Saya amat tertarik dengan pernyataan Dr. Ridhuan Tee, seorang Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Malaysia dalam Bicara Perdana PRU13 di Kota Bharu sedikit masa lalu (dalam YouTube), betapa Umat Islam khususnya umat Melayu di Malaysia sebetulnya dalam bahaya. Sebagai ahli akademik, padangan beliau itu adalah berlandaskan kepada statistik. Itu fitrah ahli akademik. Mereka berbicara atas kesahihan statistik. Landasan beliau, sebetulnya bukanlah suatu perkara baru, sesungguhnya Tunku Abdul Rahman sejak sebelum kemerdekaan Negara juga telah menyedari akan prihal tersebut. Hakikatnya, Melayu telah berada dalam bahaya sejak Malaya belum merdeka. Kerana kedudukan Melayu bagai telur di hujung tanduklah maka gagasan Malaysia telah diushakan. Di saat menyatukan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah, seluruh kaum pribumi wilayah-wilayah ini dilihat sebagai Melayu. Cuma, demi Islam, demi untuk mempertahankan dan memperkasakan Islam, Melayu kemudiannya telah ditakrifkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negara. Sesungguhnya takrifan Melayu sebegitulah, menjadikan statistik Melayu jadi susut.
(2) Sekilas pandang, satistik Melayu tidak akan pernah sebesar yang sering kita sangkakan tanpa adanya Malaysia. Tanpa Kelantan, Kedah, Perlis dan Pahang, agaknya bagaimana keadaan Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Perak dan Negeri Sembilan, khususnya masyarakat Melayu di negeri-negeri tersebut? Kuala Lumpur pastinya kini sudah bergelar Yap Ah Low City! Begitupun, Sarawak dan Sabah pasti juga akan turut berbeda. Jika Malaya hanya merdeka sebagai Malaya tanpa penyertaan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia, pasti semuanya akan sangat berbeda. Saya berkira Malaya, Sarawak dan Sabah tanpa terbentuknya Malaysia pasti sudah menjadi Negara-negara ala-Singapore
(3) Manusia berhijrah adalah fitrah azalinya. Adam AS hijrah dari India ke Jeddah untuk menunaikan tanggungjawap untuk membiakkan umat manusia. Maka, orang China dan India, hijrah ke Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah sebelum terbentuknya Malaysia adalah fitrah kejadian umat manusia seperti juga moyang mereka Adam AS. Apa lagi di zaman dahulu atas tamak Kapitalis Barat atas pengaruh industrialist Yahudi, telah memaksa kaum India dan China untuk menjadi boroh kasar di wilayah-wilayah jajahan mereka. Kebanyakan kaum India dan China datang ke rantau Nusantara adalah akibat boroh paksaan serta bujukan manis para penjajah Barat samada Inggeris, Sepanyol, Portugis, Belanda, dan bahkan Jerman, Peranchis, Amerika dan Australia. Akibatnya, maka berleluasalah perusahan besar-besar milik pengusaha-pengusaha Barat di rantau ini. Di Malaya khususnya syarikat-syariklat seperti Sime Darby, Harrison Crossfield, Gutrie, Unilever, Boh Tea, bahkan United Plantation terus berkembang dan menguasai tanah-tanah subur asalnya milik pribumi. Perluasan ladang-ladang dan perusahaan-perusahaan ini terus menerus membanjirkan masyarakat kuli dari China dan India. Maka, demi mempertahankan milikan mereka, saat kita hendak merdeka, maka kita disyaratkan untuk menerima para kuli ini terus menetap dan menjadi rakyat Malaya dan atau Malaysia Merdeka. Sesungguhnya, begitulah kelicikan Barat dalam mempermainkan kita. Kita merdeka, tetapi hakikatnya tidak berdaulat. Kita punya kuasa mentadbir, tetapi kuasa ekonomi, kuasa untuk hidup makmur, tetap dalam genggaman penjajah. Perhitungan Tunku Abdul Rahman, umat Melayu Malaya Merdeka sangat merbahaya. Bila saja, kuasa politik boleh terlepas ke tangan bukan Melayu yang pada masa itu sudah menjadi rakyat Malaya Merdeka. Maka dengan sebab itulah Sarawak dan Sabah perlu digembeling untuk membentuk Malaysia Merdeka. Cuma syukur kerana Sarawak dan Sabah pada masa itu kurang menarik minat penjajah, maka kemasukkan kuli-kuli asing ke wilayah itu amat sedikit. Maka dengan sebab itu sehingga kini, masyarakat pribumi di kedua-dua negeri ini tetap menjangaku angka 70 peratus. Jika Malaysia tidak terbentuk, sedang Malaya merdeka sebagai Malaya, pasti kuli-kuli dari China dan India akan dilambakkkan ke Sarawak dan Sabah. Pembentukan Malaysia menyelamatkan segala, dan itu kita semua harus sedar dan insaf.
(4) Sebaik Merdeka, Melayu sebetulnya berada di bibir jurang yang amat dalam. Sama sahaja dengan apa yang berlaku kepada Kerajaan Islam di bawah pentadbiran Usman Affan selepas penaklukan besar-besaran oleh Umar Al Khataab. Pelbagai kecelaruan muncul akibat kemasukan segala unsur-unsur asing Farsi, Rom, Sham, Afrika, dsb ke dalam sistem budaya Arab. Keadaan ini menimbulkan banyak masalah kepada Khalifah Usman Affan. Ledakan pemgembangan Islam yang begitu pantas akhirnya membawa perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Kini dengan ledakan globalisasi masyarakat Melayu dihenyak dengan perkara-perkara yang agak asing bagi sebilangan besar dari mereka. Lantarannya, dari mengaut faedah dari ledakan liberalisasi, kita seperti terjepit dalam kancah sosial yang kita sendiri tidak jelas apa sebetulnya. Jika Hassan Ali dan Ridhuan Tee umpamya sanggup mendedahkan hasil kajian ilmiah mereka, pasti kita jadi kecut betapa anak-anak muda Melayu di kota-kota sedang menuju kepunahan. Anak-anak muda Melayu kita di kota-kota seperti kian bolong. Sesungguhnya budaya Rock n Roll, kehidupan brengsek sedang kembali menular di kalangan para belia kita. Khairi seperti tergamam bila banyak anak-anak muda kita menghadapi kejadian muflis. Kenapa? Semuannya, kerana Sistem Ekonomi, Pendidikan dan Perundangan kita masih hanyut dalam kendong kuat Barat. Khairi cuba menyelesaikan masalah ini melewati wang ringgit, sedang Hassan Ali dan Ridhuan Tee melihat Islam sebagai jalan penyelesaian menyeluruhnya. Saya akur dengan padangan sebegitu kerana sesungguhnya kita kini terus terbelenggu oleh sistem bikinan Yahudi yang Allah kutuk. Kerana kita patuh terhadap sistem kutukan, maka tidak hairan jika kita terus dalam ancaman besar. Allah sebegitulah muslihat MahaBijaksanaNya. Semuanya agar kita cepat-cepat sadar dan berubah.
(5) Kini Malaysia sudah terbentuk dan merdeka, biar Melayu tidak berdaulat, kita mesti berubah. Najib, Muhyiddin, dan Mustapha harus berkerja kuat dalam membentuk Sistem Ekonomi, Pendidikan dan Perundangan kita untuk menjurus kepada Ad Deen Ilahi. Para bijakpandai Melayu harus berani tampil ke depan mengusul dan menyusun sistem-sistem tersebut secara jujur dan kuat, dan meninggalkan perbalahan yang merugikan semua. Najib akan terbukakah telingga dan dadanya atau dua tahun lagi tetap memohon maaf atas kekhilafan yang terus berulang-ulang. Sebetulnya, bila Najib mengaku melakukan kekhilafan apakah kekhilafan-kekhilafan itu yang beliau sadari?
Kuching, Sarawak
30 Nov., 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment