lalu terbalas senyum-senyum kambing sambil mengigit jari semua para rakyat dara-i baginda.
(7) "Kamu, ke sini. Ceritakan prihal perangai isteri kamu!" tuding baginda kepada yang paling di depan. "Ampun Ya AmirulMukminin. Isteri patik, dia lewat bangun. Patik yang selalu buatkan sarapan dan segala masakan. Makannya kuat. Tubuhnya, gempal bulat menghipopo" jelas 'lelaki sotong' pertama. "Kamu pulang. Bawa telur sebiji ini, rebus dan makan" titah baginda. Lelaki sotong kedua pula mengadap. Isteri patik garang Ya AmirulMukminin. Badannya besar. Lengannya sebesar peha patik. Pehanya pula sebesar badan patik" sembahnya. "Sudah. Ambik sebiji telur, rebus dan makan" titah baginda. Begitulah seterusnya berjela-jela sehingga mendatang sembah 'lelaki sotong Octopus'. "Isteri patik hormat, rajin dan bijaksana Ya AmirulMukminin.Tutur kata paling lembut. Paling santun. Kami sama-sama ke kebun, ke hutan, ke sungai, ke gunung. Hidup kami seperti aur dengan tebing. Rukun. Damai" perjelas Octopus perkasa. Khalifah tersangat girang. "Memanda Menteri, hadiahkan lelaki ini dua biji telur. Juga biar dia pilih seekor dari kuda beta yang gagah untuk jadi kuda tunggangannya". Maka pulanglah sang Octopus bersama dua biji telur dan kuda binal putih yang gagah hebat. Namun takala sesampai di laman rumah, sang isteri sudah siap menanti: "Kekandaku pertmata hati, kenapa kanda pilih kuda putih. Tidakkah ada warna lain. Kalau kuda putih, malam-malam jika kita ke mana-mana akan diketahui orang. Juga jika dikandang sekjalipun, jika ada pencuri, pasti mereka mudah nampak kuda kita. Tukarlah kepada kuda hitam" saran sang isteri. Sang Octopus, tanpa fikir, tanpa sejenak menarik nafas, terus memecut kembali ke Singhasana. "Ya AmirullMukminin. Patik akur dengan nasihat maha bijak isteri patik. Patik ingin menukar, kuda putih dengan kuda hitam demi mengikut nasihat bijak bistari isteri patik" persempah sang Octopus. Khalifah tidak berbicara apa-apa panjang. "Silakan tukar. Tetapi kembalikan sebiji telur dan pulanglah dengan hanya sebiji. Itu menjadikan telur kamu lebih dari cukup" titah baginda, lalu beradu panjang, menjadikan semua sepi diam hening.
(8) Keesokannya, sebelum matahari bangkit, Khalifah senyap-senyap sholat memohon kehadrat Ilahi: "Ya Allah. Jikalah kerana hambamu ini maka UmatMu para jadi dara-i, maka Engkau izinkanlah aku berpergi terus pejam tidak mkembali. Kujurkalah tubuhku sekerasnya. Sesungguhnya Ya Allah, apa mungkin jawabku kepada Penghuluku nanti dari aku bergelar AmirulMukminin, kini kian menjadi AmirulMuslimah, salah-salah terjebak aku menjadi AmirulDara-i".Baginda juga memohon agar paras air naik, dan menjadikan Darul Tunggal berubah menjadi Darul Sotong buat gelar rakyat para dara-i. Maka sebegitulah, sehingga kini, Octopus menjadi Raja bagi segala sotong di Negeri Sotong. Al kisah sebuah seloka.
terasi, pendam, sarawak
16 March, 2013
1 comments:
Assalamualaikum.,
1. 17.3.2013,selamat petang pembuka cerita,
Seloka dikarang penghias ruangan,
Menceria hati penduduk jelata,
Umpama Hikayat 1001 Malam.
2.Rakyat hiba kini terhibur,
Tatkala menatap raja bertitah,
Patik,patik semua ya Tuanku..
Ada yang faham ada yang tidak.
3.Bahasa Melayu penuh beradab,
Diseri dengan Bahasa Istana,
Aduh.,pilu sekali raja berusia,
Habis..,Hutan Herba Tongkat Ali ditebang semua...?
4.Permaisuri Mayang Sari hatinya ikhlas,
Biar usia meniti masa,
Khidmat permaisuri tidak minta dibalas,
Mengharap kasih baginda untuknya selama.
5.Sang Nujum penilik Diraja,
Sebagai rujukan mentadbir negeri,
Raja berdaulat,raja bistari,
Ilmu didada tidak terperi.
6.Wahai Tuanku payung mahkota,
Bijak segala tidak terkira,
Kasihani kami hamba sahaya,
Doa Tuanku termakbul semua.
7.Di samudra luas sampan berderetan,
Mencari rezki sepenuh hati,
Tenggelamlah kami berkubur dilautan,
Mungkinkah tidak bertemu lagi..
8.Burung merpati terbang berkawan,
Duduk bertenggek dahannya patah,
Nasibnya baik untung terserlah,
Octupus juga menang memerintah.
9.Gurindam,pantun,pemanis seri,
Apa lagi syair,seloka,
Semua diatas sekadar panyeri,
Buat pengubat hati yang luka.
10.Buah cermai dibuat manisan,
Ditanam berbaris ditepi laman,
Ampun maaf hamba sembahkan,
Andai bicara tersilap tulisan.
11.Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..
note,
rangkap 1-10 hasil ilham saya dari pautan seloka saudara Abc,
buat sekadar mengisi masa lapang,sebagai hiburan lepak-lepak manja,tidak bermaksud menyentuh hati mana-mana pembaca.
rangkap 11.,termaktub didalam pantun melayu lama.
-tq,wassalam.
Post a Comment