.

1/11/12 PRU13, HARUSKAH NAJIB MENANG BESAR.....should Najib win big?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 03, 2012

Share

& Comment

Dalam dunia Pengurusan apa saja yang kita perbuat, telah termaktub sebuah konsep di mana pasti kedapatan 20 peratus darinya samada akan menghasilkan keputusan terbaik dan jelek. Ini bermaksud, hanya sekitar 60 peratus boleh dianggap sebagai keputusan yang sederhana. Sedang dalam dunia Perangkaan dan Sains Tulin, terdapat sebuah konsep di mana harus diperuntukan sebanyak 5 peratus sebagai Sisihan Piawai. Bermaksud, apa juga yang kita lakukan, atau harapkan, kedapatan 5 peratus darinya pasti tidak akan tertunaikan. Maka dalam Pengurusan, Perangkaan dan Sains, kedapatan 5-20 peratus dari jangkaan atau pengharapan kita tidak akan tertunaikan.

In the management jargon, there would be 20 percents are the best and the worst. Meaning, under normal circumstances, there is always a chance of 20 percents of what ever we did or among us will resulted either the best and the worst. Thus 60 percents would be considered as an average results. In statistic or scientific world, there is another concept of 5 percent Standard Error or Deviation. It means almost the same thing, but with a definitive 5 percents as the worst. These are outliers. Thus, based on Management Science, Statistic and even Science, doesn't matter how good we are, there is always 5-20 percents margin of error or uncertainties.

(2) Apakah itu benar? Adalah suatu yang jahil jika kita cuba menafikan prinsip-prinsip di atas. Soal perangkaannya, masih boleh kita perdebatkan, namun hakikat alam, sebegitulah. Sebabnya, jika semuanya dapat menepati seperti mana kita kehendaki, pasti kita sudah tidak lagi berada di dunia ini. Hanya di syurga, Allah menjanjikan akan ketepatan segalanya. Juga cuba kita lihat antara mahluk-mahluk atau segala sesuatu yang dicipta oleh Allah dari air, angin, api, batuan, galian, tanah, membawa kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan, malaikat, syaitan dan manusia semuanya, ada dua mahlukNya yang pasti engkar. Kita tahu, malaikat dan lain-lain ciptaan Allah adalah mahluk yang paling manut. Pertamanya syaitan, dan keduanya sebilangan manusia. Seluruh warga syaitan adalah penderhaka. Sedang, sehingga saat ini, sebahagian besar manusia adalah penderhaka. Bukan Allah itu tidak berkuasa untuk menundukkan semua, Dia sekadar tidak mahu serta punya MahaBijaksanaNya yang tersendiri. Cuba hitung dari sejumlah 6,000,000,000 umat manusia di dunia ini, berapa yang tetap berpegang pada Kitabullah? Hanya sekitar 1,200,000,000 dari mereka dan inin sama jumlahnya dengan penduduk India. Tidakkah itu hanya mewakili 20 perastus dari keseluruhan umat manusia. Namun dari 1,200,000,000 umat yang berpegang kepada Kitabullah, berapakah darinya benar-benar patuh, saya kira berasaskan tiori di atas, pasti cuma 20 peratus. Bermaksud hanya 240,000,000 orang dari para pengamal Kitabbulah adalah mereka yang patuh tunduk. Jumlah ini, sama dengan penduduk Indonesia. Mungkin dari sejumlah 240,000,000 tersebut hanya sekitar 48,000,000 orang boleh katakan benar-benar warak dan angka ini seperti sangat cocok dengan andaian betapa sebenarnya hanya 5 peratus dari kita atau apa saja yang kita perbuat adalah yang terbaik! Mungkin, begitulah hikmah di sebalik hari ke lima iaitu Jumaat adalah hari yag terbaik, serta ibadat yang terbaik adalah sholat dan wajibnya ada lima waktu?

(3) Dari sejumlah penduduk negara dalam anggaran 25,000,000 orang, boleh dikatakan separuh darinya adalah mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Ini menjadikan hanya sekitar 12,500,000 orang adalah layak mengundi. Namun yang mendaftar mengundi adalah sekitar 80 peratus, menjadikan yang berhak mengundi adalah hanya sekitar 10,000,000 orang. Dalam banyak piliharaya yang telah kita laksanakan, sekitar 70-80 peratus sahaja dari yang berhak mengundi keluar mengundi, bermaksud hanya sekitar 7,000,000-8,000,000 suara telah mewakilkan mereka yang menduduki Parlimen dan DUN untuk menentukan untung nasib sekitar 17,000,00-18,000,000 penduduk negara ini. Berasaskan perhitungan sebegitu, sebetulnya nisbah 'pemimpin:pengikut' di negara ini adalah dalam julat 1:2 iaitu seorang pengundi telah menentukan nasib dua orang rakyat yang lain. Secara peratusan sekitar 30 peratus rakyat negeri ini mengundi bagi menentukan 70 peratus untung nasib sakyat selebihnya.

(4) Jika dalam PRU13, Najib mengharapkan sekurang-kurangnya 70 peratus dari 'pengundi tulin' negara ini akan memberikan sokongan kepadanya, saya berkira  dia ingin menjadi malaikat. Najib tidak usah bercita-cita sebegitu, kata orang Sarawak Jauh Pak Awi. Tidak mungkin. Tidak perlu. Jadilah saja menusia biasa. Saya berkira angka 55-60 peratus sudah terbaik buat Najib. Bermaksud jika dihitung dari bilangan negeri yang dia harus kuasai, 40-45 peratus harus dibiarkan ke dalam tangan pembangkang. Maka jika Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang ingin terus kekal dalam pentadbiran pembangkang, maka biarkanlah iannya terus begitu. Jika dia dapat menguasai 40-45 peratus dari undian DUN dan Parlimen di negeri-negeri tersebut maka saya berkira dia sudah berjaya.

(6) Bagi negeri-negeri lain, Najib seharusnya cuma mensasarkan 55-60 peratus sahaja dari kerusi DUN dan Parlimen. Biarlah 40-45 peratus dari kerusi-kerusi tersebut dipegang oleh pembangkang. Pasti penganalisa politik veteran akan senyum sumbang dengan hujah saya ini. Sesungguhnya kita di persimpangan jalan, lantaran kita berbeda haluan. Haluan saya mudah:

(i) Ada hujah dalam Ilmu Pengurusan, seorang pemimpin yang baik, pertama dia tidak pernah takut ada lawan di dalam sekitaran kepimpinannya. Hujah ini adalah berdasarkan betapa dengan hadirnya musang di keliling kebunan akan menjadikan penternak menjadi lebih waspada, teliti. Juga, dengan kita hanya dikelilingi oleh Mr Yes pasti kita akhirnya menjadi leka, seronok sendiri. Saya melihat begitulah kempimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Dia tidak dicabar sepertinya Tunku Abdul Rahman dan Mahathir. Maka biarlah adanya pembangkang dalam negara ini, kerana dengannya kita pasti akan lebih hati-hati dan cekap.

(ii) Cuba belajar dari dakwahnya Muhammad SAW. Dia adalah manusia paling diberkati Allah. Dia adalah persuruh Allah yang terakhir dan paling terhormat. Namun, bila dia menyeru kaumnya Quraish ke jalan kebenaran, berapakah yang menerima seruan baginda pada mulanya? Tidakkah baginda terpaksa bergadai nyawa, harta dan keselesaan hidup? Abu Thaalib, bapa saudaranya yang paling menyayanginyapun tidak bersyahadah, apa lagi bapa saudaranya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Umar Al Khatab, Khalid Al Walid, Abby Suffyan, dan Hindun sekalipun adalah seteru hebat baginda pada mulanya. Selama 10 tahun baginda cekal bersabar, setelah terpaksa 'lari', minggat ke Madinah baru baginda dapat menguasai Baitullah. Itupun bukan pada kali pertama serbuan baginda, sebaliknya terpaksa tertangguh setahun kemudian selepasnya Perjanjian Hudaibyyah. Sesungguhnya, buat saya, sebegitulah hikmah Allah, betapa Dia mahu kita mengerti betapa Muhammad SAW tidak berjuang demi kejayaan dirinya. Sesungguhnya Muhammad SAW adalah pejuang Islam dan pendiri Ummah. Asas Umar Al Khataab melucutkan kedudukan panglima Khalid Al Waleed adalah sebegitu sebabnya. Makanya, Muhammad SAW sering diperingat di dalam Al Quran sebagai hanyalah persuruh Allah. Dan kita, sering pula diperingatkan hanyalah sebagai hambaNya. HambaNya yang harus memimpin mensejahterakan Ummah. Itulah tugas kita, itulah sifat kejadian kita. Fitrah kita. Terus memikul tugas sebagai hambaNya, kenapa?

(iii) Soal saya paling dasar buat Najib: untuk apa dan kepada siapakah kepemimpinannya hendak dia halakan?. Katanya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat yang mana, pencapaian apa? Rakyat, bukankah semasa dia belajar di London dulu bermaksud citizen dalam Bahasa Inggeris atau lebih tepat the citizen of the State of Malaysia? Jika sebegitu, maka menang atau tidak menang besar Najib dalam PRU13, apa ada bedanya? Bukankah walaupun rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang jikapun mereka terus dalam pembangkang, tidakkah mereka juga rakyat yang Najib harus maksudkan. Melainkan jika Najib mentakrifkan rakyat sebagai hanya penyokong UMNO, maka haruslah dia kembali ke London untuk berkuliah semula. Paling baik, elok dia belajar di Al Azhar untuk mengerti konsep Ummah. Sesungguhnya Onn Jaafar (datuk kepada Hishamuddin Husein), Tunku Abdul Rahman Putera, dan Tun Razak Hisein (bapa Najib sendiri) fahaman mereka tentang rakyat adalah warga negara Malaysia, negara berdaulat. Sesungguhnya perjuangan mereka adalah untuk umat manusia warga Malaysia dan UMNO hanyalah wadah perjuangan tersebut. Sesungguhnya, pernyataan saya terawal: Dan kita, sering pula diperingatkan hanyalah sebagai hambaNya. HambaNya yang harus memimpin mensejahterakan Ummah. Itulah tugas kita, itulah sifat kejadian kita. Fitrah kita. Terus memikul tugas sebagai hambaNya harus Najib mengerti dalam. Allah memberikan Najib peluang untuk ke syurga. Syurga yang lebih baik dari kebanyakan orang. Najib mungkin adalah 5 peratus dari pengikut Kitabullah yang Allah seperti janjikan untuk menduduki syurga yang lebih baik dari kebanyakan Ummah. Namun, Najib harus kekal sebagai hambaNya. Apakah tuntutan kekal sebagai hambaNya?

(iv) Sesungguhnya, bila Muhammad SAW diperingatkan bahawa baginda hanyalah persuruh Allah, maka baginda terus berseru kepada sesiapa juga ke jalan Allah, jalan kebaikan. Baginda tidak meminta kedudukan yang lebih baik dari itu. Soal semua menerima baginda atau tidak itu bukan urusan baginda. Itu urusan Allah. Bayangkan jika semua mematuhi seruan Muhammad SAW, tidakkah kemungkinannya baginda akan didewakan sehingga menjadi Tuhan? Itulah hikmah Allah, atas peringatnnya betapa Muhammad SAW hanyalah pesuruhNya. Dan kita diingatkan berkali-kali adalah hambaNya, maka seharusnya kita terus memperbaiki diri dan terus menghambakan kepadaNya. Berbakti penuh tulus, jujur dan taat kepadaNya. Apakah sifat-sifat seorang hamba? Hamba di sisi Allah, bukan hamba Firaun, hamba maharaja China, hamba abdi pengutip kapas di zaman Amerika Jahilliah, hamba Kunta Kintedsb.

(v) Sesungguhnya, jika Najib dapat menjiwai konsep hamba Allah, saya yakin dia tidak perlu menang besar dalam PRU13. Dia seharusnya bersyukur jika tidak menang besar. Perhati dan fikirlah, di alam semulajadi, kita tidak hanya mendapati adanya kerbau, lembu, rusa, pelanduk, kuda, unta, arnab, ayam, ostris, merpati, punai, terkukur, bahkan akan kita dapati babi, ular, harimau, srigala dsb. Kenapa? Begitu juga, di kalangan tumbuh-tumbuhan kita tidak hanya boleh menemui pisang, cempedak, nangka, durian, nenas, sawit, sagu, nipah, rempah ratus, dsb, namun kita juga menemui lalang, tuba, enau, resam, dsb kenapa? Juga di kalangan manusia, kita juga ada yang kacak, cantik, celek, pinter, cergas, cerdas dsb, namun kita juga menemui yang buta, pekak, tuli, bisu, kudong, hodoh, bodoh, degil, biadap, dsb. Kenapa? Dengan keberadaan yang baik bersama yang tidak baik, yang mendokong dan tidak mendokong, apakah itu harus membatasi kita untuk menghambakan diri kita kepadaNya. Pastinya tidak? Muhammad SAW tidak menanti sebilangan besar Quraish untuk menerima Nur Islam baru dia berani berdakwah. Maka, atas dasar itulah saya yakin Najib tidak perlu menang besar dan tidak usah menang besar dalam PRU13. Itu alasan saya dari sudut Islami. Yang perlu Najib lakukan adalah mendasari konsep hamba Allah sebagaimana juga Muhammad SAW mendasari konsep dia hanyalah persuruh Allah.

(vi) Biar juga saya mengutarakan pandangan dari sudut Pengurusan terutama Pengurusan Kewangan Negara. Sebetulnya saya kaget dan pelik bila melihat Kerajaan Malaysia mengagihkan ke rumah saya sebuah Tangki Air 500 galen bila saya sampai ke rumah saya di Kampung petang ini. Saya toleh ke kanan kiri, kelihatan semua jiran-jiran turut diagihkan Tangki yang sama. Sebetulnya saya sudah ada enam buah Tangki Air yang jauh lebih besar dari itu sekitar empat tahun dahulu. Bukan saya tidak syukur. Soalnya, caranya kita mengurus Kewangan Negara, sehingga kita menjadi buta siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Bagaimana caranya Muhammad SAW, Abu bakar Ass Siddique, Umar Al Khataab, Usman Affan dan Ali Abi Thaalib mengagihakn harta Khazanah Negara. Apakah yang telah terbuat oleh Usman Affan sehingga baginda difitnah sebagai tidak adil? Soalnya, saya yakin mereka di Ulu Simunjan, bahkan kawasan Sebangan-Sebuyau pasti lebih memerlukan Tangki air dari saya. InsyaAllah, atas rezeki yang Allah telah berikan kepada saya, saya tidak akan mempersoal kenapa rakyat yang lebih susah harus mendapat Tangki Air berbanding dengan saya. Bukan sekadar Tangki Air, saya berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri dalam banyak perkara termasuk soal Bekalan Elektrik, Bekalan Air bahkan Biasiswa untuk anak-anak saya. Sebetulnya apa yang ingin saya utarakan, kerana haloba untuk menenang besar, maka Najib berbelanja sebegitu murah sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang hati bukan hanya di kalangan yang mampu tetapi di kalangan yang tidak mampu. Sesungguhnya, atas haloba untuk menang besar, kita membelanjakan Wang Negara dengan secara tidak bijak. Inilah kekhuatiran saya. Untuk Batang Sadong, InsyaAllah, rakyat akan terus bersama Kerajaan kerana itulah tradisi sejak 1963. Cuma biarlah kerja-kerja pemasangan paip dari Kuching-Sadong Jaya, pembinaan Jambatan Batang Sadong, pembinaan Jalan dan Bekalan Air Gedong-Simunjan, Pembangunan Bandar Baru Simunjan, dan pengurusan sempurna Saliran Asajaya-Sadong Jaya dan Sebangan-Sebuyau, rakyat pasti berterima kasih.

(a) Sesungguhnya, saya berkira RM250,000,000,000 yang di peruntukkan dalam Belanjawan 2013, di mana sekitar RM200,000,000,000 adalah belanja mengurus saya yakin sejumlah besar akan di belanjakan sebelum Mei, 2013. Jika perbelanjaan itu strategik dari segi pembangunan untuk kepentingan jangka panjang ummah, Alhamdullilah. Namun saya yakin, sejumlahnya adalah untuk perbelanjaan strategik menang besar PRU13, perbelanjaan mengumpan, apakah dari segi moral ianya tidak licik?. Berapa nilainya? RM20,000,000,000-RM40,000,000,000? Itu saya kira mungkin perbelanjaan silap! Membazir!

(b) Andaikan Najib sanggup dengan tegas dan berani memperuntukkan dan menggerakkan segera RM2,000,000,000 kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri tersebut, samada BN menang atau tidak, apakah segala rakyat Cik Siti Wan Kembang tidak bersyukur dan berterima kasih akhirnya? Juga jika Najib sanggup dan dengan tegas memperuntukkan dan mengerakkan segera RM2,000,000,000 untuk Kedah agar sekitar 40,000 hektar tanah sawah di negeri tersebut di jadikan Kawasan Tanaman Kekal di bawah kelolaan Sime Darby, FELDA, atau sebuah badan khusus dan rakyat bukan hanya diberi pampasan patut tetapi mereka juga terus kekal memiliki saham dalam usaha berkenaan. Bukankah nantinya, kemiskinan dan ketidakcekapan di kalangan penanam padi dapat di hapuskan serta negara mendapat bekalan makanan yang mencukupi? Bayangkan jika usaha-usaha ini dapat dilanjutkan sehingga lima tahun mendatang, di mana RM10,000,000,000 dikhusus untuk jalan ini. Tidakkah mungkin sehingga 200,000 hektar dapat diMilik Negarakan dengan pemilik tanah asal terus mendapat dividen berpatutan atas pengorbanan mereka. Jika ini terjadi tidakkah lebih kurang 200,000-300,000 keluarga penanam padi akan mendapat nikmat langsung? Bagaimana agaknya latarbelakang kehidupan raklyat Kedah-Perlis-Kelantan? Bukankah kita ada pakar Pertanian di DOA, MARDI, MPOB, UPM dsb yang boleh merumus pelbagai kegunaan Padi dan Sisa Padi sehingga menjadi suatu Industri yang bersepadu dan lestari? Sekadar mereka mengikut kerja yang sepertinya sekarang ini, sampai Kucing Bertandukpun Industri Pertanian Negara tetap ketinggalan. Apa tidak mungkin memaksakan GLC dan pihak swasta untuk sama-sama menyumbang pada kadar Ringgit ke Ringgit?

(c) Apalah RM2,000,000,000 jika benar-benar direncana, diguna dan di kawal dengan sempurna untuk membangunkan Industri Perikanan di Trengganu, Kelantan dan Kedah? Apakah rakyat tidak akan gembira jika bekalan ikan adalah mantap dan mampu beli? Kenapa kita terus ingin melihat para nelayan kita terus kekal kecil dan terpencil. Anak-anak mereka di GLC tidak ada otak ke hendak berfikir merombak segala dan menjadikan perusahaan nenek moyang mereka menjadi perusahaan gergasi? Lupakanlah LKIM. Tutup saja lagi bagus. Selagi Melayu masih berjiwa lembab sekadar makan gaji, sampai kiamatpun kita tidak akan pernah bangkit. Sesungguhnya kegawatan rakyat adalah kerana para pegawai Melayu dalam Kerajaan banyak hanya sekadar makan gaji dan belanja peruntukkan yang sudah tersedia. Bagaimana untuk mengembangkan Wang Rakyat, peduli apa? Teladan mereka adalah ahli politik yang kencing berdiri!

(d) Juga andaikan RM10,000,000,000 Najib segera peruntukkan dan gerakkan untuk pembangunan segera Rumah Mampu Milik dengan harga sekitar RM90,000-250,00/sebuah tiga-empat bilik, dengan kadar faedah pinjaman kekal 4.00 peratus untuk selama 35 tahun, serta rumah atas konsep sewaan untuk "Transition Generation" dengan kadar sewa RM500.00/bulan untuk rumah tiga-empat bilik. Jika perumahan ini dibuat dengan sempurna, hampir dengan tempat pekerjaan, dalam lingkungan segala kemudahan awam, tidakkah rakyat akan menadah tangan tanda bersyukur? Buatlah di Lembah Kelang, Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Puchong dan Bangi. Bahkan tebarkan dengan baik ke Port Dickson, Melaka, Johor Bharu, Batu Pahat, Mersing, Sinai, Pasir Gudang, Bintulu, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Balik Pulau, Seberang Perai, Sungai Petani, dan Kuantan, apakah tidak rakyat akan mendoakan kesejahteraan dan kemakmurtan berpanjangan buat seisi negara?

(e) Apa kata RM10,000,000,000 Najib gerakkan segera untuk meneliti apakah perlunya TOL dan seterusnya memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam. TOL, mengikut Mahathir adalah perlu untuk membina dan menyelenggara jalan. Itu pandangan beliau, mengikut masanya. Tapi kini, ternyata itu membebankan rakyat. Maka, tidakkah harus kita melihat segala itu dalam bentuk lain? Bagaimana caranya agar kita tidak perlu membina terlalu banyak jalan, serta mengurangkan penyelenggaraan jalan dengan daya jalanan atau 'mobility' tenaga kerja, perkhidmatan dan barangan tetap lancar dan kos-berkesan. Jika Amerika adalah Ekonomi Automobil apakah kita harus ikut sepertinya mereka? Sememangnya itu diajarkan di Harvard, tetapi apakah hanya Harvard bisa mendidik kita supaya jadi lebih pinter?

(f) Saya mencabar, beranikah Najib memperuntukkan RM10,000,000,000 untuk membangun semula Kampung Baru menjadi Mercu Tanda sumbangan Melayu kepada Ketemadunan Islam khusus dalam soal Pendidikan, Kewangan dan Perundangan. Melayu Kampung Baru, bukan hanya perlu membina Mercu Tanda Sumbangsih Melayu tetapi mereka juga mesti kekal sebagai Imam Mahadi penyelamat dan terus terselamat. Mereka tidak boleh dan jangan dipinggirkan. Saya yakin Tabung Haji, Sime Darby, PNB, MayBank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat boleh memainkan peranan besar.

(g) Saya hairan kenapa Sime Darby harus bekerjasama dengan pihak lain dalam Tesco sedang, pembeli adalah rakyat Malaysia. Kenapa tidak diteliti konsep Koperatif Jerman, Korea dan Jepun dan Sime Darby, FELDA, Tabung Haji dan PNB pasti mampu menubuh Pasaraya dan PasarDesa untuk mengawal harga barangan keperluan agar rakyat terus mendapat nikmat sewajarnya? Saya berkira RM3,000,000,000 kemudian dipacu oleh GLC seperti yang saya sebutkan tadi, kita bukan hanya mampu mengembeling rakyat Malaysia ke dalam sebuah Koperatif yang besar, bahkan kita boleh terus membantu semua negara serantau.

(h) Last but not least apakah Najib, sanggup memperuntukkan dan mengerakkan segera RM2,000,000,000 untuk membantu Thailand, Kemboja, dan Filipina membangunkan ekonomi Pattani, Champa, dan Bangsa Moro-Sulu agar mereka menjadi rakyat yang taat dan bermakna kepada negara. Sekadar memudahcara PenandaTangani Perjanjian Damai Bangsa Moro, apalah ertinya. Bukankah sebelum ini perkara yang sama juga sudah kita capai. Ingatlah pesan Muhammad SAW, jika perut lapar, hati jadi binar, kepala berpinar, segala jadi tidak benar. Arahkan GLC kita bergerak segera memajukan ekonomi serantau ini. BIMP EAGA, IMPT GT, saya kira lebih banyak ngobrol dan wisatanya dari bekerja mensejahterakan rakyatnya!

(7) Sesungguhnya, itulah agenda segera dan tegas perlu Najib gerakkan. Agendanya adalah untuk membina ummah, bukan memenangi PRU13. Sesungguhnya, tidakkah sebegitu rencana dan tindakannya Muhammad SAW dan para sahabah dalam usaha mereka menegakkan syiar Islam ke seluruh Tanah Arab dan Farsi? Perhatikanlah tidakkah Baghdad, Mesir, dan Syria yang jauh lebih 'kaya' dari Madinah, Yaman, Palestin, dan lain-lain rantau pentadbiran Muhammad SAW dan Sahabah mendapat laba dari kekayaan negara? Tidakkah akhirnya, para penentang Islam, akhirnya memilih untuk berlindung di bawah pentadbiran Islam, atas kebijaksaan sebegitu? Saya dengan tegas menyatakan, sesiapa juga yang menasihati Najib untuk menghambur Wang Negara untuk menang besar dalam PRU13, adalah tidak lain sekadar agar mereka menang besar dalam menangguk untung saat Najib mengelabah!

(8) Saya yakin, jika Najib dapat meneliti dan berfikir cepat tentang apa yang telah saya usulkan dalam (6)(VI a-h), saya yakin, IsyaAllah rakyat pasti yakin betapa masa depan mereka adalah cerah. Ekonomi negera pasti tumbuh cepat. Pihak swasta pasti bertindak lebih pantas. Tidakkah itu apa yang telah Mahathir dapatkan bila dia sibuk dengan KLIA, Sepang F1, Menara Petronas, Proton, Lebuh Raya, Pelabuhan, Jambatan Bengkok, dsb? Juga tidakkah itu yang Abdul Razak Husein lakukan bila dia sibuk dengan Tanah Rancangan FELDA, Pembangunan Wilayah, penubuhan pelbagai Institusi yang kini menjadi asas kepada GLC, dsb? Rakyat akan lebih sibuk bekerja dari berpolitik. Biar dalam PRU13 tidak menang besar, tetapi Najib berjasa besar untuk negara dan Islam. Bukankah itu maksudnya Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Jika bukan sebegitu, rakyat Malaysia hati-hatilah. Kita semua kena hati-hati. Elok ikut nasihat Nabi Ibrahim AS kepada anaknya dalam lawatan pertamannya menemui menantunya yang tidak mengerti dan bersyukur!

(9) Anwar Ibrahim tidak perlu dibunuh. Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Kit Siang tidak perlu dibungkamkan. Mereka bukanlah seteru Najib. Seterunya adalah kelilingnya yang berjangut kambing berbulu ayam. Biarlah harimau terus berada di hutan, kerana ada hikmahnya tersendiri. Yahudipun Allah tidak hendak hapuskan biar mereka adalah seteru Islam maha dahsat. Sesungguhnya, Najib tidak usah khuatir jika tidak dapat menang besar. Najib harus memenangkan rakyat secara besar-besaran. Muhammad SAW tidak disanjung hanya nkerana dia seorang Rasul, namun baginda di doakan semua Ummah kerana Islam yang baginda wariskan buat Ummah. Najib mahunya apa, syurga, dunia?

Terasi, Pendam, Sarawak
3 Nov., 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.