Benar atau tidak, namun aliran semasa memungkinkan segala. WWI, asasnya tetap sama dengan WWII. Penindasan, kemiskinan, dan penderitaan adalah jalan kebangkitan pemberontakan yang akhirnya melahirkan pemimpin gila darah. Puncanya dari mana? Tetap jiwa serakah haloba, yang sememangnya Allah telah laknatkan sesiapapun menganutnya. Kini, lihat saja di keliling kita, dengan apa cara kaedah antarabangsa, sebilangan negara sedang ditindas oleh sebilangan negara lain. Rakyat bagi negara yang tertindas pula, sedang mengalami penindasan oleh pemimpin mereka masing-masing. Pemimpin hilang akal, rakyat sendiri dimangsakan. Sepertinya, saat kelaparan, serigala akan memakan anak sendiri. Itulah apa yang terjadi di Aghanistan, Iraq, Yaman, Bahrain, Lubnan, Pakistan, Mesir, Libya, dsb lalu kini sedang merebak ke Syria dan Iran. Saudi dan Turki, kemudian hanyalah siting duck. Di dunia Islam, agenda negara-negara penindas, khusus di kalangan pendudung kuat Kapitalis, adalah sangat jelas, iaitu kuasa Minyak dan Islam mesti terus ditekan, kerana dua kuasa ini, jika disatu, pasti akan merobah untung nasib Kapitalisma. Siapa pencipta Kapitalisma, juga bom atom?
(2) Apa juga caranya, kuasa Minyak dan Islam mesti disekat kebangkitannya. Maka, setelah dapat melemahkan secara terus negara-negara Islam di Arab dan Afrika, juga sebelumnya di Nusantara lewat krisis Matawang 1997, kini, Kapitalisma sedang berusaha sekuatnya memporak perandakan ekonomi kuasa kedua iaitu komunisma dan sosialisma yang kian condong untuk mendokong negara-negara Islam. Kita harus ingat, siapakah pencipta Komunisma dan Sosialisma? Tidakkkah pencipta, tahu jalan memusnahkan ciptaannya? Sesungguhnya, pergolakkan di Semenanjung Korea sekarang ini adalah sebagai satu helah Barat untuk melarikan dokongan China dan Russia kepada Syria dan Iran, yang saya kira sebagai last frontier pertahanan Islam. Clashes of the Civilizations oleh Huttington, kian direncanakan dan dimula-asakkan hebat oleh para Kapitalis Barat.
(3) Malaysia, kini sedang berada di pertengahan akan segala sengketa ini. Makanya, kita juga tidak akan terlepas dari bahang kancah sepertinya semasa Perang Indochina sekitar 30 tahun dahulu. Pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas terus. Najib dan Husni tidak boleh berbangga dengan pernyataan betapa kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 5-6% bagi 2013 jauh lebih baik berbanding Britain dan lain-lain negara Barat. Hujah itu adalah sekadar penyedap statistik, tetapi boleh membawa padah kepada kesejahteraan sosio-ekonomi. Britain biar diunjur hanya tumbuh pada kadar 2%, berbanding Malaysia 5-6%, namun taraf sosio-ekonomi kita masih jauh seperti panggang dan api jika dibandingkan dengan Britain. Maka sebab itu, saya katakan sekadar perbandingan Statistik, memang benar, tetapi tidak bijak jika dihalusi secara kualitatif. Pasaran kita di Barat sememangnya telah punah, kini pasaran kita di Timur jauh juga sedang dicelarukan. Kita sudah kehilangan banyak pasaran di Arab dan Asia Selatan akibat kecelaruan keselamatan di sana. Usaha kita mahu menerobos ke Asia Tengah masih tersendat-sendat. Sesungguhnya, itu adalah cabaran Allah ke atas iltizam kita untuk tekad berIman dan berTaqwa kepadaNya. Kita mesti berani beralih dari sistem kini kepada sistem yang Allah telah lorongkan.
(4) Najib mesti berani membawa Malaysia menuju sebuah Negara Saksama untuk Semua. Kita mesti tegakkan fitrah Allah yang mencipta dan mengusus segala untuk semua pada jalan kesaksamaan. Matlamat kita seharusnya bukan 1Malaysia, tetapi Malaysia Saksama atau Just Malaysia.
Kuching, Sarawak
1 Ap[ril, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment