.

10/12/12 KESAMARAN TAHUN 2013.......bersiaplah!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 28, 2012

Share

& Comment

Suatu ketika, kita gah kerana Timah. Kita pernah gah hebat kerana pembalakan dan industri perkayuan. Begitu juga kita sangat bergetah kerana Getah. Lantas, kita juga lemak berminyak kerana Koko. Lima belas ke dua puloh tahun sudah, Sawit banyak menyelamatkan Negara. Saat ekonomi dunia terombang ambing, lantaran ketidak tentuan harga petroleum mentah, kita bertahan baik. Paling istimewa, ekonomi di luar bandar terus berkembang dan menjadi sandaran baik buat Negara. Semua ini kerana kita adalah hebat dalam pengeluaran komoditi pertanian. Namun kini Timah, Balak, Getah dan Koko bukan lagi asas ekonomi kita. Semua komoditi itu kini ibarat ayam berak kapur. Kenapa?

(2) Harga sawit kini menjunam di luar dugaan para pengalisis komoditi Malaysia. Dulu kita juara dalam pengeluaran sawit. Kini kita kian tercorot di belakang Indonesia. Kenapa? Sepuloh ke lima belas tahun dahulu, banyak syarikat-syarikat perladangan Malaysia melabur di Indonesia. Samada kecil atau besar, banyak bergegas mengejar hutan dara Indonesia. Itu syarikat. Para pengurus ladang pula mengejar para anak dara Indonesia. Maka kita terperangkap dalam kegebuan Indonesia. Kini Indonesia sudah ada sawit jauh lebih luas dari Malaysia. Paling mendukacitakan, biar pada asalnya kebanyakan ladang sawit adalah milik syarikat-syarikat dari Malaysia, kebayakan ladang-ladang ini kini telah terjual kepada lima kelompok besar pengusasa Indonesia. Akibatnya, dua dari lima kelompok ini menjadi gergasi yang tidak pernah kenyang dan terus menguasai segala tanpa jemu dan henti. Kini, biar Sime Darby, FELDA, IOI, Tabung Haji, dsb dulu adalah gergasi sawit dunia, kini mereka sedang menuju menjadi Awang Kenit mengerdil.

(3) Paling dhaif, kerana kita asyik berpolitik, Najib-Muhydin asyik bertikam dengan Anwar-Lim-Nik Aziz, menjadikan seluruh pemikiran rakyat apa lagi bijak pandai Negara juga terbawa-bawa sehingga semua seperti lupa betapa mengurus ekonomi dan sosial Negara jauh lebih mendadak keperluannya. Dalam industri sawit khususnya, FELDA jadi sendiri-sendiri. Sama dengan FELCRA. Sama dengan Tabung Haji. Sime Darby pula dihantui para tamak haloba anak-anak Melayu yang Melayu dan Islamnya entah di mana? Begitu juga para pengusaha lainnya seperti IOI, UP, SOP, SPB dan semuanya seperti enau dalam belukar.

(4) Apa lagi kini dengan paksaan gaji Minimum RM800.00/bulan serta pelbagai kemudahan lain yang perlu diberikan kepada semua pekerja ladang, bagaimanakah agaknya keadaan industri perladangan sawit dalam keadaan Kos melambung dan laba menjunam ini?. Dengan cara itu, apa mungkin rakyat tempatan akan mahu ke ladang? dan menyaksikan rakyat asing berbondong-bondong pulang?. Saya mengagak pasti suatu hari kita akan termanggu melihat limpahan rakyat asing dan tergeleng-geleng kepala dengan kebodohan dasar buruh sekadar untuk kelihatan kita adalah glokal. Saya yakin Indonesia akan sekali lagi tersenyum sini melihat kita terperangkap sama seperti bila kita ghairah mengejar RSVO. Sesungguhnya lima gergasi perladangan sawit Indonesia sedang seronok melihat kebakaran dari seberang. Bodoh, saombonmg bodohlah kita jika kita tidak sedar akan prihal ini.

(5) Saya tidak menjangka fenomena kekalutan harga sawit ini; sebagai sementara. Suatu permainan serakah kapitalisma sedang melanda Negara. Jika dulu mereka bermain dengan mata wang, dan dapat merombak sistem perbankan banyak negara, khususnya negara-negara sasaran kini mereka sedang menyerang komoditi yang menjadi asas kekuatan negara-negara tertentu. Sesungguhnya Yahudi itu sangat licik, dan Allah pasti sedih melihat kita alpa dalam kebodohan. Peperangan dan reformasi politik kini telah mengukuhkan penguasaan mereka terhadap petroleum, maka kini mereka sudah boleh beralih kepada komoditi lainnya. Jika industri sawit Malaysia goyah, Najib jangan bermimpi akan tidur lena. Di Semenanjung Malaysia bahkan kian berkembang di Sabah dan Sarawak, para pekebun kecil sedang berkembang luas dan kegoyahan dalam perladangan sawit pasti menguncang kehidupan mereka. Lim Keng Yeik sudah mati. Maka matilah pengalaman panjang dalam kita mengurus komoditi. Saya berkira Peter Chin sedang terkebil-kebil bukan sekadar pening kipla dalam mengurus keadaan pasaran sawit, juga kehancuran parti politiknya SUPP. Shafiee Afdal, saya berkira kian mengelabah betapa Apa Khbar Orang Kampung? akan penuh dengan muka-muka sedih yang bertambah-tambah.

(6) Sesungguhnya sehingga kini saya belum mendengar apakah langkah-langkah segera Negara dalam mengatasi kemelut harga CPO kini. Samada dari segi tarif atau non-tarif kita belum beranjak cepat. Apa lagi dari dasar fiskal  apakah persiapan yang harus kita laksanakan. Industri sokongan seperti segala keperluan input dan penjenteraan industri sawit tidak pernah kita kaji. Semuannya kerana masing-m,asing asyik menjaga kepentingan sendiri. FELDA pentingkan bajanya. Sime darby pentingkan bekalan jenteranya. FELCRA pentingkan tak pernah berubahnya. IOI pentingkan oleo-chemical down streamnya. Tabung Haji, pentingkan entah apanya. Kita tidak ada kesatuan dalam menjaga kepentingan semua. Kecintaan kita kepada Negara, tidak ada. Saya nampak jika keadaan berlanjutan untuk tempoh dua ke tiga tahun mendatang, maka akan banyak para pengusasa ladang kecil dan sederhana akan gulung tikar. Soal ini akan menstruktur semula pemilikan perladangan di Malaysia, itu lain hal, sememang sebegitu haloba serakah kapitalismanamun saya mengira jika keadaan ini terjadi sebetulnya kita sedang bermain Zerro Sum Game yang paling mahal dan bodoh! Kebangkraban pengusaha kecil dan serderhana pasti akan menguncang ekonomi dan tata sosial masyarakat. Kita telah mengalaminya dalam  tahun-tahun 1999-2005 akibat kebodohan Anwar dan kedayusan Kabinet Mahathir lewat menyadari akan sikap mengikut telunjuk IMF lewat dasar Fiskal kapaitalisma erakah haloba.

(7) Kita sibuk berpolitik, kita lupa mengurus Negara. Para penjawat awam pula sedang terlalu sibuk membuka dada, bergoyang kaki tanpa kesadaran tinggi betapa terlalu banyak muslihat dalam segala unjuran statistik Negara, biar indek ekonomi, perusahaan dan atau kesejahateraan rakyat. Kelemahan ketara adalah bila pengalaman silam tidak pernah dihargai dan banyak kebocoran ilmuan-Malaysian Best Brain Drift-Killing sedang berlaku hebat di Negara ini Kita dan Pol Pot sepertinya kian mendekat MasyaAllah..

Kuching, Sarawak

29  Disembar, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Satu perspektif yang tajam yang perlu dilihat oleh semua pihak baik GLC,syarikat swasta dan penjawat awam. Negara kita kini dalam kemelut politik yang pada luarannya tidak menampakkan kemusnahan yang ketara. Rakyat masih lagi seronok bersembang di kedai kedai kopi tanpa sedar akan kemelut yang boleh menjejaskan pendapatan mereka dan ekonomi negara, kerana mereka tidak melihat bahawa komoditi perladangan mereka ada sangkut paut dengan status politik negara masa kini. Penjawat awam pula tidak risau kerana walau apapun keadaan ekonomi, gaji akan tetap diterima, jadi tidak menjejaskan pendapatan mereka, cunma apabila inflasi kian memuncak dan harga barang keperluan meningkat , maka ramailah yang akan bersungut seperti tumbuh sesungut...Bagaimana caranya kita hendak menyedarkan rakyat mengenai keadaan ini?

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.