Di Amerika, 5 peratus dari penduduknya mengeluarkan makanan untuk 95 peratus dari penduduknya. Begitu juga di Belanda. Di New Zealand, bebirinya memutih sekitar 10 kali ganda dari bilangan penduduknya. Begitu juga di Australia di mana sebahagian besar tanah di luar bandar adalah milik hanya segelintir petani. Kanada begitu juga sifatnya. Cuma di Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, India, Brazil, Argentina, Chile, hampir seluruh negara-negara di Afrika, kebanyakan tanah adalah milik penduduk luar bandar sedang hasil pengeluaran mereka tidakpun cukup untuk makan sendiri. Di China, perkongsian tanah antara rakyat dan pemerintah, menjadikan negara tersebut boleh berdikari biar dalam keadaan biasa masih tetap tidak kecukupan.
(2) Di Malaysia, sejak padi diperkenalkan di rantau ini oleh mungkinnya penghijrah awalan Melayu dari China, asalnya, penanaman padi hanyalah untuk sekadar keperluan sendiri, sara diri. Padi hanya menjadi komoditi dagang mungkin sekitar 1980an. Kini Vietnam dan Kemboja adalah pengeksport padi utama dunia. Thailand lebih cenderung untuk mengeluar untuk keperluan sendiri yang kian meningkat. Begitu juga China, India, Bangladesh, Indonesia, dan Filipina. Amerika dan Australia adalah juga pengekspot padi utama bukan kerana pengeluaran mereka adalah berlebihan, melainkan mereka tidak berapa mengerti makan sambal belacan dan gulai masak lemak.
(3) Saya berkira hampir-hampir 70 peratus rakyat dunia ini makan nasi. Nasi adalah makanan ruji untuk seluruh umat manusia di Asia. Kalau dihitung, itu saja sudah melibatkan hampir-hampir 60 peratus dari rakyat dunia (China, India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Arab, dsb). Akibat penghijrahan dan pengaruh masyarakat Asia ke Amerika, Eropah dan Australia, nasi kian menjadi terkenal di sana.
(4) Namun penanaman padi sangat terkait dengan keperluan bekalan air. Tanpa pengairan dan saliran yang baik, penanaman padi menjadi suatu yang mustahil. Cuaca dunia kian berubah. Ketaktentuan penghasilan beras kian menruncing. Apa lagi akibat perluasan kawasan perbandaran dan perindustrian, kawasan utama penanaman padi kian menguncup. Dengan pertambahan penduduk Asia khususnya yang kian meningkat, pastinya penawaran bekalan padi menjadi tegar.
(5) Penanaman padi bukanlah sebuah perusahaan yang menguntungkan. Jika menanam padi adalah sangat menguntungkan, pastinya semua orang Melayu di Kelantan, Trengganu, Kedah, Perlis, Seberang Prai, Tg Karang-Banting, Teluk Intan, Beufort-Lahad Datu, Simunjan-Sri Aman, Matu-Daro, sudah kaya raya, jika tidak miskin. Melainkan di California di Amerika dan Wilayah Utara Australia, sedikit di Jepun, Korea dan Taiwan, sebilangan besar bahkan mungkin 98 peratus penanam padi di dunia tergolong sebagai yang miskin.
(6) Biar sebegitu, kenapa pula masih banyak di antara orang Melayu (termasuk pelbagai kaum pribumi di Sarawak dan Sabah) masih tetap menanam padi. Di Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu, Seberang Prai, Tg Karang-Banting, apa penanam padi di kawasan-kawasan Pengairan seperti Muda, Kemubu, Semerak-Kemasin, Kada, Mada, dsb punya pilihan. Berapa luaskah kawasan ini telah dijadikan kawasan pengeluaran padi? Berapa ramai pula petani di sini terperangkap sebagai penanam padi? Kenapa mereka harus berkorban untuk terus miskin sedang yang menikmatinya harga beras terkawal tidak ingat akan pengorbanan mereka?
(7) Saya menjangka tidak kurang dari 200,000 hektar tanah di seluruh negara samada secara langsung atau tidak langsung telah diperangkap sebagai kawasan penanaman padi. Jika angka itu betul saya perhitungkan sekitar 200,000-500,000 keluarga tani adalah terperangkap sebagai misin tegar disengajakan. Untuk membuktikan hipotesis saya ini, analisalah perangkaan Penghijrahan Luar Bandar ke Bandar, perhatikan kadar Kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar mengikut sub-sektor ekonomi, serta amatilah Petunjuk Kesihatan, Kadar Celik Huruf, Kadar Keciciran, Kadar Perceraian dan Penikahan Muda bahkan Kadar Poligami dan Ulang Penikahan di kalangan pelbagai sub-sektor ekonomi luar bandar. Saya yakin, kiblatnya pasti tetap menghala kepada petani padi dan nelayan kecil. Pasti perangkaan ini akan mengugat dan mengusarkan. Kenapalah penanaman padi sepertinya adalah kesialan buat umat Melayu?
(8) Apakah jalan yang perlu kita lakukan? Berapakah keperluan beras negara? Berapakah nilai import beras negara? Jawapan kebanyakan ahli akuantan pastinya, lebih murah import dari pengeluaran sendiri. Ahli 'ekonomi' pula mungkin akan menyaran, kita tanam padi di Kemboja, dan kita bawa pulang. Logik. Berasas. Namun soal saya adalah: "Apakah kita harus biarkan 200,000-500,000 keluarga penanam padi di negara ini terus miskin?". Juga, apakah rakyat negara ini akan terus berkurang? Jika dunia belum kiamat esok, bagaimana keadaan keperluan makanan kita 10, 100, 1,000, 10,000 bahkan 100,000 tahun lagi? Agaknya, masih adakah tempat untuk kita bertani dengan lebih cekap dan produktif? Buat saya, sesungguhnya di sinilah Allah telah menetapkan agar kita Menjadi khalifah di muka bumi. Memerhati, berfikir dan mengurus. Buat saya dunia akan cepat kiamat jika manusia semua sudah main tidak kisah serta sangat senang memilih jalan mudah.
(9) Jika dalam Belanjawan 2013, Najib sanggup memperuntukkan RM200,000,000,000 untuk keperluan mengurus yang saya pasti sebahagian besar adalah untuk mengurus agar rakyat memberinya Kemenangan Besar dalam PRU13, saya yakin banyak dari Perbelanjaan tersebut tidak akan memberikan Real Sustainable Growth. Perbelanjaan tersebut akan hanya memberikan Ujaan Semu Seketika lebih kepada Outlier Growth. Mustapha Mohammed, "Apa sudah jadi dengan saran Produktive Growth sedikit masa lalu?"
(10) Soal bekalan makanan negara tidak terbatas hanya kepada bekalan beras. Ianya mencakupi bekalan daging, susu, ikan, sayuran, minyak masak, gula, buah-buahan, rempah ratus dsb. Kita sesungguhnya sangat kekurangan dalam semua ini. Maka dengan sebab itu, orang Melayu masih banyak Kemetot biar badan mereka banyak sudah melebar namun tidak tinggi dan perkasa. Sebabnya, pemakanan kita tidak mencukupi dfan seimbang. Sebabnya, bekalan makanan kita tidak mencukupi dan sering tidak mantap. Apakah Melayu terus mahu kemetot dan cacingen? Namun itu bukanlah gejala mendadak yang harus kita terlalu risaukan. Najib harus sedar, saat perut lapar, otak berpinar, hati resah, nafsu bergelora, dan jika kelaparan sukar dibendung, rakyat pasti resah gelisah. Hamburlah sebanyak mana Wang Negara, mereka kan tetap resah. Sesungguhnya yang meresahkan rakyat sekarang ini adalah keperluan hidup yang semakin mendadak. Harga makanan kian melambung. Harga rumah sudah tidak terkawal. Harga perjalanan kian merimaskan. Harge perubatan meresahkan. Harga keselamatan merunsingkan. Semua, kerana kita sudah terbelenggu oleh Keparat Kapitalisma!
(11) Apa kita boleh buat? Seperti saya utarakan sebelum ini, kenapa tidak dengan berani kita Peruntukkan sekitar RM2,000,000,000 setahun selama lima tahun agar 200,000 hektar tanah petani jadi Milik Negara? Kerja gila? Sekali pandang memang gila? Membuat Baitullah di Padang Pasir Bekka itupun kerja gila jika kita lihat ianya sebagai gila. Bukankan lebih selesa jika Baitullah didirikan di Iskandariah, pinggiran Maditeranean kalau tidak di Lembah Tigris atau Nil yang lebih subur, hijau dan nyaman? Sesungguhnya yang payah itulah yang menyenangkan jika kita berfikir tekun, jujur, ikhlas dan bertanggungjawap. Konsep Milik Negara yang saya maksudkan tidak harus dipandang sama dengan cara Pemilik Negaraan pasca-kemerdekaan banayk negara termasuk di Malaysia. Apa yang saya maksudkan sebagai Memeilik Negara Jelapang Padi kita adalah menjadikan Perusahaan itu sebuah perusahaan yang bermakna dan menguntungkan secara berkekalan, Significant and Sustaibaly Profitable buat semua pemilik tanahnya. Bagaimana?
(12) Kita kena berfikir secara sosio-ekonomi-koprat, tidak semata-mata sebagai ahli ekonomi apa lagi akauntan, jauh sekali Kapitalis Tulin. Pemikiran kita harus menjurus kepada Pembinaan Ummah. Pertama, buat Nilaian Pasaran ke atas tanah-tanah berkaitan. Katakan Purata Harga adalah RM50,000.00/hektar atau RM20,000/ekar. Maka, katakan 200,000 hektar, pasti Nilai Pasarannya adalah RM10,000,000,000. Kedua, nilai purata Daya Pengeluaran Padi Para Petani, saya kira sekitar 7.00 mt/ha/tahun. Nilai padi sejumlah ini adalah RM10,000.00/ha/tahun. Nilai bersih mungkin sekitar RM6,000/ha/tahun. Bermaksud, Pendapatan Bersih Tahunan Petani untuk sekitar 200,000 ha adalah RM1,200,000,000/tahun. Andaikan dalam Perusahaan Bersepadu, Pulangan Positif akan hanya berlaku sekitar lima tahun selepas permulaan. Maka jika itu berlaku pasti Petani tidak tahan. Terlungkup periuk nasi mereka. Kerajaanpun terbang tonggang langgang. Ketiganya, rombak hebat institusi awam yang berkait dengan industri pertanian, khususnya Jabatan Pertanian (DOA), MARDI, FAMA, LKIM, Jabatan Perikanan, Jabatan Haiwan, Lembaga Nenas serta UniPutra dan segala fakulti institusi pengajia tinggi yang terlibat dalam pertanian dan biaoteknologi, asakan mereka untuk merangka Pelan Induk dan Pelan Tindakan Perusahaan Makanan Negara Bersepadu. Cara kerja awam yang menjadi darah daging mereka mesti dirombak. Mereka perlu digembeling dalam satu Pasukan demi dan untuk membangun Perusahaan Makanan dan Sampinga Negara dalam tempoh lima tahun ie 2018.
(13) Di Solo, Malang, dan Lembang di Jawa, saya pernah melawat dan meneliti bagaimana dari sawah padi lahir beras organik, daging, susu, ikan keli, ayam itek, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, madu lebah, segala rempah, baja organik, gas asli, genting, pasu, segala macam kerajinan tangan dan industri sampingan. Cuma, semuannya terbuat secara nyambil kecil-kecil aja, sebabnya pemerintah ngak bisa bantu, apa lagi pabriknya. Inilah malangnya, bila Menteri Pertanian Malaysia, Noh Omar (?), hanya berpolitik, tidak menumpu kepada Membina Ummah. Pasti dia menuding jari kepada Penjawat Awam kenapa tidak memberi nasihat, well in Malays there is that proverb: Guru kencing berdiri, murid kencing belari, siapa peduli. Saya yakin, jika Pelan Induk dan Pelan Tindakan Makanan Negara dapat dirumus berdasarkan ilham-contoh di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Taiwan, kita boleh menukarkan 200,000 hektar tanah sawah menjadi RM120,000,000,000/year Income Generator dengan Pertumbuhan Pendapatan sekitar 5-7 peratus setahun terus kepada para petani. Cuma otak dan semangat kita harus terus kreatif dan innovatif. Apa tidak mungkin untuk memaksa Sime Darby, Tabung Haji, FELDA, PNB, MayBank, CIMB, PETRONAS, IOI, Berjaya, Kwok Group, Tradewind, dsb untuk mengembeling tenaga, fikiran dan kewangan untuk menyumbang Ringit ke Ringgit dalam bidang ini. Saya yakin merka boleh cuma kuatkah penumbok Najib. Rasanya wajar Mustapha Mohammed menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Pertanian Negara. Noh Omar, rasanya kurang berstamina dan berakal dalam bidang ini. Tan Sri Hassan Marican mungkin bagus dijadikan KSU Kementerian berkanaan. Kalau tidak bawa balik Sanusi Junid yang gila-gila itu kembali menanam padi di atas semua Kondominuim di Kuala Lumpur. Buat Sprinkler Watering, boleh juga menyejukkan hawa panas Kuala Lumpur.
(14) Sebetulnya saya membayangkan betapa telah terlalu banyak Wang Negara terbazir dalam bentuk subsidi, prasarana, gaji, operasi, keraian, dsb yang selama ini kita belanjakan, namun hasilnya tetap sama. Bayangkan 200,000 hektar boleh ditanami padi sekitar 2.50 pusingan setahun, pasti hasilnya adalah 12.50 mt/padi/ha/tahun. Pasti kita dapat menghasilan sejumlah 2,500,000 mt/padi/tahun atau sekitar 1,300,000 mt/tahun beras. Bayangkan berapa banyak jerami boleh kita hasilkan? Mungkin sekitar 22,500,000 mt/kering. Pastinya setinggi Gunung Jerai, dan berapa banyak daging dan susu boleh kita hasilakn dari jeramin sebegitu menggunung. Pada kadar Janaan Daging: Makanan 1:0.6 pasti ini jika diadun dengan baik dapat menghasilkan 13,500,000 mt/daging/setahun dan ini bersamaan dengan 45,000,000 ekor lembu. Angka ini pasti memberikan penduduk lembu kita dua kali ganda dari penduduk manusiannya. Pastinya bekalan daging kita adalah pada kadar 700k/per kapita. Apakah ini tidak mencukupi? Jika lembu yang di bela adalah jenis tenusu, pasti ini akan menghasilkan sekurang-kurangnya 13,000,000,000 liter/susu/tahun. Ini juga bermakna bekalan susu kita akan mencapai tahap 4,000litre/kapita. Pasti muak susulah rakyat kita. Itu baru jerami, bagaimana dengan dedak. Tidakkah kita mampu menghasilkan sekitar 1,350,000 mt/setahun. Jika dedak ini kita tukar jadi itek, ayam dan telur, berapa banyak agaknya? Bagaimana pula dengan sekam, apa tidak mungkin kita dapat menghasilkan 1,000,000 mt/setahun sekam kering. Apakah angka sebegitu tidak berdaya maju jika kita hendak membuka industri Activated Carbon atau Compress Fibre sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik dan wap. Dari 27,000 ekor lembu, ratusan jutaan ayam dan itik berapa banyak najis dan air kumbahan yang mereka boleh janakan sehari. Jutaan mt dan billion liter/tahun, apakah itu tidak baik untuk pengeluaran baja organik dan pengeluaran gas asli. Juga bayangkan dari kulit dan tulang lembu, agaknya berapa banyakkah gelatin dapat kita keluarkan. Tidakkah ini boleh menyumbang kepada Industri Farmasi Halal akhirnya. Saya sudah hilang perkiraan jika sayuran, buah-buahan dan segala rempah ratus kita asmukkan sekali, Apa lagi jika segala bungaan dan ternak perhiasan digemebling bersama. Apakah 200,000 hektar yang diolah secara Intensive, Integrated, and Full Chain Industry tidak akan melonjak tinggi pendapatan Ummah. Cuba angka ini kita tingkatkan kepada 2,000,000 hektar, bagaimana perangkaannya? Cuba para GLC dan Najib fkirkan perkara ini. Janganlah keutungan GLC sering dibelanja besar untuk kepentingan dan keselesaan pengurusan. Sesungguhnya GLC adalah milik rakyat dan kembalikan hak rakyat sesempurnanya.
(14) Saya yakin dengan cara ini, Kerjaan bukan sekadar dapat membekal makanan mencukupi buat negara, malah menemukan bidang Pertumbuhan Baru serta membasmi kemiskinan di kalangan petani penanam padi, penternak dan nelayan. Saya yakin dengan ini, kita juga pasti boleh terus kembang meneroka Pengeluaran Makanan Halal buat seluruh umat manusia. Yang paling saya ingin lihat, rakyat benar-benar menikmati Pendapatan Tinggi, bukan sekadar negara.
(15) Model Pembangunan sebegini untuk dapat diterima oleh pemilik tanah sawah di seluruh negara, maka Pampasan Saraan Hidup di samping pampasan Harga Pasaran Sebenar Tanah, dan mereka mesti memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus saham dalam keseluruhan Industri yang terbit dari Perusahaan di atas tanah mereka harus difikirkan. Kerajaan tidak perlu khuatir cara mana untuk mendapatkan kembali Wang Negara, kerana secara perlembagaan sudah ada caranya.
(16) Kita boleh perhalusi semua ini. Kita cukup pakar, cuma pakar kita terlalu banyak mesyuarah, tanpa arah, terlalu banyak selidik, yang ngak bikin kita lebih cerdik, terlalu banyak lawatan wisata sedang belajarnya sambi-sambi sahaja. Saya yakin, Mustapha Mohammed, a warokaholic and sharp minded person boleh merevolusi Industri Pertanian kita.
Terasi, Pendam, Sarawak
4 Nov., 2013
2/11/12 MEMILIK NEGARA PENGELUARAN MAKANAN......nationalise our food production
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 04, 2012#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment