Agak lama saya sudah tidak ke Masjid India, di Pasar Gambir Kuching. Juga telah agak lama saya tidak bersiar-siar di Tebingan Sungai Sarawak. Maka, petang semalam selepas minum petang, saya mengambil keputusan untuk sedikit bersiar-siar berjalan santai menyusur Tebingan Sungai tersebut yang panjangnya sekitar 2.0 KM. Tidak ramai orang di sana. Kebanyakannya pula dari Semenanjung kerana sekarang musim cuti sekolah. Sedang saya berdiri memerhati gelagat sebahagian pekerja yang sedang memasang khemah, segerombolan manusia yang bahasa dan raut wajah mereka agak berlainan lewat. Saya cuba mengamati dengan baik. Rupa-rupanya sekelompok kaum Penan juga sudah mulai boleh keman bahek(?), berwisataan ke Kota Kuching, tidak lagi hanya ke Belaga, Marudi dan atau Miri. Syukur, dan seharusnya, seluruh rakyat Sarawak terus menjaga apa yang sudah terbina di samping berusaha keras terus membina.
(2) Sekitar 30 minit sebelum azan, saya menuju ke Masjid untuk sedikit beriktitaf. Namun saat saya ingin melencung menyeberang jalan menuju Masjid, saya disapa oleh dua remaja. "Pakcik hendak ke mana?". Jawab saya sambil menuding di belakang mereka "Ke Masjid. Jom..". Paling saya kaget, mereka bertanya "Untuk apa?". Dalam hati sedikit beristifar, namun inilah hakikatnya, nasib Rumah Allah yang dinamakan Masjid India Pasar Gambir. Seringnya sepi dan tidak dipedulikan para yang sewajibnya peduli. Saya mengambil kesempatan sebentar duduk bersama mereka. "Dari mana?" soal saya kepada mereka. "Gita Kubor" jawab salah seorang dari mereka."Masih sekolah? soal saya terus. "Dia masih. Tingkatan Tiga. Saya, sudah berhenti lama, dua tahun lepas" jawap yang lebih dewasa. "Pakcik, boleh belanja kami makan tak? Kami belum makan sejak tengahari tadi" pinta yang lebih dewasa yang memperkenalkan dirinya sebagai Azie. Dia juga memperkenalkan temannya sebagai adik asuk suatu istilah Melayu Sarawak yang bermaksud half sister atau adik seibu. Namanya Nurul. "Boleh,tapi kena tunggu saya lepas sholat dulu" usul saya.
(3) Selepas Sholat, saya berdatang kembali kepada mereka. Ternyata mereka setia menunggu. Kebetulan pula ada seorang teman mengusul untuk saya mencoba makanan di sebuah Boutique Hotel di sebelah Chonglin Park, langsung saya membawa mereka ke sana. Nuansa "Boutique Hotel" ini agak baik, dengan kawasan makannya yang terbuka di kelilingi pohon-pohon beringin ara ficus yang rimbun. Suasana berangin ditambah dengan bulan mengambang penuh adalah sangat nyaman sekali. Makanan di sini adalah Western dan pastinya kebanyakan tetamu adalah Mat Salleh. Semasa makan saya cuba mencungkil keadaan sebenar mereka. Namun sebelum itu saya menegur Azie supaya jangan sekali-kali memperkenalkan Nurul sebagai adik asuk. Asuk dalam istilah Melayu Sarawak adalah "anjing". Sepertinya, anak anjing, bapa satu, ibu banyak. Astafirullah. Orang Melayu Sarawak harus menghapuskan istilah prejudis, istilah memandang rendah, dan istilah menghukum ini dari terus digunakan. Saya yakin, istilah ini, digunakan dan atau dicipta oleh nenek moyang Melayu Sarawak dulu-dulu, sebagai caranya mereka untuk menghalang poligami dan atau mengatal samada di pihak lelaki dan atau perempuan. Istilah ini, juga saya berkira lebih dituju kepada mana-mana perempuan agar tidak mengatal merebut suami orang. Istilah prijudis, menghina, menghukum. Niatnya baik, namun caranya, terlalu hina bagi anak yang tidak berdosa. Inilah, sifat Melayu, sering saja menghukum yang tidak bersalah. Kalau benar, ini adalah untuk menghalang perbuatan onar, kenapa pelaku tidak dihukum dengan memcipta gelaran emak asuk dan atau bapak asuk atau emak anjing dan atau bapa anjing? Kenapa si anak yang tidakpun minta dilahirkan menjadi sasarannya? MasyaAllah.
(4) Penceritaan kedua-dua remaja ini mudah dan terbiasa. Azie tinggal dengan bapanya yang hanya seorang Office Boy, bergaji sekitar RM900.00/bulan yang kebetulan pula tinggal dengan neneknya (sebelah bapa). Nurul tinggal dengan emaknya, merupakan Pelayan Pejabat dengan gaji RM700.00. Azie ada dua beradik, iaitu abangnya yang kini sedang bekerja kilang di Pasir Gudang. Nurul, anak tunggal dari pasangan baru ibu si Azie. Bila ditanya soal ayahnya Nurul, segalannya dia tidak tahu. Masalahnya, Azie, selepas Tingkatan Lima, tidak sanggup menyambung sekolah atas sebab kesempitan wang. Dia kemudian terus agak meliar, bertukar kerja dari satu ke satu tanpa ada kesungguhan. Paling menyentuh, dia sudah bertukar terlalu banyak boy friend dan beliau sering menjadi mangsa menuruti kehendak boyfriend khusus dari segi belanja. Pernah dia dijagai oleh seorang Cina, katanya. Dan ini, bukan yang pertama saya temui, termasuk Azie, saya hitung sudah empat saya temui sebegitu sejak 3-4 tahun yang sudah. Semuannay, mulanya bekerja denagn "Cina" kemudian atas kesempitan "dijaga Cina". Astafirrullah. Keinginannya adalah untuk mengikuti Kursus Dandanan di GiatMARA tetapi dia tidak tahu bagaimana cara dan di mana mahu berhubungan. Saya menawar untuk membantu. Sedang si Nurul, dia sering tuang sekolah juga atas sebab tidak cukup belanja. Dia sering kelaparan bila di sekolah. Kedua-dua anak ini, badan mereka sememangnya sangat kurus pada taraf Melayu kini. Nurul juga mengaku tidak minat untuk belajar kerana dia sudah agak ketinggalan dalam banyak mata pelajaran. Juga tidak punya teman-teman belajar. Saya menawarkan untuk membantu dengan syarat dia mesti tekad untuk dapat straight A lantaran dia bersekolah di antara sekolah yang baik di Kuching. Mudah-mudahan Allah membuka kembali pintu hati dan fikirannnya untuk berjaya.
(5) Kedua-dua remaja ini tidaklah terlalu nakal dari gaya mereka bercakap. Pakaian mereka masih agak tertib. Mereka dapat membahasakan diri dengan baik. Saat hendak memesan makanananpun mereka lebih banyak bertanya, dan sebetulnya tidak tahu apa yang hendak mereka makan. Hampir-hampir mereka hendak memesan Mee Mamak, kerana itulah sahaja makanan biasa buat mereka. Mereka tidak meminta lebih. Mereka masih janggal dengan yang bukan-bukan. Mereka masih dekat kepada jalan baik. Sesungguhnya remaja-remaja ini, mereka tidak pernah dapat berbicara sejujur seikhlasnya dengan orang tua mereka. Masalah keluarga, ditambah kemiskinan menjadikan mereka hanyut, tidak tahu kepada siapa untuk menyalak. Saya yakin kedua orang tua mereka juga sedang berkemelut hebat untuk sekadar terus hidup. Sekitar jam 9.30, saya menghantar keduanya ke rumah nenek si Azie (sebelah ibu) di Kampung Boyan, dan saya kemudian mengambil sedikit masa menjejaki Titian Abang Johari yang melingkari Kg. Boyan sehingga ke DUN, untuk berfikir dan berfikir, menangis dalam-dalam, sambil bertasbih, SubhannaAllah, sambil memohon. Mudah-mudahan kedua mereka telah sedikit menemukan hidayah. Semoga Allah membuka terus hati mereka untuk kembali menjadi Melayu Muslim yang baik. Mudah-mudahan saya dapat membantu. InsyaAllah.
(6) Melayu yang berjaya. Melayu yang ada kuasa. Di mana maruah kita? Apa jadinya dengan bangsa ini akhirnya?
Kuching, Sarawak
27 March, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum..
Setiap anak yang dilahirkan fitrahnya suci dan bersih. Mereka diibaratkan kain putih,terpulang kepada kedua ibubapa mencoraknya menjadi Majusi,Nasrani atau Yahudi.
Apa yang berlaku adalah gelombang sosial hidup hari ini. Rentak kehidupan itu pastinya tidak akan berkesudahan selama hayat dikandung badan. Biar di Sabah,Sarawak,Semenanjung,diBarat punlebih beperadaban tetap juga keciciran dalam menghadapi kemelut masyarakat.
Apatah lagi jika dilihat negara membangun yang lain eg Africa, Vietnam dll,seiras pandang tetap dibelenggu dengan kehimpitan hidup. Taraf hidup rendah meliputi segala segi,dengan kekurangan kemudahan asas,tempat perlindungan, makanan,pendidikan, insfrastruktur dsbnya.
Melihat kepada masalah ini,tidak perlu kita menyusuri terlalu jauh,gah merentas benua,meredah gunung menyapu awan,itu sepertinya kuman diseberang lautan nampak, gajah didepan mata hanya tersenyum menjeling.
Rata-rata kadar kemiskinan negara membangun amat mebimbangkan.
Bagi yang berperasaan telus akan melihat ini satu situasi yang menyentuh hati dan berdoa agar ada jalan penyelesaiannya.
Kembali kepada hukum Allah dalam Rukun Islam ke 4,
Selain daripada pangabdian diri,dituntut untuk menyerahkan sebahagian dari harta milik kamu kepada mereka yang berhak menerimanya,kita renungkan..
Bila membicarakan wanita, remaja, anak-anak,ia pasti melibatkan sosial.
Apakah itu kelemahan sistem pendidikan kita..
Mungkinkah nilai terapan islam telah terhakis dikalangan ibubapa, suamiisteri atau individu itu sendiri..
Berbagai cara difikirkan, bermacam pendapat diunjurkan, strategi juga diaturkan, namun keberkesanannya amat diharapkan.
Melalui tulisan Saudara Abc,
saya ingin menyentuh usaha kerajaan dalam organisasi khas untuk wanita.
Kementerian Pembangunan Wanita..
(KPWKM),
Salah satu objektif penubuhan, memantapkan institusi kekeluargaan juga 1 Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara,Sept.15.2009 dibentuk,bagi memastikan anak mendapat perlindungan dari pengabaian,penderaan,keganasan dan eksploitasi. InsyaAllah...
Anak adalah anugrah Ilahi yang tiada tanding harganya. Ia pengikat cinta,kasih sayang 2 insan yang bersatu.
Mereka tidak minta dilahirkan untuk meratap kepada kemiskinan.
Didiklah mereka sebaiknya. Ia adalah asset yang sangat bernilai sebagai investment ibubapa kepada kehidupan dunia yang sementara, pulangan yang berpanjangan diakhirat.
Sedikit pengisian minda dan spiritual dalam keluarga mungkin solat berjemaah,membaca AlQuran, mengamalkan adab yang baik eg memberi salam,pertuturan dll.,mudah-mudahan kasih sayang bertambah erat dan mendapat rahmat Allah.
Buat Azie and Nurul,
Semuga kamu beroleh rahmat dah hidayah Allah,InsyAllah..
Tq,wassalam.
Post a Comment