Ceritanya adalah Bawang Merah Bawang Putih. Sedihnya, si Bawang Merah adalah yatim piatu. Paling sedih masa itu PERYATIM belum ada, maka terpaksalah dia didasuh oleh keluarga angkat. Wataknya, ibu angkat dan atau ibu tiri dalam cerita Melayu selalunya orang jahat, mungkin sebegitulah caranya karyawan Melayu untuk tidak mengalakkan poligami atau sang duda berkahwin lain. Juga sebegitulah bijaknya mereka dalam menanam agar sayangkan yatim piatu, tak termasuklah Rais Yatim. Bawng Merah bukan diasuh sebetulnya, di suruh sentiasa berbasuh dan mengasuh puteri lilin Si Bawang Putih.
(2) Epiknya, suara Si Bawang Merah tersangatlah merdu. Biar masa dulu-dulu tidak ada Akademi Fantasia, menyanyi di bawah pokok rupun suara boleh dikatakan merdu. Tergilalah Sang Raja akan SiBawang Merah. Puncak epiknya, ibu kandungnya adalah sekor kalui yang dipelihara dalam sebuah telaga sempit.
(3) Mungkin kerana kasihan melihat kehidupan Bawang Merah, maka mungkin, orang Melayu akhirnya tersangat kasih zaman berzaman terhadap ikan kalui. Lantas, kalui hanya menjadi ikan peliharaan perhiasan. Kalau matipun, pasti tidak doyan dimakan, melainkan dikubur dengan cermat. Semuanya demi hormat akan Ibu Si Bawang Merah.
(4) Kalui, nama saintifiknya adalah Gurami. Terdapat 15 genera dan 96 spesies ikan ini. Kira-kira tiga tahun dulu, saya ke Restauran Gamelan di Lorong Simpang Tiga 1, di Kuching. Saya lihat menunya, ada ikan special, Deep Fry Gurami. Kelihatan mengiuyrkan sekali. Saya pesan. Memang sedap. Ranggup. Garing. Manis. Ini ikan dari mana buk? tanya saya kepada Ibu Slyvia, pengusaha restauran tersebut. Ini kita bawa khusus dari Indoinesia Pak. Ngak ada di sini. Dalam kepala saya terus bertanya, Ikan apa ya?
(5) Kemudian saya monjong ke Djokjakarta. Masanya makan tengah hari. Singgah di sebuah lesehan, tempat makan Gazebo atas kolam. Dengan banga bertanya, Apa ada Gurami goreng?. Jawap si gadis peladen yang manis, ada banyak Pak, mahu berapa ekor?. Pastinya satu ekor sudah cukup buat dua orang, saya dan teman.
(7) Kini Gamelan, sudah bertukar nama Restro Nusantara dan gurami sudah ditukar dengan tilapia. InsyaAllah, Engkong Gurami akan terhidang di MyStore Cafe di Kampung Terasi, Pendam sekitar setahun dua lagi.
Kuching, Sarawak
26 July, 2012
0 comments:
Post a Comment