.

5/11/12 Ledakan YouTube “Bicara Islamis” Akan Merubah Segalanya….

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 29, 2012

Share

& Comment

Belajanwan 2013 Negara telahpun di bentangkan. Yang jelas, Belanjawan tersebut lebih menjurus kepada Belanjawan Piliharaya. Lewat peruntukan dalam sektor-sektor tertetntu, Najib mensasar untuk merasih sokongan besar dari golongan tertentu khusus masyarakat di luar bandar, kaum wanita, serta para belia. Siapapun dalam keadaan berkuasa, serta agak terjepit pasti akan bertindak seperti Najib. Soal Pertumbuhan Sebenar Ekonomi Negara, itu soal kedua. yang utama adalah terlebih dahulu memenangi pilihanraya. Belanjawan Pendua Pembangkang juga begitulah sifatnya. Cuma sasarannya lebih menjurus untuk menangkap golongan sedikit berpelajaran serta punya kedudukan sosial yang lebih baik. Cuma, dari segi perhitungan perangkaan, hanya sekitar 30 perastus dari penduduk rakyat Negera ini adalah golongan berpendapatan menengah, sedang sekitar 60-70 peratus masih di kelompokan sebagai golongan menegah rendah dan rendah. Pastinya golongan berpendapat rendah jauh lebih tinggi nisbahnya. Maka, Belanjawan Najib pasti boleh meraih simpati golongan ini atas taburan ihsannya.

(2) Kini, Persidangan Agung UMNO sedang berjalan. Pastinya, ianya adalah kayu ukuran terakhir Najib untuk menilai sejauh mana kekuatan UMNO untuk terus menunjangi BN dalam mentadbir Negara kira-kira lima tahun lagi, selepas Mei 2013 ini. Pastinya dalam tempoh sebulan dua ini, pasti berlaku lobi melobi yang hebat untuk menentukan ayam tambatan mana yang akan masuk ke gelangang. Jika prosesnya berjalan lancar, dengan kurangnya kocakan, pasti itu akan menjadi petanda penting tentang kemantapan dan kekuatan UMNO. Jika ribut-ribut, cantas mencantas hebat berlaku, apa lagi pelbagai senarai dari pelbagai pihak berlambak di atas meja Najib, pasti UMNO akan menuju jalan ke jurang dalam. Sebagai penghujung ucapan dasarnya, Najib melaungkan kata-kata khilaf dan pohon kemaafan serta ayuh kembali berjuang bersama rakyat, dua unsur penting yang mungkin tidak banyak, khususnya kalangan dalaman UMNO, memberikan perhatian apa sebenarnya maksud Najib dengan merangkai kata-kata itu. Sesungguhnya, jika dikupas serta diperlakukan dengan penuh berani dan jujur, dua rangkaian kata-kata itulah sebetulnya adalah asas kepada Pengembalian Kekuatan UMNO, namun saya yakin, dua unsur ini akan hanyut sebegitu saja. Najib sendiri mungkin sedar-sedar lupa akan ungkapannya itu. Jika itu terjadi, saya tidak yakin Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan kembali mudah ke dalam pelukan UMNO. Atas sentimen kenegerian, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak mungkin kekal dalam kendong BN. Namun jika PAS pandai bermain pencak silat, pasti Trengganu dan Perlis akan menjadi medan tempur yang seronok untuk dilihat. Di Sabah dan Sarawak, faktor dan kuasa dalaman akan lebih memainkan peranan dari pengaruh luaran seperti PKR, DAP, dan PAS.
.
(3) Beberapa tahun terdahulu, rangkaian media sosial sangat dikuasai oleh mereka yang cenderung kepada politik. Pelbagai rencana berbentuk politik, samaada benar atau tidak, itu soal lain, menghujani Negara. Pastinya juga rangkaian itu turut dilimpahi kebanjiran cerita-cerita sensasi yang punya kepentingan-kepentingan tertentu. Namun sejak akhir-akhir ini, media sosial, khususnya yang berbentuk YouTube, sudah mengantikan kebajiran bloq-bloq. YouTube kini kian tersebar lewat pelbagai rangkaian media sosial lainnya, khusus seperti FaceBook, Twitter, dsb.

(4) Beberapa minggu sudah, sedang saya cuba mencari tulisan-tulisan mengenai para pemikir dan ilmuan agung Islam terdahulu, saya sering terdampar mengikuti YouTube Bicara Islam dari pelbagai pihak, khususnya yang tergolong dari tiga kelompok besar iaitu Pendokong BN, Pendokong PAS/PKR dan Kelompok Bebas. Bila dilihat dari capaian YouTube masing-masing, saya kagum melihat capaian yang sebegitu tinggi bagi sesuatu Siri Bicara yang sehingga mencecah melebihi hitungan 250,000++. Soal apa bicara mereka itu saksama atau tidak, itu soal lain. Sangat hebat, YouTube berbetuk ini kini sering ditempel dengan cerita-cerita artis sudah kembali ke pangkal jalan. Juga saya melihat, pasti dengan berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO kali ini, lambakan YouTube samada mendokong atau sebaliknya nada dan cara perjuangan UMNO pasti akan melimpah membanjiri laman media sosial di Negara ini. Saya menjangka YouTube “Islamis” akan menjadi medan tempur yang kian menghangat. Apa lagi dengan pemberian Komputer 1Malaysia serta kemudahan Kampung Tanpa Wayar yang kian menular di negara ini.

(5) Kehadiran YouTube “Islamis” ini ada kebaikannya. Bagi yang mampu menimbangtara, pasti banyak ilmu yang diperolehi. Bagi yang taksub, biar di sebelah manapun, akan bertambahlah ketaksubannya. Cuma ketaksuban akhirnya boleh menyimbah mulanya keringat, kemudian darah lalu air mata. Nauzubillah. Saya yakin, InsyaAllah, ada juga yang boleh berpatah arah, namun itu sukar dan mungkin hanya sedikit.

(6) Berbeda dengan Negara tetangga kita Indonesia, di mana gerakan “Islamis” kini sedang hebat terpesorok di Pesantren-pesantren dan hanya menanti tiupan peluit sahaja untuk kebangkitannya. Ketiadaan kemudahan internet yang meluas di Indonesia sangat membatas tebaran “Bicara Islamis” mereka. Namun, kini, pemikiran dan bicara-bicara sebegitu sedang hebat ditebar dalam bentuk “Penulisan Sastra dan Perfileman”. Di Malaysia, saya menjangka ledakan YouTube “Bicara Islamis” akan berlaku sekitar setahun dua lagi khusus jika pergolakkan dan keresahan sosial di Negara ini tidak segera di atasi. Jika, UMNO atau BN menang sekalipun, jika mereka terus ulang berulang khilaf serta tidak sejujurnya bersama rakyat pasti keributan hebat akan berlaku. Mudah-mudahan Najib, bukan sekadar inginkan kemenangan besar, namun harus bersegera mengaris agenda perlaksanaan Ad Deen Islam dengan secepatnya. Sudah 55 tahun Negara ini Merdeka, sudah tiba masanya kita Berdaulat dalam usaha mendapat restu Ilahi secara terang-terangan. Sesungguhnya, gelombang biru yang Najib ingin tiru, kini telah bertukar menjadi samudera hijau adalah tapak pelayaran yang harus dia harungi. Selama manakah lagi harus kita patuh kepada Demokrsai Kapitalis. UMNO sudah berusia 66 tahu, Negara sudah berumnur 55 tahun. Rakyat kita khususnya golongan muda yang sudah terdidik luas, inginkan suatu yang baru yang tersendiri, dan yang dinanti-nanti serta dituntut adalah Ad Deen Ilahi. Sesungguhnya, buat saya jika UMNO dan Melayu ingin gemilang dan bersatu padu, kita mesti membangunkan Sistem Ekonomi, Pendidikan dan Perundangan Islam yang kukuh dengan sekerasnya. Dunia Islam tengah bergolak, maka kita harus tampil memimpin Ummah. Jika itu agenda besar kita, pasti akan tampil banyak cendikiawan Melayu dan Islam dunia tampil membantu kita. Akhirnya kita akan jadi lebih sibuk berfikir, bermsyuarah, merencana, dan bekerja dari bercakaran bercelaru. InyaAllah.

Kuching, Sarawak
29 Nov., 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.