Untuk beberapa lama, saya berkira tidak hendak menulis. Sebabnya, kerana dalam suasana PRU13 mendekat, saya tidak mahu terpengaruh untuk menulis yang kelihatan condong kepada sesiapapun. Namun saat baring-baring sambil membaca profil beberapa sahabah Muhammad SAW yang zuhud terlintas pula untuk saya berfikir mengenai apakah bentuk kepemimpinan yang sedang di cari oleh rakyat Malaysia kini. Juga kebetulan, seorang teman sedang merayakan HariJadinya pada hari ini yang sedikit istimewa iaitu, 13 March, 2013 (13/3/13) saya berkira wajar juga saya membuang sedikit masa untuk berkongsi fikiran dengan semua serta menghadiahkan tulisan ini buat dia, siapa tahu, dia suatu hari adalah mansuia yang rakyat Negara ini perlukan. InsyaAllah.
(2) Di zaman Abdul Razak Husein jadi Perdana Menteri, suatu kehebatan beliau adalah beliau dikelilingi oleh para Pejuang Kemerdekaan serta Cendikiawan Melayu sejati. Sejati, maksudnya mereka sangat zuhud kepada kepentingan Melayu, mengenepikan kepentingan diri. Salah seorang darinya adalah Ismail Abdul Rahman, Dr. Jika dibaca riwayat hidupnya, bapanya lebih suka dia jadi Doktor dan mencari kekayaan dari menjadi ahli politik yang miskin. Dia menantang kehendak bapanya sehingga berlaku kederhakaan kekeluargaan demi Melayu. Senu Abdul Rahman, Jaafar Albar, Ghazali Jawi, Ghazali Safiee, Ghafar Baba, Khir Johari, dsb adalah antara pendokong kuat Abdul Razak. Dalam masa yang sama, Abdul Razak Husein juga dikelilingi oleh para cendikiawan yang hebat-hebat seperti Aminuddin Baki, Rasdan Baba, Ungku Aziz, A Samad Ismail, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dsb. Sesungguhnya Abdul Razak Husien juga tidak meninggalkan untuk membina generasi baru seperti Rezaleigh Hamzah, Harun Idris, Mahathir Mohammed, Musa Hitam dsb.
(3) Mungkin kerana asas anak kampung, suasana kampung yang keras dan payah telah mendidik Abdul Razak untuk memamahi erti kehidupan sebenar rakyat, menjadikan Abdul Razak Husein benar-benar pemimpin berjiwa rakyat. Perhatikan sisipan berikut (Bernama): This is probably one of the greatest hallmarks of Tun Razak as a leader close to the people, noted a senior lecturer at the School of History, Politics and Strategy Studies at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Ghapa Harun. However, was his humility an innate character of Tun Razak? To this question Abdul Ghapa recounts Tun Razak's humble beginnings that molded his demure character. Tun Razak hailed from a noble background, the son of Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein Mohd Taib and Teh Fatimah Daud. The family is closely linked to the Pahang Royal court. But instead of leading a regal life, Tun Razak lived like the rest of the villagers in the Pulau Keladi village in Pekan where life was simple and good values were emphasized. "The social environment that he grew up with until the age of 12 was very much responsible for this attribute," said Abdul Ghapa recently. An interesting fact is that, despite his noble background, he did not attend elite schools for his early education, unlike most of his contemporaries, and instead attended a village school in Kampung Jambu Langgar four kilometers from his grandfather's house. He not only befriended other village children, but also empathized with their hardships due to poverty, and therefore he, too, attended school as the rest did, including walking to school bare footed. By living with the poor, he understood their feelings and misery, and in later years this would drive Tun Razak's commitment in helping to eradicate poverty.
(4) Kalau kita memeliti lanjut, Abdul Razak sebetulnya amat keras sikapnya kepada penjawat awam, khusus mereka dari Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dia tahu, penjawat awam adalah tunjang kepada kejayaan pemerintahannya. Maka dengan sebab itu, beliau mengadakan mekanisma khusus untuk meneliti kebijaksanaan dan keberkesanan jentera Kerajaan lewat Bilik Gerakan samaada di peringkat Mukim, Daerah, Negeri dan Negara. Lewat lawatan dan taklimat, dia mendapat first hand information and truth sehingga memudahkan beliau untuk membuat keputusan segera tentang apa yang perlu dibuat. Abdul Razak mengambil sikap walking through with his team sebagai cara terbaik untuk merasa dan mengerti. Di dalam ketenteraan, sikap beliau tidak ubah seperti seorang ketua peperangan dalam membuat appreciation and order. Di peringkat Negeri dan Negara, saya yakin kemudian beliau akan duduk bersama para Pejuang dan Cendikiawan Melayu berbincang serta merumuskan Agenda Pembangunan yang lebih menyeluruh sehingga terbentuk Agensi-Agensi Separa Kerajaan dan Rancangan-rancangan Pembangunan Wilayah (RDAs) yang sedikit berbeza dari institusi birokrat warisan British. Sesungguhnya, cara beliau dengan mengambil sikap direct involvement dengan para Menteri-Menteri Kabinet, Cerdik Pandai dan Penjawat Awam adalah cara berkesannya beliau dalam kebersamaan dan mendidik pemimpin dalam segala lapisan dalam soal-soal mengurus Negara. Team-based leadership menjadikan Abdul Razak cukup tenaga untuk mengerakkan pembangunan Negara. Sesungguhnya, saya berkira sikap Abdul razak adalah sama dengan Muhammad SAW dan para Sahabah dalam membangun cendikiawan Islam di zaman mereka, cuma Abdul Razak lebih menjurus kepada Pembangunan Negara dari Pembangunan Ummah. Beda penekanan ini adalah suatu yang tidak sukar untuk dimengertikan jika kita dapat melihat keadaan sosio-ekonomi semasa. Di zaman Muhammad SAW dan para Sahabah, soal akidah adalah asas, sedang di zaman Abdul Razak Husein, ekonomi rakyat adalah lebih menekan. Namun, pembangunan ekonomi rakyat tetap bersifat collective maka sikap bermasyarakat tetap subur dan utuh. Islam di kalangan orang Melayupun tidak begitu tercabar tercalar. Maka soal Islam agak kurang ketara semasa pentadbiran Abdul Razak Husein.
(5) Bila Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan, sikap marahnya dia kepada cara Tunku Abdul Rahman yang terlalu berlembut, namun beliau telah mulai menjiwai caranya Abdul Razak Husein, dan memperbaiki segalanya dari situ, maka dia mengadakan perubahan demi perubahan. Mahathir saya kira dapat membaca dengan jelas sikap Abdul Razak yang sedikit kurang percaya dengan sistem pentadbiran birokratik penjajah lewat Pure Traditional Public Administration System, di mana Abdul Razak telah menubuhkan pelbagai Semi Government Agencies untuk mengerakan ekonomi Melayu. Mahathir, yang sudah hilang sabar tentang penyakit hina miskin Melayu, menggunakan sepenuhnya asas yang telah dibina oleh Abdul Razak Huisein untuk bergerak lebih pantas. Mahathir membuat banyak bypass. Dia mencari kekuatan sepenuhnya di sektor Koprat. Colonial Traditional Administrative System kian dia tidak pedulilan diketepikan, menjdikan mereka menjalar dengan masalah dysfunction. Maka pengkopratan menjadi senjatanya yang paling utama. Banyak agensi-agensi separuh Kerajaan warisan Abdul Razak dipaksa menjalani pengkopratan sehingga membentuk banyak GLCs. Lewat budaya kerja koprat, ekonomi Malaysia dapat berkembang dengan cepat dan meluas. Namun ketahanan Pertumbuhan Ekonomi Pesat tidak mempan selamamnya. Kelansungan Kesejahteraan dan Kemakmuran Negara, memerlukan pengorbanan kemanusiaan yang maha hebat. Mahathir telah khilaf dalam prasyarat ke arah itu. Abdul Razak menyemai dengan kukuh Semangat Bangsa di kalangan para pemimpin, cendikiawan dan golongan muda Melayu. Kerana adanya Semangat Melayu, Membela Melayu, Mengutamakan Melayu yang ada dikeliling Abdul Razak, maka dia dapat mengadakan asas yang kukuh bagi perubahan yang jelas. Sedang, Mahathir membangkitkan suasana lain, iaitu Kapitalis Melayu. Perlumbaan individu menjadi budaya baru di zaman Mahathir. Akhirnya mereka saling bertikam, berbunuh, khianat. Biar akhir-akhirnya Mahathir sedar akan perkara ini, namun langkah-langkah berikutnya tetap masih bersifat kapitalis. Dia cuba menyatukan orang Melayu untuk mendirikan Sistem Kewangan Islam, namun dia terlupa dan atau terlewat untuk meletakkan asas kepada gagasannnya itu iaitu Pendidikan dan Perundangan Islam. Maka dengan sebab itu, saban tahun di akhir-akhir pentadbiran Mahathir, jentera tradisional kerajaan menjadi lemah, GLCs kian naik kepala dan lupa daratan, nilai-nilai sosial masyarakat kian merundum. Bukan hanya gejala hidup Barat yang menyesatkan banyak, bahkan Islam juga menjadi kian terpesong. Akhirnya, Mahathir menangis sesal rakyat tidak tahu berterima kasih dan Melayu Mudah Lupa. Sesungguhnya, dalam dunia Kapitalisma tidak wujud soal berterima kasih, mengenang budi terutama di kala di dalam kesusahan. Semua saat sebegitu adalah seperti Srigala lapar menemui bangkai.
(6) Jika kita mengkaji sejarah UMNO, sebelum tertubuhnya UMNO telah tertubuh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM) yang condong kepada Islam dan perjuangan kemerdekaan secara radikal. Pendiri utama parti ini adalah Moktharuddin Losso, Ahmad Boestaman dan Burhanuddin Al Hilmi. Bila UMNO tertubuh, PKMM dan semua parti dan kumpulan radikal Melayu telah menyertai UMNO, namun sikap permusuhan ketat mereka kepada British serta dimohor sebagai condong kepada komunis menyebabkan mereka terpaksa di keluarkan dari UMNO dan diharamkan oleh British lewat peristiharan Darurat 18 Jun, 1948 dengan persetujuan Presiden UMNO, iaitu Onn Jaafar. Di situlah mungkin mulanya luka di hati Melayu di luar dari UMNO. Perhatikan petikan berikut: In March 1947, the first Pan-Islamic Malaysian conference at Madrasah
Ma'ahad al-Ehya as-Sharif at Gunung Semanggul, Perak, was held. The
conference was sponsored by Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) under the
leadership of Dr. Burhanuddin al-Helmy. The conference set out to address the
economic problems faced by the Malay-Muslims. It was meant to bring together
the more politically active and progressive Islamic movements and thinkers in
the country. As a result of this conference, the Majlis Agama Tertinggi
(Supreme Religious Council, MATA) of Malaya was formed..MATA began organising political events and meetings for Malay-Muslim
activists to meet and discuss their plans for the future and the need to
mobilise the masses. The Council also organised a conference on March 13–16,
1948 which discussed local and international issues which are of concern to the
public. The conference participants felt that UMNO was not doing enough to
raise important issues in public and that the conservative-nationalists were
not doing enough to stand up for Malay-Muslim rights. Needless to say, the UMNO
representatives at MATA were not happy with the tone of discussion set by the
Islamists, which was too revolutionary and militant for their taste. The UMNO
delegates reported their findings and observations to the party leaders. In due
course, UMNO leader Dato Onn Jaafar began to issue warnings about the
"threat from the mountain" (a reference to Gunung Semanggul). The Parti Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin) was formed
on March 17, 1948. Syeikh Abdullah Fahim, the paternal
grandfather of former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, played a major role in
its formation. After the second conference it declared that MATA should be
reorganised as an Islamic political party. With the formation of Hizbul
Muslimin, all political activities were transferred to the organisation.
MATA served as the party's religious affairs bureau. However, the first
Islamist party in Malaya was not destined to last long, as they were banned by
the British authorities anxious to retain control of the territories, alleging
that Hizbul Muslimin have ties with the Communist Party of Malaya. Many members of Hizbul Muslimin escaped the purge of the British and
joined UMNO. When the ulama faction in UMNO broke away from the party, they
formed an association called Persatuan Islam Sa-Malaya (PIS)
(Pan-Islamic Malayan Association),[2]
abbreviated as PAS. At the time, the association charter allowed for dual
membership in PAS and UMNO and thus many PAS members thought of themselves as
UMNO members and vice-versa. Eventually, the dual-membership clause in the
party charter was revoked and PAS began to emerge as a distinct entity.[3]
For the sake of contesting in the general election of 1955, the party
was re-registered under the name Pan-Islamic Malayan Party (PIMP). The
name was later changed to Parti Islam Se-Malaysia during the Asri Muda
era in the 1970s.[4]
(7) Sesungguhnya PKMM adalah kelompok berpendidikan Islam dan teras Melayu yang kental. Mereka adalah anak-anak Pondok dan Sekolah-Sekolah Melayu. Sedang UMNO adalah mereka dari golongan atasan yang terdidik secara diplomatic British gentleman. Kedua-duanya pasti melihat permasalahan sosio-politik Melayu dari sudut yang berbeda. Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Latar belakang pendidikan menyebabkan mereka berbeda. Dan sememang itupun kehendak British untuk melambat-lambatkan kemerdekaan Negara agar mereka punya waktu untuk inbuilt cara pemikiran Barat ke dalam sistem pemerintahan kita agar mereka terus punya strong traditional link dengan kita selamanya sampai kapanpun. Itulah asas perbedaan politik Melayu sehingga kini. Buat Melayu, prinsip adalah penting. Ianya adalah maruah. Biar mati anak jangan mati adat adalah manifestasi kedegilan Melayu dalam soal maruah.
(8) Namun saya merasa, semua pihak sayangkan Melayu dan ingin memperkasakan Melayu. Namun, mereka tidak sehaluan tentang caranya. PKMM atau kemudiannya PAS, melihat cara Barat akan melemahkan Melayu secara jangka panjang. Sedang UMNO melihat cara berlembut adalah jalan baik untuk mempercepatkan kemerdekaan dan memperbaiki kedudukan sosio-politik Melayu. Kedua-duanya adalah betul cuma waktu yang akan membuktikan kedudukan sebenar kita bangsa Melayu akhirnya. Kini saya berkira, Melayu sudah mulai boleh bertatih, berjalan dan ada yang siap untuk belari kencang. Cuma, yang menjadi kebingungan semua sekarang ini, kenapa tiba-tiba Melayu jadi seperti hilang arah? Banyak kian tercungap-cungap. Adakah Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Najib menjadi masalahnya? Kita sekarang dalam kemelut akidah (lewat pelbagai kesonsangan), ekonomi (akibat penyelewangan dan kerakusan), sosial dsb. Kenapa?
(9) Cuba kita lihat apakah yang sedang merunsingkan tiga tokoh di Negara kita ini. Abdul Razak Husein jelas sangat khuatir tentang kemiskinan dan keselamatan Melayu. Maka usahanya adalah zuhud kepada Melayu. Mahathir juga begitu. Cuma dia cuba melihat cabaran kepada Melayu adalah lebih luas, di persada global. Maka dia ingin membina gergasi Melayu bukan hanya melibatkan personaliti tetapi juga entiti. Cuma kedua-duannya lebih menjurus kepada materialisma bergerak selaras selari dengan ideologi semasa sambil merangkak kepada tuntutan Ilahi. Nik Aziz (atau dulunya Burhanuddin Hilmi), tuntutan keIslaman dan KeMelayuan harus bertunjangkan perintah Ilahi. Mereka sedar dan yakin, hanya lewat sebegitu, Melayu akan terus dapat bertahan. Ketahanan jati diri Melayu harus dibina berasaskan landasan Islam, jiwa mereka harus kental mempertahankan apa yang hak. Jika tidak, mereka akhirnya akan seperti itik kehausan di kolah, tikus kelaparan di kepuk padi. Maka kini, saya yakin, kalangan dalam PAS kian yakin, keresahan di kalangan masyarakat Melayu adalah akibat salah pilih jalan UMNO-BN dalam memajukan Melayu dan masalahnya sudah sesat, enggan pula kembali ke pangkal jalan. Sedang UMNO-BN pula melihat PAS sebagai hanya pandai bercakap tetapi tidakpun menunjukkan kebenaran. Kedua-dua PAS dan UMNO sebetulnya telah gagal dalam mempertahankan keperkasaan Melayu kerana keadaan kedengkian dan khianat yang sering menyelubungi mereka.
(10) Dari segi falsafah pembangunan Negara, agar kita terus Makmur dan Sehajtera, saya dapat melihat jika falsafah pembangunan tiga tokoh Negara dapat digabungkan, kita pasti dapat menuju ke jalan yang kita tuju secara collectivenya. Itulah sebenarnya apa yang saya maksudkan sebagai Nik Aziz ("Islam") + Abdul Razak Husein ("Bangsa")+ Mahathir Mohammed ("Negara") = Malaysia. Islam, Bangsa dan Negara harus berjalan seiring dalam kita membina Negara. Bagaimana rupabentuk dan rentaknya kita harus boleh duduk berbincang bermaufakat sesama. Sepertinya, Cili, Belacan dan Limau Nipis jika ditumbuk baik, pasti membangkitkan selera. Sesungguhnya Abdul Razak dan Mahathir Mohammed telah meninggalkan bukan hanya institusi yang boleh mengerakkan ekonomi dan politik Melayu, bahkan banyak institusi Islam yang sedang dysfunction telahpun ada, cuma mungkin para pendokongnyapun masih turut sibuk menghambat duniawi dan atau terlalu dipolitikan. Cendikiawan Islam, sepertinya sedang terpisah di dunia lain. Nik Aziz pula, mahu atau tidak mesti diakui telah meniupkan seboyan cintakan Islam di kalangan sebahagian Melayu. Maka asas yang telah dibina oleh tiga tokoh ini harus dimergerti dan manafaatkan sebaik-baiknya. Najib harus punya lingkungan pemikir, perencana dan pengerak ke arah ini. Secara pribadi, saya berkira Najib harus punya pemikir, perencana dan pengamal transformasi Islam untuk bersamanya. Saya berkira, yang di keliling Najib sekarang adalah pakar-pakar koprat yang tidak punya roh ZIslam sdan Melayu. Saya yakin, saat yang hadir ke Masjid dan surau-surau berdutun-duyun dalam lapisan pelbagai umur berkereta santai, maka itulah Pertunjuk Sebenar KeMakmuran dan Kesejahteraan Negara. Mudah-mudahan. IsnyaAllah.
Kuching, Sarawak
13 March, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment