(2) Kebetulan saya telah diminta duduk bersama seorang Tua menghadap Pasangan Pengantin. Saya cuba mengamati Si Tua secara dekat, dari cara berbicara dan raut-raut wajahnya yang sudah berselirat seribu satu garis-garis umur, seakan-akan memanggil masa lalu saya. Bila saya bertanya siapa Si Tua itu, MasyaAllah, dia adalah ibu kepada teman sepermainan saya semasa saya masih anak-anak dahulu. Sesungguhnya, sudah 40 tahun saya tidak pernah menemuinya. Dia kini sudah berumur 85 tahun. Mungkin berkat kurang makanan enak, maka dia masih kelihatan agak sihat biar pada seumuran sebegitu. Dulu dia menetap di Simunjan. Kini, entah apa sebabnya hijrah ke Lubok Mata di Samarahan.
(3) Kerana katanya teramat ingin untuk bertemu dengan sanak saudara saya, saya membawanya ke rumah saya di Kampung, lalu menginap di sana. Syukur juga, pada masa yang sama sanak-saudara saya dari Perak dan Pahang juga ada bersama. Sebagai menghormati kehadiran serta rasa hati Si Tua saya terpaksa bekerja keras untuk mengumpul semua yang beliau ingati untuk sama-sama makan malam. Melihat pertemuan Si Tua dengan rakan-rakan lama beliau sungguh mengasyikan berbaur sedih. Di tambah lagi dengan kehadiran teman-teman lama dari Sibu dan Mukah beserta anak-anak mereka, keadaan rumah saya jadi cukup hingar-bingar dengan anak-anak kecil bagai ayam kehilangan ibu.
(4) Pagi ini, dalam perjalanan pulang ke Kota, saya menghantar beliau pulang ke rumahnya. MasyaAllah. Kemiskinan dan kesengsaraan masih belum terlepas dari kehidupannya. Keliling rumah becak, berair. Kotor. Jalan menuju ke rumah tidak upaya untuk dibuat biar sekedara hamburan kelikir atau pasir. Rumah papan yang lantai-lantainya sudah banyak yang reput adalah gubuk nostalgiknya. Dinding rumah juga sudah banyak yang luruh bagai dedaun kering. Anak-anaknya, tidak seorangpun telah tumbuh bulu, untuk mampu biar sekadar mengepak-ngepak sayap,semua masih seperti ayam togel berkudis terus diserang nyamuk dan agas kehidupan. Inilah sebuah keluarga, teman-teman silam masa anak-anak saya, tiga generasi sekelompok yang entah kapan merdeka berdaulatnya? Dari perkhabaran, banyak sudah mereka dikunjungi Pegawai Negeri namun banyak sekadar kunjungan. Saya berprasangka pasti para Pegawai Negeri sudah mulai bosan dengan cara pemikiran dan pembawaan hidup mereka. SubhannaAllah, betapa yang banyak tahu akan kisah Yunus AS ditelan paus, lalu bertasbih: " Tidak ada Tuhan selain Engkau, MahaSuci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim", namun berapa banyak yang mengerti akan sebab Allah terus-terusan peringatkan prihal Yunus AS di telan ikan Nun. Tidakkah Si Tua, dan kelompoknya terus dhaif, kerana sebilangan besar dari kita tidak mengerti pengajaran di balik Yunus AS ditelan ikan Nun.
(5) Muhyiddin Yasin, sesungguhnya terlalu banyak kelemahan dalam Pengajaran dan Pengajian Islam kita. Begitu juga Khutbah Jumaat kita seperti ungkapan-ungkapan sekadar-kadar mengundang ngatuk para Jemaah!
Kuching, Sarawak
3 Dec., 2012
0 comments:
Post a Comment