Sebahagian mungkin ingat tentang Tiori RAHMAN berkait dengan masa depan UMNO. Tiori ini terjelma hakikatnya kerana orang Melayu sayangkan UMNO. Mereka percayakan UMNO untuk terus memartabatkan Melayu dan Islam. Secara umumnya, ianya mengingatkat Najib (N) agar lebih hati-hati, tetapi berani dan bijak untuk terus mengkotakan asalnya tujuan UMNO. Namun kerana kemelut yang berterusan yang dialami oleh UMNO dan politik Negara, sehingga mengelincirkan kepentingan Melayu dan Islam, maka timbullah kecurigaan Melayu ke atas kemampuan UMNO (dan Najib) untuk terus mendokong amanahnya kepada bangsa dan agama.
(2) Saya tidak berminat untuk menulis panjang berhubung tiori tersebut. Saya hanya ingin melihat akan sebab-sebab yang memungkinkan kenapa Najib sedikit ingin berlengah untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Piliharaya Umum (PRU13) secepat mungkin. Sedikit masa lalu, saya mengatakan bahawa Najib tidak perlu gopoh untuk mengadakan PRU13 jika dia ingin meraih kemenangan nyata. Salah satu sebabnya adalah Belanjawan 2013, tidak mungkin terkesan jika PRU13 diadakan lebih awal dari Mei, 2013 akibat masalah cuaca dan pelbagai cuti yang sedang dihadapi sehingga March, 2013. Inisiatif yang saya kira akan menjadi kayukuran Najib untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen adalah BR1M2.0 yang tarikh akhirnya adalah 15 March, 2013. Lain-lain inisiatif Belanjawan 2013 masih terlalu jauh untuk dilihat kesannya, namun sebahagian akan hanya memberikan harapan contohnya Rancangan Perumahan Mampu Milik.
(3) Kita mungkin telah agak lupa, Najib mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri adalah pada 3 April, 2009. Saya berkira, Najib ingin melengkapkan tempoh empat tahun menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu (termasuk dalam tempoh Care Taker Government), kemudian beliau akan membuat usul untuk membubarkan Parlimen. Untuk itu saya menduga, PRU13 akan diadakan pada atau sebelum 31 Mei, 2013. Najib sedang menghitung impak nyata Belanjawan 2013.
(4) Cuma, saya berkira harap-harap PRU13 (13) yang diadakan pada 2013 (13) tidak terkait dengan titik hitam Negara pada 13 Mei, 1969 dulu. Kita kena ingat bila Abdullah Ahmad Badawi ditegur kenapa dia membubarkan Parlimen pada 13 Feb., 2008 (13) jawapnya, dia tidak percayakan hal itu, tetapi akibatnya semua kita sedar.
Kuching, Sarawak
14 March, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment