.

11/12/12 Obama Menyinsing Lengan, Najib kelih keting.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 28, 2012

Share

& Comment

Saat pilihanraya Presiden Amerika kian memuncak, Allah mendatangkan ribut taufan maha dahsat melanda sebahagian dari Amerika. Obama, seorang opportunist menguasai keadaan. Dengan pantas beliau terjun bersama AirForce 1 menyinsing lengan memberikan semangat juang kepada rakyatnya. Allah dengan mudah melowong beliau memenangi piliharaya buat penggal kedua. Dan pasti Obama senyap-senyap bersyukur Thank God for Your Storm. Namun apa muslihat Allah selanjutnya, kita perhati dan ikuti rapat. Di Amerika, dari bapa pengasasnya Abraham Lincoln sehingga ke Obama, asas kepada sikap kepimpinan mereka adalah Forceful Leadership. Rasanya belum ada dalam sejarah Amerika mereka memilih pemimpin yang sering ngantuk dan atau picek ngak bisa ngundur. Semua bersikap, I'm the commander In-Chief.

(2) Di Malaysia, kini Pantai Timur sedang dilanda bah. Najib dan Muhyidin pun terjun bersingsing celana, bukan lengan. Maka nampaklah keting betis. Nasib baik di Kelantan, keadaan banjir tidak meluas, jika meluas pasti PEMUDA/PUTERI UMNO akan mengadakan Fiesta Kelih Keting. Saban tahun kita saksikan gejala ini. Saban tahun samalah pendekatan kita.

(3) Sesungguhnya buat saya Rais Yatim atau para pegawainya kerana terlalu sibuk dengan acara gah-gahan maka mereka lupa untuk memerhati bagaimana Abdul Razak Husein mengatasi kemelut rakyat di zamannya yang serba kekurangan. Saya yakin dan masih ingat menyaksi bagaimana Abdul Razak Husein menaiki Nuri, pertamanya memeriksa keliling, kemudian singgah menyinsing lengan dan celana berkubang lalu bersila makan bersama rakyat. Tidak lama kemudian dia mengarahkan para pegawainya untuk meneliti aliran sungai Kelantan dan mengemukakan kepada beliau cadangan bagi mengatasi masalah banjir dan sengsara rakyat. Sesungguhnya pada masa itu, rakyat tidak kisah sangat tentang banjir, mereka juga seronok bila banjir. Banjir adalah pesta air bagi mereka. Yang merisaukan mereka adalah kerbau, sapi, kambing, ayam itik dan padi yang musnah. Abdul Razak Husein dapat menangkap itu. Dia sadar itu. Lalu dia memberi dan menyampaikan keperluan sebenar rakyat. Maka lahirlah KEMUBU, MUDA, dsb.

(4) Kini saya janggal melihat para menteri dan pemimpin sibuk tertayang hebat menghulur sebungkus maggie buat habuan rakyat banjir sedang tahun depan hidup mereka tetap juga akan banjir dan terus banjir. Inilah bedanya bila Negarawan bisa melihat Negara dari melihat undi. SubhannaAllah, Abdul Razak Husein meniggalkan baka yang apa mungkin punya mata, telinga, hati dan fikiran sepertinya. Semoga Allah merahmati rohnya dan kita semua menghargai jasanya. Cuma Najib, menapaknya di setiap langkah Razak Husein, dalam erti apa sebenarnya? Menumpang meraih simpati atau sejujurnya menjejaki jalan selari baktinya? Ya Rabbi, lowongkan dia ke jalan benarMu agar UmmahMu terbela selamat.

Kuching, Sarawak
28 Disemebar, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

I seriously love your blog.. Pleasant colors & theme. Did you
create this amazing site yourself? Please reply back as I'm hoping to create my own personal website and would like to learn where you got this from or what the theme is called. Cheers!
Also visit my homepage - Cheap Car Insurance

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.